/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for December 2020
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi Trucker IRONMAN
model: 951000129193
saiz: -
Warna: hitam / putih
material fabrik: polyester
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: china

Keterangan: Ini adalah topi berjaring keluaran ASLI dari IRONMAN Triathlon. IRONMAN merupakan acara sukan lasak yang dianjurkan oleh World Triathlon Corporation (WTC) yang bermula semenjak tahun 1978. Acara sukan triathlon ini diadakan di seluruh dunia termasuk Amerika, Afrika, Australia, New Zealand, Eropah, Asia termasuk di Malaysia (IRONMAN Langkawi) sendiri. Acara sukan ini dianggap sukan pelbagai kategori paling MENCABAR dari segi fizikal dan mental di dunia yang perlu dihabiskan dalam masa 1 hari !! Acara sukan IRONMAN melibatkan acara berenang, berbasikal, lari marathon dan perlu diselesaikan dalam masa 16 - 17 jam.

Pada bahagian hadapan tertera logo IRONMAN yang timbul dari bahan getah yang dibuat dengan cukup kemas dan teliti. Pada sebahagian topi ini dengan fabrik jenis berjaring membolehkan pengaliran udara keluar/masuk pada bahagian kepala. Topi ini terbaik dipakai semasa memandu, bersukan dan melindungi kepala anda dari panas / embun.
Produk eksklusif yang diimpot khas dari ibu pejabat IRONMAN Tampa, Florida USA. Produk berkualiti tinggi yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat triathlon IRONMAN dan barangan "RARE" sebagai koleksi !!

Harga: STOK HABIS

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: talipinggang taktikal ALTA 5.11
model: 59538
saiz: M (pinggang 32 - 34), L (pinggang 36-38), XL (pinggang 40-42)
warna: hitam, coklat
Lebar: 1.75 inci
material kepala talipinggang: besi gred payung terjun
material fabrik: Nylon tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: china

Keterangan: Talipinggang 5.11 yang dipanggil "ALTA" ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik talipinggang ini adalah kuat dan sangat tahan lasak. Ia sungguh kuat sehingga boleh diguna untuk menarik kenderaan !! Merupakan tali pinggang taktikal yang didatangkan bersama "D-ring" berbentuk 3 segi.
Ia boleh dipakai ketika sebarang operasi oleh anggota tentera/bomba/penguatkuasa/pengawal peribadi dan kelihatan bergaya dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti lasak di luar. DISYORKAN untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar mendaki gunung / penggiat sukan payung terjun atau mereka yang mahukan tali pinggang yang tahan lasak dan produk taktikal yang diakui kualiti zaman berzaman !!

Harga: RM 247.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-talipinggang-taktikal-alta/

nullnullnull
Category: HERSCHEL - beg
Posted by: jimbit
1) Jenis: beg pinggang celoreng Herschel
model: Eighteen
Ukuran: 7 x 11 x 3 inci
Muatan: 6 liter

warna: celoreng hitam
Jumlah ruang: 3
material fabrik: 20 oz. Polyester tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: Herschel Supply Co., Vancouver, Kanada
Buatan: Vietnam

Keterangan: Ini adalah beg pinggang keluaran ASLI dari Herschel Supply Company yang berpusat di Vancouver, Kanada. Entiti ini diasaskan oleh Lyndon dan Jamie Cormack pada tahun 2009. Nama Herschel diambil sempena sebuah perkampungan terpencil Saskatchewan Kanada yang merupakan tempat asal pengasasnya. Produk utama jenama ini adalah pelbagai jenis beg yang menjadi pilihan ramai kerana kualiti fabriknya yang tahan lasak dan mempunyai warna yang menarik hati. Jenama Herschel pada hari ini telah menjadi buruan & ikutan ramai peminat beg & "streetwear" dan dipakai di seluruh dunia termasuk golongan penyanyi & pelakon ternama antaranya Hilary Duff, Natalie Portman, Megan Fox, Emma Roberts dan ramai lagi.

Fabrik beg dari warna celoreng berwarna kehitaman membuatkan si pemakai tampak maskulin dan gagah, fabriknya cukup tebal serta tahan lasak, membolehkan ia tahan bertahun-tahun dipakai tanpa rasa ragu. Manakala keseluruhan klip beg cukup berkualiti yang cukup kukuh serta tidak mudah retak / patah seperti jenama kebiasaan lain. Jahitan dan buatan keseluruhan beg ini dibuat dengan rapi dengan kawalan kualiti yang ketat dari pihak Herschel Supply Company yang tidak berkompromi soal berkenaan.
Beg pinggang ini cukup praktikal untuk kegunaan sesiapa sahaja untuk mengisi barangan; telefon bimbit, pisau, cermin mata, pemetik api, alatan EDC, lampu suluh dan sebagainya. Beg kecil ini boleh dipakai pada bahagian hadapan badan / belakang / disilang mengikut keselesaan si pemakai dalam apa jua situasi.

Harga: RM 160.00 (HABIS !)

nullnullnullnull



1) Jenis: beg galas BARLOW Herschel
model: barlow large
Ukuran: 19 x 11 x 7 inci
Muatan: 27 liter

berat: 708 gram
warna: merah hati
Jumlah ruang: 6
material fabrik: 210D Nylon kalis air tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: Herschel Supply Co., Vancouver, Kanada
Buatan: Vietnam

Keterangan: Ini adalah beg galas dipanggil "BARLOW" keluaran ASLI dari Herschel Supply Company yang berpusat di Vancouver, Kanada. Entiti ini diasaskan oleh Lyndon dan Jamie Cormack pada tahun 2009. Nama Herschel diambil sempena sebuah perkampungan terpencil Saskatchewan Kanada yang merupakan tempat asal pengasasnya. Produk utama jenama ini adalah pelbagai jenis beg yang menjadi pilihan ramai kerana kualiti fabriknya yang tahan lasak dan mempunyai warna yang menarik hati. Jenama Herschel pada hari ini telah menjadi buruan & ikutan ramai peminat beg & "streetwear" dan dipakai di seluruh dunia termasuk golongan penyanyi & pelakon ternama antaranya Hilary Duff, Natalie Portman, Megan Fox, Emma Roberts dan ramai lagi.
Fabrik beg dari warna merah hati menyerlahkan gaya di pemakai tatkala di kota dan di rimba raya, fabriknya dari jenis Nylon 210D adalah tahan lasak, membolehkan ia tahan bertahun-tahun dipakai tanpa rasa ragu. Manakala keseluruhan klip beg menggunakan jenama Duraflex yang cukup berkualiti yang cukup kukuh serta tidak mudah retak / patah seperti jenama kebiasaan lain. Jahitan dan buatan keseluruhan beg ini dibuat dengan rapi dengan kawalan kualiti yang ketat dari pihak Herschel Supply Company yang tidak berkompromi soal berkenaan.
Ia boleh digunakan untuk ke tempat kerja, mengembara, mendaki gunung, ke sekolah/kolej atau untuk aktiviti luar di rimba raya waima di hutan konkrit. Di dalamnya terdapat ruang untuk memasukkan komputer riba sehingga bersaiz 15 inci manakala dibawahnya didatangkan bersama kelambu hujan yang kalis air manakala di bahagian kiri & kanan beg terdapat poket untuk meletak barangan anda.

Harga: RM 512.00 (HABIS !)

nullnullnullnull
1) Jenis: Pisau poket / Alat serbaguna 2020 VICTORINOX Swiss Army (EDISI KHAS)
model: 1.6705.7L20
Panjang keseluruhan: 9.1 sentimeter
Berat: 102 gram
Material: Besi tahan karat dan plastik organik Cellidor
Warna: putih dengan motif ikon bumi Switzerland
Buatan: Victorinox AG, Switzerland
Bilangan alatan: 18 jenis

Keterangan: Sebagai menghargai bumi dan simbol tarikan utama pelancong ke Switzerland, pihak Victorinox AG Switzerland berbesar hati mengeluarkan EDISI KHAS yang cuma dikeluarkan dalam unit TERHAD untuk pasaran seluruh dunia. Pada luaran pisau poket ini dilakar imej tarikan utama bumi Switzerland antaranya feri tasik Geneva, gunung Matterhorn, kambing gurun Ibex di banjaran Alpine, jam tangan, keju Emmentaler Swiss, serunai kayu panjang alphorn, coklat Cailler, pisau poket dan pelbagai lagi. Setiap versi ini didatangkan dengan kotak khas eksklusif bersama kad ucapan aluan dari Victorinox !
Edisi alat serbaguna ini hanya dikeluarkan sekali seumur hidup dan dibuat khusus buat pencinta jenama Victorinox Swiss Army yang mahu menjadikan sebagai koleksi atau hadiah buat yang tersayang. Ini merupakan versi RARE yang jarang ada di pasaran rantau ini dan perlu menjadi aset anda sehingga ke penghujung usia !!

Ia mempunyai 18 jenis alatan serbaguna:
1. Pisau besar
2. Pisau kecil
3. pembuka tin
4. pemutar skru 3mm
5. pembuka tutup botol
6. pemutar skru 6mm
7. pengoyak wayar
8. pengetuk
9. pembuka gabus botol
10. pemutar skru halus mikro
11. gunting
12. kanta pembesar
13. pemutar skru Philips
14. penyangkuk
15. pencungkil gigi
16. penyepit
17. pen halus
18. penggantung kunci

Harga: RM 350.00 **

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau tut pokok Victorinox
model: 3.9060
panjang: 5.1cm (bilah), 16cm (keseluruhan)
material bilah: besi tahan karat
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Keterangan: Pisau lipat tut pokok ini adalah keluaran VICTORINOX Switzerland, ia sangat TAJAM dan untuk diguna mengetut pokok bunga & tanaman di halaman rumah anda. Ia boleh diguna untuk mengikis, mengelar, mengerat, memangkas ranting, tunas, daun, putik, batang segala jenis pokok bunga / tanaman bersaiz kecil / sederhana besar.
Sangat disyorkan buat mereka yang hobinya menanam pokok-pokok bunga dan mereka yang bekerja di tapak semaian pohon. Jika anda masih tercari-cari pisau tut pokok terbaik dengan kualiti PREMIUM, anda patut cuba model ini hari ini juga !!

Harga: RM 85.00 - sebilah

nullnullnull
Category: ICEL - pisau lasak
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lipat ICEL
model: 133.2052.90
panjang bilah: 7.8cm
panjang keseluruhan: 16.2cm

tebal bilah: 2 milimeter
Warna: tembaga keemasan
berat: 50 gram
Material bilah: Besi AISI 420 (tahan karat)
kekerasan bilah: 50 Rockwell
Material pemegang: kayu jati Rosewood
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Keterangan: Sebagai menghargai dan memenuhi permintaan para peminat pisau dari serata pelusuk Nusantara yang mendambakan hulu kayu, ICEL dengan ini mengeluarkan pisau lipat / pisau poket yang merupakan keluaran terbaru 2020, jenama yang menjadi kebanggaan sejak 1945 pembuat pisau terkemuka dari Portugal. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.

Pisau ini bersaiz kecil bersama pemegang dari kayu jati Rosewood, spesis kayu keras yang tahan lasak dan TERBAIK kualitinya dan menjadi pilihan pengeluar perabot kayu mewah dan alatan muzik seperti Ibanez, TAMA, Gibson. Pisau ini sebenarnya dibuat khusus buat penggiat aktiviti luar; mendaki gunung/memancing/memburu/berkhemah/mountain bike dan disyorkan untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA/FRU/Paskal). Mata bilah pisau ini cukup tajam dengan warna pemegangnya berwarna tembaga keemasan, bilahnya dari jenis besi AISI 420 merupakan besi yang mudah diasah dan tahan lasak. Model pisau ini cukup RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini, ayuhlah kalian segala peminat senjata maka berbondong-bondonglah merebut peluang memiliki si kecil molek berhati "EMAS" ini !!

Harga: RM 143.00 - (STOK HABIS !)

nullnullnullnull