/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for July 2021
Posted by: jimbit
1)Jenis: topi Trucker IRONMAN
model: 951000129194
saiz: -
Warna: merah / putih
material fabrik: polyester
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: china

Keterangan: Ini adalah topi berjaring keluaran ASLI dari IRONMAN Triathlon. IRONMAN merupakan acara sukan lasak yang dianjurkan oleh World Triathlon Corporation (WTC) yang bermula semenjak tahun 1978. Acara sukan triathlon ini diadakan di seluruh dunia termasuk Amerika, Afrika, Australia, New Zealand, Eropah, Asia termasuk di Malaysia (IRONMAN Langkawi) sendiri. Acara sukan ini dianggap sukan pelbagai kategori paling MENCABAR dari segi fizikal dan mental di dunia yang perlu dihabiskan dalam masa 1 hari !! Acara sukan IRONMAN melibatkan acara berenang, berbasikal, lari marathon dan perlu diselesaikan dalam masa 16 - 17 jam.

Pada bahagian hadapan tertera logo IRONMAN yang timbul dari bahan getah yang dibuat dengan cukup kemas dan teliti. Pada sebahagian topi ini dengan fabrik jenis berjaring membolehkan pengaliran udara keluar/masuk pada bahagian kepala. Topi ini terbaik dipakai semasa memandu, bersukan dan melindungi kepala anda dari panas / embun.
Produk eksklusif yang diimpot khas dari ibu pejabat IRONMAN Tampa, Florida USA. Produk berkualiti tinggi yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat triathlon IRONMAN dan barangan "RARE" sebagai koleksi !!

Harga: RM 95.00

nullnullnull
Category: 5.11 - aksesori
Posted by: jimbit
1) Jenis: Klip penggantung kunci 5.11
model: 56597
Material: Besi tahan karat & nylon tahan lasak
Panjang: 10 sentimeter
Warna: hitam

Keterangan: Penggantung kunci / "carabiner" yang dipanggil MK 1 ini merupakan produk TERBARU keluaran ASLI dari 5.11 USA. Ia diperbuat dari besi tahan karat bersama nylon tahan lasak, ia dibuat untuk dikepil / disangkut pada talipinggang / seluar / beg. Anda boleh menggantung kunci, barangan EDC, pisau, lampu suluh kecil, dompet dan sebagainya. Penggunaan penggantung 5.11 ini juga tampak bergaya buat si pemakai disamping memastikan barangan kecil peribadi anda selamat sepanjang masa. Ia didatangkan dengan pencangkuk berselak dengan gelang besi yang tahan karat serta tahan lasak. Penggantung ini sangat disyorkan buat peminat setia 5.11, peminat barangan RARE untuk koleksi dan mereka yang sentiasa bergerak aktif ke sana kemari !!

Harga: RM 43.00 - sebiji

nullnullnull


1) Jenis: pisau sembelih bengkok BURGVOGEL
model: 5650.802.31.0
panjang: 31 cm atau 12.20 inci (panjang bilah)
Kekerasan besi: 56 Rockwell
material bilah: besi tahan karat Krom Molybdenum X50CrMo14
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: BURGVOGEL Cutlery GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau sembelih bengkok ini adalah keluaran dari jenama BURGVOGEL, salah satu pembuat pisau terkemuka dari Solingen Jerman sejak tahun 1949 yang diasaskan oleh Karl Bahn Senior. Burgvogel bermaksud burung dari istana dalam bahasa Jerman. Kilang mereka merupakan yang mula-mula sekali menggunakan mesin memproses pisau semi automatik di Solingen pada tahun 1949, sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" sejak lebih 400 tahun silam ! Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN.


Mata pisau ini disepuh bersama adunan minyak khas dan dikeraskan di dalam ais dengan suhu negatif, ia cukup tajam dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam.
Pisau ini khusus untuk kerja menghiris ketulan daging besar, ikan dan TERBAIK untuk kerja menyembelih haiwan bersaiz besar (lembu, kerbau, seladang). Ia sangat berguna untuk kerja di pusat sembelihan, peniaga ikan, peniaga makanan, dapur hotel & restoran, juga buat anda yang tercari-cari pisau sembelih keluaran asli bumi Solingen Jerman. Marilah bersama Burgvogel, rasai keampuhan dan kemurnian pisau dengan cap burung istana ini wahai peminat pisau Nusantara sekalian !

Harga: RM 230.00 - sebilah

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/burgvogel-pisau-sembelih-bengkok-12-inci-solingen-jerman/

nullnullnull



1) Jenis: pisau sembelih JALUR BURGVOGEL
model: 5500.802.31.6
panjang: 31 cm atau 12.20 inci (panjang bilah)
Kekerasan besi: 56 Rockwell
material bilah: besi tahan karat Krom Molybdenum X50CrMo14
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: BURGVOGEL Cutlery GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau sembelih jenis bilah lurus JALUR ini adalah keluaran dari jenama BURGVOGEL, salah satu pembuat pisau terkemuka dari Solingen Jerman sejak tahun 1949 yang diasaskan oleh Karl Bahn Senior. Burgvogel bermaksud burung dari istana dalam bahasa Jerman. Kilang mereka merupakan yang mula-mula sekali menggunakan mesin memproses pisau semi automatik di Solingen pada tahun 1949, sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" sejak lebih 400 tahun silam ! Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN.
Mata pisau ini disepuh bersama adunan minyak khas dan dikeraskan di dalam ais dengan suhu negatif, ia cukup tajam dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam.

Bilah pisau JALUR atau dipanggil "Granton" cukup istimewa kerana ia TIDAK menyebabkan benda yang dipotong melekat pada bilah pisau ini kerana ruang udara yang terperangkap di antara jaluran itu yang membantunya. Pisau ini khusus untuk kerja menghiris ketulan daging besar, ikan dan TERBAIK untuk kerja menyembelih haiwan bersaiz besar (lembu, kerbau, seladang). Ia sangat berguna untuk kerja di pusat sembelihan, peniaga ikan, peniaga daging, dapur hotel & restoran, juga buat anda yang tercari-cari pisau sembelih keluaran asli bumi Solingen Jerman. Marilah bersama Burgvogel, rasai keampuhan dan kemurnian pisau dengan cap burung istana ini wahai peminat pisau Nusantara sekalian !

Harga: RM 254.00 - sebilah

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/burgvogel-pisau-sembelih-jalur-12-inci-solingen-jerman/

nullnullnullnull

Posted by: jimbit
1) Jenis: Gunting ikan/dapur TEMPA ICEL
model: 951.2070.20
jenis keluli: Besi AISI 304 bersadur KROM jenis TEMPA (tahan karat)
Warna: Krom
Panjang keseluruhan: 20 sentimeter / 7.87 inci
Berat: 222 gram
Buatan: Sepanyol

Keterangan: Gunting ini adalah keluaran ICEL Icel-Industria dan dibuat di Sepanyol oleh tukang tempa mahir dan merupakan jenis keluli FORGED / besi jenis ditempa yang merupakan barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri gunting ICEL. Gunting siri TEMPA melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat TAJAM dan untuk diguna di dapur/ketika penyediaan makanan. Kualiti dan ketajaman gunting jenis tempa tidak dapat ditandingi oleh gunting kebiasaan kerana kuasa memotongnya yang jitu. Besi jenis AISI 304 biasanya menjadi pilihan kegunaan industri kerana sifatnya yang terbaik terhadap tahan karat, tindakbalas kimia dan komposisi logam yang padu.

Gunting ini TERBAIK dan DISYORKAN untuk kegunaan industri terutama para peniaga ikan & daging juga mereka di dalam industri sajian dan perhotelan. Ia berguna untuk tugas menggunting/memotong udang, ketam, ayam, itik, daging, sayuran atau gunting makanan pelbagai fungsi di dapur anda. Gunting ini disyorkan untuk anda yang mahukan gunting dapur yang SOLID dari besi jenis TERBAIK dan kekal ampuh sehingga ke akhir usia !

Harga: RM 188.00 - sebilah

nullnullnullnull
1) Jenis: pisau lipat Hunter Pro Victorinox SWISS ARMY
model: 0.9415.20
panjang bilah: 10 cm
panjang (semasa dilipat): 13.6 cm
tebal bilah: 2.7 milimeter

Warna: merah dan kelabu
berat: 186 gram
Material bilah: Besi 1.4110 (tahan karat)
Material pemegang: logam aluminium
Buatan: Victorinox AG, SWITZERLAND

Keterangan: Ini adalah pisau lipat ASLI keluaran VICTORINOX, jenama yang menjadi kebanggaan Switzerland yang berpangkalan di Ibach semenjak tahun 1884 yang diasaskan oleh Karl Elsener. Pisau ini didatangkan dengan tali penggantung "Paracord" bersulam berwarna merah, pisau ini bersaiz kecil bersama pemegang dari logam aluminium. Ia mempunyai pengunci apabila bilah dibuka, sebagai keselamatan. Pisau ini sebenarnya dibuat khusus buat penggiat aktiviti luar; mendaki/memancing/memburu/berkhemah dan disyorkan untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA/FRU/Paskal).

Pisau keluaran Victorinox telah dikenali berdekad lamanya di seluruh dunia dan telah diakui ketajaman dan kualiti tanpa kompromi. Model Hunter Pro berwarna merah ini sebenarnya dibuat untuk pasaran Eropah, ia menjadi rebutan ramai peminat pisau di seluruh dunia kerana kualiti, ketajaman dan kejituannya, jadikan koleksi anda !

Harga: RM 530.00 **

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pencangkuk daging F.DICK
model: 9101218
panjang: 7 inci
diameter: 8 milimeter

material: besi tahan karat
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Pencangkuk besi untuk daging ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Ia diperbuat khusus dan terbaik untuk menggantung daging atau hasil laut atau ketika kerja mencangkuk ketulan daging atau tulang temulang haiwan ternakan. Ia diperbuat dari besi tahan karat terbaik Jerman dan cukup kukuh dan boleh menggantung maksima berat beban sehingga 100 kilogram ! Pencangkuk ini dibuat 1 bahagian dengan hujung tajam dan satu bahagian lagi permukaan rata.
Buat anda yang tercari-cari pencangkuk daging berkualiti, miliki F.DICK ini hari ini juga !

Harga: RM 110.00 - 1 SET (5 biji)

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau daging/sembelih "JALUR" ICEL
model: 286.3652.25
panjang: 10 inci (panjang bilah)
material: besi X50CrMoV15 tahan karat
warna pemegang: hitam / biru
pemegang: plastik anti licin MICROBAN Proflex (anti kuman)
Pengiktirafan: NSF (sesuai untuk persekitaran HACCP)
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Keterangan: Pisau sembelih jenis bilah "JALUR" bersaiz bilah 10 inci ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Pisau ini boleh digunakan untuk menyembelih haiwan seperti lembu bersaiz kecil/sederhana, kambing, rusa, pelanduk, kijang. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.

Mata pisau ini cukup tajam dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam, ia merupakan pisau kualiti Eropah tetapi dengan harga yang mampu milik. Ia cukup berguna terutama kepada mereka yang terlibat dengan kerja menyembelih/memotong daging di rumah sembelihan dan ketika kerja korban di Aidiladha. Rasailah kejituan produk dari negara "Benggali Putih" ini selayaknya !!

Harga: RM 158.00 - sebilah

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/icel-pisau-sembelih-jalur-10-inci-portugal/

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau tetak tulang ICEL
model: 331.4027.23
panjang: 23 cm atau 9.05 inci (panjang bilah)
berat: 1.1 kilogram !! (BERAT)
tebal bilah: 5 milimeter

material: besi X50CrMoV15 tahan karat
pemegang: kayu pohon Jatoba Brazil
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Keterangan: Pisau tetak tulang bilah MELENGKUNG dengan beratnya 1.1 kilogram ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Pemegangnya diperbuat dari kayu eksotik pohon JATOBA iaitu sejenis kayu yang mahal & mempunyai urat kayu kasar dengan sifatnya yang keras, tahan lasak dan padat. Warna kayu yang kemerahan dengan diapit bersama paku TEMBAGA memberikan pisau ini keistimewaan tersendiri. Pohon Jatoba merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di hutan hujan Amazon di Brazil, selatan Mexico, Amerika Tengah & Amerika Selatan. Kebiasaannya kayu pohon Jatoba digunakan dalam pembuatan perabot mewah, lantai, piano, komponen alatan muzik dan menjadi pilihan pengeluar seperti Gibson, Ibanez & TAMA.

Pisau ini khusus untuk kerja menetak TULANG/mencincang/memotong daging / tulang KERAS, memotong sayuran keras. Pisau tetak ini adalah BERAT (1.1 kilogram !!). Pisau mampu milik dari siri RARE yang jarang terdapat di rantau ini, TERBAIK untuk peniaga daging, pusat sembelih, peniaga ikan dan peminat pisau di serata pelusuk Nusantara. Ayuhlah sida-sida sekalian, bersegeralah menurut hawa nafsumu !

Harga: 320.00 - sebilah

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/icel-pisau-tetak-1-1kg-hulu-kayu-jatoba/

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau tempa F.HERDER
model: 8114-15,50
panjang: 15.5 cm atau 6.10 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
warna pemegang: hitam
material: besi tempa X50CRMoV15
kekerasan bilah: 56 - 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau siri FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik, ia adalah pisau jenis "FULL TANG". Ini merupakan pisau yang menjadi simbol keagungan kualiti produk pisau yang dipanggil cap garpu / cap "spade" berabad lamanya. Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan teliti dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur dan merupakan model pisau yang diakui ketajamannya yang menjadi rebutan penyembelih di serata dunia sejak berabad lalu. Dihasilkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" yang memulakan perusahaan sejak tahun 1623 dan telah diperkenalkan dan memasuki pasaran Nusantara (Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda.

Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya malah cukup TERBAIK untuk tugas menyembelih !! Ini adalah model pisau yang menjadi simbol KEAGUNGAN F.HERDER yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini. Kembalikan nostalgia silam dengan pisau lagenda ini !!

Harga: RM 380.00 ** - sebilah

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung pisau serbaguna "Rescue Tool" Victorinox
model: 4.0851
Panjang: 12cm
Tebal: 2cm

warna: merah
material: nylon
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Keterangan: Sarung pisau ini dibuat untuk pisau lipat Swiss Army "RESCUE TOOL" keluaran Victorinox AG Switzerland. Sarung ini dapat memuatkan pisau serbaguna Victorinox Swiss Army atau Victorinox Spirit atau boleh juga diletak dengan pisau dari jenama lain. Ia boleh diletak pada pinggang melalui talipinggang anda disamping itu ia didatangkan dengan pelekat jenis velcro pada penutupnya dengan buatannya yang cukup kemas dan teliti. Sarung berwarna merah dan hijau terang benderang ini tampak menyerlah dengan warnanya yang cukup garang, merupakan sarung yang jarang ada di pasaran rantau ini dan cukup "RARE" !
Miliki sarung ini segera jika anda mahu tampak kelainan saban waktu !!

NOTA: Pisau di dalam gambar hanyalah sekadar hiasan dan tidak untuk dijual !

Harga: RM 85.00 - sebuah

nullnullnull