1) Jenis: Batu asah 2 GRIT Lansky
model: LCB6FC
Ukuran: 15 x 5 cm
kadar asah: kasar (kelabu gelap) dan halus (kelabu cerah)
Grit: 120 (kelabu gelap) dan 600 (kelabu cerah)
Buatan: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA

Keterangan: Batu asah jenis dua bahagian GRIT permukaan ini adalah dari jenama LANSKY, pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap.
Batu asah ini mempunyai 2 jenis kadar asahan (120 & 600), jadi anda tidak perlu membawa banyak batu asah jika tugas anda memerlukan ke sana sini. Asahan grit 120 merupakan ASAS untuk mengasah, manakala grit 600 disyorkan untuk mendapatkan asahan yang lebih "licin" atau sebagai asahan peringkat akhir. Batu ini khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pahat, kapak, sabit, parang dan sebagainya dan semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Anda mencari batu asah "RARE" & mampu milik ? Lansky ini dibawa khas dari New York, USA !

Harga: RM 99.00 - SEBIJI

nullnullnullnull