/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::.
Category: ICEL - pisau lasak
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau lasak hutan ICEL
model: 242.8411.15
Panjang keseluruhan: 25.7cm / 10.11 inci
panjang bilah: 15cm / 5.90 inci
tebal bilah: 5 milimeter
Material bilah: Besi AISI 420 tahan karat

Kekerasan bilah: 56 Rockwell
Material pemegang: plastik Polypropylene
Material sarung: kulit lembu
Berat: 160 gram
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Keterangan: Pisau lasak hutan dari model produk TERBARU 2021 yang dipanggil BUSHCRAFT ini adalah ASLI, keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.

Pisau ini didatangkan dengan sarung jenis kulit lembu yang dijahit kemas dan sarungnya dilukis dengan motif kepala rusa yang tampak eksklusif. Hulunya direkabentuk dan dicorakkan seolah-olah menyerupai tanduk rusa sebenar yang
cukup menarik dan unik. Pisau ini cukup berguna kepada anggota Paramedik / penyelamat dan cukup sesuai untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/PGA/Paskal), sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki/memancing/memburu/berkhemah/mencari hasil hutan atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, DISYORKAN untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi kerana model pisau Icel begini cukup jarang didapati di rantau ini !!

Harga: RM 323.00

nullnullnullnull
Category: ICEL - pisau lasak
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lipat ICEL
model: 133.2052.90
panjang bilah: 7.8cm
panjang keseluruhan: 16.2cm

tebal bilah: 2 milimeter
Warna: tembaga keemasan
berat: 50 gram
Material bilah: Besi AISI 420 (tahan karat)
kekerasan bilah: 50 Rockwell
Material pemegang: kayu jati Rosewood
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Keterangan: Sebagai menghargai dan memenuhi permintaan para peminat pisau dari serata pelusuk Nusantara yang mendambakan hulu kayu, ICEL dengan ini mengeluarkan pisau lipat / pisau poket yang merupakan keluaran terbaru 2020, jenama yang menjadi kebanggaan sejak 1945 pembuat pisau terkemuka dari Portugal. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.

Pisau ini bersaiz kecil bersama pemegang dari kayu jati Rosewood, spesis kayu keras yang tahan lasak dan TERBAIK kualitinya dan menjadi pilihan pengeluar perabot kayu mewah dan alatan muzik seperti Ibanez, TAMA, Gibson. Pisau ini sebenarnya dibuat khusus buat penggiat aktiviti luar; mendaki gunung/memancing/memburu/berkhemah/mountain bike dan disyorkan untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA/FRU/Paskal). Mata bilah pisau ini cukup tajam dengan warna pemegangnya berwarna tembaga keemasan, bilahnya dari jenis besi AISI 420 merupakan besi yang mudah diasah dan tahan lasak. Model pisau ini cukup RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini, ayuhlah kalian segala peminat senjata maka berbondong-bondonglah merebut peluang memiliki si kecil molek berhati "EMAS" ini !!

Harga: RM 143.00 - (STOK HABIS !)

nullnullnullnull