1) Jenis: pisau sembelih hidung lembu BURGVOGEL
model: 5560.801.26.0
panjang: 26 cm atau 10.23 inci (panjang bilah)
Kekerasan besi: 56 Rockwell
bahan bilah: besi tahan karat Krom Molybdenum X50CrMo14
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: BURGVOGEL Cutlery GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau sembelih bilah 10 inci jenis "HIDUNG LEMBU" ini adalah keluaran dari jenama BURGVOGEL, salah satu pembuat pisau terkemuka dari Solingen Jerman sejak tahun 1949 yang diasaskan oleh Karl Bahn Senior. Burgvogel bermaksud burung dari istana dalam bahasa Jerman. Kilang mereka merupakan yang mula-mula sekali menggunakan mesin memproses pisau semi automatik di Solingen pada tahun 1949, sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" sejak lebih 400 tahun silam ! Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN.
Mata pisau ini disepuh bersama adunan minyak khas dan dikeraskan di dalam ais dengan suhu negatif, ia cukup tajam dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam.

Pisau ini khusus untuk kerja menghiris ketulan daging besar, ikan dan TERBAIK untuk kerja menyembelih haiwan (lembu, kambing, rusa). Ia sangat berguna untuk kerja di pusat sembelihan, peniaga ikan, peniaga daging, dapur hotel & restoran, juga buat anda yang tercari-cari pisau sembelih keluaran asli bumi Solingen Jerman. Marilah bersama Burgvogel, rasai keampuhan dan kemurnian pisau dengan cap burung istana ini wahai peminat pisau Nusantara sekalian !

Harga: RM 205.00 - sebilah

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/burgvogel-pisau-sembelih-10-inci-solingen-jerman/

nullnullnull