/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for May 2019
Category: 5.11 - kasut
Posted by: jimbit
1) Jenis: kasut but "UNION 6" 5.11
Model: 12390
saiz: US 10 / UK 9 - jenis kaki kurus
tinggi kasut: 6 inci
warna: kombinasi coklat gelap, merah & hitam
material: Nylon, kulit "suede" kalis air, alas kaki dalaman "Ortholite" X25, tapak "Vibram" Nuasi 2

Keterangan: Kasut but digelar "UNION 6" 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Kasut ini direkabentuk seperti kasut mendaki gunung / aktiviti lasak, dicipta untuk kegunaan di pelbagai situasi dan keadaan untuk memberikan keselasaan, keseimbangan dan kawalan TERBAIK untuk kaki dan badan si pemakai. Ketinggian kasut 6 inci ini dapat melindungi kaki dan buku lali anda secara keseluruhan dari kecederaan / ancaman pada sekeliling. Tapak jenis "VIBRAM Nuasi 2" memberi cengkaman terbaik di permukaan basah serta kering. Alas kaki pada dalaman kasut jenis Ortholite X-25 (generasi baru) dapat menyerap hentak gegaran dengan baik, sangat selesa.
Ruang dalaman kasut menggunakan teknologi AGION yang terbukti menyahkan kuman dan seterusnya mengelakkkan kasut menjadi berbau busuk dan material cepat rosak. Kasut but ini TERBAIK untuk semua anggota penguatkuasa di Malaysia (Polis, Tentera, JPJ, APMM, DBKL, SMART, Bomba, Imigresen, Kastam). Ia juga sangat TERBAIK untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; pemandu trak 4x4, mendaki gunung, berkhemah, peminat barangan tentera dan taktikal. 5.11 UNION 6, kasut generasi baru dari pengeluar produk taktikal terulung Amerika !!

Harga: RM 1020.00

nullnullnullnull
Category: General
Posted by: jimbit
Tuan / Puan sekalian,

Sampul duit raya EKSLUSIF dari ded1 EMPIRE akan diberikan secara percuma dengan setiap pesanan bermula hari ini sehingga stok kami habis ya !

Oleh itu sila bertindak PANTAS mulai sekarang !


nullnull

Posted by: jimbit
1) Jenis: Gunting pokok bunga Victorinox
model: 7.6875.3
panjang: 7.48 inci
material bilah: besi tahan karat
Kekerasan mata: Rockwell 55
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Kegunaan: Gunting ini adalah keluaran VICTORINOX Switzerland dan dibuat menggunakan besi terbaik dari JERMAN. Ia sangat TAJAM dan untuk diguna di sudut tanaman pokok bunga di halaman rumah anda. Ia boleh diguna untuk menggunting/memotong/memangkas ranting, daun, putik, batang segala jenis pokok bunga / tanaman bersaiz kecil / sederhana besar. Sangat disyorkan buat mereka yang hobinya menanam pokok-pokok bunga dan mereka yang bekerja di tapak semaian pohon. Jika anda masih tercari-cari gunting pokok bunga terbaik dengan kualiti PREMIUM, anda patut cuba model ini hari ini juga !!

Harga: RM 88.00 - SEUNIT

nullnullnullnull


1) Jenis: Sarung tangan taktikal separuh BLACKHAWK!
model: 8068xDBK
saiz: S, M
warna: hitam
jenis fabrik: Neoprene (sejenis getah sintetik)
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: China

Keterangan: Sarung tangan jenis separuh taktikal BLACKHAWK! ini adalah ASLI, ia adalah keluaran Blackhawk USA, salah satu pengeluar terkemuka peralatan taktikal & ketenteraan yang diasaskan oleh Mike Noell (bekas tentera elit US Navy SEAL). Sarung tangan ini dibekalkan kepada tentera US, pasukan elit VAT69 PDRM dan anggota keselamatan seluruh dunia. Ia dibuat khusus untuk kegunaan anggota polis / tentera semasa tugas taktikal / peperangan untuk perlindungan pada bahagian tapak tangan. Sarung tangan ini adalah jenis yang cepat kering serta memberi cengkaman jitu pada permukaan objek yang basah / berminyak. Ia sebenarnya dibuat khusus untuk anggota keselamatan/mereka yang mengendalikan senjata api. Walaupun begitu ia boleh digunakan untuk tugas lain seperti memandu kenderaan, menunggang motorsikal, melakukan kerja harian am, aktiviti lasak dan sebagainya. BLACKHAWK telah digunapakai di seluruh dunia, anda bila lagi ??

Harga: RM 218.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/blackhawk-sarung-tangan-taktikal-separuh/

nullsarung-tangan-separuh-taktikal-blackhawksarung-tangan-separuh-taktikal-blackhawk
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah pisau poket ISTOR
model: professional
panjang: 14 sentimeter
material mata asah: aloi karbida
berat: 47 gram
kadar asah: sederhana
Buatan: ISTOR AG, Frauenfeld, Switzerland

Keterangan: Pengasah batang ini di keluarkan oleh Istor AG yang merupakan antara pengeluar pengasah pisau yang masih bertahan di Switzerland, diasaskan oleh Josef A. Schefer sejak tahun 1964. Saiznya yang kecil, ringkas dan mudah dibawa membolehkan anda membawa ia ke mana sahaja dan berguna setiap waktu. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah sederhana dan sesuai untuk menajamkan pisau kecil, gunting, pisau bilah bergigi, pahat, cangkuk, pisau bilah bengkok dan alatan yang mempunyai sudut sempit. Pengasah model ini mempunyai pelindung / penahan pada hujung mata asah, jadi ia dapat melindungi jari/tangan anda dari tercedera semasa mengasah pisau bersaiz besar manakala hujungnya mempunyai lubang agar boleh digantung pada memana tempat. Pengasah ini hanya perlu dicondongkan mengikut kemahuan anda dan tarik dengan perlahan mata asah (gunakan sisi mata asah) pada benda yang ingin diasah. Miliki pengasah unik dari bumi Switzerland hari ini juga !

Harga: RM 100.00 - sebatang

nullnullnullnullnull
Category: Pisau dapur jepun
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur "Deba" Tojiro
Model: FU-1054
panjang: 31 cm (panjang keseluruhan), 16.5 cm (bilah)
material bilah: besi molybdenum vanadium tahan karat
berat: 275 gram
pemegang: kayu pohon Magnolia jepun
Buatan: Fujitora Industry, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Keterangan: Ini adalah pisau dapur jenis "DEBA" keluaran Fujitora Jepun. Syarikat asal Fujitora Industry Co. Ltd ini diasaskan sejak tahun 1955. Daerah Tsubame-Sanjo cukup terkenal sebagai pembuat/pengeluar pedang samurai & katana terbaik dan melahirkan ramai tukang besi mahir dengan hasil kerjatangan teliti dan halus. Pisau DEBA ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM laksana pisau cukur, besi bilahnya dihasilkan dengan 2 lapisan besi berbeza pada bahagian teras dan lapisan luar. Ia terbaik untuk kerja memotong/menghiris ikan & daging dan sebagainya.
Besi pisau ini dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan pertukangan tangan yang teliti oleh tukang yang terbaik dari Jepun. Disarankan untuk diguna oleh mereka dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau.

Harga: RM 366.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau taktikal HISSATSU CRKT
model: 2907
Panjang keseluruhan: 12.25 inci
panjang bilah: 7.12 inci
tebal bilah pisau: 0.2 inci
Material bilah: Besi 440A
Material pemegang: Nylon dan getah
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Warna: hitam, coklat cerah
Keluaran: Columbia River Knife & Tool Inc, Oregon, USA
Buatan: china

Keterangan: Pisau taktikal HISSATSU CRKT ini adalah ASLI dan dengan sekali imbas saja pisau ini sungguh kelihatan "ganas", "stylo" dan menggerunkan !!, dikeluarkan oleh CRKT USA. Direkabentuk oleh James Williams yang merupakan bekas anggota tentera Amerika dan juga merupakan jurulatih seni beladiri yang berpengalaman selama lebih 45 tahun. Pisau ini direkabentuk berdasarkan bentuk senjata lama Jepun. Bentuk unik bilah sebegini sebenarnya dipopularkan oleh panglima perang Samurai lagenda iaitu Takeda Shingen, bilahnya memberikan kuasa jitu untuk tikaman dan memotong pada 1 mata bilah. Pisau ini direkacipta untuk persekitaran "CQB" (close quarter battle) / anti pengganas, iaitu sebagai senjata utama atau sebagai kedua. Pisau ini dibuat khusus untuk anggota penguatkuasa / keselamatan terlatih. Pemegang pisau adalah dari jenis getah & plastik anti licin dan pisau ini didatangkan dengan sarung jenis keras. Bagi peminat/pengumpul pisau, model ini adalah satu kemestian sebagai koleksi dan pisau ini sangat jarang didapati di pasaran & RARE !!

Harga BIASA: RM 545.00 - SEBILAH
HARGA DISKAUN: RM 464.00 - SEBILAH

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/crkt-pisau-taktikal-hissatsu/

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Lampu suluh BRITE STRIKE
Model: BD-180-HLS
Warna lampu: lampu putih
Material: Aluminium gred NASA
Warna: hitam
Kuasa cahaya: 290 Lumens
Jenis mentol: LED (Cree XREWHT-L1-D01-Q5)
Penggunaan bateri: 1 jam (290 lumens; lampu tinggi), 3.5 jam (170 lumens; lampu rendah)
Bateri: 1 biji 123A Lithium (diberi percuma!)
Panjang: 3.5 inci
Diameter: 1.1 inci
Berat: 96.38 gram
Jenis suluhan: lampu tinggi, rendah dan berkelip
Jarak suluhan: 119 meter !
Jaminan: sepanjang hayat
Pengiktirafan: Mil-spec kelas 2, jenis III
Keluaran: Brite-Strike Technologies Inc, Plymouth, USA

Keterangan: lampu suluh BRITE STRIKE ini adalah ASLI dan merupakan produk terbaik dan berkualiti dari GRED TENTERA. Lampu suluh Brite Strike dibuat khusus untuk kegunaan tentera, Polis dan pihak berkuasa di serata dunia. Ia dibuat menggunakan aluminium gred NASA terbaik dan menepati spesifikasi ketenteraan yang ketat. Permukaan luaran lampu suluh yang bertekstur membolehkan ia dipegang dengan kemas manakala pada bahagian tepi terdapat klip penyangkut. Cahaya lampu yang cukup JAUH & LEBAR membolehkan anda melihat pergerakan / benda di dalam persekitaran gelap dengan jelas. Ia sangat berguna untuk mereka yang ingin menggunakannya untuk kerja operasi mencari/menyelamat/operasi bersepadu (bomba, polis, JPA, Ambulan, Komando, RELA, Imigresen, Kastam, JPJ, APMM) atau mereka yang terlibat dengan aktiviti lasak di hutan belantara yang
gelap dan penuh onak dan duri. Sesuai juga untuk mereka yang bekerja di sektor pengangkutan/perkapalan/bengkel, digunakan ketika kerja pemunggahan kargo di persekitaran berkabus/gelap/hutan belantara/bangunan. Jika anda tercari-cari lampu suluh yang kecil dengan cahaya terang, Brite-Strike adalah TERBAIK untuk anda !!

AMARAN: Cahaya lampu suluh ini adalah sangat terang & TIDAK boleh dihalakan ke mata manusia, boleh mengakibatkan kerosakan saraf mata !

Harga: RM 618.00

nullnullnullnull
Category: 5.11 - stokin
Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung kaki/stokin "Cupron OTC" 5.11
Model: 10038
tinggi : 11.5 inci
warna: hitam
material: polyester & serat tembaga
Kuantiti: 3 pasang (1 BUNGKUS)
Buatan: USA

Keterangan: Sarung kaki / stokin 5.11 ini adalah ASLI, dibuat oleh pekerja mahir Amerika dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia merupakan stokin yang dibuat untuk pemakaian di pelbagai situasi terutama untuk pemakaian tempoh lama, ia MENYAHKAN kulat T. mentagrophytes yang menjadi penyebab kaki / dalaman kasut berbau busuk. Sarung kaki ini cukup SELESA dan TERBAIK dicipta khusus untuk anda yang mahukan stokin yang tebal, menyahkan kelembapan, anti kuman, tidak BERBAU walau dipakai dalam jangkamasa PANJANG !!! Stokin ini selesa dipakai sama ada anda memakainya bersama kasut kawad, kasut but, kasut kulit, kasut jogging, kasut mendaki gunung. Disyorkan untuk dipakai ketika aktiviti riadah, semasa operasi anggota keselamatan malah ke pejabat. Anda mencari-cari stokin berkualiti buatan USA ?? Teknologi sarung kaki terbaik di akhir zaman !!

Harga: RM 156.00 (sebungkus; 3 PASANG)

nullnullnull
Posted by: jimbit

1) Jenis: Batu asah / WhetStone Grit 1200
Ukuran: 20.7 x 6.6 x 3.4 cm
kadar asah: sederhana
Grit: 1200
Buatan: MATSUNAGA STONE CO.LTD, Osaka, JEPUN

Keterangan: Batu pengasah ini adalah dari gred TERBAIK dari gred asahan SEDERHANA, ia adalah ASLI dan dibuat di negara yang terkenal sebagai pengeluar pedang samurai dan batu asah gred premium Jepun. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini akan mengeluarkan debu semasa anda mengasah. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah SEDERHANA dan sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau haus mata bilahnya atau juga sebagai batu pengasah pra-permulaan untuk mengasah mata pisau anda. Anda disyorkan untuk menggunakan batu asah PREMIUM ini dengan kombinasi batu asah pelbagai grit.

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 15 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 140.00

nullnullnullnull