/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for November 2019
Posted by: jimbit
1) Jenis: Topi baseball REDWING SHOES
model: 97410
material fabrik: 65% polyester, 35% kapas
Warna: hijau gelap
Keluaran: Red Wing Shoe Company, Minnesota, USA
buatan: mexico

Keterangan: Topi ini adalah ASLI dan dikeluarkan oleh REDWING SHOES USA. REDWING SHOES merupakan pengeluar kasut terkemuka dari USA yang mengeluarkan kasut dan pelbagai aksesori dengan kualiti TERBAIK semenjak tahun 1905. Topi ini adalah ringan dan sesuai dipakai ketika cuaca panas atau untuk bergaya. Logo REDWING dan tulisan pada bahagian hadapan topi ini disulam dan dijahit dengan kemas.
Warna pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama REDWING, dapatkan ia sebagai koleksi peribadi anda !!

Harga: RM 153.00

nullnullnull



Category: Batu pengasah USA
Posted by: jimbit
1) Jenis: Batu asah 2 GRIT Lansky
model: LPUCK
Ukuran: 7.5 cm X 2.5cm
kadar asah: kasar (kelabu gelap) dan halus (kelabu cerah)
Grit: 120 (kelabu gelap) dan 280 (kelabu cerah)
Buatan: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA

Keterangan: Batu asah unik berbentuk BULAT jenis dua bahagian GRIT permukaan ini adalah dari jenama LANSKY, pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap.
Batu asah ini mempunyai 2 jenis kadar asahan (120 & 280), jadi anda tidak perlu membawa banyak batu asah jika tugas anda memerlukan ke sana sini. Asahan grit 120 merupakan ASAS untuk mengasah, manakala grit 280 disyorkan untuk mendapatkan asahan yang lebih "sempurna" atau sebagai asahan peringkat akhir. Batu ini khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama kapak, sabit, parang dan sebagainya dan semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini dibuat berbentuk bulat agar ia dapat mengasah permukaan bilah melengkung, pendek atau panjang. Anda mencari batu asah "RARE" & mampu milik ? Batu asah Lansky ini dibawa khas buat anda dari New York, USA !

Harga: RM 88.00 - SEBIJI (HABIS !)

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Alat serbaguna Humvee
model: HMV-CP-10
Ukuran: 15.3cm (apabila dibuka) 10cm (apabila ditutup)
Material: Besi tahan karat
Berat: 343 gram
Warna: kombinasi kuning & kelabu
Kuasa lampu suluh: 88 Lumens
Bilangan alatan: 13 jenis
Keluaran: Campco Inc, Los Angeles, USA
Buatan: china

Keterangan: Alatan serbaguna ini adalah ASLI dari jenama HUMVEE keluaran Campco Inc yang berpusat di Los Angeles, USA. Alat serbaguna ini sangat disyorkan untuk dimiliki oleh mereka yang terlibat aktiviti luar; mendaki, berkhemah, berbasikal, penunggang motor, memancing, memburu atau mereka yang terlibat dalam kerja di bengkel atau pekerja penyelenggaraan / maintenance atau boleh disimpan dirumah atau di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan "RARE" dan koleksi. Alatan ini didatangkan bersama lampu suluh LED bersaiz 10cm dengan kuasa 88 LUMENS yang cukup terang di kala kegelapan. Ini merupakan alat serbaguna yang cukup "BERBALOI" untuk anda di luar sana !

Ia mempunyai 13 jenis alatan/fungsi serbaguna:
- Playar
- Pemutar skru kecil
- Pemotong wayar/dawai kecil
- Pembuka tutup botol
- Pemutar skru rata sederhana
- Bilah pisau
- gergaji kayu
- pembuka tin
- kikir
- Pemutar skru rata kecil
- Pemutar skru "Philip"
- Pembaris
- Pengikis sisik ikan

Harga: RM 165.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Alat serbaguna Lansky
model: LMT100B
Ukuran: 6.25 inci (apabila dibuka) 4.125 (apabila ditutup)
Material: 420HC Besi tahan karat
Berat: 272.15 gram
Warna: kombinasi hitam & kelabu
Bilangan alatan: 19 jenis
Keluaran: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA
Buatan: china

Keterangan: Alatan serbaguna ini adalah ASLI dan ia merupakan alatan TERBAIK untuk kegunaan semasa di rumah / ketika aktiviti luar. Keluaran LANSKY, pengeluar alatan DIY & batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu.
Ia diperbuat dari besi tahan karat 420HC dan tampak solid bila dipegang. Ia sesuai disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki / berkhemah / mountain bike / memancing / memburu atau mereka yang terlibat dalam kerja di bengkel atau pekerja penyelenggaraan / maintenance atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan rare dan koleksi. Alatan ini didatangkan bersama kepala pemutar skru jenis "bit" bersama bekasnya. Ia tampil bersama sarung yang diperbuat dari Nylon yang tampak elegan !

Ia mempunyai 19 jenis alatan/fungsi serbaguna:
- Playar
- Pemutar skru kecil
- Pemutar skru sederhana
- Pemotong wayar/dawai kecil
- Pembuka tutup botol / pembuka tin
- Bilah pisau besar
- pisau bergigi
- Kikir besi / pembaris
- Penebuk lubang
- bekas penyimpan kepala skru "bit"
- 9 jenis kepala skru "BIT"

Harga: RM 177.00

nullnullnullnull
Category: Pisau dapur jepun
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau kecil MASAHIRO
Model: 11046
panjang: 12 cm (bilah)
material bilah: besi tahan karat AUS8

berat: 50 gram
pemegang: kayu anti kuman
Buatan: Masahiro Co. Ltd., Seki, JEPUN

Keterangan: Ini merupakan pisau kecil dari jenama MASAHIRO, perusahaan mereka diasaskan pada tahun 1932 oleh Hattori Ichiichi berpusat di wilayah Seki. Produk mereka dibuat di wilayah pergunungan Seki, sebuah kota yang terkenal dalam pengeluaran pedang samurai terbaik dan dipanggil "Kota Pisau" Jepun. Pisau ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM laksana pisau cukur, khusus dan terbaik untuk kerja memotong / menghiris bawang, sayur, daging, buah dan sebagainya. Dibuat untuk kegunaan mereka di dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel / restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau. Dapatkan pisau berkualiti dari wilayah kota pisau Seki hari ini juga !

Harga: RM 214.00

nullnullnullnull


1) Jenis: pisau kecil SAKAI TAKAYUKI
Model: 1512
panjang: 12 cm (bilah)
material bilah: besi karbon SK "Kougu"
berat: -
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
Buatan: Aoki Hamono Seisakusho Co.,Ltd., Sakai, JEPUN


Keterangan: Ini merupakan pisau kecil dari jenama SAKAI TAKAYUKI, jenama yang diasaskan pada tahun 1948 di Sakai, Jepun. Wilayah Sakai masih terdapat ramai pelapis tukang besi/pisau, ia dikenali dengan pengeluaran pisau & katana yang berkualiti di Jepun sejak 600 tahun silam.
Pisau ini mempunyai bilah jenis "besi penuh" / FULL TANG. Pisau ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM laksana pisau cukur, khusus dan terbaik untuk kerja memotong / menghiris bawang, sayur, daging, buah dan sebagainya. Disarankan untuk diguna oleh mereka dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel / restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau. Sakai Takayuki ---- hanya yang terbaik dari negara matahari terbit !!

Harga: RM 266.00

nullnullnullnull
Category: F.DICK - gunting
Posted by: jimbit
1) Jenis: Gunting ikan / dapur F.DICK
model: 9008420
material bilah: Besi tahan karat
panjang: 20cm
Warna pemegang: Hitam
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Gunting ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778, ia diperbuat menggunakan besi terbaik JERMAN. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Ini merupakan model gunting yang cukup TAJAM dan untuk diguna di dapur. Kualiti dan ketajamannya jauh mengatasi gunting kebiasaan di luar sana !! Disyorkan untuk menggunting/memotong udang, ketam, ayam/itik/angsa/daging,
sayur, ikan atau gunting pelbagai fungsi di dapur
. Jika anda masih tercari-cari gunting dapur asas terbaik dengan kualiti PREMIUM, produk ini perlu untuk anda terutama surirumah / pekerja di sektor industri sajian !!

Harga: RM 126.00 - SEUNIT

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: baju tshirt P-6 PATAGONIA
model: 39174
lebar: 51cm
saiz: S (saiz USA)

warna: kelabu
material fabrik: 50% kapas kitar semula 5.6 oz. & 50% polyester kitar semula
Keluaran: Patagonia, Inc. California, USA
Buatan: mexico

Keterangan: baju tshirt dari jenama PATAGONIA ini adalah ASLI, keluaran Patagonia, Inc., Ventura. Pengeluar pakaian & peralatan aktiviti luar terkenal USA yang diasaskan oleh Yvon Chouinard pada 1973, yang juga seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung ketika muda belia. Logo rasmi PATAGONIA diinspirasikan dari pergunungan Fitz Roy di Patagonia, Amerika Selatan. Patagonia Inc. mendapat pensijilian "B Corporation" & merupakan antara konglomerat yang banyak menyumbang kepada program pemuliharaan alam sekitar sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Baju ini dicetak dengan tulisan kecil PATAGONIA pada bahagian hadapan manakala pada belakangnya dicetak logo rasmi PATAGONIA yang besar menggunakan dakwat "bebas phthalate" dengan fabrik 100% kitar semula kapas dan polyester. Fabrik baju ini cukup tebal & tahan lasak serta selesa & lembut, tidak mudah pudar warna walau dibasuh menggunakan mesin/tangan. Pada jahitan tulang bahu, dibuat 2 kali supaya lebih kemas & tahan. Baju ini terbaik untuk dipakai ketika aktiviti luar / bekerja / bersantai dan disyorkan untuk peminat jenama yang jarang ada di pasaran rantau ini. Miliki ia hari ini juga.

Harga: RM 230.00

nullnullnullnull
Category: 5.11 - stokin
Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung kaki/stokin "Helang" 5.11
Model: 10041AS
tinggi : 7 inci
warna: kombinasi warna hijau, merah, hitam & putih
material: 69% polyester, 31% serat elastane

Keterangan: Sarung kaki / stokin 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan model keluaran TERBARU dengan corak warna warni bermotif helang dari 5.11 USA. Ia merupakan stokin paling SELESA dan TERBAIK dicipta khusus untuk anda yang mahukan stokin yang sederhana tebal, sejuk, tahan lasak, tidak BERBAU walau dipakai dalam jangkamasa PANJANG ! Stokin anti kuman ini didatangkan dengan fabrik bahagian bawah yang tebal dan mengekalkan kaki anda kering setiap masa dengan fabrik teknologi khusus dari 5.11. Stokin ini selesa dipakai bersama kasut kawad, kasut but, kasut kulit, kasut jogging, kasut mendaki gunung. Disyorkan untuk dipakai ketika aktiviti riadah, semasa operasi anggota keselamatan malah ke pejabat. Disyorkan buat mereka yang mahukan sarung kaki berwarna ceria dari teknologi fabrik terbaik.

Harga: RM 115.00

nullnullnullnull
Category: TRU-SPEC - topi
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi taktikal "Boonie" Tru-Spec
model: 3320003
saiz: 7 (ukurlilit 55.8cm), 7.5 (ukurlilit 59.6cm) & 6 3/4 (ukurlilit 53.9cm)
warna: celoreng gelap
material fabrik: 50% polyester & 50% kapas
Pengiktirafan: GSA dan MIL-H-44105 (spesifikasi gred tentera)
Keluaran: ATLANCO LLC, Georgia, USA


Keterangan: Topi yang dipanggil "BOONIE" jenama TRU-SPEC ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran ATLANCO yang berpengkalan di Marietta, Georgia, USA. Entiti yang ditubuhkan pada tahun 1950an. Produk Tru-Spec dibekalkan kepada tentera, polis, bomba & unit penguatkuasa di Amerika Syarikat dan di serata dunia. Topi jenis ini diperkenalkan pertama kali dalam unit tentera Amerika ketika Perang Vietnam pada tahun 1955. Fabrik topi ini adalah tebal, ringan dan tahan lasak. Topi ini dibuat dengan kualiti mematuhi spesifikasi ketenteraan MIL-H-44105 dan GSA (General Services Administration) dan cukup SELESA dan TERBAIK dipakai. Ia mempunyai lubang pada sekeliling topi yang dibuat dari tembaga supaya membolehkan pengaliran udara keluar & masuk. Pada bahagian dalam (atas), ia mempunyai poket tersembunyi untuk menyimpan peta manakala pada sekeliling topi dijahit jaluran fabrik agar boleh diselit apa sahaja barangan yang dirasakan perlu dalam situasi penyamaran ketika operasi / tugas rutin. Sangat DISYORKAN untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; pendaki gunung, pemandu trak 4x4, pemancing, pemburu. Topi "Boonie" dari kualiti gred tentera untuk anda di luar sana !

Harga: RM 117.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Lampu suluh BRITE STRIKE
Model: BTL-150-HLS
Warna lampu: lampu putih
Material: Aluminium CNC
Warna: hitam
Kuasa cahaya: 280 Lumens
Jenis mentol: LED (CREE XR-E-Q3)

Penggunaan bateri: 3 jam (280 lumens; kuasa
tinggi), 8 jam (170 lumens; kuasa rendah), 3.5 jam (280 lumens; berkelip)
Bateri: 2 biji 123A Lithium (diberi percuma!)
Panjang: 4.75 inci
Diameter: 3.09 cm
Berat: 104.89 gram
Jenis suluhan: Jarak dekat, jarak jauh dan berkelip
Pengiktirafan: IPX8, ANSI/NEMA FL1
jarak suluhan: 123 meter
Jaminan: 3 bulan
Keluaran: Brite-Strike Technologies Inc, Plymouth, USA

Keterangan: lampu suluh BRITE STRIKE model ini adalah ASLI dan merupakan produk terbaik dan berkualiti dari Plymouth, USA. Lampu suluh ini dibuat khusus untuk tugas mencari & menyelamat dan juga pemantauan di kawasan bangunan yang luas. Lampu suluh ini adalah kalis air (kedalaman air sehingga 1 meter !) dan tahan gegaran. Dibuat menggunakan aluminium CNC terbaik & tepat manakala cahaya lampu yang cukup JAUH & LEBAR membolehkan anda melihat pergerakan / benda di dalam persekitaran gelap dengan jelas. Ia juga sangat berguna untuk mereka yang ingin menggunakannya untuk kerja operasi mencari/menyelamat/operasi bersepadu (bomba, polis, JPA, Ambulan, Komando, RELA, Imigresen, Kastam, JPJ, APMM) atau mereka yang terlibat dengan aktiviti lasak di rimba raya.
Terbaik juga buat mereka yang bekerja di sektor pengangkutan/perkapalan/bengkel, digunakan ketika kerja pemunggahan kargo di persekitaran berkabus/gelap/hutan belantara/bangunan. BRITE STRIKE ----- simbol kualiti dari teknologi masa depan !

Harga: RM 359.00

AMARAN: Cahaya lampu suluh ini adalah sangat terang & TIDAK boleh dihalakan ke mata manusia, boleh mengakibatkan kerosakan saraf mata !

nullnullnullnull

Posted by: jimbit
2) Jenis: Rantai kunci Rugby World Cup 2019 Jepun
model: JUS-R33687
warna: kombinasi hitam, merah, putih & hijau
Keluaran: Justice Co. Ltd, Sendai, Jepun

Keterangan: Ini adalah rantai kunci EKSLUSIF yang HANYA dikeluarkan sempena Kejohanan Piala Ragbi Dunia 2019 Jepun, dibuat khusus buat peminat sukan ragbi. Ia boleh diguna untuk menggantung kunci kenderaan / kunci rumah atau digantung pada barangan peribadi anda lain. Rantai kunci ini dibuat kemas dengan logo rasmi Kejohanan Ragbi Piala Dunia Jepun 2019 bersama 3 kuntum bunga sakura yang merupakan ikon kelab ragbi Jepun.

Produk ekslusif EDISI KHAS ini diimpot terus dari kedai rasmi RWC2019 Jepun. Cenderamata keluaran terhad yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat barangan RARE !! Jadilah mereka yang bertuah memiliki barangan yang hanya dikeluarkan sekali sahaja seumur hidup.

Harga: RM 159.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Rantai kunci Rugby World Cup 2019 Jepun
model: JUS-R33688
warna: kombinasi hitam, merah, putih & hijau
Keluaran: Justice Co. Ltd, Sendai, Jepun

Keterangan: Ini adalah rantai kunci EKSLUSIF jenis bujur yang HANYA dikeluarkan sempena Kejohanan Piala Ragbi Dunia 2019 Jepun, dibuat khusus buat peminat sukan ragbi. Ia boleh diguna untuk menggantung kunci kenderaan / kunci rumah atau digantung pada barangan peribadi anda lain. Rantai kunci ini dibuat kemas dengan logo rasmi Kejohanan Ragbi Piala Dunia Jepun 2019 bersama 3 kuntum bunga sakura yang merupakan ikon kelab ragbi Jepun.

Produk ekslusif EDISI KHAS ini diimpot terus dari kedai rasmi RWC2019 Jepun. Cenderamata keluaran terhad yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat barangan RARE !! Jadilah mereka yang bertuah memiliki barangan yang hanya dikeluarkan sekali sahaja seumur hidup.

Harga: RM 169.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pengetip kuku Feather
model: GS-110SB
Panjang: 6.6 cm
Warna: coklat cair
material: besi pearl nickel, besi tahan karat, zinc
Buatan: FEATHER Safety Razor Co., Ltd, Seki City, JEPUN

Keterangan: Ini ialah ketip kuku ASLI yang dikeluarkan oleh perusahaan FEATHER Safety Razor Co., Ltd yang berpusat di Seki City, diasaskan oleh Toshio Kosaka pada tahun 1932. Merupakan antara pengeluar alat pencukur tertua di Jepun, produk mereka dibuat di wilayah pergunungan Seki, sebuah kota yang terkenal dalam pengeluaran pedang samurai terbaik dan dipanggil "Kota Pisau" Jepun. Jenama FEATHER terkenal dalam pengeluaran mata pisau cukur, alat pencukur, ketip kuku yang diakui ketahanan dan ketajamannya sejak 80 tahun lampau.
Mata ketip kuku ini cukup TAJAM, sesuai untuk anda yang mementingkan penjagaan kuku tangan dan kaki anda terutama mereka yang mempunyai kuku tebal dan keras. Ia didatangkan dengan kotak yang menarik, bagus untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi atau sebagai hadiah buat yang tersayang. Pengetip kuku ini adalah jauh lebih baik dari pengetip kuku biasa yang ada di pasaran, ia sangat jarang didapati di pasaran ! Jadikan si comel ini sebagai milik, hari ini !!

Harga: RM 78.00 - SEBIJI

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi "Boardie Badge" PATAGONIA
model: 38252
saiz: -
warna: biru gelap
material fabrik: kapas organik 7.5 oz.
Keluaran: Patagonia, Inc. California, USA
Buatan: china

Keterangan: Topi ini adalah dari jenama PATAGONIA, ia adalah ASLI, keluaran Patagonia, Inc., Ventura. Pengeluar pakaian & peralatan aktiviti luar terkenal USA yang diasaskan oleh Yvon Chouinard pada 1973, yang juga seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung ketika zaman remaja beliau. Patagonia Inc. merupakan antara konglomerat yang banyak menyumbang kepada program pemuliharaan alam sekitar sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Topi ini adalah dari potongan Low Crown dengan lencana "Boardie Badge" pada hadapan topi disulam kemas. Keseluruhan fabrik topi ini menggunakan fabrik kapas organik Texas jenis 7.5 oz. yang tahan lasak dan TERBAIK kualitinya. Topi ini boleh dilaraskan pada bahagian belakang mengikut saiz kepala si pemakai. Warna biru gelap pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama PATAGONIA, dapatkan satu hari ini juga !!

Harga: RM 210.00

null
null
null
null
Posted by: jimbit
1) Jenis: alat serbaguna "Exitool" CRKT
model: 9030
Ukuran: 2.8 x 2.5 x 0.3 inci
Material bilah: Besi tahan karat
Material alatan: Nylon dengan campuran gentian kaca
kekerasan bilah: 60-61 Rockwell
Bateri lampu: 3V CR2032 Lithium
Berat: 45 gram
Warna: hitam
Keluaran: Columbia River Knife & Tool Inc, Oregon, USA
Buatan: taiwan

Keterangan: Sejenis alat serbaguna kecil dengan 3 fungsi utama; pemecah cermin, pemotong tali pinggang keledar kenderaan & lampu suluh kecil keluaran CRKT USA dan ia adalah ASLI. Direkabentuk oleh Russ Kommer dari Alaska yang merupakan seorang pembuat pisau yang dikira masih muda belia. Ia dibuat khusus untuk pemandu kenderaan dan anggota pasukan penyelamat. Alatan ini dibuat agar pemandu yang terperangkap/terlibat kemalangan di dalam kenderaan dapat keluar dengan SEGERA. Kenderaan kemalangan mungkin terbalik & termasuk ke dalam air yang mana menyebabkan talipinggang keledar & pintu tidak dapat dibuka lalu mencetuskan situasi panik & kritikal. Tindakan pantas dengan menggunakan fungsi alatan ini diharap menyelamatkan nyawa pemandu semasa situasi genting berkenaan. Alatan kecil ini disyorkan disimpan di dalam kenderaan / poket dan siapa tahu anda mungkin memerlukannya kelak ?? Jangan sudah terhantuk baru terngadah ya !!

Harga: RM 113.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: kantung kaki UCR 5.11
model: 56301
Ukuran: 21 x 19.5 x 6 cm
Jumlah ruang: -
warna: hitam, coklat cerah
material fabrik: Nylon balistik 1050D kalis air & tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam/Cambodia

Keterangan: Kantung ini adalah ASLI, ia dipanggil "UCR Thigh Rig" dan merupakan produk keluaran 5.11 USA, sebenarnya untuk menyimpan ubatan/alat pertolongan cemas. Kantung ini untuk dipakai pada bahagian sisi peha / disangkut pada beg melalui sistem MOLLEE. Walau bagaimanapun, ia juga cukup praktikal dan bergaya untuk menyimpan alatan lain ketika bertugas / mengembara / beriadah; lampu suluh, pisau, telefon bimbit, powerbank, buku nota, alatan EDC dan barangan lain. Cukup terbaik untuk mereka yang mahu mengisi alatan peribadi tanpa perlu menggalas beg yang besar / mengisi ke dalam poket.

Harga: RM 275.00 - SEBUAH

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: cermin mata hitam Thrasher
model: TH-1015-BK-SMP (Planet)
warna bingkai: hitam
warna lensa cermin: hitam POLARIZED
perlindungan: 99% kalis sinaran UV
Keluaran: GLASSART Inc. dan High Speed Productions (THRASHER) USA
buatan: taiwan

Keterangan: cermin mata hitam THRASHER ini adalah ASLI, dari model Planet 1015. Ia dikeluarkan dengan kerjasama antara High Speed Productions (majalah THRASHER) San Francisco, USA dan GLASSART Inc. Jepun. THRASHER merupakan majalah terkenal papan luncur / skateboard yang diasaskan pada tahun 1981 oleh Eric Swenson dan Fausto Vitello yang diedarkan ke serata dunia. Cermin mata ini menjadi pilihan pemain papan luncur, penunggang motor, pemandu, pemancing di serata dunia.
Cermin jenis POLARIZED memberi perlindungan dari SILAU dan anti KELETIHAN mata anda (anti fatigue). Jika anda tercari-cari cermin mata POLARIZED yang tampak bergaya bagi melindungi mata anda setiap masa dalam segala situasi, cubalah jenama Thrasher ini.

Harga: RM 237.00

nullnullnullnull
Category: 5.11 - beg
Posted by: jimbit
1) Jenis: beg galas "Havoc 30" 5.11
model: 56319
Ukuran: 21 x 11.75 x 9 inci
Muatan: 27.5 liter

Berat: -
warna: hitam dan kelabu
material fabrik: Polyester BALISTIK 500D/1050D (gred tentera) kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam/Cambodia

Keterangan: Beg galas 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan model terbaru 2016 yang diperkenalkan oleh 5.11. Beg taktikal yang dibuat khusus untuk anggota polis/tentera, ia bersaiz sederhana dengan poket yang banyak untuk menyimpan peluru/kelopak, botol air, komputer riba, pisau, pistol, lampu suluh, walkie talkie, alatan EDC dan sebagainya. Fabrik pada beg ini menggunakan polyester BALISTIK gred tentera yang lebih tahan lasak untuk tugas taktikal, manakala klip dan penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Beg ini juga sesuai dipakai bersama plet "Zero-G". Beg ini boleh digunakan ketika operasi taktikal ketenteraan atau kegunaan harian ke pejabat, sekolah/kolej atau untuk aktiviti luar (memancing / berkhemah / mengembara dan sebagainya). Beg TERBAIK buat anda yang mahukan produk berkualiti dari 5.11....dulu, kini dan selamanya !!

Harga: RM 831.00


beg galas taktikal havoc30 5.11beg galas taktikal havoc30 5.11beg galas taktikal havoc30 5.11



2) Jenis: beg galas taktikal "rush 12" 5.11
model: 56892
Ukuran: 18 x 11 x 6.5 inci
Muatan: 24 liter

Jumlah ruang: 16
berat: 1.17 kilogram
warna: kelabu gelap, hitam, coklat cerah
material fabrik: Nylon 1050D kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Beg galas 5.11 ini direka oleh veteran tentera Kyle Lamb dari unit VTAC, beg ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. Jenama produk 5.11 dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik pada beg ini menggunakan polyester BALISTIK gred tentera yang tahan lasak untuk tugas taktikal, zip terbaik dari YKK, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Ia boleh digunakan sama ada ketika sebarang operasi ketenteraan atau kegunaan harian atau di pakai untuk ke pejabat, ke sekolah/kolej atau untuk aktiviti luar di rimba raya waima di hutan konkrit. Ia mempunyai ruang yang luas dan banyak malah dapat memuatkan komputer riba bersaiz 15 inci. Pada bahagian belakang & sisinya didatangkan dengan "MOLLE", jadi anda dapat menyangkut alatan lain yang berpadanan. Sejak beg RUSH 12 dilancarkan, ia menjadi buruan ramai peminat beg taktikal sejati sehingga ke hari ini. Buat mereka yang tercari-cari beg taktikal sebenar dengan kualiti TANPA kompromi, inilah sesungguhnya untuk anda, usah berlengah lagi dikala bumi semakin tua !!

Harga: RM 632.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/2-jenis-beg-galas-taktikal-rush-12-5-11/

nullnullnullnull

Posted by: jimbit
1) Jenis: talipinggang taktikal SI web 5.11
model: 56515
saiz: 44 (pinggang 30 - 44)
warna: hitam
Lebar: 1.5 inci
material kepala talipinggang: besi aluminium anodized
material fabrik: Nylon tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: china


Keterangan: Talipinggang 5.11 yang digelar SI WEB ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik nylon tali pinggang ini adalah nipis tetapi tahan lasak serta kuat jadi anda boleh menggantung sarung senjata / sarung barangan padanya. Kepala talipinggang ini diperbuat dari besi
aluminium anodized yang diakui sebagai material TERBAIK yang digunapakai pada komponen pesawat dan industri automotif. Pada setiap kepala talipinggang besi aluminium ini tertera logo 5.11 dan perkataan ALWAYS BE READY.


Pada hadapan kepala talipinggang mempunyai petak ruang yang mencukupi jika anda mahu meletak logo atau apa sahaja tulisan. Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi oleh anggota keselamatan/penguatkuasa/pengawal peribadi dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Antara produk terkini dari 5.11 buat kesekian kalinya !

Harga: RM 247.00

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: alat serbaguna BEAR GRYLLS x Gerber
model: 31-000749
Ukuran: 11.5 cm (semasa dilipat), 16cm (semasa dibuka)
Lebar: 4.7 cm
Berat: 265 gram
Material pemegang: dilapisi getah sintetik (anti licin)
Material: Besi tahan karat
Warna: kelabu
Keluaran: Gerber Legendary Blades, Inc., Oregon, USA
buatan: china

Keterangan: Ini ialah alat serbaguna atau multitool ASLI yang digunakan dalam rancangan TV berunsurkan alam semulajadi/pengembaraan "Man vs Wild" yang disiarkan di seluruh dunia. Ia adalah keluaran Gerber Legendary Blades, Inc. yang merupakan pengeluar pisau/alatan aktiviti luar yang berpusat di Oregon, USA yang bermula sejak 1939. Produk ini mendapat kerjasama Bear Grylls, rancangan TV ini dijayakan oleh Edward Michael "Bear" Grylls yang mempunyai latarbelakang tentera, menyertai pelbagai aktiviti luar berunsurkan alam semulajadi seperti mendaki gunung, menyelam, berkhemah dan sebagainya.
Ia sesuai disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki / berkhemah / mountain bike / memancing / memburu atau mereka yang terlibat dalam kerja di bengkel atau pekerja penyelenggaraan dan disyorkan disimpan dirumah/di dalam kenderaan untuk kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan rare dan koleksi. Alatan ini tampil bersama sarung yang diperbuat dari nylon berwarna hitam.

Ia mempunyai 11 jenis alatan/fungsi serbaguna:
- playar muncung tirus
- pisau
- pisau bergigi
- gergaji kayu
- pemutar skru jenis Philip
- pemutar skru biasa (kecil)
- pemutar skru biasa (sedang)
- pembuka tutup botol
- pembuka tin
- gunting
- pemotong wayar / dawai

Harga: RM 344.00 (STOK HABIS !)

nullnullnullnull

Posted by: jimbit
2) Jenis: Lampu suluh BRITE STRIKE
Model: BD-198-HLS
Warna lampu: lampu putih
Material: Aluminium gred NASA
Warna: hitam
Kuasa cahaya: 310 Lumens
Jenis mentol: LED (CREE XreWHT-L1-D01-Q5)
Penggunaan bateri: 2.5 jam (310 lumens; kuasa
tinggi), 4.5 jam (170 lumens; kuasa rendah), 3 jam (berkelip)
Bateri: 2 biji 123A Lithium (diberi percuma!)
Panjang: 5 inci
Diameter: 1.8 inci
Berat: 138.91 gram
Jenis suluhan: Jarak dekat, jarak jauh dan berkelip
Pengiktirafan: Mil-spec kelas 2, jenis III
jarak suluhan: 119 meter
Jaminan: sepanjang hayat
Keluaran: Brite-Strike Technologies Inc, Plymouth, USA

Keterangan: lampu suluh BRITE STRIKE model ini adalah ASLI dan merupakan produk terbaik dan berkualiti dari GRED TENTERA. Lampu suluh ini dibuat khsus untuk kegunaan tentera, Polis dan pihak berkuasa di serata dunia. Ia dibuat menggunakan aluminium gred NASA terbaik dan menepati spesifikasi ketenteraan yang ketat. Cahaya lampu yang cukup JAUH & LEBAR membolehkan anda melihat pergerakan / benda di dalam persekitaran gelap dengan jelas. Ia juga sangat berguna untuk mereka yang ingin menggunakannya untuk kerja operasi mencari/menyelamat/operasi bersepadu (bomba, polis, JPA, Ambulan, Komando, RELA, Imigresen, Kastam, JPJ, APMM) atau mereka yang terlibat dengan aktiviti lasak di hutan belantara yang
gelap dan penuh onak dan duri. Sesuai juga untuk mereka yang bekerja di sektor pengangkutan/perkapalan/bengkel, digunakan ketika kerja pemunggahan kargo di persekitaran berkabus/gelap/hutan belantara/bangunan.

AMARAN: Cahaya lampu suluh ini adalah sangat terang & TIDAK boleh dihalakan ke mata manusia, boleh mengakibatkan kerosakan saraf mata !

Harga:RM 698.00

nullnullnullnull