Untuk menonton, sila layari :

https://www.youtube.com/watch?v=U_9c6SCnsaU&t=6s

victorinox swiss army polis diraja malaysia


1) Jenis: pisau lipat "Hunter Pro" Victorinox SWISS ARMY
model: 0.9410.3
panjang bilah: 4 inci
panjang keseluruhan: 8.93 inci
tebal bilah: 3 milimeter
Warna: HITAM
berat: 161 gram
warna sarung: hijau
Material bilah: Besi 1.4110 (tahan karat)
Material pemegang: getah sintetik
Buatan: Victorinox AG, SWITZERLAND

Keterangan: Ini adalah pisau lipat ASLI keluaran VICTORINOX, jenama yang menjadi kebanggaan Switzerland yang berpangkalan di Ibach semenjak tahun 1884 yang diasaskan oleh Karl Elsener. Pisau ini didatangkan dengan sarung hijau, bersaiz kecil bersama pemegang jenis getah sintetik yang selesa apabila digenggam & tidak licin. Pisau ini sebenarnya dibuat khusus buat penggiat aktiviti luar; mendaki/memancing/memburu/berkhemah/mountain bike dan disyorkan untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA/FRU/Paskal). Pisau keluaran Victorinox telah dikenali berdekad lamanya di seluruh dunia dan telah diakui ketajaman dan kualiti tanpa kompromi. Model pisau ini menjadi rebutan ramai peminat pisau di seluruh dunia kerana kualiti, ketajaman dan kejituannya, miliki ia hari ini !!

Harga: RM 409.00*

pisau lipat hunter pro victorinoxpisau lipat hunter pro victorinoxpisau lipat hunter pro victorinox



1) Jenis: Pisau poket VICTORINOX Swiss Army X Doctor Heli (EDISI JEPUN)
model: JDH-1.3713.7
Panjang keseluruhan: 9.1 sentimeter
Material: Besi tahan karat dan plastik ABS
Warna: putih
Buatan: Victorinox AG, Switzerland
Bilangan alatan: 15 jenis


Keterangan: Sempena menghargai jasa perkhidmatan pasukan kecemasan perubatan udara Doctor Heli (EMS) di Jepun, Victorinox Japan Inc. dan Victorinox AG Switzerland berbesar hati mengeluarkan EDISI TERHAD yang cuma dikeluarkan untuk pasaran negara Jepun. Perkhidmatan perubatan udara di Jepun dipanggil Doctor Heli yang merupakan pasukan atur cepat bantuan dari segi rawatan doktor/jururawat ke seluruh wilayah pulau/pedalaman Jepun merangkumi wilayah Kawagoe, Kobe, Nagoya,Fukuoka, Fukushima, Hokkaido, Gunma, Gifu, Chiba, Aomori, Akita yang disediakan oleh Aero Asahi Corporation, Nakanihon Air Service, Nishi Nippon Airline, Central Helicopter, Kagoshima International Aviation, Hirata Gakuen Aviation. Helikopter dari pasukan ini dilengkapi dengan kemudahan perubatan canggih yang mempunyai lebih 50 unit helikopter yang menyediakan khidmat untuk 57 hospital di seluruh Jepun. Helikopter dari pasukan ini berwarna putih dengan jalur merah dan tulisan Doctor Heli berwarna biru gelap.
Pisau lipat/alat serbaguna ini cukup berguna untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA/FRU/Paskal),
dan kegunaan oleh individu yang terlibat aktiviti luar; mendaki gunung/berkhemah/mountain bike, pemancing atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan. Ia merupakan model yang sangat DISYORKAN buat peminat setia Victorinox Swiss Army di seluruh dunia ! Yang pergi tak akan kembali, hanya dikeluarkan sekali seumur hidup !

Pisau poket ini mempunyai 15 jenis alatan serbaguna:

1. pisau bilah besar
2. pisau bilah kecil
3. pembuka tin
4. pemutar skru 3 mm
5. pembuka penutup botol
6. pemutar skru 6 mm
7. pengoyak wayar
8. alat untuk membesarkan lubang, pengetuk
9. pembuka gabus botol
10. Gunting
11. gergaji kayu
12. pencangkuk serbaguna
13. pencungkil gigi
14. penyepit halus
15. penggantung kunci

Harga: RM 375.00 (sebiji) - TIADA LAGI !

nullnullnullnull



1) Jenis: Alat serbaguna SwissTool X Plus VICTORINOX
model: 3.0338.L
Ukuran: 11.5 cm
Berat: 440 gram

Material: Besi tahan karat
Warna: Krom
Buatan: Victorinox AG, Switzerland
Bilangan alatan: 29 jenis


Keterangan: Alatan serbaguna VICTORINOX "Swiss Tool X Plus" ini adalah ASLI dan ia merupakan alatan TERBAIK untuk kegunaan semasa di rumah / ketika aktiviti luar. Ia diperbuat dari besi tahan karat dan tampak "solid" bila dipegang dan lebih berkualiti berbanding peralatan jenama murah. Ia sesuai disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki / berkhemah / mountain bike / memancing / memburu atau mereka yang terlibat dalam kerja di bengkel atau pekerja penyelenggaraan / maintenance atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan rare dan koleksi. Alatan ini didatangkan bersama kepala pemutar skru jenis "bit Torx" bersama bekasnya. Ia tampil bersama sarung yang diperbuat dari kulit asli yang tampak elegan !

Ia mempunyai 29 jenis alatan/fungsi serbaguna:
- Playar
- Pemutar skru (2mm)
- Pemutar skru (3mm)
- Pemotong wayar/dawai kecil/lembut sehingga kekerasan HRC 40
- Pemutar skru (5.5 mm)
- Pembuka tutup botol
- Pemutar skru (8 mm)
- Bilah pisau besar
- Gunting
- Gergaji kayu
- Pemutar skru philip 1 - 2
- Pembengkok wayar/dawai
- Pengoyak wayar
- Pengikis wayar
- Pembuka tin
- Pembaris (CM)
- Pembaris (inci)
- Pemotong wayar/dawai keras
- Penebuk lubang
- Pemutar skru kecil
- kepala pemutar skru "bit torx" 10
- kepala pemutar skru "bit torx" 15
- kepala pemutar skru "bit philip" 0
- Kikir besi
- Gergaji besi
- Pahat 7 milimeter
- Pengumpil
- pembuka gabus botol
- lubang penyangkut

Harga: RM 770.00 *

alat serbaguna swiss tool X Plus victorinoxalat serbaguna swiss tool X Plus victorinoxalat serbaguna swiss tool X Plus victorinox



1) Jenis: Alat serbaguna Rangergrip 78 WENGER-Victorinox
model: 0.9663.MC
Panjang: 13cm
Berat: 172 gram
Material: Besi tahan karat dan plastik ABS
Warna: Kombinasi merah dan hitam
Buatan: Delemont, Switzerland
Bilangan alatan: 12 jenis

Keterangan: Alat serbaguna yang dipanggil Ranger Grip 78 ini merupakan keluaran ASLI dari WENGER, merupakan entiti di bawah Victorinox AG, Switzerland. Wenger dahulunya merupakan pesaing terdekat Victorinox tetapi semenjak tahun 2005 ia telah di ambil alih oleh Victorinox sepenuhnya. Merupakan sejenis alatan bersaiz besar dan mempunyai permukaan yang kasar bila digenggam dengan buatannya yang cukup kemas & mantap. Istimewanya, butang kunci pada alatan ini dibuat pada logo Victorinox yang boleh dipicit. Ia cukup berguna/sesuai untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA), sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki gunung/berkhemah/memancing/pencari hasil hutan atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan "RARE" dan koleksi.

Ia mempunyai 12 jenis alatan serbaguna:
1. Pisau besar mudah-buka dengan ibu jari
2. gergaji kayu
3. pemutar skru 3mm
4. pemutar skru 5mm
5. pemutar skru Philip
6. pembuka tin
7. pengoyak jaket wayar
8. pembuka penutup botol
9. alat untuk membesarkan lubang / menjahit kulit
10. penyepit
11. pencungkil gigi
12. penggantung kunci

Harga: RM 312.00 *

nullnullnullnull


1) Jenis: Alat serbaguna "SKIPPER" VICTORINOX Swiss Army
model: 0.9093.2W
Panjang keseluruhan: 11.1 sentimeter
Berat: 183 gram
Material: Besi tahan karat dan plastik ABS
Warna: biru cerah
Buatan: Victorinox AG, Switzerland
Bilangan alatan: 17 jenis

Keterangan: Alat serbaguna dengan warna BIRU yang menarik ini merupakan produk ASLI keluaran Victorinox AG Switzerland, jenama yang menjadi kebanggaan Switzerland yang berpangkalan di Ibach semenjak tahun 1884 yang diasaskan oleh Karl Elsener. Alat serbaguna ini dibuat khusus untuk kelasi kapal, kapten kapal & pelaut yang mengharungi samudera luas membiru. Ia diperbuat dari besi tahan karat yang cukup keras dan peralatan pada alat ini sesuai untuk kegunaan lasak. Ia cukup TERBAIK untuk kegunaan mereka yang bekerja di atas kapal, bot, tongkang, penyelam, nelayan, jurumudi. Sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki gunung/berkhemah/memancing/atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan "RARE" dan koleksi.

Ia mempunyai 17 jenis alatan serbaguna:

1. Pisau dengan separuh bergigi
2. pembuka penutup botol
3. pemutar skru 5mm (boleh dikunci)
4. pengoyak wayar
5. pembuka nat U / shackle
6. marlin spike -- pembuka tali kapal / penjahit layar
7. pembuka tin
8. pemutar skru 3mm
9. alat untuk membesarkan lubang / menjahit kulit
10. pembuka gabus botol
11. pemutar skru Philip
12. Playar
13. pemotong wayar / kawat
14. kelim wayar
15. penyepit
16. pencungkil gigi
17. penggantung kunci

Harga: RM 312.00 *

nullnullnullnull


1) Jenis: Alat serbaguna Rangergrip 74 WENGER-Victorinox
model: 0.9723.CB1
Panjang: 5.1 inci
Berat: 229.63 gram

Material: Besi tahan karat dan plastik ABS
Warna: Kombinasi merah dan hitam
Buatan: Delemont, Switzerland
Bilangan alatan: 14 jenis

Keterangan: Alat serbaguna ini merupakan keluaran ASLI dari WENGER, merupakan entiti di bawah Victorinox AG, Switzerland. Wenger dahulunya merupakan pesaing terdekat Victorinox tetapi semenjak tahun 2005 ia telah di ambil alih oleh Victorinox. Merupakan sejenis alatan bersaiz besar dan mempunyai permukaan yang kasar bila digenggam. Istimewanya, butang kunci pada alatan ini dibuat pada logo Victorinox yang boleh dipicit. Ia cukup berguna/sesuai untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA), sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki gunung/berkhemah/memancing/pencari hasil hutan atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi.
Ia mempunyai 14 jenis alatan serbaguna:
1. Pisau besar
2. Playar runcing dengan:
3. - pemotong dawai / kawat
4. - pengetat kepala skru
5. pembuka penutup botol
6. pemutar skru 5mm
7. pemutar skru 3mm
8. pengoyak wayar
9. alat untuk membesarkan lubang
10. pembuka gabus botol
11. pencungkil gigi
12. penyepit
13. pembuka tin
14. penggantung kunci

Harga: RM 423.00*

alat-serbaguna-rangergrip74-victorinox-wengeralat-serbaguna-rangergrip74-victorinox-wengeralat-serbaguna-rangergrip74-victorinox-wenger