/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for February 2016
Posted by: jimbit
Hatta berakhirlah sudah penantian kami sepurnama lamanya menanti ketibaan senaskah buku / katalog segala aneka jenis pisau dan barangan buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH. Kami berbesar hati untuk berkongsi gambar warkah yang diterima pada hari ini.... begitu jauh perjalanan warkah ini berkelana ke bumi Malaysia yang telah ditinggalkan berabad lamanya....

katalog-pisau-f.herderkatalog-pisau-f.herderkatalog-pisau-f.herder
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau dapur F.HERDER
model: 0095-18,00
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
pemegang: Kayu (tidak diketahui jenis)
material: ConstantSteel
Kekerasan: 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau dapur jenis ini merupakan keluaran dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN. Ini adalah model / bentuk yang mula diperkenalkan di Nusantara berabad lamanya. Ia dihasilkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen cukup terkenal berdekad lamanya dengan penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan pelbagai jenis senjata. Ia memulakan perusahaan sejak tahun 1623 dan telah diperkenalkan dan memasuki pasaran Nusantara (Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Ia diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup.
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Pisau ini TERBAIK untuk tugas menghiris bawang, sayur, buah, daging / menyembelih haiwan kecil; ayam/itik/burung/pelanduk/angsa/kambing/kibas. Kepada para peminat/pengumpul koleksi pisau di serata pelusuk alam, Ini adalah jenama pisau yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini. Ayuh dapatkan SEPANTAS MUNGKIN kerna waktu tidak menunggu anda walau sesaat !!

Harga:

pisau-dapur-cap-garpu-f.herder-solingenpisau-dapur-cap-garpu-f.herder-solingenpisau-dapur-cap-garpu-f.herder-solingen