/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for March 2021
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pencucuh api / pengasah pisau SOG
model: sh03-cp
panjang: 8.3 x 2 sentimeter
Jenis mata asah: Berlian dan Seramik
Jenis Pencucuh api: Magnesium

berat: 20 gram
Keluaran: SOG Specialty Knives, Lynnwood, USA
buatan: china

Keterangan: Pengasah kecil 3-dalam-1 berserta pencucuh api "Firestarter" ini di keluarkan oleh SOG Specialty Knives yang berpangkalan di Lynnwood, USA. Jenama produk SOG digunakan oleh pasukan komando US Navy Seal, dimana pada asalnya SOG mendapat ilham semasa era perang di Vietnam dahulu. Pengasah & pencucuh api ini kecil, ringkas dan mudah dibawa malah boleh diletak di dalam poket dan digantung pada rantai kunci. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah sederhana dan sesuai untuk menajamkan pisau kecil, gunting, pisau bilah bergigi, pahat, cangkuk, pisau bilah bengkok. Ia merupakan alatan yang WAJIB DIMILIKI oleh setiap umat manusia sama ada di tengah kota dan belantara raya !

Mata pengasah jenis berlian mempercepatkan kerja asahan pisau, manakala pengasah seramik memudahkan kerja asahan pisau bergigi/gunting. Pencucuh api dari batang Magnesium merupakan bahan yang mudah menghasilkan percikan api untuk menghidupkan unggun api, memasak, membakar hutan. Anda perlu mengumpulkan bahan mudah terbakar (rumput kering, kertas, daun, sabut) dan goreskan bahan magnesium berkenaan berkali-kali sambil dekatkan percikan api pada bahan pembakaran berkenaan. Anda tidak perlu bergantung pada pemetik api & mancis yang mungkin kehabisan gas / bahan bakar / basah di saat genting. Ayuh kalian, anda mungkin memerlukannya kelak, sediakan payung sebelum hujan !

Harga: RM 111.00 - sebiji

nullnullnull
Category: ICEL - pisau dapur
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau kecil ICEL
model: 237.NT03.10 (siri NATURE)
panjang: 10 cm atau 3.93 inci (panjang bilah)
material: besi X50CrMoV15 tahan karat
pemegang: kayu pohon Zaitun

kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Keterangan: Pisau kecil dari siri NATURE bersama hulu kayu ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Pemegangnya diperbuat dari kayu pohon ZAITUN iaitu sejenis kayu yang agak mahal & mempunyai urat kayu unik dengan corak abstrak, pohon zaitun merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara Mediterranean. Kebiasaannya kayu pohon zaitun digunakan dalam pembuatan perabot mewah, barang perhiasan & ukiran kayu.
Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/merincik bawang, cili, buah dan sebagainya. Ia cukup TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Pisau mampu milik dari siri RARE yang jarang terdapat di rantau ini, TERBAIK untuk surirumah, chef profesional, pelajar bidang perhotelan dan peminat pisau di serata pelusuk Nusantara. Ayuh kalian, miliki ia hari ini sebelum hilang ditelan zaman !!

Harga: RM 88.00 (HABIS !)

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Set pelbagai sudu/garpu/pisau meja Victorinox
model: 6.7833.24
material besi setiap barangan: besi tahan karat jenis 18/10 (18% krom, 10% nikel dan 72% besi)
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: Victorinox AG, Switzerland
Berat: 1.3 kilogram

Keterangan: Ini adalah set sudu makan PREMIUM keluaran Victorinox AG, Switzerland. Alatan Victorinox ini digunakan di hotel, restoran mewah, majlis santapan rasmi, syarikat penerbangan dan individu di seluruh dunia. Alatan dari set ini menggunakan besi tahan karat gred TERBAIK 18/10 (sama seperti gred besi pada alat bedah di hospital !! ), alatan dalam set ini tampak berkilau, besinya cukup utuh / SOLID dan tidak mudah bengkok serta tidak akan pudar warna dan tidak kusam walau digunakan sekian lama.
Set eksklusif dan tampak moden ini dibuat untuk kegunaan 6 orang, khusus buat mereka yang mahukan set sudu/garpu dari gred besi TERBAIK Switzerland untuk kegunaan di hotel, restoran, majlis santapan rasmi, rumah dan mereka yang berminat menjadikan alatan sebegini sebagai koleksi kesayangan anda atau sebagai hadiah buat insan yang istimewa.
VICTORINOX....kualiti tanpa kompromi sejak tahun 1884 !! --- sambutlah salam dari wilayah Ibach...

Set ini terdiri dari:
1. Sudu makan Victorinox (6)
2. Garpu makan Victorinox (6)
3. Sudu teh Victorinox (6)
4. Pisau daging/"steak" bergigi Victorinox (6)

Harga: RM 685.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/victorinox-set-pelbagai-sudu-garpu-pisau-meja-switzerland/

nullnullnullnull
Category: ICEL - pisau lasak
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau lasak hutan ICEL
model: 242.8411.15
Panjang keseluruhan: 25.7cm / 10.11 inci
panjang bilah: 15cm / 5.90 inci
tebal bilah: 5 milimeter
Material bilah: Besi AISI 420 tahan karat

Kekerasan bilah: 56 Rockwell
Material pemegang: plastik Polypropylene
Material sarung: kulit lembu
Berat: 160 gram
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Keterangan: Pisau lasak hutan dari model produk TERBARU 2021 yang dipanggil BUSHCRAFT ini adalah ASLI, keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.

Pisau ini didatangkan dengan sarung jenis kulit lembu yang dijahit kemas dan sarungnya dilukis dengan motif kepala rusa yang tampak eksklusif. Hulunya direkabentuk dan dicorakkan seolah-olah menyerupai tanduk rusa sebenar yang
cukup menarik dan unik. Pisau ini cukup berguna kepada anggota Paramedik / penyelamat dan cukup sesuai untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/PGA/Paskal), sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki/memancing/memburu/berkhemah/mencari hasil hutan atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, DISYORKAN untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi kerana model pisau Icel begini cukup jarang didapati di rantau ini !!

Harga: RM 323.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: baju kolar EDISI KHAS 40 tahun IRONMAN
model: 951000104599
Ukuran: 49 cm (lebar) X 70 cm (labuh)
saiz: S
Warna: biru muda
material fabrik: 5 oz. polyester sejuk
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Ini adalah baju kolar EDISI KHAS IRONMAN ulangtahun ke 40 tahun dengan fabrik 5 oz. polyester PREMIUM sejuk keluaran ASLI dari IRONMAN Triathlon. Merupakan kerjasama antara IRONMAN dan OGIO (pengeluar pakaian USA). IRONMAN merupakan acara sukan lasak yang dianjurkan oleh World Triathlon Corporation (WTC) yang bermula semenjak tahun 1978. Acara sukan triathlon ini diadakan di seluruh dunia termasuk Amerika, Afrika, Australia, New Zealand, Eropah, Asia termasuk di Malaysia (IRONMAN Langkawi). Acara sukan ini dianggap sukan pelbagai kategori paling MENCABAR dari segi fizikal dan mental di dunia yang perlu dihabiskan dalam masa 1 hari !! Acara sukan IRONMAN melibatkan acara berenang, berbasikal, lari marathon dan perlu diselesaikan dalam masa 16 - 17 jam.

Pada bahagian hadapan tertera logo IRONMAN 40 years of dreams yang disulam dengan cukup kemas dan teliti, manakala pada lengan dijahit logo Ogio. Fabrik baju ini cukup berkualiti dan selesa dengan teknologi penyejuk Polyester 5 oz., tahan lasak, tidak mudah pudar / tidak luntur walau dibasuh berkali-kali menggunakan mesin atau basuhan tangan. Ia cukup selesa untuk dipakai ketika bersantai, bersukan, memandu dan dalam apa jua acara dalam sebarang cuaca. Produk eksklusif yang diimpot khas dari ibu pejabat IRONMAN Tampa, Florida USA. Produk berkualiti tinggi yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat triathlon IRONMAN dan barangan RARE sebagai koleksi !!

Harga: RM 149.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/ironman-baju-kolar-edisi-khas-40-tahun/

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: lampu limpah / spotlight HELLA
Model: 1F7357200001
Material: Aluminium
Warna: hitam
Jenis mentol: LED
Jumlah LED: 1
Kuasa lampu: 20Watt
Voltan lampu: 10 - 30Volt
Warna lampu: PUTIH
Kuasa cahaya: 1080 Lumens

Jarak cahaya: 529 meter
Berat: 1.2 kilogram (sebiji)
Ukuran: 17.78 x 10.6 sentimeter
pengiktirafan: menepati piawaian SAE, ECE
Keluaran: HELLA KGaA Hueck & Co., JERMAN
buatan: china

Keterangan: Lampu limpah / spotlight dengan teknologi LED ini adalah ASLI dan merupakan produk TERBAIK dan berkualiti buatan HELLA. Lampu dengan struktur bahan aluminium yang padu ini dibuat khusus untuk kenderaan ringan dan kenderaan komersial dimana ia menggunakan teknologi LED yang TERANG (1080 LUMENS), lampu bukaan LEBAR dan tahan lama berbanding penggunaan mentol.

Lampu ini adalah tahan lasak dan kalis air dalam segala keadaan (piawaian antarabangsa SAE dan ECE). Ia boleh dipasang pada bahagian atas bumbung kenderaan, bumper hadapan, sisi kenderaan atau di mana yang anda inginkan. Ia TERBAIK digunakan juga sebagai LAMPU LIMPAH / membantu lampu utama ketika memandu dalam perjalanan jarak jauh yang gelap gelita atau di hutan rimba. DISYORKAN untuk pelbagai kenderaan berat / ringan seperti lori trailer, bas, jengkaut, kren, bot, van, lori sampah, trak 4x4, kereta dan sebagainya. Terbukti & diuji pemandu ketika lumba Rally Paris-Dakar di gurun dan World Rally Championship (WRC) !

NOTA: Pemasangan lampu ini wajib dipasang bersama relay untuk kestabilan kuasa !

Harga: RM 509.00 - (sepasang; 2 biji)

nullnullnullnull