9) Jenis: Pengasah tangan pisau Victorinox (Besar)
model: 7.8715
panjang: 13.5cm
lebar: 2.2cm
bahan utama: plastik
 ABS
bahan mata asah: Tungsten karbid
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Keterangan: Pengasah pisau saiz besar ini dibuat oleh pembuat pisau lagenda Switzerland - Victorinox AG. Mata pengasahnya diperbuat dari bahan Tungsten karbid menggabungkan unsur mineral tungsten dan atom karbon, yang mana bersifat 2 kali ganda lebih keras dari besi yang kebiasaannya diguna dalam pembuatan peralatan industri; mesin, pahat, alat memotong. Pengasah yang ringkas, ringan dan mudah dibawa ini, sesuai untuk mengasah pisau bersaiz kecil, pisau dapur, pisau lapah, pisau sembelihan. Pengasah jenis ini DISYORKAN untuk mereka yang tidak yakin serta ragu dan bimbang pada pengasah jenis batang besi kilir khususnya buat pemilik pisau yang masih baru berkecimpung di arena pisau.

Untuk tugas mengasah - mata pisau perlu diterbalikkan ke atas dan pegang pisau dan pengasah dengan kemas, kemudian tarik/guris sahaja mata asah pisau yang berbentuk V ke atas mata pisau sebanyak 8 hingga 15 kali 1 hala (disyorkan agar tidak menekan mata pengasah terlalu kuat pada bila pisau). Pengasah jenis ini mempunyai pelindung khas pada sebahagiannya, ia agar melindungi jari dan tangan anda dari kecederaan semasa mengasah. Dibuat KHUSUS buat kalian nun di kejauhan sana yang masih tercari-cari pasangan sehidup semati pisau nan dikasihi !!

NOTA: Hanya mata pisau yang agak tumpul dan TIDAK sumbing / tidak bergergigi boleh diasah dengan pengasah jenis ini.

Harga: RM 115.00 - sebiji

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/pengasah-pisau-tarikh-victorinox/

nullnullnullnull