/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for May 2018
Posted by: jimbit
2) Jenis: pengupas kecil kentang Victorinox
model: 7.6073.3
material: plastik & besi tahan karat
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Keterangan: Ini adalah sejenis alat pengupas bersaiz kecil keluaran Victorinox Switzerland. Bilah mata pada pengupas jenis ini cukup tajam untuk kerja mengupas / membuang kulit buah dan sayuran (kentang, terung, epal, mangga, ciku dan sebagainya). Kerja mengupas akan lebih mudah dan pantas dengan penggunaan alat ini. Alat ini merupakan antara benda wajib perlu ada di dapur
rumah untuk tugas harian surirumah, pekerja hotel & industri sajian dan juga pelajar dalam jurusan perhotelan di kolej. Produk terbaik dari Switzerland
untuk anda !

Harga: RM 18.00 - sebiji

nullnullnull


3) Jenis: Pengikis sisik ikan / fish scaler
model: 7.6385.3
material: plastik & besi tahan karat
Buatan: Peranchis

Kegunaan: Alat praktikal membuang sisik ikan dan mencuci bahagian luar dan membelah perut serta organ dalaman pelbagai saiz ikan. Disyorkan untuk kegunaan surirumah, peniaga ikan, pekerja di dapur hotel/restoran semasa tugas menyiang ikan.

Harga: RM 90.00

null


4) Jenis: Pengorek buah / potato baller Victorinox
model: 7.6153.22
material: besi tahan karat (Stainless Steel)
pemegang: polypropylene
Buatan: Jerman
Ukuran bulatan: 22mm

Kegunaan: Sesuai untuk membuat bebola dari isi tembikai, epal, segala jenis buah dan juga sayuran. Alatan yang cukup berguna untuk penggubah makanan untuk majlis perkahwinan, majlis santapan rasmi dan peniaga makanan di restoran / hotel.

Harga: RM 48.00

null
Posted by: jimbit
2) Jenis: krim pelembut/pelindung kasut Dr. Martens
model: AC025001
Kuantiti: 75 mililiter
Keluaran: R. Griggs Group Limited, Wellingborough, England
Buatan: Sepanyol

Kandungan: minyak kelapa, lanolin & lilin sarang lebah

Keterangan: Ini adalah sejenis krim balsam penjagaan / pelembut kulit kasut PREMIUM keluaran R. Griggs Group Limited, perusahaan yang memiliki jenama produk Dr. Martens. DR. MARTENS diasaskan oleh Dr. Klaus Martens pada tahun 1947, jenama lagenda ini cukup terkenal dengan kasut but yang dipakai oleh para pekerja sejak tahun 1960an serta pengikut skinhead & punk di serata dunia. Krim ini menggunakan ramuan organik mesra alam yang terdiri dari minyak kelapa, lilin dari sarang lebah dan juga lanolin (sejenis lilin pada bulu kambing biri-biri), krim balsam ini TERBAIK untuk melembutkan kulit kasut yang keras, yang membuatkan pemakaian kasut menjadi terlalu ketat/tidak selesa. Ia juga dapat melindungi kasut dari air, garam & cecair lain seterusnya melindungi kasut agar tahan lebih lama & kekal segak sepanjang zaman. Krim balsam Dr. Martens sangat disyorkan untuk mereka yang mencari krim penjagaan kasut kulit PREMIUM jenis organik yang terbaik !!

Harga: RM 73.00

krim pelembut kulit kasut Dr. Martenskrim pelembut kulit kasut Dr. Martenskrim pelembut kulit kasut Dr. Martens
Posted by: jimbit
1) Jenis: Topi celoreng VOODOO TACTICAL
model: 20-9351082000
Warna: celoreng
Material: -
Saiz: -
Pengeluar ASAL: Voodoo Tactical, Durham, North Carolina, USA
Buatan: china

Keterangan: Ini adalah topi bercorak ala tentera bercorak celoreng, keluaran ASLI dari Voodoo Tactical yang merupakan perusahaan dari North Carolina yang mengeluarkan pelbagai produk taktikal dengan harga mampu milik. Topi ini khusus buat peminat produk taktikal dan sebagai koleksi peribadi. Ia boleh dipakai semasa memandu, beriadah agar melindungi kepala anda dari panas / embun. Ia mempunyai pelekat velcro pada bahagian belakang dan boleh di laras mengikut saiz kepala si pemakai.
Pada bahagian hadapan dilekat dengan lencana berlogo bendera USA dengan velcro, ia boleh ditukar / ditanggal mengikut keinginan anda. Dapatkan SEGERA sebelum kehabisan !!

Harga: RM 93.00

topi celoreng tenteratopi celoreng tenteratopi celoreng tentera
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau daging lurus SWIBO-Victorinox
model: 5.8421.16
panjang: 16 cm atau 6.29 inci (panjang bilah)
warna pemegang: kuning
material bilah: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: plastik anti licin
Buatan: Delemont, Switzerland

Kegunaan: Pisau daging / pisau sembelih jenis ini adalah keluaran WENGER, anak syarikat Victorinox Switzerland. Wenger dahulunya merupakan pesaing terdekat Victorinox tetapi semenjak tahun 2005 ia telah di ambil alih oleh Victorinox. Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Switzerland. Pisau ini TERBAIK untuk tugas menghiris daging / menyembelih haiwan kecil; ayam/itik/burung/pelanduk/angsa/kambing/kibas dan BERGUNA untuk pengusaha/penyembelih di pasar/pusat sembelihan haiwan. Anda tercari-cari pisau daging dengan saiz pendek ? Mengapa tidak yang ini jadi pilihan ??

Harga: RM 105.00 - SEBILAH

pisau daging Swibo-Victorinoxpisau daging Swibo-Victorinoxpisau daging Swibo-Victorinox



1) Jenis: pisau daging lurus SWIBO-Victorinox
model: 5.8421.18
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
warna pemegang: kuning
material bilah: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: plastik anti licin
Buatan: Delemont, Switzerland

Kegunaan: Pisau daging / pisau sembelih jenis ini adalah keluaran WENGER, anak syarikat Victorinox Switzerland. Wenger dahulunya merupakan pesaing terdekat Victorinox tetapi semenjak tahun 2005 ia telah di ambil alih oleh Victorinox. Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Switzerland. Pisau ini TERBAIK untuk tugas menghiris daging / menyembelih haiwan kecil; ayam/itik/burung/pelanduk/angsa/kambing/kibas dan BERGUNA untuk pengusaha/penyembelih di pasar/pusat sembelihan haiwan. Anda tercari-cari pisau daging bersaiz 7 inci yang menjadi buruan saban waktu ? Jadikan Swibo ini permata di sanubari...

Harga: RM 108.00 - SEBILAH

pisau daging swibo-victorinoxpisau daging swibo-victorinoxpisau daging swibo-victorinox
Posted by: jimbit
1) Jenis: Seluar jeans Levi's
model: 511
saiz pinggang: 30
lebar peha: 9.4 inci
panjang: 40 inci

warna: biru indigo
material fabrik: kapas 98%, elastane 2%
Keluaran: Levi Strauss Japan Kabushiki Kaisha, Tokyo, JEPUN

Keterangan: Seluar jeans denim ini adalah ASLI, merupakan jeans premium edisi KHAS yang RARE untuk pasaran Jepun keluaran Levi Strauss Japan Kabushiki Kaisha yang merupakan anak syarikat Levi Strauss & Company USA. Sebagaimana diketahui perusahaan Levi Strauss diasaskan sejak tahun 1853. Fabrik seluar denim ini diwarnakan dengan tangan oleh pekerja mahir Jepun menurut citarasa Jepun (jahitan boro & rantai, kepala kain) dengan ketelitian dan kawalan kualiti yang ketat. Untuk makluman anda, seluar jeans ini diimpot khas terus dari negara Jepun. Fabrik jeans ini tahan lasak, cukup selesa dan TERBAIK dipakai ketika bertugas, acara keramaian, bersantai, ketika musim perayaan ! Untuk mereka yang tercari-cari seluar jeans Levi's yang jarang ada di pasaran rantau ini, Levi's buatan Jepun dan diperakui kualitinya, ini jeans khusus buat anda !!

Harga: RM 777.00

seluar jeans Levi's Jepunseluar jeans Levi's Jepunseluar jeans Levi's Jepunseluar jeans Levi's Jepun
Category: CHAMPION - stokin
Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung kaki/stokin Champion
tinggi : 25cm
warna: hitam
material: 80% kapas, 20% nylon
Buatan: USA


Keterangan: Sarung kaki / stokin ini adalah ASLI, merupakan stok KELUARAN LAMA yang tiada lagi di pasaran, ia dibuat oleh pekerja mahir Amerika dan merupakan stokin PREMIUM keluaran Champion USA. Jenama Champion diasaskan sejak tahun 1919 bermula di New York, USA, merupakan jenama yang mengeluarkan pelbagai produk pakaian sukan yang berkualiti dan pernah menjadi pembekal rasmi pakaian untuk pasukan bola keranjang NBA, NFL, Akademi Tentera Amerika dan menjadi jenama yang terkenal sejak zaman berzaman. Stokin ini cukup selesa dipakai ketika aktiviti riadah & semasa bekerja. Pada bahagian atasnya disulam kemas logo ikonik Champion, juga jalinan kapas terbaik pada fabrik lebih tebal. Sarung kaki ini sangat disyorkan untuk mereka yang mahukan produk terbaik dari USA dan juga para pengumpul koleksi barang lama. Dapatkan hari ini sebelum pupus ditelan zaman !!

Harga: RM 77.00 - sepasang

stokin Champion USAstokin Champion USAstokin Champion USAstokin Champion USA
Posted by: jimbit
1) Jenis: Seluar jeans Bathing Ape
STATUS: terpakai / vintage
saiz pinggang: 35
lebar peha: 10 inci
panjang: 41.5 inci

warna: biru gelap
material fabrik: kapas 98%, polyurethane 2%
Keluaran: A Bathing Ape, Shibuya, Tokyo, JEPUN

Keterangan: Seluar jeans denim ini adalah ASLI, terpakai dan merupakan jeans PREMIUM keluaran A Bathing Ape yang berpangkalan di Tokyo, JEPUN. Jenama Bathing Ape dikenali juga BAPE diasaskan oleh Nigo (Tomoaki Nagao) pada tahun 1993. Beliau cukup dikenali di Jepun, merupakan ikon fesyen, DJ Teriyaki Boyz dan pereka pakaian. Jenama Bathing Ape cukup dikenali di seluruh dunia dengan kualiti pakaian yang melalui proses yang teliti untuk fesyen streetwear. Seluar jeans ini adalah terpakai tetapi ia masih dalam keadaan yang sangat elok, tiada koyak, tidak pudar warna dan kelihatan seperti baru, ia diimpot terus dari negara matahari terbit Jepun. Seluar ini dihasilkan oleh tukang jahit mahir dari Jepun yang terkenal dengan ketelitian dan kawalan kualiti yang ketat. Fabrik jeans ini tahan lasak, cukup selesa dan TERBAIK dipakai ketika bersantai, bekerja / di musim perayaan ! Untuk mereka yang dambakan jeans dari Jepun, dapatkan segera sebelum berputih mata kelak !

Harga: RM 645.00

seluar jeans bathing apeseluar jeans bathing apeseluar jeans bathing apeseluar jeans bathing ape
Posted by: jimbit
Jenis: topi Ripstop Blackhawk!
model: EC06NAOS
saiz: -
Warna: biru gelap
material fabrik: kapas riptop & polyester

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: china

Keterangan: Ini adalah topi keluaran ASLI, merupakan barangan keluaran Blackhawk! USA, salah satu pengeluar terkemuka peralatan taktikal & ketenteraan yang diasaskan oleh Mike Noell (bekas tentera elit US Navy SEAL). Topi ini dibuat khusus buat peminat jenama produk taktikal BLACKHAWK!, sebagaimana diketahui produk taktikal mereka banyak digunakan oleh unit tentera, pasukan polis, unit keselamatan di seluruh dunia dan diperakui kualitinya.
Pada bahagian hadapan disulam kemas dengan perkataan BLACKHAWK! berserta logo. Topi ini terbaik dipakai semasa memandu, beriadah untuk melindungi kepala anda dari panas / embun. Produk ekslusif yang diimpot khas dari Blackhawk!, USA. Topi berkualiti yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat barangan taktikal RARE sebagai koleksi. Dapatkan segera kerana masa tidak menunggu anda !

Harga: RM 135.00

topi ripstop Blackhawk!topi ripstop Blackhawk!topi ripstop Blackhawk!
Posted by: jimbit
1) Jenis: Sarung tangan taktikal A.T.A.C. 5.11
model: 59353
saiz: L, XL
warna: hitam
material fabrik: KEVLAR, nylon & kulit sintetik (TPR)
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam/china

Keterangan: Sarung tangan taktikal 5.11 ini adalah ASLI, model "A.T.A.C." ini dihasilkan dengan kerjasama antara 5.11 USA dengan syarikat IRONCLAD yang merupakan antara pengeluar sarung tangan terkemuka untuk sektor industri dan sukan lasak dari USA. Sarung tangan 5.11 ini dibekalkan kepada tentera US / pihak berkuasa di serata dunia. Model sarung tangan ini adalah untuk pelbagai fungsi sama ada tugas semasa operasi taktikal CQC (close quarter combat), mengendalikan senjata api / meriam berat, memandu kenderaan, menunggang motorsikal, mendaki gunung, berbasikal, motocross, aktiviti lasak, membuat kerja di bengkel, bekerja di ladang, pengendalian kenderaan berat; lori, jentolak, kren dan juga di dalam gudang atau untuk kegunaan pihak berkuasa (Polis/Tentera/JPJ/JPA/Imigresen/APMM). Sarung tangan ini dilapisi bahan KEVLAR yang diketahui sebagai bahan TERBAIK untuk alatan kalis peluru / kalis api / komponen kenderaan lumba lasak. Sarung tangan ini cukup tebal & melindungi kesemua jari tangan, tapak tangan si pemakai. Sarung tangan ini merupakan jenis PREMIUM dan menepati kehendak mereka yang tercari-cari sarung tangan yang tebal dan sesuai untuk tugas kasar & berat.

Harga: RM 257.00

Untuk rujukan saiz tapak tangan, sila klik http://malas.ded1.net/

sarung tangan taktikal kevlar 5.11sarung tangan taktikal kevlar 5.11sarung tangan taktikal kevlar 5.11sarung tangan taktikal kevlar 5.11
Posted by: jimbit
1) Jenis: talipinggang taktikal BDU Blackhawk!
model: 41UB01OD
saiz: 1 saiz untuk semua (sehingga 52")
warna: hijau
Lebar: 1.75 inci
material kepala talipinggang: besi
material fabrik: Nylon tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Talipinggang BDU ini adalah ASLI dan merupakan barangan keluaran Blackhawk! USA, salah satu pengeluar terkemuka peralatan taktikal & ketenteraan yang diasaskan oleh Mike Noell (bekas tentera elit US Navy SEAL). Ia dibekalkan kepada pelbagai unit tentera US, Polis, Unit Penguatkuasa di serata dunia. Fabrik talipinggang ini diperbuat dari sejenis Nylon tahan lasak serta cukup ringan khusus untuk kegunaan tentera.
Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi taktikal (Polis/tentera/PASKAL/APMM/JPJ/anggota penguatkuasa) dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar mendaki gunung / berkhemah / penunggang motorsikal malah cukup bergaya untuk di pakai pada musim perayaan !!

Harga: TIADA LAGI !

talipinggang taktikal Blackhawktalipinggang taktikal Blackhawktalipinggang taktikal Blackhawk