1) Jenis: Jebak burung puyuh antik berukir
Usia: Lebih 100 tahun !
material: kayu (tidak diketahui jenis), besi dan jaring
Pembuat: tidak diketahui
Buatan: Malaysia
Asal: Pantai Timur Malaysia

Keterangan: Ini ialah jebak puyuh antik / lama yang berukir indah dengan motif flora dan fauna dengan ukiran tebuk tembus dan tebuk timbul dan dibuat kemas oleh tukang lama dari Malaysia. Ia disimpan oleh beberapa generasi turun temurun, dari rupa jebak ini, boleh dilihat betapa teliti & halusnya hasil kerjatangan tukang jebak dahulukala. Jebak puyuh ini digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman itu untuk menjerat burung puyuh yang menjadi hobi di waktu lapang masyarakat desa. Jebak ini merupakan satu-satunya warisan tradisi yang masih tinggal pada hari ini. Ia sangat disyorkan untuk pengumpul barangan antik, kegunaan kedai / restoran / muzium atau sesiapa sahaja yang ingin memilikinya. Anda tidak akan dapat melihat hasil seni indah ini lagi jika ia musnah ditelan zaman !!

Harga: RM 7000.00

jebak-burung-puyuh-antikjebak-burung-puyuh-antikjebak-burung-puyuh-antik