/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for January 2019
1) Jenis: Alat serbaguna "Karl Elsener" VICTORINOX Swiss Army
model: 1.1918.J18
Panjang keseluruhan: 9.1 sentimeter
Berat: 130 gram
Material: Besi tahan karat dan plastik ABS
Warna: putih
Buatan: Victorinox AG, Switzerland
Bilangan alatan: 15 jenis


Keterangan: Sebagai memperingati & menghargai jasa pengasas asal Victorinox iaitu Karl Elsener (1860 - 1918) , Victorinox AG Switzerland berbesar hati mengeluarkan EDISI TERHAD yang cuma dikeluarkan sebanyak 8000 unit SAHAJA untuk pasaran seluruh dunia. Setiap versi ini mempunyai nombor keluaran unik padanya dan didatangkan dengan kotak khas ekslusif bersama kad ucapan aluan dari Victorinox. Set ini didatangkan juga dengan syiling perak 20 Franc Swiss Army ! yang dikeluarkan oleh Swissmint (sebuah agensi kerajaan Switzerland). Corak pada luaran alatan & syiling ini mendapat sentuhan dari Nadja Baltensweiler, seorang pereka grafik seni visual saintifik terkenal dari Switzerland.
Edisi alat serbaguna ini hanya dikeluarkan sekali seumur hidup dan dibuat khusus buat pencinta jenama Victorinox Swiss Army yang mahu menjadikan sebagai koleksi atau hadiah buat yang tersayang. Ini merupakan versi RARE yang jarang ada di pasaran rantau ini dan perlu menjadi aset anda sehingga ke akhir nafas !

Ia mempunyai 15 jenis alatan serbaguna:
1. Pisau besar
2. Pisau kecil
3. pembuka gabus botol
4. pembuka tin
5. pemutar skru
6. pembuka tutup botol
7. pemutar skru 2
8. pengoyak wayar
9. pengetuk
10. penggantung kunci
11. penyepit
12. pencungkil gigi
13. gunting
14. penyangkuk
15. gergaji kayu

Harga: RM 650.00 *

nullnull
nullnull


1) Jenis: minyak pelincir alatan Victorinox Swiss Army
model: 4.3301
Pengiktirafan: NSF H1 (gred makanan)
Kandungan: 5 mililiter
Buatan: Switzerland

Keterangan: Ini adalah minyak pelincir yang dibuat khas untuk alatan serbaguna Victorinox Swiss Army, Wenger atau sebarang jenama, sama ada pisau lipat, playar serbaguna dan sebagainya. Ia berfungsi untuk melancarkan fungsi mekanikal pada alatan dan melindungi dari unsur karat. Jika alatan anda agak ketat / susah untuk di buka / tidak berfungsi dengan lancar, minyak ini adalah TERBAIK untuknya. Alatan serbaguna anda perlu sentiasa di letak minyak ini secara berkala jika anda kerap menggunakan alatan tersebut. Jangan khuatir, minyak ini menepati spesifikasi NSF H1 di mana ia adalah minyak gred makanan. Dapatkan segera, anda mungkin memerlukannya kelak.

Harga: RM 27.00 - SEBOTOL

minyak pelincir anti karat victorinoxminyak pelincir anti karat victorinoxminyak pelincir anti karat victorinox
Posted by: jimbit
1) Tajuk: The Swiss Army Knife Book - outdoor projects
Penerbit: Frances Lincoln Ltd dengan kerjasama Victorinox AG
Bilangan mukasurat: 208 halaman
Ukuran buku: 25.1 x 20 x 2.2 cm
Tahun terbitan: 2016

Penulis: Felix Immler
Jenis kulit: Kulit keras
Pencetak: -
Bahasa: Inggeris
ISBN: 978-0-7112-3889-3
Negara cetakan: china

Keterangan: Ini merupakan buku yang WAJIB dimiliki oleh peminat dan pengumpul pisau/alatan VICTORINOX dan Swiss Army dan khususnya kepada peminat pisau/parang/senjata. Ia diterbitkan oleh Frances Lincoln Ltd, London dengan kerjasama Victorinox AG, Switzerland sebagai menghargai kesetiaan peminat Swiss Army. Buku ini menceritakan tentang pelbagai alatan yang boleh dihasilkan untuk ikhtiar hidup ketika di dalam hutan (menggunakan kayu, batu, ranting, daun, rumput) dengan bantuan menggunakan pisau Victorinox Swiss Army. Antara alatan dari hasil alam semulajadi & terbuang yang boleh dihasilkan seperti penyidai, bangku, tangga, rak, meja, alas bangku, pembakar, penyapu, penyangkut baju dan pelbagai lagi. Kandungan buku ini juga menceritakan tatacara yang betul menggunakan pisau/alatan Victorinox serta panduan asas berkhemah di hutan. Buku ini dicetak atas kertas berkualiti tinggi dengan gambar berwarna penuh. Untuk peminat pisau VICTORINOX, buku ini merupakan naskah yang perlu ada di rak buku rumah/pejabat/kedai anda, dapatkan segera sekarang kerana ia tidak dijual di memana kedai buku di rantau ini !! Buku ini sangat disyorkan untuk peminat barang RARE dan juga koleksi.

Harga: RM 380.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/the-swiss-army-knife-book-outdoor-projects/

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: lencana "Purpose Built" 5.11
model: 81077
warna: kombinasi merah & putih
material fabrik: polyster
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Lencana / patches ini yang dikeluarkan oleh pengeluar barangan taktikal 5.11, ia adalah ASLI. Lencana dengan sulaman cogankata "PURPOSE BUILT" 5.11 Est. 03 adalah sebagai hiasan, gaya personaliti terkini untuk ditampal / dijahit pada beg, jaket, topi dan barangan 5.11 atau di mana yang anda rasa menarik. Ia mempunyai pelekat jenis velcro pada bahagian belakangnya, memudahkan untuk ditampal / dicabut. Lencana yang tampak stylo buat peminat produk taktikal yang RARE, dapatkan ia hari ini juga wahai peminat sekalian !

Harga: RM 48.00 - sekeping

nullnullnull



1) Jenis: lencana bendera USA 5.11
model: 81024
warna: kombinasi merah, biru, putih, hitam
material fabrik: plastik pvc
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Lencana / patches ini yang dikeluarkan oleh pengeluar barangan taktikal 5.11, ia adalah ASLI. Lencana dengan logo bendera USA bersama cogankata "ALWAYS BE READY" dan 5.11 adalah sebagai hiasan, gaya personaliti terkini untuk ditampal / dijahit pada beg, jaket, topi dan barangan 5.11 atau di mana yang anda rasa menarik. Didatangkan dengan pelekat velcro pada bahagian belakangnya, jadi ia mudah ditampal / dicabut. Lencana yang tampak stylo buat peminat produk taktikal yang "RARE", dapatkan ia sebelum kehabisan !

Harga: RM 75.00

nullnullnull


2) Jenis: lencana "California Republic" 5.11
model: 81071
warna: coklat & kelabu
material fabrik: -
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Lencana / patches ini yang dikeluarkan oleh pengeluar barangan taktikal 5.11, ia adalah ASLI. Lencana dengan logo beruang dengan tulisan California Republic adalah sebagai hiasan, gaya personaliti terkini untuk ditampal / dijahit pada beg, jaket, topi dan barangan 5.11 atau di mana yang anda rasa menarik. Didatangkan dengan pelekat velcro pada bahagian belakangnya, jadi ia mudah ditampal / dicabut. Lencana yang tampak stylo buat peminat produk taktikal yang RARE, dapatkan ia sebelum kehabisan !

Harga: RM 48.00 - SEKEPING

nullnullnull

2) Jenis: lencana unit anjing K9 5.11
model: 81211
warna: kombinasi merah, coklat dan putih
material fabrik: -
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Lencana / patch unit anjing K9 Polis dengan berlatarbelakang daun Maple ini dikeluarkan oleh pengeluar barangan taktikal 5.11, ia adalah ASLI. Sebagaimana diketahui, unit K-9 di pasukan Polis/pihak berkuasa menggunakan khidmat anjing pengesan untuk tugas mengesan/mencegah jenayah. Lencana ini boleh ditampal / dijahit pada apa saja produk 5.11 atau di mana sahaja yang anda mahukan dan didatangkan dengan pelekat velcro pada bahagian belakangnya. Lencana dengan motif unit K9 ini khusus buat pengumpul lencana taktikal RARE.

Harga: RM 48.00 - sekeping

lencana patch k9 polislencana patch k9 polislencana patch k9 polis
Category: 5.11 - Seluar
Posted by: jimbit
1) Jenis: Seluar kargo TDU Taclite 5.11
model: 74280
saiz USA: XS (pinggang 24-26), S (pinggang 28-30), M (pinggang 32-34), XL (pinggang 40-42)
warna: hitam, biru gelap, hijau TDU
material fabrik: 6.14 oz Taclite poly/kapas ripstop

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam

Keterangan: Seluar TDU Taclite 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan sebagai pakaian seragam kepada anggota FBI (agensi risikan USA), Unit Penguatkuasa dan Polis Amerika dan di serata dunia. Fabrik Seluar TDU Taclite ini adalah cukup tebal (6.14 oz ripstop) dan sangat tahan lasak. Ia mempunyai ruang pada poket yang luas, 2 lapisan fabrik pada bahagian lutut dan punggung, jahitan pada bahagian seluar sebanyak 3 kali agar kukuh dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia boleh dipakai semasa tugas rutin dan operasi dan TERBAIK dijadikan pakaian seragam oleh anggota keselamatan (polis, tentera, JPJ) dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti lasak. Disyorkan untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; pendaki gunung/berkhemah/pemuzik, penunggang motorsikal, pengembara, peluncur skateboard, mekanik, pemandu kenderaan berat. Buat mereka yang tercari-cari seluar kargo dari fabrik TERBAIK keluaran dari jenama taktikal disegani dunia 5.11 ----- sematkan ia di hati sanubarimu selamanya !!

Harga: RM 217.00 - RM 352.00 sehelai (bergantung pada saiz & warna)

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/1-jenis-seluar-kargo-tdu-taclite-5-11/

NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.

nullnullnullnull


2) Jenis: Seluar taktikal "Jean Cut" 5.11
model: 74385
saiz: 28 - 44 (saiz USA)
warna: coklat cerah, kelabu gelap, biru gelap, hijau

material fabrik: 65% polyester & 35% kapas ripstop
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Kemboja

Keterangan: Seluar taktikal jenis ini adalah ASLI dari 5.11 dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Jenama ini dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Seluar model ini mempunyai potongan ala seluar jeans denim tetapi fabriknya masih mengekalkan ciri taktikal; ringan dan tahan lasak. Zip seluar menggunakan jenama YKK manakala butang jenis tekan pada seluar cukup berkualiti.
Didatangkan dengan 2 lapisan fabrik pada bahagian lutut untuk perlindungan tambahan, jahitan pada bahagian kritikal seluar dibuat 3 kali agar cukup tahan dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia boleh dipakai ketika tugas penyamaran, operasi taktikal dan cukup selesa & bergaya sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Seluar ini juga disyorkan untuk pendaki gunung, pemancing, pemburu, pemandu trak 4x4 dan penggiat aktiviti luar lain.

Harga ISTIMEWA: RM 159.00 - SEHELAI

NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.

nullnullnullnull


1) Jenis: Seluar pendek kargo Taclite PRO 5.11
model: 73287
saiz: 28, 30, 38 (saiz USA)
warna: coklat gelap, coklat cerah, hitam, biru gelap, hijau TDU
material fabrik: 65% polyester & 35% kapas ripstop
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: cambodia / china

Keterangan: Seluar pendek jenis kargo Taclite PRO 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik seluar pendek Taclite PRO ini adalah ringan dan tahan lasak dengan fabrik 6.14 oz. Poket belakang seluar ini adalah unik, ia dibuat dengan melintang dan seolah-olah dipotong, lengkap dengan pelekat velcro. Kelainan seluar ini, bahagian sisi seluar didatangkan dengan sejenis tali yang dijahit bersama seluar, untuk kegunaan menggantung kunci / pas / apa sahaja. Ia mempunyai 8 poket, 2 lapisan fabrik pada bahagian punggung, jahitan pada bahagian kritikal seluar sebanyak 3 kali dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Seluar ini juga disyorkan untuk pendaki gunung, pemancing, pemuzik, pemain "skate", pemandu trak 4x4 dan penggiat aktiviti luar. Produk berkualiti dari 5.11 ---- untuk mereka yang berjiwa merdeka !!

Harga: RM 149.00

NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.

nullnullnullnull



1) Jenis: Seluar pendek RECON 5.11
model: 43058
saiz USA: S, M, L, XL, 2XL
warna: coklat, biru, kelabu gelap, hijau
material fabrik: 85% polyester & 15% elastane
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: indonesia

Keterangan: Seluar pendek fabrik lembut-mudah-regang yang digelar "RECON" ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Jenama 5.11 dibekalkan kepada tentera US, Polis, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik seluar pendek ini lembut, cukup ringan, mudah kering dan berupaya menyahkan peluh & kelembapan pada anggota tubuh si pemakai.

Ia didatangkan dengan poket pada sisi kiri dan kanan seluar, disamping tali pengikat pada hadapan untuk mengukuhkan bahagian pinggang seluar mengikut keselesaan anda. Ia merupakan seluar TERBAIK yang fabriknya membolehkan pengaliran udara lancar di dalam & luar agar si pemakai cukup selasa dan tidak panas, untuk kegunaan anda ketika di gimnasium, larian, bersenam, mendaki gunung, berkayak, menunggang basikal. 5.11 ---- buat anda yang tahu menilai erti kualiti !

Harga: RM 173.00 - sehelai

nullnullnullnull