1) Jenis: beg petak taktikal EXPLORER
model: 4419
Ukuran: 45.2 x 35 x 20cm (Panjang X Lebar X Tebal)
Muatan: 28.99 liter

Jumlah ruang: 1
berat: 4.9 kilogram
warna: hitam
bahan struktur: Polypropylene copolimer (PPC) - kalis air
Pengiktirafan: IP67 - STANAG 4280 (edisi 2) - DEF STAN 81-41 (tahap J)

Buatan: GT Line Srl, Via del lavoro, Crespellano, Valsamoggia, Itali

Keterangan: Beg taktikal jenis petak EXPLORER ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran GT Line Srl Itali. Jenama ini diasaskan sejak 1970an di Itali yang terkenal di Eropah dalam mengeluarkan beg teknikal untuk kegunaan anggota keselamatan, jurugambar & penyelam teknikal. Struktur bahan beg diperbuat dari Polypropylene copolimer (PPC) tahan hentakan dan tahan lasak. Ia didatangkan bersama butang pelaras tekanan udara, dibina dengan kukuh & kelihatan bergaya juga ringkas, dibuat khusus untuk menyimpan barangan anda dengan selamat sama ada komputer riba, kamera, pakaian, senjata api, pisau, drone, alat komunikasi, makanan, alat elektronik. Ia didatangkan dengan tangkai pemegang boleh lipat dan 3 lapisan span tebal berkualiti.

Beg petak ini sangat DISYORKAN untuk kegunaan anggota keselamatan (polis, tentera, bomba) dan mereka yang gemar melancong, mengembara, mendaki gunung, ekspedisi di hutan belantara atau ke pelbagai lokasi atau beg untuk kegunaan harian untuk mereka yang sentiasa perlu bergerak aktif atau di pakai untuk ke pejabat. Buat mereka yang tercari-cari beg jenis petak dengan kualiti taktikal sebenar TANPA kompromi, beg EXPLORER ini untuk kalian merasai keampuhan tanpa batasan !!

Harga: RM 814.00


Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/explorer-beg-petak-taktikal-itali/

nullnullnull