1) Jenis: Pisau lipat F.HERDER
model: 4251-09,50
Panjang keseluruhan: 20.5cm
panjang bilah: 9.5cm
tebal bilah pisau: 2 milimeter

Material bilah: besi KARBON ConstantSteel - oleh ThyssenKrupp
pemegang: kayu Bubinga (sejenis kayu ketumpatan tinggi)
warna pemegang: hitam
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau lipat dengan hulu kayu dengan "pengunci" mata bilah ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi. Bilahnya diperbuat dari besi KARBON khas TERBAIK dipanggil "ConstantSteel", dihasilkan oleh ThyssenKrupp, konglomerat besi terkemuka Jerman.
Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaannya bermula semenjak tahun 1623 dan berusia lebih 393 TAHUN !! telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Pisau ini bersaiz sederhana dan buatannya cukup utuh, mata bilah yang cukup TAJAM. Ia cukup disyorkan untuk anggota keselamatan ketika tugas taktikal / operasi dan juga untuk penggiat aktiviti luar; mendaki gunung, memburu, memancing, mencari hasil hutan. Pisau ini DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata dunia. Ini adalah jenama pisau yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini.

Harga: RM 240.00 ** - SEBILAH

nullnullnull