/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::.
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah tarik BURGVOGEL
model: 8202.000.00.0
Ukuran: 16.5 x 6.5cm
Mata pengasah: Batu permata RUBY sintetik
Jenis pemegang: plastik ABS anti licin
Buatan: BURGVOGEL Cutlery GmbH, Solingen, JERMAN (dikenali juga sebagai Karl Bahns GmbH Stahlwarenfabrik)

Keterangan: Alat pengasah pisau jenis tarik menggunakan tangan ini adalah keluaran dari jenama BURGVOGEL, salah satu pembuat pisau terkemuka dari Solingen Jerman sejak tahun 1949 yang diasaskan oleh Karl Bahn Senior. Burgvogel bermaksud burung dari istana dalam bahasa Jerman. Kilang mereka merupakan pelopor penggunaan mesin memproses pisau semi automatik di Solingen pada tahun 1949, sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" sejak lebih 400 tahun silam !

Pengasah pisau jenis ini sesuai untuk mereka yang takut serta tidak yakin untuk menggunakan pengasah jenis batang besi, ia ringan dan mudah dibawa kemana-mana (boleh dimasukkan ke dalam poket), sesuai untuk mengasah pisau bersaiz kecil / besar sama ada pisau dapur / pisau lapah / pisau sembelih / pisau lasak dari sebarang jenama. Pengasah jenis ini mempunyai roda mata asah diperbuat dari BATU PERMATA RUBY SINTETIK, permata RUBY mempunyai darjah kekerasan skala 9 iaitu sangat keras selepas BERLIAN (skala 10). Jadi ia merupakan bahan terbaik untuk mengasah. Permata Ruby biasanya digunakan dalam pembuatan perhiasan sama ada cincin, rantai, loket yang merupakan perhiasan MEWAH dan cukup menarik. Pisau yang mahu diasah cuma perlu diletak pada lurah dan ditarik satu hala atau 2 hala (sekadar 10 - 15 kali sahaja). Pengasah jenis ini melindungi jari/tangan anda dari kecederaan/luka semasa pisau sedang di asah berbanding pengasah batang.

Harga: RM 147.00

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah batang BERLIAN BURGVOGEL
model: 8271.801.31.0
Ukuran: 30 cm (panjang besi)
bentuk besi pengasah: leper
Jenis pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: BURGVOGEL Cutlery GmbH, Solingen, JERMAN (dikenali juga sebagai Karl Bahns GmbH Stahlwarenfabrik)

Keterangan: Besi pengasah jenis BERLIAN ini adalah keluaran dari jenama BURGVOGEL, salah satu pembuat pisau terkemuka dari Solingen Jerman sejak tahun 1949 yang diasaskan oleh Karl Bahn Senior. Burgvogel bermaksud burung dari istana dalam bahasa Jerman. Kilang mereka merupakan pelopor penggunaan mesin memproses pisau semi automatik di Solingen pada tahun 1949, sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" sejak lebih 400 tahun silam !

Permukaan batang pengasah disalut dengan serbuk halus BERLIAN. Berlian merupakan unsur mineral yang cukup keras, proses mengasah lebih cepat, cuma sekadar menggesel pisau pada pengasah ini beberapa kali sahaja tanpa perlu lenguh bahu dan tangan mengasah. Ia DISYORKAN untuk asahan pisau yang diperbuat dari seramik, besi karbon, titanium dan besi. Anda tercari-cari pengasah RARE dan lain dari kebiasaan ? Ini sebagai koleksi buat kalian !

Harga: RM 217.00 - sebatang

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/burgvogel-pengasah-berlian-30cm-solingen-jerman/

nullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Batu asah / Whet Stone
model: 7136000
Ukuran: 20 x 5 x 2.5 cm
kadar asah: kasar (360) dan asas (1000)
Grit: 360 dan 1000

Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Batu asah ini adalah dari gred terbaik yang mempunyai 2 jenis kadar asahan; kasar dan asahan asas. Batu asah ini dikeluarkan oleh F.DICK Jerman iaitu antara pembuat pisau terkemuka di Eropah. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis / jenama pisau, pedang, kapak, kukri, parang dan sebagainya. Batu ini didatangkan dengan tapak alas jenis getah dibawahnya. Asahan grit 1000 merupakan ASAS untuk mengasah, manakala grit 360 digunakan untuk "membentuk" semula / membaikpulih mata bilah yang telah sumbing atau bergerigi atau keadaan telah teruk. Untuk makluman, grit 360 adalah SANGAT KASAR dan asahan dengan grit ini akan mengikis besi pada pisau dengan banyak. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta sentiasa meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini akan mengeluarkan debu semasa anda mengasah. Jika anda masih tercari-cari batu asah PREMIUM dengan mencari kelainan dan RARE, mengapa tidak mencuba batu asah keluaran Jerman ini ??

Harga: RM 219.00


nullbatu asah jerman f.dickbatu asah jerman f.dick
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah batang BERLIAN F.DICK
model: 7920325
Ukuran: 25cm (panjang)
bentuk batang: leper
Jenis pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Pengasah pisau jenis BERLIAN jenis batang ini dikeluarkan oleh F.DICK Jerman iaitu antara pembuat pisau terkemuka di Eropah. Permukaan batang pengasah disaluti dengan serbuk berlian (percayalah!! berlian merupakan unsur mineral yang sangat keras, asahan lebih pantas !), pisau cuma perlu digesel pada pengasah ini beberapa kali sahaja tanpa perlu lenguh bahu dan tangan mengasah. Ia DISYORKAN untuk menajamkan mata pisau yang diperbuat dari seramik, karbon, titanium dan besi. Boleh diguna untuk mengasah sebarang jenis pisau, kukri, parang, sabit, benet, badik, tombak, kapak dan sebagainya. Pengasah jenis ini adalah SANGAT disyorkan untuk pengguna pisau/senjata yang mahukan pengasah TERBAIK dulu, kini dan selamanya.....

Harga: RM 246.00 (TIADA STOK !)

pengasah berlian f.dickpengasah berlian f.dickpengasah berlian f.dick
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah pisau lapah/daging F.DICK
model: 7171330
panjang: 30cm atau 11.81 inci
bentuk besi pengasah: bulat
jenis pemegang: KAYU
kadar asah: sederhana
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Besi pengasah / kilir ini dikeluarkan oleh F.DICK Jerman iaitu antara pembuat pisau terkemuka di Jerman. Besi pengasahnya diperbuat dari campuran besi tumpat TERBAIK dari Jerman manakala hulunya diperbuat dari sejenis kayu yang dilarik yang tampak mewah & klasik, khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Ia sesuai untuk menajamkan / "membetulkan" pisau yang agak tumpul mata bilahnya atau juga untuk membuang lemak yang menyelaputi permukaan mata pisau. Jika anda masih tercari-cari besi pengasah PREMIUM dengan mencari kelainan dan RARE, dapatkan pengasah F.DICK dengan hulu kayu ini yang tampak klasik dan tersendiri ini !

Harga: RM 239 - (STOK HABIS !)

nullnullnullnull


1) Jenis: Pengasah pisau lapah/daging F.HERDER
model: 1133-31,00
panjang: 31 cm atau 12.2 inci
bentuk besi pengasah: bulat
Material: besi 115CRV3
jenis pemegang: kayu Beech (sejenis kayu ketumpatan tinggi)
kadar asah: sederhana
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN


Keterangan: Besi pengasah / besi kilir ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN. Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaannya bermula semenjak tahun 1623 dan berusia lebih 393 TAHUN !! telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Ia diperbuat dari campuran besi tumpat TERBAIK dari Jerman, khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Ia sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau "membetulkan" mata bilahnya atau juga untuk membuang lemak yang menyelaputi permukaan mata pisau. Jika anda masih tercari-cari besi pengasah PREMIUM dengan tarikan magnet yang kuat pada hujung besi, jadikan jenama ini sebagai koleksi anda sepanjang hayat !

Harga: RM 150.00 - SEBATANG **

pengasah pisau F.HERDER Solingen Jermanpengasah pisau F.HERDER Solingen Jermanpengasah pisau F.HERDER Solingen Jermanpengasah pisau F.HERDER Solingen Jerman


3) Jenis: Pengasah pisau lapah/daging F.HERDER
model: 1144-31,00
panjang: 31 cm atau 12.2 inci
bentuk besi pengasah: bulat
material: besi 115CRV3
jenis pemegang: plastik polimer Polyolefin (hulu gelang)
kadar asah: sederhana
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Besi pengasah / besi kilir ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN. Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaannya bermula semenjak tahun 1623 dan berusia lebih 393 TAHUN !! telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Ia diperbuat dari campuran besi tumpat TERBAIK 115CRV3 dari Jerman, khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Ia sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau "membetulkan" mata bilahnya atau juga untuk membuang lemak yang menyelaputi permukaan mata pisau. Jika anda masih tercari-cari besi pengasah PREMIUM dengan tarikan magnet yang kuat pada hujung besi, pengasah ini sangat disyorkan !!

Harga: (TIADA STOK !)

besi-asah-gelang-pisau-f.herder-solingenbesi-asah-gelang-pisau-f.herder-solingenbesi-asah-gelang-pisau-f.herder-solingen



6) Jenis: Pengasah pisau lapah/daging F.DICK
model: 7517130
panjang: 30cm atau 11.81 inci
bentuk besi pengasah: bulat
jenis pemegang: plastik
warna pemegang: MERAH
kadar asah: sederhana
Buatan: JERMAN

Keterangan: Besi pengasah / kilir ini dikeluarkan oleh F.DICK Jerman iaitu antara pembuat pisau terkemuka di Jerman. Ia diperbuat dari campuran besi tumpat TERBAIK dari Jerman, khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Ia sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau haus mata bilahnya atau juga untuk membuang lemak yang menyelaputi permukaan mata pisau. Jika anda masih tercari-cari besi pengasah PREMIUM dengan mencari kelainan dan RARE, mengapa tidak mencuba produk teknologi Jerman ini ?

Harga: RM 198.00 (TIADA STOK !)

besi-pengasah-sederhana-f.dick-jermanbesi-pengasah-sederhana-f.dick-jermanbesi-pengasah-sederhana-f.dick-jerman