1) Jenis: beg silang 2 BANGER 5.11 (gred tentera)
model: 56180
Ukuran: 7 x 9.5 x 3 inci
Muatan: 3 liter
Jumlah ruang: -
warna: hitam, coklat cerah, kelabu, hijau kelam
material fabrik: Nylon 500D dan 1050D kalis air

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam/China/Cambodia

Keterangan: Beg silang 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Polis di serata dunia. Ia merupakan antara beg silang yang ringkas/padat, mempunyai ruang/poket yang mencukupi, jadi anda dapat memuatkan pelbagai barang keperluan anda. Saiznya kecil, anda boleh menggalasnya pada bahu / menyilangkan pada badan anda. Ia dapat memuatkan peluru AR magazine, pistol, peralatan EDC, tablet, beg duit dan fabrik beg ini kalis air dan tebal, beg ini kemas dan dibuat dengan kawalan kualiti yang ketat. Klip dan penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Beg ini sesuai untuk tugas operasi taktikal di luar (tentera/Polis/PASKAL/JPJ/Puspakom/Imigresen/APMM), ia juga boleh digunakan untuk pengembara/bersantai. Beg ini juga nampak stylo dan kualitinya jauh mengatasi beg biasa di pasaran !!

Harga: RM 381.00 - sebuah

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/1-jenis-beg-silang-2-banger-5-11-gred-tentera/

beg silang taktikal 2 BANGER 5.11beg silang taktikal 2 BANGER 5.11beg silang taktikal 2 BANGER 5.11beg silang taktikal 2 BANGER 5.11


1) Jenis: beg taktikal silang "Push" 5.11
model: 56872
Ukuran: 8.5 x 8.5 x 4 inci
Muatan: 6.04 Liter
Jumlah ruang: 4
warna: merah
material fabrik: Nylon Balistik 1050D kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam/Cambodia

Keterangan: Beg silang "PUSH" 5.11 ini adalah ASLI, merupakan produk PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. Ia dicipta khusus untuk anggota penyelamat/penguatkuasa yang sentiasa perlu bergerak tanpa mengira waktu dan situasi sama ada ketika di zon bencana / operasi peperangan / untuk tugas di pejabat. Ia boleh memuatkan peralatan; lampu suluh, ubatan, pistol, pisau, pen, buku nota, walkie talkie, alatan EDC dan sebagainya. Beg yang berwarna merah terang ini cukup menarik perhatian ramai dan ia TERBAIK untuk tugas operasi taktikal di luar (Paramedik / tentera / Polis / PASKAL / JPJ / Puspakom / Imigresen / APMM), ia juga boleh digunakan untuk pengembara / ketika beriadah. 5.11....jenama yang diakui kualitinya !!

Harga: RM 265.00

beg silang push 5.11beg silang push 5.11beg silang push 5.11


1) Jenis: beg silang BAIL OUT 5.11
model: 56026
Ukuran: 8.25 x 11.75 x 4.5 inci
Muatan: 9 liter

warna: coklat cerah, hitam
material fabrik: Nylon 1050D tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam/China/Cambodia

Keterangan: Beg silang yang digelar BAIL OUT ini adalah ASLI, merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. Ia dicipta khusus untuk penembak yang aktif dan sentiasa perlu bergerak tanpa mengira waktu dan situasi sama ada ketika di zon operasi peperangan / untuk tugas di rutin. Jenama 5.11 dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Polis di serata dunia. Beg ini boleh memuatkan 6 unit AR-15 kelopak peluru, pistol, pisau, peranti GPS, makanan, buku nota, lampu suluh, telefon bimbit dan sebagainya. Beg ini TERBAIK untuk tugas operasi taktikal di luar (tentera, Polis, PASKAL, JPJ, Puspakom, Imigresen, APMM), ia juga boleh digunakan untuk pengembara dan bersantai. Klip dan penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lasak. Beg taktikal yang tampak bergaya.....dulu, kini dan selamanya !!

Harga: RM 379.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/beg-silang-bail-out-511/

beg silang taktikal 5.11beg silang taktikal 5.11beg silang taktikal 5.11




1) Jenis: beg galas "IGNITOR" 5.11
model: 56149
Ukuran: 21 x 11 x 9.5 inci
Muatan: 26.5 liter

Berat: -
warna: hitam
material fabrik: Polyester Ripstop 300D & Nylon 840D (gred tentera) kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam/Cambodia

Keterangan: Beg galas 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan model yang diperkenalkan sejak 2015 yang dikeluarkan oleh 5.11, pengeluar barangan taktikal untuk tentera yang berpangkalan di Irvine, California, USA. Beg taktikal ini dibuat khusus untuk anggota polis & tentera, pemburu, pengembara, ia bersaiz sederhana dengan poket yang banyak untuk menyimpan peluru/kelopak, botol air, komputer riba, pisau, pistol, lampu suluh, walkie talkie, alatan EDC dan sebagainya. Pada bahagian belakang juga dibuat agar dapat diselit senapang bersaiz panjang, joran, tripod kamera secara menegak. Fabrik pada beg ini menggunakan polyester RIPSTOP gred tentera yang lebih tahan lasak untuk tugas taktikal, sudut M.O.L.L.E. pada beberapa bahagian beg, manakala klip dan penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti terbaik serta tahan lasak. Bahagian penggalas bahu pada beg ini juga lebih lebar dan lebih tebal, dibuat demikian agar dapat mengurangkan "bebanan" berat kandungan beg & mengurangkan kesakitan pada bahu & belakang si pemakai. Beg yang dibuat untuk mereka yang mencari beg taktikal dengan kualiti PREMIUM, cubalah 5.11 hari ini !!

NOTA: Lencana pada beg hanya sekadar hiasan & tidak untuk dijual !

Harga: RM 931.00

beg galas taktikal 5.11beg galas taktikal 5.11beg galas taktikal 5.11beg galas taktikal 5.11


1) Jenis: beg silang LV10 5.11
model: 56437
Ukuran: 10.5 x 16.25 x 5.7 inci
Muatan: 13 liter

Jumlah ruang: -
warna: hitam
berat: 952 gram
material fabrik: Nylon 840D kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Ini adalah beg silang bersaiz sederhana dan ia adalah ASLI yang merupakan produk keluaran 5.11 USA. Beg ini pernah dipilih untuk memenangi anugerah beg TERBAIK semasa pameran taktikal SHOTSHOW 2019 di Amerika Syarikat. Ia dibuat khusus untuk kegunaan anggota polis / tentera semasa tugas taktikal / peperangan / semasa tugas rutin / pemilik senjata api. Walaupun demikian, beg silang ini cukup praktikal untuk kegunaan sesiapa sahaja untuk mengisi barangan lain.

Ia merupakan antara beg silang yang agak ringkas/padat, mempunyai ruang/poket yang mencukupi, jadi anda dapat memuatkan pelbagai barang keperluan anda. Saiznya tidak terlalu kecil, anda boleh menggalasnya pada bahu / menyilangkan pada badan anda. Ia dapat memuatkan
peluru AR magazine, pistol, lampu suluh, peralatan EDC, tablet, beg duit, buku, fail, sedikit pakaian dan fabrik beg ini kalis air dan tebal, beg ini cukup kemas dan dibuat dengan kawalan kualiti yang ketat. Semua zip dan pengikat pada beg ini dibuat oleh YKK and Duraflex yang diakui kualitinya sejak zaman berzaman. Beg silang LV10 5.11 ini tampak gah dan stylo dan kualitinya jauh mengatasi beg biasa di luar sana !!

Harga: RM 683.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-silang-taktikal-lv10/

nullnullnullnull


2) Jenis: beg galas "Covrt Boxpack" 5.11
model: 56284
Ukuran: 35.6 x 53.3 x 17.8cm
Muatan: -
Berat: 1160 gram
Jumlah ruang: -
warna: hitam
material fabrik: Polyester BALISTIK 1680D (gred tentera) kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam/Cambodia

Keterangan: Beg galas 5.11 ini merupakan model terbaru 2016 yang diperkenalkan oleh 5.11, merupakan beg jenis "penutup bergulung" pada bahagian atas yang menyerupai beg klasik, jadi ia dapat menutup/melindungi kandungan dalam beg ini dengan rapi dan lebih kemas di waktu cuaca yang tidak menentu. Beg ini sebenarnya dibuat khusus untuk penyamaran anggota keselamatan/penguatkuasa tetapi untuk tugas taktikal, ia kelihatan seperti beg kebiasaan tanpa logo. Fabrik pada beg ini menggunakan polyester BALISTIK gred tentera yang lebih tahan lasak untuk tugas taktikal, manakala klip dan penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Ia didatangkan dengan slot untuk komputer riba yang boleh memuatkan sehingga jenis Macbook bersaiz 17 inci disamping span yang tebal pada bahagian belakang dan tali galas untuk keselesaan. Beg ini mempunyai banyak ruang untuk menyimpan pistol, peluru, alatan EDC, cermin mata, lampu suluh, pakaian, kamera, telefon, walkie talkie, buku nota dan sebagainya. Ia boleh digunakan sama ada ketika sebarang operasi taktikal ketenteraan atau kegunaan harian ke pejabat, sekolah/kolej atau untuk aktiviti luar (memancing / berkhemah / mengembara dan sebagainya). Anda mencari beg galas taktikal yang tampak seperti beg kebiasaan ?? ini jawapannya !

Harga: RM 599.00 (TIADA LAGI !)

beg-galas-taktikal-covert-boxpack-5.11beg-galas-taktikal-covert-boxpack-5.11beg-galas-taktikal-covert-boxpack-5.11