/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for December 2021
Category: General
Posted by: jimbit
Semua pesanan produk bermula hari ini akan diberi percuma kalendar ded1 EMPIRE tahun 2022 dengan motif celoreng. Ia sebagai memperingati celoreng Brush Stroke yang pernah digunakan pada pakaian seragam tempur lama Angkatan Tentera Malaysia ketika era 1970an - 1980an.

#DARAHSATRIA
NOTA: Sementara stok masih ada !

null
Category: ICEL - pisau lipat
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau tut pokok ICEL
model: 144.1124.11
panjang: 7cm (bilah), 17.7cm (keseluruhan)
logam bilah: Besi AISI 420 (tahan karat)

bahan pemegang: plastik Polypropylene
tebal bilah: 2 milimeter
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Keterangan: Pisau lipat tut pokok ini merupakan model produk TERBARU 2021 dan ASLI, keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.

Ia sangat TAJAM dan untuk diguna mengetut pokok bunga, pokok buah-buahan & tanaman di halaman rumah dan kebun anda. Ia boleh diguna untuk mengikis, mengelar, mengerat, memangkas ranting, tunas, daun, putik, batang segala jenis pokok bunga / tanaman bersaiz kecil / sederhana besar. Sangat disyorkan buat mereka yang hobinya menanam pokok-pokok bunga dan mereka yang bekerja di tapak semaian pokok. Jika anda masih tercari-cari pisau tut pokok terbaik dengan kualiti PREMIUM, anda patut cuba model ini hari ini juga !! juga DISYORKAN untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi kerana model pisau Icel ini cukup jarang didapati di rantau ini !!

Harga: RM 109.00 - sebilah

nullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Blok pisau Victorinox - 6 unit
model: 6.7127.6L14
bilah setiap barangan: besi tahan karat (High Carbon Steel)
jenis blok: plastik Polypropylene
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Keterangan: Set blok pisau bersaiz kecil ini pernah memenangi anugerah Kitchen Innovation 2014. Merupakan set blok kecil yang cukup berguna buat mereka yang tercari-cari set pisau kecil dengan harga mampu milik dan mereka yang mempunyai ruang dapur yang terbatas. Set ini TERBAIK buat pengumpul koleksi, sebagai hadiah buat insan tersayang dan juga untuk hantaran perkahwinan atau untuk kegunaan di rumah/restoran/hotel/industri sajian.

Set ini terdiri dari:

- Pisau tomato bergigi 11cm VICTORINOX
- Pisau daging/stik bergigi 12cm VICTORINOX
- Pisau dapur kecil 10cm VICTORINOX
- Pisau dapur kecil bergigi 8cm VICTORINOX
- Pisau dapur kecil 8cm VICTORINOX
- Pengupas kulit buah VICTORINOX
- Blok menyimpan pisau VICTORINOX

Harga: RM 274.00

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau melapah kulit Victorinox
model: 5.8000.15
panjang: 15 cm / 6 inci (panjang bilah)
material bilah: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: kayu MAPLE
Buatan: Victorinox AG, Switzerland


Kegunaan: Ini ialah pisau TERBAIK untuk kerja melapah kulit keluaran ASLI dari Victorinox AG Switzerland. Ia sangat berguna untuk tugas melapah dan memisahkan kulit kambing/kibas/kijang/rusa/lembu/kerbau/seladang/unta/kuda dan seangkatan dengannya. Bilahnya cukup TAJAM serta tahan lama dari segi ketajaman. Kualiti pisau ini jauh mengatasi pisau biasa di pasaran. Pisau jenama ini menjadi pilihan untuk digunakan secara meluas di pusat penyembelihan dan hotel terkemuka di seluruh dunia.

Ia boleh diguna di pasar kepada penjual daging, pusat penyembelihan, hotel / restoran. Ia juga sesuai untuk kegunaan kerja korban ketika hari raya Aidiladha. Hulunya kini diperbuat dari kayu MAPLE iaitu sejenis kayu sederhana keras yang tumbuh meliar di Utara Amerika dan Eropah. Kayu Rosewood tidak lagi digunakan pada produk Victorinox akibat diancam kepupusan serta larangan perdagangan yang di buat oleh pertubuhan CITES dan kerajaan Switzerland. Pisau pemegang kayu ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik. VICTORINOX adalah antara pengeluar pisau terulung dari Eropah sejak lebih 133 tahun lampau !!

Harga: RM 164.00 - sebilah

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur jenis lipat Victorinox
model: 6.780X.FB
panjang: 11 cm / 4.33 inci (panjang bilah)
material bilah: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Kegunaan: Ini ialah pisau dapur jenis LIPAT, merupakan antara model inovasi TERBAHARU keluaran ASLI dari Victorinox AG Switzerland. Ia sangat berguna untuk kerja menghiris/memotong bawang, buah, sayuran & makanan. Bilahnya cukup TAJAM serta tahan lama dari segi ketajaman. Kualiti pisau ini jauh mengatasi pisau biasa di pasaran. Pisau jenama ini menjadi pilihan untuk digunakan secara meluas di pusat penyembelihan dan hotel terkemuka di seluruh dunia.

Bilah pisau dapur jenis lipat yang cukup unik dan tersendiri didatangkan bersama "pengunci" pada bilah tampak cukup elegan dan selamat jika anda mahu menyimpannya di dalam di dalam beg, poket dan di dapur. Ia didatangkan bersama bungkusan yang menarik hati dan sangat sesuai sebagai hadiah buat insan tersayang ! VICTORINOX adalah antara pengeluar pisau terulung dari Eropah sejak lebih 137 tahun lampau !!

Harga: RM 87.00 - sebilah

nullnullnull
Category: 5.11 - baju
Posted by: jimbit
1) Jenis: Kemeja lengan pendek Station "Kalis api" 5.11
model: 46119
saiz USA: S, M, L
warna: biru gelap
material fabrik: 5.5 oz. fabrik kalis api "FIRE RESISTANT" (buatan Miliken & Co. USA)
pengiktirafan: NFPA 1975-2009

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: india

Keterangan: Baju kemeja lengan pendek yang dipanggil "STATION" keluaran 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Kemeja kalis api ini merupakan teknologi fabrik kerjasama diantara 5.11 Tactical dan Miliken & Company, Spartanburg. Miliken merupakan antara pengeluar terbesar dunia sejak tahun 1865 untuk fabrik kalis api yang memenuhi piawaian NFPA (National Fire Protection Association). Piawaian NFPA digunapakai di seluruh dunia untuk agensi bomba, petrokimia, kimpalan, elektrikal dan kejuruteraan besi.

Fabrik PREMIUM yang dipanggil "Amplitude" baju ini adalah tahan haba panas dan tahan api mengikut piawaian NFPA 1975-2009 dan dibuat khusus untuk anggota bomba dan mereka yang bekerja di sektor industri kejuruteraan besi, selenggara elektrik, kimpalan, petrokimia dan seumpamanya. Fabriknya dari jenis 5.5 oz yang tahan lasak yang tidak mengecut, berkedut dan pudar disamping butangnya dari jenis melamin yang kukuh. Kemeja ini sangat disyorkan untuk anggota bomba, SMART dan mereka yang bertugas di sektor yang melibatkan petrokimia dan kejuruteraan/kimpalan besi. 5.11 -- kualiti sebenar untuk mereka berjiwa kental !!

Harga: RM 372.00

nullnullnull