/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for March 2019
Posted by: jimbit
2) Jenis: Batu asah / WhetStone Grit 6000
Ukuran: 21 x 7.3 x 2.2 cm
kadar asah: pra halus
Grit: 6000
Buatan: MATSUNAGA STONE CO.LTD, Osaka, JEPUN

Keterangan: Batu pengasah ini adalah dari gred TERBAIK gred PRA HALUS, ia adalah ASLI dan dibuat di negara yang terkenal sebagai pengeluar pedang samurai dan batu asah gred premium Jepun. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini akan mengeluarkan debu semasa anda mengasah. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah permulaan halus, TERBAIK sebagai batu pengasah untuk melicinkan dan "mengilatkan" mata pisau anda pada PERINGKAT AKHIR kerja mengasah. Jika anda masih tercari-cari batu asah PREMIUM terbaik untuk senjata/pisau anda, batu asah ini adalah alatan wajib untuk dimiliki.

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 5 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 213.00
batu asah jepun pra halus grit 6000batu asah jepun pra halus grit 6000batu asah jepun pra halus grit 6000
Category: Batu pengasah USA
Posted by: jimbit
2) Jenis: Pengasah pisau tarik Lansky
model: LNLSTCN
Ukuran: 16 x 6.8 cm
Sudut asah: 22.5 darjah
Mata pengasah: tungsten karbida
keluaran: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA
buatan: china

Keterangan: Pengasah pisau ini adalah dari jenama LANSKY, pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap.
Pengasah ini ringkas dan mudah dibawa, sesuai untuk mengasah pisau bersaiz kecil / pisau dapur / pisau lapah / pisau sembelihan. Pengasah jenis ini TERBAIK untuk mereka yang tidak yakin / takut menggunakan pengasah jenis batang. Pengasah jenis ini mempunyai pelindung khas pada tangan untuk mengelakkan kecederaan pada jari / tangan anda semasa mengendalikannya.

Harga: RM 70.00 - SEUNIT (STOK HABIS)

nullnullnullnull
Category: Batu pengasah USA
Posted by: jimbit
1) Jenis: Batu asah BERLIAN Lansky
model: LDB6F
Ukuran: 15 x 5 cm
kadar asah: halus
Grit: 600
keluaran: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA
buatan: china

Keterangan: Batu asah yang disalut dengan debu berlian ini adalah dari jenama LANSKY, pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap. Permukaan batu asah ini disalut dengan serbuk berlian terbaik (berlian merupakan unsur mineral yang sangat keras, ia dapat mengasah dengan kadar segera dan cepat), anda cuma sekadar menggesel pisau pada pengasah ini beberapa kali sahaja tanpa perlu lenguh bahu dan tangan mengasah. Batu asah berlian ini adalah dari grit halus & DISYORKAN untuk kerja akhir mengasah pisau & mendapatkan ketajaman mata lebih halus. Ia sesuai digunakan untuk menajamkan pisau yang diperbuat dari seramik, karbon, titanium dan besi. Ia boleh diguna untuk mengasah sebarang jenis pisau/pahat/parang/sabit/benet dan sebagainya. Pengasah ini didatangkan dengan alas plastik anti licin & istimewanya pengasah ini, ia boleh ditelangkup untuk melindungi permukaan batu asah agar sentiasa terjaga. Anda mencari batu asah berlian yang RARE & terbaik ? Lansky ini dicipta buat kalian !!

Harga: RM 205.00 - sebiji (STOK HABIS)

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau klasik tembaga F.HERDER
model: 4519-17,00
panjang: 17 cm atau 6.69 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu Beech (sejenis kayu ketumpatan tinggi) dikelilingi TEMBAGA
material: besi KARBON ConstantSteel - oleh ThyssenKrupp

Kekerasan: 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau siri klasik yang istimewa ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi. Bilahnya diperbuat dari besi khas TERBAIK dipanggil "ConstantSteel", dihasilkan oleh ThyssenKrupp, konglomerat besi terkemuka Jerman. Pada sebahagian hulu / "temin" disarungkan TEMBAGA yang berkilauan !!
Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaannya bermula semenjak tahun 1623, telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan KETAJAMAN besi terbaik Solingen, JERMAN. Ia berguna untuk menghiris/memotong/menyiang ketulan daging/hasil laut/makanan malah cukup tajam untuk tugas menyembelih haiwan kecil. Pisau ini cukup berat & "solid" pabila dipegang, pisau yang RARE dan sangat jarang didapati di pasaran rantau ini. F.HERDER simbol keunggulan Solingen !!

Harga: (TIADA STOK !)


nullnullnullnull
Posted by: jimbit
Sesi temuramah ringkas bersama Encik Solleh, merupakan peminat pelbagai jenama pisau. Beliau berkongsi kisah berkenaan hobi ini.

Saksikan di:
https://www.youtube.com/watch?v=ya3gzgCoO2I

null
Category: 5.11 - baju
Posted by: jimbit
1) Jenis: baju taktikal celoreng digital 5.11 (woodland)
model: 72002
saiz: S, M, L, XL (saiz USA)
warna: Celoreng digital / Woodland Cam
material fabrik: 65% polyester/35% kapas 6.14 oz. ripstop
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Baju kemeja taktikal celoreng jenis digital 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Jenama ini dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik kemeja celoreng TDU ini adalah tebal dan cukup tahan lasak. Ia mempunyai 2 poket pada bahagian hadapan baju, dengan pelekat jenis velcro, jahitan tepi pada bahagian kritikal baju dibuat 3 kali agar ia tahan dari tetas dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah.
Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi oleh anggota keselamatan dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk aktiviti luar. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar mendaki gunung / berkhemah / sukan paint ball / peminat barangan taktikal.

Harga: RM 207.00

nullnullnullnull


1) Jenis: Baju SMU taktikal 5.11
model: 40124
saiz: S, M, L, XL (slim fit)
warna: kelabu & hitam
material fabrik: Polyester 100 %
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: china

Keterangan: Baju tshirt berleher bulat ini adalah ASLI yang dikeluarkan oleh 5.11 iaitu pengeluar produk taktikal terkenal dari USA. Potongan baju adalah jenis sendat / slim fit & fabriknya diperbuat dari polyester sepenuhnya. Ia cukup ringan, tidak mudah koyak dan tidak berkedut dan keistimewaan fabrik ini, ia menyahkan kelembapan malah cepat kering. Baju ini mempunyai logo tulisan 5.11 pada bahagian hadapan sebelah kiri. Pada bahagian hadapan dan belakang terdapat jaluran fabrik berwarna kelabu cerah melengkung di jahit bersama agar tampak unik & "stylo" agar menjadi igauan umat di luar sana !
Ia boleh dipakai semasa bekerja, bersantai, bersenam, melakukan aktiviti luar. Ini merupakan baju RARE yang jarang ada di pasaran Malaysia dan merupakan stok yang tidak lagi dikeluarkan. Sangat disyorkan untuk peminat produk 5.11, ayuh segera kalian, STOK TERHAD !!

Harga ISTIMEWA: RM 105.00 - SEHELAI

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
Ulasan tentang pisau lagenda empayar British GRANTON dari kota pisau Sheffield, England. Jenama lama yang telah bertapak sejak tahun 1601 !

Sila layari:
https://www.youtube.com/watch?v=kthwiG-aiKg

null
Posted by: jimbit
1) Jenis: Gunting kertas Victorinox
model: 8.0973.23
material: Besi tahan karat
material pemegang: plastik Polypropylene
Panjang keseluruhan: 23 sentimeter
Kekerasan mata: Rockwell 55
Warna pemegang: Hitam
Buatan: Jerman

Keterangan: Gunting kertas ini adalah keluaran ASLI dari VICTORINOX AG Switzerland, bersaiz 23cm dan dibuat menggunakan besi terbaik di JERMAN. Ia cukup TAJAM untuk kegunaan di rumah, sekolah, kolej, pejabat, premis kedai. Kualiti dan ketajamannya sungguh mengagumkan, jauh mengatasi gunting murahan di luar sana !! TERBAIK untuk menggunting kertas, kotak, tali, benang, pita pelekat malah apa sahaja yang berkaitan. Jika anda masih tercari-cari gunting kertas TERBAIK dengan kualiti PREMIUM, gunting ini perlu untuk anda terutama surirumah, pelajar, tukang jahit, pereka fesyen, pekerja pejabat malah peminat koleksi gunting PREMIUM. Ayuh miliki ia hari ini !

Harga: RM 77.00 - SEBILAH

nullnullnullnull


1) Jenis: Gunting serbaguna Victorinox
model: 8.0908.21
material: Besi tahan karat
material pemegang: plastik Polypropylene
Panjang keseluruhan: 21 sentimeter
Kekerasan mata: Rockwell 55
Warna pemegang: Hitam
Buatan: Jerman

Keterangan: Gunting ini adalah keluaran ASLI dari VICTORINOX AG Switzerland dan dibuat menggunakan besi terbaik di JERMAN. Ia sangat TAJAM untuk kegunaan di rumah, sekolah, kolej, pejabat, premis kedai. Kualiti dan ketajamannya cukup menakjubkan, jauh mengatasi gunting murahan di luar sana !! TERBAIK untuk menggunting kertas, kain, kotak, tali, benang, pita pelekat malah apa sahaja yang berkaitan. Jika anda masih tercari-cari gunting serbaguna TERBAIK dengan kualiti PREMIUM, gunting ini perlu untuk anda terutama surirumah, pelajar, tukang jahit, pekerja pejabat malah peminat koleksi gunting PREMIUM. Dapatkan ia sekarang !

Harga: RM 95.00 - SEUNIT

nullnullnull
gunting serbaguna Victorinox
Posted by: jimbit
1) Jenis: Mentol lampu H3 HELLA
Model: 8GH002090-153
Kuasa mentol: 100 WATT
Warna lampu: Putih kekuningan (biasa)

Material: Kaca "quartz" kualiti tinggi
Voltan: 12V
Jenis soket: H3
Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co.

Keterangan: Mentol ini adalah ASLI dikeluarkan oleh HELLA yang merupakan pengeluar peralatan automotif terkemuka Jerman. Mentol ini adalah untuk lampu kabus / lampu sorot / fog lamp kenderaan anda atau mana-mana lampu yang menggunakan mentol jenis H3. Mentol HELLA adalah lebih terang, lebih berkualiti dan tahan lama berbanding mentol biasa / murahan di pasaran. Pemasangan mentol ini boleh dilakukan oleh memana kedai aksesori kenderaan bertauliah / berpengalaman. Dibuat khusus buat mereka yang tercari-cari mentol lampu kenderaan berkualiti tinggi !

Harga: RM 14.00 - sebiji


mentol lampu H3 Hellanullmentol lampu H3 Hellamentol lampu H3 Hella
Posted by: jimbit
1) Jenis: mentol lampu depan KUASA TINGGI HELLA
Kuasa mentol: 100/90W (anda perlu memasang harness relay !)
Jenis soket: H4

Material: Besi dan kaca
Voltan kuasa: 12V
Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co.

kegunaan: Mentol ini adalah ASLI, ia untuk lampu hadapan kenderaan anda. Ia lebih terang berbanding mentol asal keluaran kenderaan anda. Kenderaan yang ingin dipasang mentol jenis ini WAJIB dipasang dengan harness relay supaya kuasanya stabil dan mengelakkan kabel asal lampu menjadi panas dan rosak. Pemasangan mentol ini boleh dilakukan oleh memana kedai aksesori kenderaan bertauliah/berpengalaman. HELLA merupakan antara pengeluar alat ganti kenderaan terbaik sejak zaman berzaman !

Harga: RM 17.00 - SEBIJI

Untuk kenderaan: Trak, Kereta (Proton, Toyota, Perodua, Honda, Mercedes, BMW, Volkswagen, Mitsubishi, Nissan, Volvo - sila rujuk buku panduan kenderaan anda untuk jenis mentol yang sesuai)

PERINGATAN: Pemasangan mentol ini untuk kenderaan anda WAJIB dipasang bersama "wire harness" yang boleh menampung kuasa 100Watt dan ke atas !

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Fius / Fuse kenderaan HELLA
Model: 8JS711689-002
Material: Plastik dan besi
Warna: putih
Voltan: 12 Volt
Ampere: 25A
Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co., JERMAN


Keterangan: Ini adalah fius TERBAIK keluaran HELLA, merupakan produk terbaik dan berkualiti HELLA yang merupakan pengeluar produk automotif terkemuka dari JERMAN lebih 100 tahun lampau. Fius merupakan antara komponen penting untuk mengawal/menstabilkan arus elektrik di mana-mana bahagian pada kenderaan anda. Ia juga membolehkan komponen kenderaan anda berfungsi dengan baik. Fius ini biasanya diletakkan di dalam kotak fius di bahagian dalam kenderaan anda. Fius ini adalah TERBAIK dan BERKUALITI berbanding fius biasa di pasaran. Khusus buat mereka yang tercari-cari fius berkualiti...

Untuk kenderaan: Kereta, motor, lori dan pelbagai kenderaan yang menggunakan fius 25A

Harga: RM 3.00 - sebiji

nullnullnullnull