/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for January 2020
Posted by: jimbit
1) Jenis: baju taktikal celoreng Tru Spec
model: 1229002
saiz USA: XS, S, L
warna: Celoreng gelap
material fabrik: 50% nylon, 50% kapas tebal ripstop
Keluaran: ATLANCO LLC, Georgia, USA

Buatan: Honduras

Keterangan: Baju kemeja taktikal jenis celoreng dari jenama TRU-SPEC ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran ATLANCO yang berpengkalan di Marietta, Georgia, USA. Perusahaan ini ditubuhkan pada tahun 1950an & pakaian mereka dibekalkan kepada tentera, polis, bomba & unit penguatkuasa di Amerika dan di serata dunia. Tru-Spec mengeluarkan pakaian yang menggunakan fabrik yang menepati spesifikasi tentera Amerika dan sebahagian produk mereka diiktiraf oleh NFPA (National Fire Protection Association) USA.
Fabrik kemeja celoreng ini adalah tebal dan cukup tahan lasak. Ia mempunyai 2 poket pada bahagian hadapan dan lengan baju, dengan pelekat jenis velcro dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia merupakan kemeja jenis zip pada hadapannya dan zip dari jenis YKK yang diperbuat dari tembaga, manakala fabriknya menepati spesifikasi tentera Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi oleh anggota keselamatan dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk aktiviti luar. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar mendaki gunung / berkhemah / sukan paint ball / peminat barangan taktikal.

Harga: RM 510.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Gunting kecil serbaguna Victorinox
model: 8.0995.13
material: Besi tahan karat
material pemegang: plastik Polypropylene
Panjang keseluruhan: 13 sentimeter
Kekerasan mata: Rockwell 55
Warna pemegang: Hitam
Buatan: Jerman

Keterangan: Gunting dengan hujung agak bulat bersaiz kecil dan comel ini adalah keluaran ASLI dari VICTORINOX AG Switzerland dan dibuat menggunakan besi terbaik di JERMAN. Gunting yang sangat TAJAM dan untuk diguna di rumah, pejabat, kedai. Kualiti dan ketajamannya cukup mantap khusus untuk mereka yang tercari-cari gunting kecil TERBAIK. Berguna untuk menggunting kertas, janggut, rambut, kraftangan, kotak, tali, benang, pita pelekat dan apa sahaja berkaitan. Bahagian tengah gunting terdapat skru yang boleh dilaras mengikut keperluan si pengguna. Gunting ini perlu untuk anda khususnya surirumah, pelajar, tukang jahit, pekerja pejabat dan peminat koleksi gunting PREMIUM.

Harga: RM 46.00 - sebilah

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/victorinox-gunting-kecil-serbaguna-13cm/

nullnullnull
null

Category: Pisau dapur jepun
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau damascus santoku KIKUICHIMONJI
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (bilah)
material bilah: besi damascus & VG-super funmatu haisu tahan karat
lapisan besi damascus: 63 lapisan

kekerasan bilah: 58 - 60 Rockwell
jenis bilah: besi penuh / "Full Tang"
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
Buatan: Cutlery Kikuichimonji Ltd., Kyoto, JEPUN

Keterangan: Ini merupakan pisau dapur dari bilah jenis "DAMASCUS" dari jenama KIKUICHIMONJI, perusahaan yang diasaskan sejak kebangkitan pemerintahan Meiji pada tahun 1870an di wilayah Kyoto. Model ini mendapat inspirasi dari bilah pedang Damascus yang cukup terkenal semasa kurun ke 3 - 4 Masehi di kota Damsyik atau Damascus, Syria (kota tertua dunia !). Teknologi MISTERI silam menempa/menyepuh besi sebenar DAMASCUS walau bagaimanapun telah lenyap semenjak tahun 1700 lampau dan sehingga ke hari ini tiada yang mengetahui dengan tepat cara pembuatan pada zaman itu. Besi jenis damascus mempunyai corak yang cukup indah seumpama aliran air dan awan larat yang menghiasi corak pada bilah besinya. Besinya disepuh & dilapisi dengan beberapa jenis besi sehingga menghasilkan corak sedemikian.
Pisau ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM laksana pisau cukur, khusus dan terbaik untuk kerja memotong / menghiris bawang, sayur, daging, buah dan sebagainya. Dibuat untuk kegunaan mereka di dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel / restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau yang mendambakan pisau dari bilah DAMASCUS. Jadikan ia khazanah AGUNG anda sehingga ke penghujung nyawa !!

Harga: RM 753.00

nullnullnullnull
Category: 5.11 - Seluar
Posted by: jimbit
1) Jenis: Seluar kargo "STRYKE TDU" 5.11
model: 74433
saiz USA: 28, 30, 32, 34, 36, 38
warna: kelabu, hitam, biru gelap
material fabrik: 6.76 oz. Flex-Tac ripstop (dilapisi TEFLON)

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam

Keterangan: Seluar taktikal kargo yang digelar "Stryke TDU" ini adalah ASLI dari 5.11 dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Jenama 5.11 dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Polis di serata dunia. Fabrik seluar "STRYKE TDU" ini adalah ringan, mudah REGANG dan tahan lasak. Seluar "STRYKE TDU" 5.11 mempunyai 10 poket & merupakan antara seluar yang SELESA dan dari barisan TERBAIK seluar keluaran 5.11. Ia mempunyai 2 lapisan fabrik pada bahagian lutut yang dibuat agar boleh dipakai bersama pelindung lutut, jahitan pada bahagian kritikal seluar sebanyak 3 kali dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah.
Ia boleh dipakai ketika operasi taktikal dan kelihatan bergaya dengan poket tepi yang "senget" dan fabrik cukup selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Seluar ini juga disyorkan untuk pendaki gunung, pemancing, pemburu, pemandu trak 4x4 dan penggiat aktiviti luar. Miliki dan rasai produk berkualiti dari 5.11 !!

HARGA: RM 432.00 - sehelai

NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.


nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: kasut "Royal America Hi" PRO KEDS
model: 547301
STATUS: baru
saiz: US 8
warna: hitam
material: kapas tebal 12 oz.

Keterangan: Kasut ini adalah ASLI, jenama kasut Pro Keds diasaskan oleh United States Rubber Company (Uniroyal), merupakan pengeluar kasut lagenda dengan keluaran pertama pada tahun 1949 di Connecticut, USA. Jenama kasut ini di popularkan oleh George Mikan dan dipakai oleh pasukan bola keranjang NBA Minneapolis Lakers pada tahun 1950an. Jenama ini kemudiannya menjadi rebutan & ikutan pemuzik, atlit & artis ternama di serata dunia.
Keseluruhan kasut ini menggunakan fabrik yang cukup tebal dan terbaik iaitu kapas 12 oz. jadi ia lebih tahan lasak dan tahan lebih lama manakala lubang tali menggunakan bahan aluminium yang utuh. Keunikan kasut PRO KEDS cukup dikenali dengan garisan biru & merah pada sisi hadapannya. Ini merupakan model keluaran yang RARE serta jarang didapati di pasaran rantau ini. Model ini dibuat khusus buat mereka yang aktif dan mahukan kelainan dalam pemilihan sepatu untuk streetwear !

HARGA: RM 235.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: mentol lampu hadapan KUASA TINGGI HELLA
Model: 8GJ Show contact number
Kuasa mentol: 130/90W (anda perlu memasang harness relay !)
Warna lampu: Putih kekuningan (biasa)
Material: Kaca "quartz" kualiti tinggi
Jenis soket: H4
Voltan: 12 Volt
Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co.

kegunaan: Mentol ini adalah ASLI dikeluarkan oleh HELLA yang merupakan pengeluar peralatan automotif terkemuka Jerman. Dibuat untuk kegunaan mentol lampu hadapan kenderaan anda atau mana-mana lampu yang menggunakan mentol jenis H4. Ia lebih TERANG berbanding mentol asal keluaran kenderaan anda. Kenderaan yang ingin dipasang mentol jenis ini WAJIB dipasang dengan harness relay supaya kuasanya stabil dan mengelakkan kabel asal lampu menjadi panas dan rosak. Pemasangan mentol ini boleh dilakukan oleh memana kedai aksesori kenderaan bertauliah/berpengalaman. Dibuat khusus buat mereka yang tercari-cari mentol lampu kenderaan yang TERANG dan berkualiti tinggi !

Untuk kenderaan: Trak, Kereta (Proton, Toyota, Perodua, Honda, Mercedes, BMW, Volkswagen, Mitsubishi, Nissan, Volvo - sila rujuk buku panduan kenderaan anda untuk jenis mentol yang sesuai)

PERINGATAN: Pemasangan mentol ini untuk kenderaan anda WAJIB dipasang bersama "wire harness" yang boleh menampung kuasa 130Watt dan ke atas !

HARGA: RM 20.00 - sebiji

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung pisau lapah/sembelih Scabbard GRANTON
model: 68001
Ukuran: 52cm (panjang keseluruhan) x 12.4cm (lebar slot atas) x 35cm (panjang slot)
warna: putih
material: Plastik polyprepelene
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Sarung pisau / SCABBARD ini adalah dari jenama pengeluar pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! pernah mencapai kegemilangan sejak zaman kolonial, buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, sangat gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata.. Sarung ini dapat memuatkan 2 bilah pisau (1 pisau panjang & 1 pisau kecil) bergantung pada saiz & bentuk). Ia boleh diletak pada pinggang melalui talipinggang yang dipakai anda. Pada bahagian bawahnya mempunyai ruang untuk membolehkan air / sisa darah / kotoran keluar agar tidak terkumpul di dalam sarung pisau. Sarung pisau ini sangat berguna untuk mereka yang bekerja di pusat sembelihan/ladang ternakan yang mahukan pisau anda sentiasa di pinggang dan pantas untuk dikeluarkan bila diperlukan. Dapatkan produk dari England ini hari ini juga !!

Harga: RM 126.00 - SEUNIT

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
Video ulasan & demonstrasi ketajaman pisau jenama lagenda F.HERDER yang digelar CAP SPADE / Cap Garpu. Perusahaannya bermula semenjak tahun 1623, telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda.

Klik: https://www.youtube.com/watch?v=Ng08XD6TUvw&t=1s

null
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau sembelih "jalur" GRANTON
model: 33602
panjang: 12 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu jati Rosewood
material: besi tahan karat 1.4034

Kekerasan bilah: 54 - 55 Rockwell
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Pisau sembelih dengan bilah UNIK dan "BERJALUR" ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! pernah mencapai kegemilangan sejak zaman kolonial, buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata. Jenama GRANTON merupakan pencipta bilah jalur atau dipanggil "granton" yang kemudiannya di tiru oleh semua jenama pisau dari serata dunia.
Pisau ini disarankan buat mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik SHEFFIELD, ENGLAND. Hulunya diperbuat dari kayu ROSEWOOD iaitu sejenis
kayu keras/kayu jati
. Ia tahan lama dan tidak mudah reput / tidak pudar. Pisau pemegang kayu ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik. Ia TERBAIK untuk tugas menyembelih haiwan terutama penyembelih di ladang ternakan/pusat sembelihan haiwan. DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata Nusantara. Ini adalah jenama pisau yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini !!

Harga: RM 198.00 - SEBILAH

pisau sembelih hulu Rosewood Granton Englandpisau sembelih hulu Rosewood Granton Englandpisau sembelih hulu Rosewood Granton Englandpisau sembelih hulu Rosewood Granton England
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau sembelih GRANTON
model: 47602G
panjang: 12 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polypropylene
material: besi tahan karat 1.4034
Kekerasan bilah: 54 - 55 Rockwell
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Pisau sembelih 12 inci bilah "hidung lembu" dari jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! pernah mencapai kegemilangan sejak zaman kolonial, buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata. Jenama GRANTON merupakan pencipta bilah jalur atau dipanggil "granton" yang kemudiannya di tiru oleh semua jenama pisau dari serata dunia.
Pisau ini disarankan buat mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik SHEFFIELD, ENGLAND.
Pisau TERBAIK untuk tugas menyembelih haiwan besar terutamanya lembu, kerbau, seladang & juga sebagai simpanan untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau
di serata pelusuk Nusantara. Ini adalah jenama pisau yang "RARE" dan jarang didapati di pasaran rantau ini !!

Harga: RM 163.00 - SEBILAH

nullnullnullnull
Category: DOVO - gunting
Posted by: jimbit
Ulasan serta demonstrasi ketajaman gunting kain / gunting fabrik DOVO dari kota pisau Solingen, JERMAN. Antara jenama lagenda pengeluar gunting TERSOHOR sejak tahun 1906. Gunting TERBAIK untuk tukang jahit, peniaga kain, tukang kasut & pereka fesyen.

Klik: https://www.youtube.com/watch?v=KVinX4X90K0&t=1s

null
Category: NEW ERA - topi
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi pasukan Oakland Raiders New Era
model: 9FIFTY
saiz: -
warna: hitam
material fabrik: polyester
Keluaran: New Era Cap Company, Inc, Buffalo, New York, USA

Keterangan: Ini merupakan topi untuk pasukan Oakland RAIDERS bola Amerika NFL dari jenama New Era dari model 9FIFTY jenis "Snapback" dan ia adalah ASLI. Entiti New Era Cap Co. diasaskan oleh Ehrhardt Koch pada tahun 1920 di Buffalo, USA yang merupakan pengeluar topi rasmi untuk pasukan besbol (MLB), bola sepak (NFL) & bola keranjang (NBA) di seluruh Amerika Syarikat. Jenama New Era pada hari ini menjadi buruan & ikutan ramai peminat topi dan dipakai di seluruh dunia termasuk golongan penyanyi & pelakon ternama.
Logo hadapan Oakland Raiders bersulam kemas iaitu logo lanun bermata satu bersilang pedang yang sebenarnya mirip wajah pelakon lama Amerika iaitu Randolph Scott. Pada bahagian sisi topi disulam logo bola Amerika NFL serta logo NE manakala pada belakangnya dengan sulaman perkataan RAIDERS. Keseluruhan fabrik topi ini menggunakan fabrik Polyster yang tahan lasak dan TERBAIK kualitinya. Warna pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama New Era dan peminat pasukan Oakland Raiders. Jadikan ia khazanah peribadi anda tanpa gagal !

Harga: RM 256.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau lapah daging "jalur" GRANTON
model: 24518R
panjang: 6 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polypropylene
warna pemegang: hijau
material: besi tahan karat 1.4034
Kekerasan bilah: 54 - 55 Rockwell
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Pisau lapah daging bengkok dengan bilah UNIK dan "BERJALUR" ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! pernah mencapai kegemilangan sejak zaman kolonial, buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata. Jenama GRANTON merupakan pencipta bilah jalur atau dipanggil "granton" yang kemudiannya di tiru oleh semua jenama pisau dari serata dunia.
Pisau ini disarankan buat mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik SHEFFIELD, ENGLAND. Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja melapah daging, memisahkan daging dari tulangnya terutama daging ternakan yang digantung dan diruang sempit serta berliku.
DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata Nusantara.
GRANTON ---- jenama pisau yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini !!

Harga: RM 104.00 - sebilah

nullnullnullnull