/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for August 2022
Category: ANTIK - senjata
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau Jambiya
Panjang: 16 cm(panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 32 cm
Bahan hulu: tanduk haiwan & besi

Logam bilah: tidak diketahui
Buatan: wilayah Arab Timur Tengah

Keterangan: Ini ialah sejenis pisau JAMBIYA lama -- sejenis pisau tradisi yang berasal dari wilayah Hadhramaut Yaman. Yaman merupakan negara di Timur Tengah berhampiran dengan Afrika Timur dan salah satu daripada pusat peradaban yang tertua di dunia sejak abad ke 9 sebelum Masehi. Pemakaian pisau ini dianggap sebagai simbol kegagahan dan maruah untuk kaum lelaki masyarakat Arab Yaman.

Jambiya biasanya diselitkan pada talipinggang dan dipakai di hadapan tubuh si empunya, kekayaan dan status sosial pemiliknya juga dilihat pada jenis dan nilai jambiya yang disisip pada badan. Pada hari ini ia biasanya digunakan di dalam majlis kebudayaan tari-menari masyarakat setempat. Hulu dan sarungnya diperbuat dari gabungan besi berukir bunga-bungaan yang cukup halus dan tanduk haiwan. Pisau jambiya dikenal dari bilahnya yang pendek dan melengkung dengan dua sisi mata pisau. KHUSUS untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi sehingga ke akhir zaman !

Harga: RM 840.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/pisau-jambiya-timur-tengah

nullnullnull
Category: 5.11 - beg
Posted by: jimbit
1) Jenis: beg sandang OVERWATCH 5.11
model: 56648
Ukuran: 30 x 43 x 13 cm
Muatan: 18 liter

Jumlah ruang: -
berat: 1.25 kilogram
warna: kelabu gelap, hitam
jenis fabrik: Nylon tahan lasak 500D
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam/China/Cambodia

Keterangan: Beg sandang jenis Messenger 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. Jenama 5.11 dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Ini merupakan antara beg sandang yang mempunyai ruang/poket yang banyak, jadi anda dapat memuatkan pelbagai barang keperluan anda. Di samping saiznya yang tidak terlalu besar, anda boleh menggalasnya pada bahu atau menyilangkan pada badan anda. Ia dapat memuatkan komputer riba sehingga bersaiz 15 inci.

Fabrik pada beg ini menggunakan nylon yang tahan lasak untuk tugas taktikal, zip berkualiti dari YKK, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Beg ini sesuai untuk tugas operasi taktikal di luar (tentera/Polis/PASKAL/JPJ/Puspakom/Imigresen/APMM), ia juga boleh digunakan untuk ke pejabat, penghantar surat, bersantai dan juga untuk pelajar sekolah / universiti untuk ke kelas. Beg sandang ini juga tampak bergaya dan kualitinya jauh mengatasi beg sandang biasa di luar sana !!

Harga: RM 631.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-sandang-overwatch/

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Bekas makan & alatan memasak Camp-A-Box
model: 14671003
warna: hijau gelap & merah
jenis komponen: 100% plastik Polypropylene (bebas BPA)
Berat: 294 gram
Buatan: Renajs AB Scandinavia, Sweden

Keterangan: Ini merupakan bekas makanan & alatan untuk aktiviti luar, merupakan model lama keluaran asal dari RENAJS AB Sweden. Jenama ini diasaskan sejak tahun 1979 oleh Ingvar Svantesson dan Jan Andersson. Jenama alatan ini dibekalkan secara rasmi kepada Angkatan Tentera Swedish (Swedish Armed Force) untuk kegunaan semasa latihan dan medan peperangan. Keseluruhan alatan ini diperbuat plastik bebas BPA yang mesra alam dan selamat untuk kesihatan.

Setiap alatan ini boleh digunakan untuk makanan yang panas dan sejuk. Alatan ini ringan, padat, tahan lasak dan dibuat khusus untuk kegunaan mereka yang terlibat aktiviti di luar sama ada anggota keselamatan, pendaki gunung, berkhemah, pemancing, pengembara. Merupakan jenama yang "RARE" dan jarang ada di pasaran rantau ini, sangat disyorkan buat anda semua peminat barang taktikal sebagai koleksi !

Alatan yang disertakan dalam set ini:
1. cawan
2. mangkuk sup
3. sudu, garpu, pisau
4. papan pemotong + penapis
5. pinggan + mangkuk
6. bekas menyimpan rempah ratus / garam (3 bahagian)

Harga: RM 113.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/camp-a-box-bekas-makan-berkhemah-sweden/

nullnullnull