1) Jenis: pisau daging lurus BURGVOGEL
model: 5500.811.18.0
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
Kekerasan besi: 56 Rockwell
material bilah: besi tahan karat Krom Molybdenum X50CrMo14
pemegang: kayu BEECH Eropah (sejenis kayu ketumpatan tinggi)
Buatan: BURGVOGEL Cutlery GmbH, Solingen, JERMAN


Keterangan: Pisau hiris daging / sembelih ini adalah keluaran dari jenama BURGVOGEL, salah satu pembuat pisau terkemuka dari Solingen Jerman sejak tahun 1949 yang diasaskan oleh Karl Bahn Senior. Burgvogel bermaksud burung dari istana dalam bahasa Jerman. Kilang mereka merupakan yang mula-mula sekali menggunakan mesin memproses pisau semi automatik di Solingen pada tahun 1949, sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" sejak lebih 400 tahun silam ! Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN.
Mata pisau ini disepuh bersama adunan minyak khas dan dikeraskan di dalam ais dengan suhu negatif, ia cukup tajam dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam.

Hulu Pisau ini diperbuat dari kayu BEECH Eropah (pohon yang digelar ibu belantara) iaitu sejenis kayu keras dengan urat lurus, biasanya digunakan dalam pembuatan bot, perabot, piano, lantai. Pisau ini khusus untuk kerja menghiris daging, ikan dan TERBAIK untuk kerja menyembelih haiwan bersaiz kecil (kambing, rusa, ayam). Ia sangat berguna untuk kerja di pusat sembelihan ayam / peniaga ikan, peniaga makanan, dapur rumah dan restoran, juga buat anda yang tercari-cari pisau daging keluaran asli bumi Solingen Jerman. Marilah bersama Burgvogel, rasai keampuhan dan kemurnian pisau dengan cap burung istana ini wahai peminat pisau Nusantara sekalian !

Harga: RM 174.00 - sebilah

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/burgvogel-pisau-daging-sembelih-lurus-7-inci-solingen-jerman/

nullnullnull