2) Jenis: Seluar taktikal kargo "Decoy Convertible" 5.11
model: 74531
saiz (USA): 30 - 44
warna: coklat cerah & hitam
jenis fabrik: 86% polyester, 14% elastane 4.2 oz. -- fabrik DWR (kalis air)
pengiktirafan: EN 13758-2 - UPF 50+ (kalis sinaran UVA/UVB sehingga 98%)

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: bangladesh

Keterangan: Seluar taktikal jenis ini adalah ASLI dari 5.11 dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Jenama ini dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik seluar ini diperbuat dari fabrik mudah regang tahan lasak, campuran antara polyester & elastane. Ia dibuat khusus untuk mereka yang sentiasa bergerak aktif yang mahukan fabrik yang ringan, lembut, tahan lasak & fabrik cepat kering dalam apa jua situasi mendatang. Semua zip pada seluar menggunakan jenama YKK manakala butang jenis tekan pada seluar cukup berkualiti. Ruang poket yang luas & mudah diregangkan membolehkan anda mengisi segala jenis barang keperluan di bahagian sisi & belakang anda.

KEISTIMEWAAN seluar ini terletak pada bahagian kakinya yang berzip dan boleh dibuka menjadi seluar pendek bila-bila masa mengikut keperluan/keselesaan si pemakai. Seluar ini juga telah diuji dan mendapat piawaian EN 13758-2 iaitu UPF skala 50+ dimana fabriknya dapat menahan pancaran berbahaya sinaran UVA/UVB yang menyebabkan risiko penyakit kulit. Jahitan pada bahagian kritikal seluar dibuat 3 kali agar cukup tahan. Ia boleh dipakai ketika tugas penyamaran, latihan menembak, operasi taktikal dan cukup selesa & bergaya sebagai pakaian harian atau di pakai untuk pelbagai acara atau untuk aktiviti luar. Seluar ini juga disyorkan untuk pendaki gunung, pemancing, pemburu, penunggang basikal lasak, pemandu trak 4x4 dan penggiat aktiviti luar lain malah cukup bergaya untuk ke pejabat atau digayakan di hari perayaan jua !

Harga: RM 483.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-seluar-kargo-decoy-convertible/

nullnullnull