/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for November 2022
Posted by: jimbit
1) Jenis: kotak nelayan berukir antik
panjang: 41cm
lebar: 16cm
tinggi: 16cm

jenis kayu: tiada maklumat
asal: Malaysia

Keterangan: Kotak Nelayan merupakan alatan yang digunakan oleh nelayan di Semenanjung Malaysia & wilayah Pattani sejak ratusan tahun dahulu. Digunakan untuk menyimpan mata kail, tali tangsi, duit, rokok, tembakau, umpan, timah pemberat. Ia juga berfungsi sebagai alas tempat duduk di dalam perahu dan juga sebagai penyelamat jika perahu karam, sebagai tempat untuk berpaut. Ia mempunyai laci pada kiri dan kanan untuk menyimpan barangan. Ukiran kotak nelayan jenis tebuk timbul menggunakan tangan yang penuh dan sarat pada sisi dan atasnya cukup halus dan berseni dengan motif flora dan tumbuhan.

Kotak nelayan antik berukir indah yang telah berusia lebih 100 tahun ini merupakan hasil kerjatangan teliti tukangnya yang telah lama pergi, jarang dijumpai dan merupakan koleksi kotak nelayan seumpamanya yang masih wujud pada zaman moden hari ini. Diperbuat dari sejenis kayu keras yang ringan & utuh, sangat disyorkan untuk peminat seni kraftangan Nusantara, pengumpul barangan antik, bahan koleksi di restoran & muzium. Seni dari Nusantara yang tak lapuk dek panas dan hujan, lambang kehalusan seni generasi lama yang menjadi sejarah untuk tatapan generasi akan datang.

Harga: RM 2869.00


Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/kotak-nelayan-ukiran-tangan-antik/

nullnullnull
Category: ANTIK - rehal kayu
Posted by: jimbit
1) Jenis: rehal kayu berukir antik
panjang: 44.5cm
lebar: 24cm
tinggi: 13cm (setelah dibuka)

jenis kayu: tiada maklumat
asal: Malaysia

Keterangan: Rehal merupakan alatan yang digunakan oleh masyarakat di Nusantara & di serata dunia sejak ratusan tahun dahulu. Digunakan untuk meletak kitab Al-Quran atau buku ketika membacanya sebagai memuliakannya & agar kelihatan lebih jelas dan selesa ketika membaca. Ukiran rehal jenis tebuk timbul menggunakan tangan yang penuh dan sarat pada sekeliling rehal ini sangat halus dan berseni dengan motif flora dan tumbuhan dengan ukiran tulisan khat jawi ILMU PELITA HIDUP.

Rehal antik berukir indah yang telah disimpan selama beberapa generasi ini merupakan hasil kerjatangan teliti tukangnya yang telah lama kembali pada Pencipta, ia sangat jarang dijumpai dan merupakan koleksi rehal seumpamanya yang masih wujud pada zaman moden hari ini. Diperbuat dari sejenis kayu keras yang kukuh, sangat disyorkan untuk peminat seni kraftangan Nusantara, pengumpul barangan antik, bahan koleksi di restoran & muzium. Seni dari Nusantara yang tak lapuk dek panas dan hujan, lambang kehalusan seni generasi lama yang menjadi sejarah.

Harga: RM 2908.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/rehal-kayu-ukiran-tangan-antik/

nullnullnull

Category: Pisau dapur jepun
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur "Gyuto" FUJII HAMONO
panjang: 17.5 cm atau 6.88 inci (bilah)
logam bilah: besi Yasugi
kekerasan bilah: 60 Rockwell
pemegang: kayu Mahogany Jepun
Buatan: Fuji Cutlery Co. Ltd, Sakai-ku, JEPUN

Keterangan: Pisau dapur dari jenis "GYUTO" ini dibuat di wilayah yang pada asalnya melahirkan ramai tukang pembuat pedang samurai dan katana sejak beratus tahun lampau sehingga ia dihapuskan pada 1870an oleh Empayar Meiji selaras dengan dasar pemodenan Jepun. FUJII HAMONO terkenal dengan produk berkualiti mereka terutamanya pisau dapur yang dibuat dalam skala kecil Industri Kecil Sederhana di wilayah Sakai.

Pisau dengan tulisan kanji Jepun bersama ukiran manusia pada bilahnya memberitahu secara simbolik tentang kedatangan awal penjajah Eropah ke Jepun. Pisau ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM laksana pisau cukur, khusus dan terbaik untuk kerja memotong / menghiris bawang, sayur, daging, buah dan sebagainya. Dibuat untuk kegunaan mereka di dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel / restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau yang mendambakan pisau dari tukang pandai besi konvensional Jepun. Jadikan ia khazanah AGUNG anda sehingga ke penghujung nyawa !!

Harga: RM 389.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/fujii-hamono-pisau-dapur-gyuto-sakai-jepun/

nullnullnull

Posted by: jimbit
Jenis: ketam kayu RECORD
model: 735
struktur logam: besi tumpat tetuang
logam bilah ketam: besi karbon
panjang ketam: 26cm
condong bilah: 45 darjah
Buatan: C & J Hampton Limited, Sheffield, ENGLAND


Keterangan: Ini merupakan ketam kayu untuk kayu jenis lembut (fibreboard) dan kayu keras keluaran LAMA 1960an dari jenama RECORD. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1909 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan Kota Pisau. Industri alatan industri di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan alatan industri. Jenama RECORD merupakan pelopor dalam pembuatan ketam kayu tangan sejak lebih 100 tahun lampau dan menjadi pilihan tukang kayu dari serata dunia.

Ketam kayu ini masih dalam keadaan baru & baik, struktur alat ini cukup utuh dan padu dari besi jenis tetuang, bersama kotak asalnya yang telah sedikit reput dimamah usia dan buku panduan berserta aksesori alatan. Pemegangnya diperbuat dari kayu keras BEECH Eropah. Merupakan model ketam kayu dari kualiti TERBAIK yang telah PUPUS dan cukup RARE pada hari ini. Disyorkan untuk dimiliki oleh peminat alatan buatan Sheffield, England sebagai khazanah peribadi anda hingga ke hujung usia.

Harga: RM 614.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/record-ketam-kayu-lama-sheffield-england/

nullnullnull


Posted by: jimbit
1) Jenis: Cepu kayu antik (bekas makanan) berukir
tinggi: 26cm
diameter: 18.2cm (bahagian dalam)

jenis kayu: tiada maklumat
asal: Malaysia

Keterangan: cepu/bekas menyimpan makanan merupakan alatan yang digunakan oleh masyarakat di Nusantara sejak ratusan tahun dahulu. Kebiasaannya ia digunakan oleh pedagang, nelayan, pelaut di zaman silam untuk membawa bekalan nasi & lauk pauk jika berkelana jauh. Ukiran jenis tebuk timbul menggunakan tangan yang penuh dan sarat pada bahagian atas dan sekeliling bekas cepu ini sangat halus dan berseni dengan motif flora dan tumbuhan. Keadaan cepu ini masih berfungsi dengan baik, disamping kesan dimamah usia.

Pada zaman moden hari ini, penggunaan alat ini telah pun dilupakan generasi baru. Cepu berukir ini merupakan hasil kerjatangan teliti tukangnya yang telah lama pergi mengadap Pencipta, ia cukup jarang dijumpai pada zaman moden hari ini. Diperbuat dari sejenis kayu keras yang cukup utuh dan berat. Ia sangat disyorkan untuk peminat seni kraftangan Nusantara, pengumpul barangan antik, bahan koleksi di restoran & muzium. Seni dari Nusantara yang tak lapuk dek panas dan hujan, lambang betapa tingginya keperibadian kehalusan jiwa nurani leluhur terdahulu !

Harga: RM 2456.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/cepu-kayu-bekas-makanan-berukir-antik/

nullnullnull
Category: 5.11 - beg
Posted by: jimbit
7) Jenis: beg galas taktikal RUSH 72 REALTREE 5.11
model: 56563
Ukuran: 58 x 34 x 21 cm
Muatan: 47.5 liter
Jumlah ruang: 25
berat: 2.3 kilogram
warna: celoreng REALTREE
jenis fabrik: Nylon 1000D tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Beg galas 5.11 ini merupakan model beg taktikal dengan corak celoreng jenis REALTREE, ia merupakan model RUSH 72. Direka dan diuji oleh veteran tentera Kyle Lamb dari unit VTAC, beg ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. 5.11 membekalkan pakaian seragam kepada anggota FBI (agensi risikan USA), Unit Penguatkuasa dan Polis Amerika dan di serata dunia termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Fabrik pada beg ini menggunakan Nylon BALISTIK gred tentera (1000D) yang tahan lasak untuk tugas taktikal, zip terbaik dari YKK, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Ia TERBAIK digunakan untuk tugas penyamaran di hutan rimba & belukar, operasi ketenteraan atau kegunaan harian atau di pakai untuk ke pejabat, ke kolej atau untuk aktiviti luar di rimba raya waima di hutan konkrit. Ia mempunyai ruang yang luas dan banyak malah dapat memuatkan komputer riba bersaiz 15 inci. Pada bahagian belakang & sisinya didatangkan dengan "MOLLE", jadi anda dapat menyangkut pelbagai alatan lain di bahagian luarnya. Buat mereka yang tercari-cari beg taktikal sebenar dengan kualiti TANPA kompromi, beg RUSH 72 REALTREE ini perlu dimiliki SEGERA !

NOTA: Lencana pada beg ini hanya sekadar hiasan dan tidak untuk dijual bersama beg !

Harga: RM 1057.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-galas-taktikal-rush72-realtree/

nullnullnull



1) Jenis: beg galas taktikal Rapid Origin 5.11
model: 56355
Ukuran: 19.5 x 11 x 7 inci
Muatan: 25 liter
Berat: 955 gram
warna: hitam, coklat
jenis fabrik: Polyester 600D
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Beg galas 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan model yang dipanggil Rapid Origin yang diperkenalkan oleh 5.11 Inc. pengeluar barangan taktikal untuk tentera yang berpangkalan di Irvine California USA. Beg taktikal ini dibuat khusus untuk anggota polis & tentera pemburu pengembara ia bersaiz sederhana untuk menyimpan peluru/kelopak, botol air, komputer riba (bersaiz 15 inci) pisau pistol lampu suluh walkie talkie alatan EDC dan sebagainya.

Fabrik pada beg ini menggunakan Polyester tahan lasak untuk tugas taktikal termasuk zip dari jenama YKK yang terbaik, manakala klip dan penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang berkualiti & tahan lasak yang tidak mudah retak / patah. Beg yang menjadi teman sehidup semati yang tak akan menyusahkan hidup kalian musafir kesepian di jalanan !!

NOTA: Lencana pada beg ini hanya sekadar hiasan dan tidak untuk dijual bersama beg !

Harga: RM 565.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-galas-taktikal-rapid-origin/

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pengasah pisau EKA
model: 30210
panjang: 29cm
kadar asah: sederhana
pemegang: polimer SANTROPENE
Buatan: EKA Knivar AB Eskilstuna Sweden

Keterangan: Pengasah jenis batang atau besi kilir ini adalah keluaran dari jenama EKA, satu-satunya pengeluar pisau yang masih wujud di wilayah Scandinavia yang diasaskan oleh Hadar Hallstrom pada 1882. EKA Knivar AB juga dilantik sebagai pembekal rasmi pisau untuk Institusi Beraja Sweden, Eskilstuna adalah sebuah bandar yang terkenal di Sweden dengan panggilan Kota Pisau sejak ratusan tahun dahulu ! Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi TERBAIK Sweden.

Pemegangnya berwarna JINGGA terang diperbuat dari sejenis bahan Polimer SANTROPENE yang kesat dan selesa dan kemas pabila digenggam. Ia bagus untuk menajamkan/meluruskan mata pisau yang agak tumpul atau juga membuang lemak yang menyelaputi permukaan mata pisau ketika kerja melapah ternakan. Ini merupakan model yang TERBAIK untuk semua jenama pisau. Model ini juga merupakan yang paling mendapat sambutan ramai dari pemilik pisau di luar sana, ringkas dan mudah dibawa. Disyorkan buat pengusaha/penyembelih di ladang ternakan/pusat sembelihan haiwan dan juga buat kalian yang tercari-cari pengasah keluaran asli bumi wilayah Scandinavia. Marilah bersama EKA, nikmati keampuhan produk TERBAIK Sweden wahai peminat pisau Nusantara sekalian !

Harga: RM 162.00 - sebatang

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/eka-pengasah-pisau-sweden/

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lapah daging EKA
model: 30180
panjang: 5 inci (panjang bilah)
Kekerasan besi: 58 Rockwell
logam bilah: Sandvik 12C27 tahan karat
pemegang: polimer SANTROPENE
Buatan: EKA Knivar AB Eskilstuna Sweden

Keterangan: Pisau lapah daging melentik ini adalah keluaran dari jenama EKA, satu-satunya pengeluar pisau yang masih wujud di wilayah Scandinavia yang diasaskan oleh Hadar Hallstrom pada 1882. EKA Knivar AB juga dilantik sebagai pembekal rasmi pisau untuk Institusi Beraja Sweden, Eskilstuna adalah sebuah bandar yang terkenal di Sweden dengan panggilan Kota Pisau sejak ratusan tahun dahulu ! Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi TERBAIK Sweden.

Pemegangnya berwarna JINGGA terang diperbuat dari sejenis bahan Polimer SANTROPENE yang kesat dan selesa dan kemas pabila digenggam. Pisau ini khusus untuk kerja melapah/memotong daging ternakan terutamanya yang digantung dan dapat berfungsi dengan berkesan di celahan sendi serta ruang sempit haiwan. Disyorkan buat pengusaha/penyembelih di ladang ternakan/pusat sembelihan haiwan dan juga buat kalian yang tercari-cari pisau lapah daging keluaran asli bumi wilayah Scandinavia. Marilah bersama EKA, nikmati keampuhan dan kemurnian pisau dengan besi TERBAIK Sweden wahai peminat pisau Nusantara sekalian !

Harga: RM 133.00 - sebilah

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/eka-pisau-lapah-daging-5-inci-sweden/

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau benet EICKHORN
model: KCB
Panjang keseluruhan: 30cm
panjang bilah: 17cm
Logam bilah: 55Si7 tahan karat
Material pemegang: plastik polyamide
Berat: 294 gram
Warna: hijau
buatan: A. Eickhorn GmbH & Co. Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau taktikal benet dipanggil model KCB ini adalah ASLI, merupakan keluaran LAMA dari A. Eickhorn GmbH & Co. A. Eickhorn GmbH & Co. merupakan pengeluar LAGENDA pisau benet untuk kegunaan tentera sejak 1865 dan diasaskan oleh Carl Eickhorn. Benet KCB Eickhorn terawal direka pada tahun 1960an untuk dipasang pada senjata api Stoner 63 yang kemudiannya telah digunakan sebagai benet oleh polis & tentera di Jerman, Australia, Norway, Sepanyol, Argentina dan tentera NATO.

Pisau ini didatangkan dengan sarung jenis polimer Polyamide tahan lasak, dengan gigi halus pada atas bilahnya, bersama fungsi sistem pemotong dawai kawat pada hulu dan pembuka penutup botol pada pangkalnya. Sesuai untuk mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki / memancing / memburu / berkhemah / mencari hasil hutan. SANGAT disyorkan untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi pisau serata alam !!

Harga: RM 659.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/eickhorn-pisau-benet-tentera-solingen-jerman/

nullnullnull