/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for April 2022
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau sembelih lurus ICEL
model: 231.3100.24
panjang: 24 cm atau 9.44 inci (panjang bilah)
jenis keluli: besi X50CrMoV15 tahan karat
pemegang: kayu pohon Jatoba Brazil

kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Keterangan: Pisau untuk menyembelih bersaiz 24cm ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Hulunya diperbuat dari kayu eksotik pohon JATOBA iaitu sejenis kayu yang mahal & mempunyai urat kayu kasar dengan sifatnya yang jitu, tahan lasak dan padat. Warna kayu yang seakan kemerah-merahan dengan diapit bersama paku TEMBAGA memberikan pisau ini darjat tersendiri. Pohon Jatoba merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di belantara Amazon di Brazil, selatan Mexico, Amerika Tengah & Amerika Selatan. Kebiasaannya kayu pohon Jatoba digunakan dalam pembuatan perabot mewah, lantai, piano, komponen alatan muzik dan menjadi pilihan pengeluar seperti Gibson, Ibanez & TAMA.

Pisau ini boleh digunakan untuk menyembelih haiwan seperti lembu, kambing, rusa. Sebenarnya ia cukup berguna terutama kepada mereka yang terlibat dengan kerja memotong daging, hasil laut, pekerja di rumah sembelihan dan pasar basah dan ketika kerja korban di hari raya Aidiladha. ICEL JATOBA - sang rentaka jingga di kemuncak akli !

Harga: RM 169.00 - sebilah

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/icel-pisau-sembelih-24cm-hulu-kayu-jatoba/

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lapah daging lurus Icel
model: 284.3139.15
panjang: 6 inci (panjang bilah)
warna hulu: merah
material: besi X50CrMoV15 tahan karat
pemegang: plastik anti licin MICROBAN (anti bakteria)

Pengiktirafan: NSF (sesuai untuk persekitaran HACCP)
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Kegunaan: Pisau bersaiz 6 inci yang dibuat untuk tugas melapah / menghiris daging keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Mata pisau ini cukup tajam dengan hulu dari bahan "MICROBAN" yang anti kuman, cukup selesa apabila digenggam manakala hulunya tidak licin pada air / minyak / lemak / darah. Terbaik untuk kerja melapah / memotong daging haiwan; kambing/kibas/kijang/rusa/lembu/kerbau dan seangkatan dengannya. Boleh juga diguna untuk menyembelih haiwan kecil; ayam, itik. Terbaik buat mereka di pasar kepada penjual daging, rumah sembelih, ladang ternakan ruminan. Dapatkan satu, dua dan tiga atau berapa yang anda inginkan hari ini JUGA !!

Harga: RM 84.00 - SEBILAH

nullnullnull