/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for October 2021
Posted by: jimbit
1) Jenis: botol air basikal TOUR DE FRANCE
model: 11978929
tinggi: 19.5cm
Warna: tompok merah
material: plastik polyethylene lembut
muatan: 600 mililiter
Suhu maksima muatan: 40 celsius
Keluaran: Amaury Sport Organisation, Issy-les-Moulineaux, Peranchis
Buatan: Croatia

Keterangan: Ini adalah botol air minuman TOUR DE FRANCE keluaran ASLI dari Amaury Sport Organisation (ASO). Tour De France merupakan lumba basikal berprestij dan paling mencabar yang dianjurkan oleh Amaury Sport Organisation yang bermula semenjak tahun 1903. Acara sukan lumba basikal ini diadakan di Peranchis. Ia disertai oleh pasukan lumba basikal dari serata dunia yang perlu dihabiskan dalam masa 21 hari sejauh 3500 kilometer ! Acara sukan ini mempunyai 21 peringkat dengan laluan rata dan berbukit bukau yang mencabar fizikal dan mental pelumba serta kemampuan basikal. Antara juara lumba basikal lagenda yang menyertainya Eddy Merckx, Bernard Hinault, Chris Froome dan ramai lagi...

Botol air ini bermotif tompok merah dengan cetakan logo Tour De France di sisi, corak tompok merah sinonim dengan perlumbaan TOUR DE FRANCE ini kerana ia melambangkan juara basikal kategori "Raja Bukit". Botol air ini diperbuat dari bahan plastik ringan dan tahan lasak jenis polyethylene lembut yang boleh dipicit. Ia terbaik dipakai semasa berbasikal, menunggang motorsikal & bersukan. Produk eksklusif yang diimpot khas dari ibu pejabat Tour De France Issy-les-Moulineaux, Peranchis. Produk berkualiti tinggi yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat sukan lumba basikal dan barangan "RARE" sebagai koleksi !!

Harga: RM 73.00

nullnullnullnull

Posted by: jimbit
1) Jenis: jaket hoodie TOUR DE FRANCE
model: 11993409
saiz: M (Eropah)
warna: hitam
Material fabrik: kapas tebal 100%
Keluaran: Amaury Sport Organisation, Issy-les-Moulineaux, Peranchis

Buatan: Turki

Keterangan: Ini adalah jaket tebal jenis bertopi / HOODIE TOUR DE FRANCE keluaran ASLI dari Amaury Sport Organisation (ASO). Tour De France merupakan lumba basikal berprestij dan paling mencabar yang dianjurkan oleh Amaury Sport Organisation yang bermula semenjak tahun 1903. Acara sukan lumba basikal ini diadakan di Peranchis. Ia disertai oleh pasukan lumba basikal dari serata dunia yang perlu dihabiskan dalam masa 21 hari sejauh 3500 kilometer ! Acara sukan ini mempunyai 21 peringkat dengan laluan rata dan berbukit bukau yang mencabar fizikal dan mental pelumba serta kemampuan basikal. Antara juara lumba basikal lagenda yang menyertainya Eddy Merckx, Bernard Hinault, Chris Froome dan ramai lagi...

Jaket ini bermotif tompok merah dengan cetakan logo Tour De France di hadapannya, corak tompok merah sinonim dengan perlumbaan TOUR DE FRANCE ini kerana ia melambangkan juara basikal kategori "Raja Bukit". Jaket ini TERBAIK untuk mengurangkan kesejukan akibat dari cuaca di luar. Jaket ini didatangkan dengan poket pada bahagian hadapan dan TERBAIK dipakai ketika cuaca dingin di dalam rumah atau ketika di luar. Sangat disyorkan untuk dimiliki oleh mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; mendaki gunung/berkhemah/pengembara/menunggang motorsikal/memandu. Produk eksklusif yang diimpot khas dari ibu pejabat Tour De France Issy-les-Moulineaux, Peranchis. Produk berkualiti tinggi yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat sukan lumba basikal dan barangan RARE sebagai koleksi !!

Harga: RM 325.00

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi biru TOUR DE FRANCE
model: 12052505
saiz: -
Warna: biru gelap
material fabrik: 100% kapas
Keluaran: Amaury Sport Organisation, Issy-les-Moulineaux, Peranchis

Buatan: china

Keterangan: Ini adalah topi berwarna biru gelap TOUR DE FRANCE keluaran ASLI dari Amaury Sport Organisation (ASO). Tour De France merupakan lumba basikal berprestij dan paling mencabar yang dianjurkan oleh Amaury Sport Organisation yang bermula semenjak tahun 1903. Acara sukan lumba basikal ini diadakan di Peranchis. Ia disertai oleh pasukan lumba basikal dari serata dunia yang perlu dihabiskan dalam masa 21 hari sejauh 3500 kilometer ! Acara sukan ini mempunyai 21 peringkat dengan laluan rata dan berbukit bukau yang mencabar fizikal dan mental pelumba serta kemampuan basikal. Antara juara lumba basikal lagenda yang menyertainya Eddy Merckx, Bernard Hinault, Chris Froome dan ramai lagi...

Pada bahagian hadapan dicetak tulisan TDF Tour De France dengan imej pelumba basikal dengan buatannya yang kemas dan teliti. Topi ini terbaik dipakai semasa memandu, bersukan bagi melindungi kepala anda dari panas / embun. Produk eksklusif yang diimpot khas dari ibu pejabat Tour De France Issy-les-Moulineaux, Peranchis. Produk berkualiti tinggi yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat sukan lumba basikal dan barangan RARE sebagai koleksi !!

Harga: RM 126.00

nullnullnull
Category: Topeng gas CBRNE
Posted by: jimbit
1) Jenis: Topeng gas CBRN GP-5
saiz penapis: 40 milimeter NATO
jenis penapis/canister: IK003
warna: putih pudar
berat: 690 gram
jenis bahan: getah latex
Buatan: Tambov, Russia

Keterangan: Ini adalah topeng gas taktikal gred tentera CBRN (chemical, biology, radioactive, nuclear), keluaran ASLI dari beberapa pengeluar di wilayah bekas Kesatuan Soviet (USSR) Tambov, Yaroslavl, Saratov. Ia merupakan model keluaran LAMA yang dikeluarkan sekitar tahun 1960an sehingga ke tahun 1990an semasa era perang dingin untuk melindungi dari radioaktif. Topeng gas ini didatangkan dengan penapis yang boleh menapis udara yang dicemari bahan toksik, radioaktif dan semburan bakteria dan semestinya menapis udara dengan kuman Covid19 ! Ia dikeluarkan untuk kegunaan pasukan tentera Kesatuan Soviet (USSR) dan juga untuk kegunaan orang awam di semua wilayah di rantau Balkan.

Topeng gas ini dibuat khusus untuk kegunaan anggota tentera/polis di medan perang, latihan ketika CBRNE dan rusuhan semasa penggunaan gas pemedih mata. Topeng gas ini melindungi deria mata, pernafasan, mulut si pemakai. Ia diperbuat dari getah latex yang agak fleksibel dan boleh disarung penuh pada kepala anda. Topeng gas ini didatangkan bersama penapis / canister jenis IK003 bersaiz NATO 40 milimeter stok lama yang masih belum dibuka dan juga beg hijau untuk menyimpannya. Terbaik untuk dimiliki oleh peminat barang taktikal dan merupakan barangan RARE yang jarang ada di pasaran, sebagai persiapan malapetaka besar satu hari kelak. Bersiap siagalah kalian menuju kekalutan akhir zaman !

Harga: RM 270.00

nullnullnullnull
Category: 5.11 - beg
Posted by: jimbit
1) Jenis: beg galas taktikal "AMP 10" 5.11
model: 56431
Ukuran: 19 x 10 x 4.5 inci
Muatan: 20 liter

Berat: 1.31 kilogram
warna: hitam
material fabrik: Nylon 500D & Nylon 1050D (gred tentera) kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: bangladesh

Keterangan: Beg galas 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan model siri TERBARU yang dipanggil siri AMP (All Mission Pack) yang diperkenalkan oleh 5.11 Inc. --- pengeluar barangan taktikal untuk tentera yang berpangkalan di Irvine, California, USA. Beg taktikal ini dibuat khusus untuk anggota polis & tentera, pemburu, pengembara, ia bersaiz sederhana untuk menyimpan peluru/kelopak, botol air, komputer riba (bersaiz 15 inci), pisau, pistol, lampu suluh, walkie talkie, alatan EDC dan sebagainya. Pada bahagian hadapan juga dibuat sejenis jaring berbentuk sarang lebah yang dipanggil sistem HEXGRID ---- untuk kegunaan menyangkut/mengikat pelbagai alatan.

Fabrik pada beg ini menggunakan Nylon gred tentera yang lebih tahan lasak untuk tugas taktikal termasuk zip dari jenama YKK yang terbaik, manakala klip dan penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan dari kualiti terbaik serta tahan lasak yang tidak mudah retak / patah. Bahagian tali penggalas bahu pada beg ini juga lebih tebal, dibuat demikian agar dapat mengurangkan "bebanan" berat kandungan beg & mengurangkan kesakitan pada bahu & belakang si pemakai. Beg dari model All Mission Pack 10 dengan muatan 20 LITER ini dibuat untuk mereka yang mencari beg taktikal dengan kualiti PREMIUM, beg TERBAIK untuk lelaki berjiwa kental !

NOTA: Lencana pada beg ini hanya sekadar hiasan dan tidak untuk dijual bersama beg !

Harga: RM 849.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-galas-taktikal-amp-10/

nullnullnull




3) Jenis: beg galas taktikal RUSH 100 5.11
model: 56555
Ukuran: 28.5 x 11 x 10.25 inci
Muatan: 60 liter
Jumlah ruang:
berat: 2.6 kilogram
warna: hitam, coklat tua
jenis fabrik: Nylon 500D dan 1050D kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Beg galas bersaiz besar 5.11 ini dipanggil RUSH 100 dan ia adalah ASLI, merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. Jenama produk 5.11 dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik pada beg ini menggunakan polyester BALISTIK gred tentera yang tahan lasak untuk tugas taktikal, beg ini menggunakan zip terbaik dari YKK, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Beg ini dibuat khusus untuk anggota tentera ketika tugas operasi taktikal dan sangat DISYORKAN untuk kegunaan pendaki gunung, pengembara, ekspedisi / misi kritikal di pelbagai situasi laut, udara dan darat.

Ia mempunyai ruang yang luas dan banyak disamping mempunyai span tebal untuk mengikat pinggang untuk kestabilannya. Pada bahagian belakang & sisinya didatangkan dengan MOLLE, jadi anda dapat menyangkut alatan lain yang berpadanan. Tali penggalas bahu dan bahagian belakang beg mempunyai span yang cukup tebal disamping ia mempunyai "kerangka" aluminium dan gentian kaca yang menstabilkan si pemakai dan mengurangkan kesakitan pada bahu dan badan ketika membawa muatan yang berat. Untuk kalian yang tercari cari beg galas taktikal bersaiz besar sebenar dengan kualiti TANPA kompromi, inilah sesungguhnya untuk anda, sematkan ia di hati sanubari !

Harga: RM 1441.00

nullnullnull


6) Jenis: beg galas taktikal RUSH 24 (generasi 2) 5.11
model: 56563
Ukuran: 20 x 12.5 x 8 inci
Muatan: 37 liter

Jumlah ruang: -
berat: 1.74 kilogram
warna: kelabu gelap, hitam, coklat tua, hijau kelam, biru gelap
material fabrik: Nylon 1050D tahan lasak & kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Beg galas 5.11 ini merupakan model beg taktikal PALING LARIS, ia merupakan model RUSH 24 Generasi Kedua yang telah diberi nafas baru dan terdapat beberapa perubahan padanya. Beg Rush ini direka dan diuji oleh veteran tentera Kyle Lamb dari unit VTAC, beg ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. 5.11 membekalkan pakaian seragam kepada anggota FBI (agensi risikan USA), Unit Penguatkuasa dan Polis Amerika dan di serata dunia termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Fabrik pada beg ini menggunakan polyester BALISTIK gred tentera (1050D) yang tahan lasak untuk tugas taktikal, zip terbaik dari YKK, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Ia boleh digunakan sama ada ketika sebarang operasi ketenteraan atau kegunaan harian atau di pakai untuk ke pejabat, ke kolej atau untuk aktiviti luar di rimba raya waima di hutan konkrit. Ia mempunyai ruang yang luas dan banyak malah dapat memuatkan komputer riba bersaiz 15 inci. Pada bahagian belakang & sisinya didatangkan dengan "MOLLE", jadi anda dapat menyangkut alatan lain yang berpadanan. Buat mereka yang tercari-cari beg taktikal sebenar dengan kualiti TANPA kompromi, beg RUSH 24 GENERASI KEDUA ini perlu dimiliki !

NOTA: Lencana pada beg hanya untuk hiasan dan tidak untuk dijual bersama beg berkenaan !

Harga: RM 788.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-galas-taktikal-rush-24-generasi-2/

nullnullnullnull



1) Jenis: beg petak taktikal 5.11
model: 56435
Ukuran: 58.88 x 35.56 x 22.86cm
Muatan: 55.5 liter
Jumlah ruang: 3
berat: 2.99 kilogram
warna: kelabu gelap, hijau kelam
material fabrik: Nylon 1680D & 1050D kalis air

Keterangan: Beg taktikal jenis petak beroda 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Beg ini dibuat mengikut peraturan penerbangan komersial dimana kuantiti muatan normalnya ialah 45.5 liter dan boleh dikembangkan sehingga 55.5 liter.
Bahagian bawahnya diperbuat dari lapisan Polikarbonat tahan hentakan dan tahan lasak.
Ia dibina dengan kukuh dengan bahan EVA, kelihatan bergaya & ringkas, dibuat khusus untuk menyimpan barangan anda dengan selamat sama ada komputer riba, kamera, pakaian, senjata api, alat komunikasi, makanan, alat elektronik. Ia didatangkan dengan tangkai pemegang boleh laras yang boleh ditarik keluar / disimpan.

Keseluruhan bahagian beg ini menggunakan zip terbaik dari YKK manakala klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama.
Beg petak ini boleh digunakan sama ada ketika melancong/mengembara di pelbagai lokasi atau kegunaan harian untuk mereka yang sentiasa perlu bergerak aktif atau di pakai untuk ke pejabat. Beg ini didatangkan dengan tayar yang boleh diganti dan tahan lasak dengan saiznya yang tidak terlalu kecil. Buat mereka yang tercari-cari beg jenis petak beroda dengan kualiti taktikal sebenar TANPA kompromi, 5.11 ini sesungguhnya untuk anda !

Harga: RM 1206.00

nullnullnull


1) Jenis: beg silang "Rapid Sling" 5.11
model: 56572
Ukuran: 15.5 x 7.5 x 6 inci
Muatan: 9.5 liter

Jumlah ruang: 3
warna: kelabu, coklat
berat:
material fabrik: Nylon 600D kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
buatan: vietnam

Keterangan: Beg silang yang dipanggil "Rapid Sling" ini adalah bersaiz sederhana dan ia adalah ASLI yang merupakan produk keluaran TERBARU 5.11 USA. Ia dibuat khusus untuk kegunaan anggota polis / tentera semasa tugas taktikal / peperangan / semasa tugas rutin / pemilik senjata api. Walaupun demikian, beg silang ini cukup praktikal untuk kegunaan sesiapa sahaja untuk mengisi barangan lain. Ia merupakan antara beg silang yang agak ringkas/padat, mempunyai ruang/poket yang mencukupi, jadi anda dapat memuatkan pelbagai barang keperluan anda.

Saiznya tidak terlalu kecil, anda boleh menggalasnya pada bahu / menyilangkan pada badan anda. Ia dapat memuatkan peluru AR magazine, pistol, lampu suluh, peralatan EDC, tablet, beg duit, buku, fail, sedikit pakaian dan fabrik beg ini kalis air dengan Nylon taktikal TERBAIK jenis 600D, beg ini cukup kemas dan dibuat dengan kawalan kualiti yang ketat. Bahagaian hadapannya didatangkan dengan sistem MOLLE untuk menyangkut beg kecil/barang lain. Semua zip dan pengikat pada beg ini dibuat oleh YKK and Duraflex yang diakui kualitinya sejak zaman berzaman. Beg silang 5.11 ini tampak gah dan "stylo" dan kualitinya jauh mengatasi beg kebiasaan di luar sana !!

Harga: RM 461.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-silang-taktikal-rapid-sling/

nullnullnull
null

Posted by: jimbit
2) Jenis: lencana tengkorak 5.11
model: 81913
warna: hitam dengan kombinasi hijau & hitam
material fabrik: nylon
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Lencana / "patches" ini dikeluarkan oleh pengeluar barangan taktikal 5.11 USA, ia adalah ASLI. Lencana dengan imej tengkorak bersama seekor ular berbisa melingkari pisau dengan tulisan "FIVE ELEVEN EST 03" ini adalah sebagai hiasan, gaya personaliti dan terkini untuk ditampal / dijahit pada beg, jaket, topi dan barangan 5.11 atau di mana yang anda rasa menarik. Terdapat pelekat velcro pada bahagian belakangnya, jadi ia mudah ditampal / dicabut. Lencana yang kelihatan ganas dan menakutkan buat peminat lencana & produk taktikal yang "RARE", ayuh jadikan ia koleksi anda sebelum terkesan di hati sanubarimu !

Harga: RM 58.00 - sekeping

nullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: lencana helmet tengkorak 5.11
model: 81937
warna: hitam dengan kombinasi coklat & hitam
material fabrik: nylon
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Lencana / "patches" ini yang dikeluarkan oleh pengeluar barangan taktikal 5.11, ia adalah ASLI. Lencana dengan gambar tengkorak memakai topi keledar & pisau dengan tulisan "FIVE ELEVEN ESCAPE AT ALL COST" ini adalah sebagai hiasan, gaya personaliti dan terkini untuk ditampal / dijahit pada beg, jaket, topi dan barangan 5.11 atau di mana yang anda rasa menarik. Terdapat pelekat velcro pada bahagian belakangnya, jadi ia mudah ditampal / dicabut. Lencana yang tampak "garang" buat peminat produk taktikal yang "RARE", ayuh jadikan ia koleksi anda sebelum terkesan di hati sanubarimu !

Harga: RM 58.00 - sekeping

nullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: lencana hantu 5.11
model: 81904
warna: kombinasi kuning & hitam
material fabrik: nylon
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Lencana / patches ini dikeluarkan oleh pengeluar barangan taktikal 5.11, ia adalah ASLI. Lencana dengan gambar jasad seperti hantu berjanggut memegang serampang dengan tulisan "TOTALLY TUBULAR" ini adalah sebagai hiasan, gaya personaliti dan terkini untuk ditampal / dijahit pada beg, jaket, topi dan barangan 5.11 atau di mana yang anda rasa menarik. Terdapat pelekat velcro pada bahagian belakangnya, jadi ia mudah ditampal / dicabut. Lencana yang tampak misteri buat peminat produk taktikal yang RARE, ayuh jadikan ia koleksi anda sebelum terkesan di hati sanubarimu !

Harga: RM 58.00 - sekeping

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Sarung pistol GLOCK 5.11 (jenis pinggang/sembunyi)
model: 50030
warna: hitam
jenis bahan: plastik polimer
Buatan: USA
Model pistol/Glock yang sesuai: Glock 19/23

Keterangan: Sarung pistol / holster ini dibuat KHUSUS untuk model Glock 19 dan 23, ia adalah ASLI dan dikeluarkan dengan kerjasama antara 5.11 Tactical dan Blade-tech Industries, Ohio, USA (merupakan antara pengeluar sarung pistol terkemuka sejak 1995). Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Pasukan Polis di serata dunia. Sarung pistol ini diperbuat dari bahan polimer tahan lasak & kukuh untuk melindungi senjata api anda.

Sarung pistol ini berguna untuk anggota keselamatan / pemilik senjata api yang ingin meletakkan senjata pada pinggang dan juga mahu menyorokkan dari pandangan umum/musuh. Ia disertakan klip yang boleh dikepit pada bahagian dalam seluar/talipinggang anda. Sarung pistol ini juga didatangkan dengan "chop-block" iaitu sejenis pengunci keselamatan untuk mengelakkan pistol anda diambil tanpa sedar oleh individu lain atau mengelakkan dari terjatuh semasa bertugas / di mana sahaja. Lubang sarung pistol ini boleh disisip pada tali pinggang sehingga lebar saiz 5.7cm. Buat pemilik pistol jenis GLOCK 19 & 23 yang tercari-cari sarung kualiti PREMIUM dan terbaik buatannya, 5.11 membawakan pada kalian buat kesekian kalinya !!

Harga: RM 378.00

nullnullnullnullnull