1) Jenis: beg galas taktikal "AMP 10" 5.11
model: 56431
Ukuran: 19 x 10 x 4.5 inci
Muatan: 20 liter

Berat: 1.31 kilogram
warna: hitam
material fabrik: Nylon 500D & Nylon 1050D (gred tentera) kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: bangladesh

Keterangan: Beg galas 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan model siri TERBARU yang dipanggil siri AMP (All Mission Pack) yang diperkenalkan oleh 5.11 Inc. --- pengeluar barangan taktikal untuk tentera yang berpangkalan di Irvine, California, USA. Beg taktikal ini dibuat khusus untuk anggota polis & tentera, pemburu, pengembara, ia bersaiz sederhana untuk menyimpan peluru/kelopak, botol air, komputer riba (bersaiz 15 inci), pisau, pistol, lampu suluh, walkie talkie, alatan EDC dan sebagainya. Pada bahagian hadapan juga dibuat sejenis jaring berbentuk sarang lebah yang dipanggil sistem HEXGRID ---- untuk kegunaan menyangkut/mengikat pelbagai alatan.

Fabrik pada beg ini menggunakan Nylon gred tentera yang lebih tahan lasak untuk tugas taktikal termasuk zip dari jenama YKK yang terbaik, manakala klip dan penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan dari kualiti terbaik serta tahan lasak yang tidak mudah retak / patah. Bahagian tali penggalas bahu pada beg ini juga lebih tebal, dibuat demikian agar dapat mengurangkan "bebanan" berat kandungan beg & mengurangkan kesakitan pada bahu & belakang si pemakai. Beg dari model All Mission Pack 10 dengan muatan 20 LITER ini dibuat untuk mereka yang mencari beg taktikal dengan kualiti PREMIUM, beg TERBAIK untuk lelaki berjiwa kental !

NOTA: Lencana pada beg ini hanya sekadar hiasan dan tidak untuk dijual bersama beg !

Harga: RM 849.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-galas-taktikal-amp-10/

nullnullnull




3) Jenis: beg galas taktikal RUSH 100 5.11
model: 56555
Ukuran: 28.5 x 11 x 10.25 inci
Muatan: 60 liter
Jumlah ruang:
berat: 2.6 kilogram
warna: hitam, coklat tua
jenis fabrik: Nylon 500D dan 1050D kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Beg galas bersaiz besar 5.11 ini dipanggil RUSH 100 dan ia adalah ASLI, merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. Jenama produk 5.11 dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik pada beg ini menggunakan polyester BALISTIK gred tentera yang tahan lasak untuk tugas taktikal, beg ini menggunakan zip terbaik dari YKK, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Beg ini dibuat khusus untuk anggota tentera ketika tugas operasi taktikal dan sangat DISYORKAN untuk kegunaan pendaki gunung, pengembara, ekspedisi / misi kritikal di pelbagai situasi laut, udara dan darat.

Ia mempunyai ruang yang luas dan banyak disamping mempunyai span tebal untuk mengikat pinggang untuk kestabilannya. Pada bahagian belakang & sisinya didatangkan dengan MOLLE, jadi anda dapat menyangkut alatan lain yang berpadanan. Tali penggalas bahu dan bahagian belakang beg mempunyai span yang cukup tebal disamping ia mempunyai "kerangka" aluminium dan gentian kaca yang menstabilkan si pemakai dan mengurangkan kesakitan pada bahu dan badan ketika membawa muatan yang berat. Untuk kalian yang tercari cari beg galas taktikal bersaiz besar sebenar dengan kualiti TANPA kompromi, inilah sesungguhnya untuk anda, sematkan ia di hati sanubari !

Harga: RM 1441.00

nullnullnull


6) Jenis: beg galas taktikal RUSH 24 (generasi 2) 5.11
model: 56563
Ukuran: 20 x 12.5 x 8 inci
Muatan: 37 liter

Jumlah ruang: -
berat: 1.74 kilogram
warna: kelabu gelap, hitam, coklat tua, hijau kelam, biru gelap
material fabrik: Nylon 1050D tahan lasak & kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Beg galas 5.11 ini merupakan model beg taktikal PALING LARIS, ia merupakan model RUSH 24 Generasi Kedua yang telah diberi nafas baru dan terdapat beberapa perubahan padanya. Beg Rush ini direka dan diuji oleh veteran tentera Kyle Lamb dari unit VTAC, beg ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. 5.11 membekalkan pakaian seragam kepada anggota FBI (agensi risikan USA), Unit Penguatkuasa dan Polis Amerika dan di serata dunia termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Fabrik pada beg ini menggunakan polyester BALISTIK gred tentera (1050D) yang tahan lasak untuk tugas taktikal, zip terbaik dari YKK, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Ia boleh digunakan sama ada ketika sebarang operasi ketenteraan atau kegunaan harian atau di pakai untuk ke pejabat, ke kolej atau untuk aktiviti luar di rimba raya waima di hutan konkrit. Ia mempunyai ruang yang luas dan banyak malah dapat memuatkan komputer riba bersaiz 15 inci. Pada bahagian belakang & sisinya didatangkan dengan "MOLLE", jadi anda dapat menyangkut alatan lain yang berpadanan. Buat mereka yang tercari-cari beg taktikal sebenar dengan kualiti TANPA kompromi, beg RUSH 24 GENERASI KEDUA ini perlu dimiliki !

NOTA: Lencana pada beg hanya untuk hiasan dan tidak untuk dijual bersama beg berkenaan !

Harga: RM 788.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-galas-taktikal-rush-24-generasi-2/

nullnullnullnull



1) Jenis: beg petak taktikal 5.11
model: 56435
Ukuran: 58.88 x 35.56 x 22.86cm
Muatan: 55.5 liter
Jumlah ruang: 3
berat: 2.99 kilogram
warna: kelabu gelap, hijau kelam
material fabrik: Nylon 1680D & 1050D kalis air

Keterangan: Beg taktikal jenis petak beroda 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Beg ini dibuat mengikut peraturan penerbangan komersial dimana kuantiti muatan normalnya ialah 45.5 liter dan boleh dikembangkan sehingga 55.5 liter.
Bahagian bawahnya diperbuat dari lapisan Polikarbonat tahan hentakan dan tahan lasak.
Ia dibina dengan kukuh dengan bahan EVA, kelihatan bergaya & ringkas, dibuat khusus untuk menyimpan barangan anda dengan selamat sama ada komputer riba, kamera, pakaian, senjata api, alat komunikasi, makanan, alat elektronik. Ia didatangkan dengan tangkai pemegang boleh laras yang boleh ditarik keluar / disimpan.

Keseluruhan bahagian beg ini menggunakan zip terbaik dari YKK manakala klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama.
Beg petak ini boleh digunakan sama ada ketika melancong/mengembara di pelbagai lokasi atau kegunaan harian untuk mereka yang sentiasa perlu bergerak aktif atau di pakai untuk ke pejabat. Beg ini didatangkan dengan tayar yang boleh diganti dan tahan lasak dengan saiznya yang tidak terlalu kecil. Buat mereka yang tercari-cari beg jenis petak beroda dengan kualiti taktikal sebenar TANPA kompromi, 5.11 ini sesungguhnya untuk anda !

Harga: RM 1206.00

nullnullnull


1) Jenis: beg silang "Rapid Sling" 5.11
model: 56572
Ukuran: 15.5 x 7.5 x 6 inci
Muatan: 9.5 liter

Jumlah ruang: 3
warna: kelabu, coklat
berat:
material fabrik: Nylon 600D kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
buatan: vietnam

Keterangan: Beg silang yang dipanggil "Rapid Sling" ini adalah bersaiz sederhana dan ia adalah ASLI yang merupakan produk keluaran TERBARU 5.11 USA. Ia dibuat khusus untuk kegunaan anggota polis / tentera semasa tugas taktikal / peperangan / semasa tugas rutin / pemilik senjata api. Walaupun demikian, beg silang ini cukup praktikal untuk kegunaan sesiapa sahaja untuk mengisi barangan lain. Ia merupakan antara beg silang yang agak ringkas/padat, mempunyai ruang/poket yang mencukupi, jadi anda dapat memuatkan pelbagai barang keperluan anda.

Saiznya tidak terlalu kecil, anda boleh menggalasnya pada bahu / menyilangkan pada badan anda. Ia dapat memuatkan peluru AR magazine, pistol, lampu suluh, peralatan EDC, tablet, beg duit, buku, fail, sedikit pakaian dan fabrik beg ini kalis air dengan Nylon taktikal TERBAIK jenis 600D, beg ini cukup kemas dan dibuat dengan kawalan kualiti yang ketat. Bahagaian hadapannya didatangkan dengan sistem MOLLE untuk menyangkut beg kecil/barang lain. Semua zip dan pengikat pada beg ini dibuat oleh YKK and Duraflex yang diakui kualitinya sejak zaman berzaman. Beg silang 5.11 ini tampak gah dan "stylo" dan kualitinya jauh mengatasi beg kebiasaan di luar sana !!

Harga: RM 461.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-silang-taktikal-rapid-sling/

nullnullnull
null