1) Jenis: pisau dapur NAKIRI Tojiro
Model: F-949
panjang: 30.5 cm (panjang keseluruhan), 16.5 cm (bilah)
material bilah: besi molybdenum vanadium tahan karat
berat: 140 gram
pemegang: kayu pohon Magnolia jepun
Buatan: TOJIRO Company Limited, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Keterangan: Ini adalah pisau dapur jenis NAKIRI keluaran TOJIRO Jepun. Syarikat asal TOJIRO Company Limited ini diasaskan sejak tahun 1955. Daerah Tsubame-Sanjo cukup terkenal sebagai pembuat/pengeluar pedang samurai & katana terbaik dan melahirkan ramai tukang besi mahir dengan hasil kerjatangan teliti dan halus. Pisau NAKIRI ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM laksana pisau cukur, besi pada bilahnya dihasilkan dengan 2 lapisan besi berbeza pada bahagian teras (besi molybdenum vanadium) dan lapisan luaran (besi tahan karat lembut).

Pisau ini terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mengupas sayur, buah & makanan. Disarankan untuk diguna oleh mereka dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel & restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau. Tojiro Nakiri, sesungguhnya buat mereka yang mengagumi seni pisau dari negara matahari terbit !

Harga: RM 348.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/tojiro-pisau-dapur-nakiri-jepun/

nullnullnullnull