/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for December 2018
Posted by: jimbit
1) Jenis: talipinggang taktikal Cobra Rigger ELITE
model: CRB-B
saiz: S, M, L, XL
warna: hitam
Lebar: 1.75 inci
material kepala talipinggang: besi 7075 aluminum aloi, tembaga
pengiktirafan: melepasi piawaian keselamatan ANSI Z359.1, CSA, EN, UIAA dan NFPA
kekuatan tegangan: sehingga 3175 kilogram !

material fabrik: Nylon tahan lasak
Buatan: Elite Survival Systems, Washington, USA

Keterangan: Tali pinggang taktikal ASLI dari jenama ELITE keluaran Elite Survival Systems yang merupakan pembekal & kontraktor produk PREMIUM untuk agensi keselamatan & penguatkuasa US. Merupakan tali pinggang taktikal pertama jenis COBRA yang didatangkan bersama "D-ring". AustriAlpin merupakan pengeluar terkemuka produk PREMIUM keselamatan PPE yang terkenal digunakan dalam industri kritikal, keselamatan, ketenteraan, sukan payung terjun, pendaki gunung. Produk AustriAlpin iaitu COBRA telah diuji dan diakui kualitinya, digunakan dalam sukan payung terjun ekstrim, program angkasa lepas NASA dan di dalam lagak aksi pelbagai filem Hollywood. Fabrik nylon tali pinggang ini adalah dari jenis "type 13 webbing" yang menepati spesifikasi ketenteraan MIL-W-4088 dimana ia dapat menahan tekanan/beban yang cukup kuat sehingga 3175 kilogram !!
Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi oleh anggota tentera/bomba/penguatkuasa/pengawal peribadi dan kelihatan bergaya dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti lasak di luar. DISYORKAN untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar mendaki gunung / penggiat sukan payung terjun atau mereka yang mahukan tali pinggang yang tahan lasak dan produk taktikal yang diakui kualiti zaman berzaman !!

Harga: RM 485.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Baju Polo berkolar 100% kapas HEAVY
model: 63-000-0 (HEAVY)
GSM: 230 (putih), 240 (warna)
saiz: S SAHAJA
warna: putih, merah, kelabu gelap
material fabrik: 100% kapas
Buatan: Bangladesh
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Baju berkolar ini adalah ASLI dan di impot dari UK/USA. Jenama Fruit of The Loom adalah dari USA, dahulunya ia dibuat di USA tetapi kini telah dipindahkan kilangnya ke negara ketiga. Dahulunya jenama ini cukup terkenal di kalangan peminat pakaian "bundle". Ia sangat sesuai sebagai pakaian harian ketika bersantai, bekerja, atau untuk pelbagai acara. Jenama ini telah terkenal di USA dan di serata dunia dan ditubuhkan sejak tahun 1851 dan merupakan antara syarikat tertua membuat pakaian. Jenama ini sangat terkenal di kalangan pencetak baju di luar negara sebagai tshirt untuk persatuan/kelab, majlis, acara tertentu, kumpulan pelajar universiti dan banyak tshirt rasmi kumpulan muzik luar negara menggunakan jenama ini. Fabrik baju ini cukup tebal, tahan lasak, berkualiti, tidak mudah lusuh / tidak pudar warna walau dipakai bertahun lamanya. Fruit of The Loom, jenama lampau yang diyakini sejak zaman berzaman !!

Untuk rujukan saiz bersesuaian (dalam sentimeter) sila rujuk: http://malas.ded1.net/UKURAN/

Harga: RM 40.00

baju kolar fruit of the loombaju kolar fruit of the loombaju kolar fruit of the loom
Posted by: jimbit
1) Jenis: baju tshirt P-6 PATAGONIA
model: 38906
lebar: 50cm
saiz: S (saiz USA)
warna: biru gelap
material fabrik: kapas organik ringspun 5.4 oz. 100%
Keluaran: Patagonia, Inc. California, USA

Buatan: mexico

Keterangan: baju tshirt dari jenama PATAGONIA ini adalah ASLI, keluaran Patagonia, Inc., Ventura. Pengeluar pakaian & peralatan aktiviti luar terkenal USA yang diasaskan oleh Yvon Chouinard pada 1973, yang juga seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung ketika muda belia. Logo rasmi PATAGONIA diinspirasikan dari pergunungan Fitz Roy di Patagonia, Amerika Selatan. Patagonia Inc. merupakan antara konglomerat yang banyak menyumbang kepada program pemuliharaan alam sekitar sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Baju ini dicetak dengan tulisan kecil PATAGONIA pada bahagian hadapan manakala pada belakangnya dicetak logo rasmi PATAGONIA yang besar menggunakan dakwat "bebas phthalate" dengan fabrik kapas organik Texas. Fabrik baju ini cukup tebal & tahan lasak serta selesa & lembut, tidak mudah pudar warna walau dibasuh menggunakan mesin/tangan. Pada jahitan tulang bahu, dibuat 2 kali supaya lebih kemas & tahan. Baju ini terbaik untuk dipakai ketika aktiviti luar / bekerja / bersantai dan disyorkan untuk peminat jenama yang jarang ada di pasaran rantau ini. Ayuh kalian !

Harga: RM 215.00

20181220-baju-tshirt-patagonia1.jpg20181220-baju-tshirt-patagonia6.jpg20181220-baju-tshirt-patagonia5.jpg20181220-baju-tshirt-patagonia2.jpg


1) Jenis: baju "Fed up with melt down" PATAGONIA
model: 38481
lebar: 48.5cm
saiz: XS (saiz USA)

warna: biru gelap
material fabrik: 50% kapas kitar semula 5.6 oz. & 50% polyester kitar semula
Keluaran: Patagonia, Inc. California, USA

Buatan: mexico

Keterangan: baju EDISI TERHAD dari jenama PATAGONIA ini adalah ASLI, keluaran Patagonia, Inc., Ventura. Pengeluar pakaian & peralatan aktiviti luar terkenal USA yang diasaskan oleh Yvon Chouinard pada 1973, yang juga seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung ketika muda belia. Patagonia Inc. mendapat pensijilian "B Corporation" & merupakan antara konglomerat yang banyak menyumbang kepada program pemuliharaan alam sekitar sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Baju ini dicetak dengan tulisan kecil PATAGONIA pada bahagian hadapan manakala pada belakangnya dicetak grafik besar Fed Up With Melt Down menggunakan dakwat "bebas phthalate" dan bebas PVC dengan fabrik 100% kitar semula kapas dan polyester. Grafik pada baju ini sebagai simbolik kepada isu alam sekitar & pemanasan global yang dihadapi oleh bumi pada hari ini akibat kerakusan manusia. Fabrik baju ini cukup tebal & tahan lasak serta selesa & lembut, tidak mudah pudar warna walau dibasuh menggunakan mesin/tangan. Pada jahitan tulang bahu, dibuat 2 kali supaya lebih kemas & tahan. Baju ini terbaik untuk dipakai ketika aktiviti luar / bekerja / bersantai dan disyorkan untuk peminat jenama yang jarang ada di pasaran rantau ini. Miliki ia hari ini juga.

HARGA: RM 230.00

nullnullnullnull


1) Jenis: topi "Roger That" PATAGONIA
model: 38132
saiz: -
warna: kombinasi warna biru gelap & putih
material fabrik: kapas organik 7.5 oz.
Keluaran: Patagonia, Inc. California, USA
Buatan: china

Keterangan: Topi ini adalah dari jenama PATAGONIA, ia adalah ASLI, keluaran Patagonia, Inc., Ventura. Pengeluar pakaian & peralatan aktiviti luar terkenal USA yang diasaskan oleh Yvon Chouinard pada 1973, yang juga seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung ketika zaman remaja beliau. Patagonia Inc. merupakan antara konglomerat yang banyak menyumbang kepada program pemuliharaan alam sekitar sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Topi ini adalah dari potongan "Mid Crown" dengan logo PATAGONIA pada topi disulam kemas, kombinasi warna pada topi dan logo ini cukup menyerlahkan gaya buat si pemakai. Keseluruhan fabrik topi ini menggunakan fabrik kapas organik Texas jenis 7.5 oz. yang tahan lasak dan TERBAIK kualitinya. Warna pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama PATAGONIA, jadikan koleksi anda hari ini !!

Harga: RM 230.00

null
null
null
null
Category: CARHARTT - pakaian
Posted by: jimbit
1) Jenis: baju tshirt poket Carhartt WIP
model: I022091.ZM.00.03
lebar: 48 cm
saiz: S
warna: kelabu
material fabrik: kapas 6.17 oz. 100%
Keluaran: Carhartt Inc., Michigan, USA

Buatan: bangladesh

Keterangan: baju tshirt dengan POKET ini adalah ASLI, merupakan baju ikonik keluaran Carhartt Inc., Michigan, USA. Perusahaan Carhartt diasaskan oleh Hamilton Carhartt pada tahun 1889 dan merupakan jenama pakaian lagenda yang dikenali dengan kualiti dan fabrik yang tahan lasak. Jenama ini menjadi buruan peminat di serata dunia di kalangan pekerja dan peminat fesyen "streetwear".
Fabrik baju ini cukup berkualiti dan selesa dengan kapas 6.17 oz., tahan lasak, tidak mudah pudar / tidak luntur walau dibasuh berkali-kali menggunakan mesin atau basuhan tangan. Pada bahagian dada sebelah kiri dibuat poket kecil dengan logo Carhartt dijahit kemas, baju yang diinspirasikan dari gaya retro yang terkenal di tahun 1970 - 1980an dahulu. Ia cukup selesa untuk dipakai ketika bersantai, bersukan dan kemana jua dalam sebarang cuaca. Jenama ini dibuat khusus buat mereka yang meyakini kualiti pakaian jenama Amerika sejak zaman berzaman !!

Harga: RM 229.00

20181218-baju-tshirt-poket-carhartt11.jpg20181218-baju-tshirt-poket-carhartt4.jpg20181218-baju-tshirt-poket-carhartt5.jpg20181218-baju-tshirt-poket-carhartt2.jpg
Posted by: jimbit

1) Jenis: Baju baseball leher bulat Fruit of The Loom
model: 61-028-0
GSM: 165 (warna), 160 (putih)
saiz: S, M, L, XL, XXL
warna: hitam/putih dan merah/putih
material fabrik: 100% kapas
Buatan: Morocco
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Baju leher bulat dari jenis baseball ini adalah ASLI, dikeluarkan oleh FRUIT OF THE LOOM sejak tahun 1851 dan terkenal di USA dan Eropah dan serata dunia, Fabriknya diperbuat menggunakan kapas USA BELCORO yang berkualiti tinggi setanding dengan jenama mahal lain tetapi dengan harga MURAH !! Baju ini terbaik untuk pencetak baju yang ingin menggunakan produk berkualiti untuk pelanggan anda. Ia boleh dipakai untuk ke tempat kerja / bersantai / untuk aktiviti luar. Fabrik model baju ini adalah nipis tetapi kualiti terbaik, sesuai dengan keadaan / cuaca panas di luar. Leher bulat model ini nampak kecil dan kemas, ia "mencengkam" leher anda dan buatkan anda tampak "stylo", dibuat dari kapas terbaik / lycra. Ia tahan lasak dan tidak menggeleber dan tidak pudar warna walau dibasuh berkali-kali menggunakan tangan atau mesin basuh. Dapatkan segera sebelum ia hilang ditelan masa !!

Untuk rujukan saiz bersesuaian (dalam sentimeter) sila rujuk: http://malas.ded1.net/UKURAN/

Harga: RM 35.00 -SEHELAI

20181215-baju-baseball-lengan-panjang-fruit-of-the-loom1c.jpg20181215-baju-baseball-lengan-panjang-fruit-of-the-loom2a.jpg20181215-baju-baseball-lengan-panjang-fruit-of-the-loom2c.jpg20181215-baju-baseball-lengan-panjang-fruit-of-the-loom6a.jpg
Posted by: jimbit
2) Jenis: Baju singlet "Original Vest"
model: 17-006-3 (ORIGINAL T)
GSM: 160
saiz: S, M
Kuantiti sebungkus: 3 helai baju
warna: putih
material fabrik: 100% kapas Belcoro
Buatan: Morocco
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Baju singlet ini adalah ASLI, dikeluarkan oleh FRUIT OF THE LOOM semenjak tahun 1851, ia terkenal di USA dan Eropah dan serata dunia. Dibuat menggunakan kapas USA Belcoro yang berkualiti tinggi setanding dengan jenama mewah tetapi dengan harga MURAH !! Untuk anda yang mementingkan gaya, mutu, keunggulan dan "stylo" buat jejaka maskulin di luar sana. Baju singlet ini terbaik untuk dipakai sebagai baju bahagian dalam pakaian lain anda, ia untuk memberi lebih keselesaan atau untuk menyerap peluh / mengurangkan kesan kotoran pakaian luar anda. Baju singlet ini cukup terbaik sebagai pakaian dalam untuk ke tempat kerja / bersantai / ketika tidur / bersukan / untuk pencetak baju. Fabrik adalah nipis tetapi kualiti terbaik, sesuai dengan keadaan / cuaca panas di luar. Baju singlet ini tahan lasak dan tidak menggeleber dan tidak pudar warna walau dibasuh berkali-kali. Kami menyajikan produk TERBAIK untuk anda semua di luar sana !!

Harga: RM 53.00 (sebungkus; 3 helai)

20181203-baju-singlet-vest-fruit-of-the-loom1c.jpg20181203-baju-singlet-vest-fruit-of-the-loom4.jpg20181203-baju-singlet-vest-fruit-of-the-loom3c.jpg20181203-baju-singlet-vest-fruit-of-the-loom5c.jpg