/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::.
Category: SOG - parang
Posted by: jimbit
1) Jenis: parang hutan SOG
model: F03TN-CP
Panjang: 9.5 inci (panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 15.3 inci

Berat: 396.89 gram
Material pemegang: Polimer Kraton
Material: Besi 8CR13MOV
kekerasan bilah: 56 - 58 Rockwell
Warna: hitam
Keluaran: SOG Specialty Knives, Lynnwood, USA

Keterangan: Parang hutan yang digelar Jungle Primitive ini adalah ASLI, dikeluarkan oleh SOG Specialty Knives yang berpangkalan di Lynnwood, USA. Jenama produk SOG diguna oleh pasukan komando US Navy Seal, dimana pada asalnya SOG mendapat ilham semasa era perang di Vietnam dahulu. Parang ini boleh dikira bersaiz pendek, didatangkan dengan sarung nylon, hulunya diperbuat dari polimer khas Kraton yang merupakan antara bahan terkuat dan kemas sewaktu digenggam.

Ia terbaik sebagai senjata ikhtiar hidup terutama semasa anda berada di hutan belantara. Bilahnya mempunyai bahagian bergigi pada bahagian atas, mata parang ini cukup tajam dari besi 8CR13MOV. Parang yang DISYORKAN untuk mereka yang gemar aktiviti luar; memburu, mendaki gunung, berkhemah, memancing ikan, pemikat burung, pencari hasil hutan atau boleh disimpan dirumah, disyorkan untuk pengumpul pisau RARE dan koleksi.

Harga: RM 444.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/pisau-hutan-sog/

nullnullnull


Posted by: jimbit
1) Jenis: beg petak taktikal EXPLORER
model: 4419
Ukuran: 45.2 x 35 x 20cm (Panjang X Lebar X Tebal)
Muatan: 28.99 liter

Jumlah ruang: 1
berat: 4.9 kilogram
warna: hitam
bahan struktur: Polypropylene copolimer (PPC) - kalis air
Pengiktirafan: IP67 - STANAG 4280 (edisi 2) - DEF STAN 81-41 (tahap J)

Buatan: GT Line Srl, Via del lavoro, Crespellano, Valsamoggia, Itali

Keterangan: Beg taktikal jenis petak EXPLORER ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran GT Line Srl Itali. Jenama ini diasaskan sejak 1970an di Itali yang terkenal di Eropah dalam mengeluarkan beg teknikal untuk kegunaan anggota keselamatan, jurugambar & penyelam teknikal. Struktur bahan beg diperbuat dari Polypropylene copolimer (PPC) tahan hentakan dan tahan lasak. Ia didatangkan bersama butang pelaras tekanan udara, dibina dengan kukuh & kelihatan bergaya juga ringkas, dibuat khusus untuk menyimpan barangan anda dengan selamat sama ada komputer riba, kamera, pakaian, senjata api, pisau, drone, alat komunikasi, makanan, alat elektronik. Ia didatangkan dengan tangkai pemegang boleh lipat dan 3 lapisan span tebal berkualiti.

Beg petak ini sangat DISYORKAN untuk kegunaan anggota keselamatan (polis, tentera, bomba) dan mereka yang gemar melancong, mengembara, mendaki gunung, ekspedisi di hutan belantara atau ke pelbagai lokasi atau beg untuk kegunaan harian untuk mereka yang sentiasa perlu bergerak aktif atau di pakai untuk ke pejabat. Buat mereka yang tercari-cari beg jenis petak dengan kualiti taktikal sebenar TANPA kompromi, beg EXPLORER ini untuk kalian merasai keampuhan tanpa batasan !!

Harga: RM 814.00


Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/explorer-beg-petak-taktikal-itali/

nullnullnull

Category: 5.11 - Seluar
Posted by: jimbit
2) Jenis: Seluar taktikal kargo "Decoy Convertible" 5.11
model: 74531
saiz (USA): 30 - 44
warna: coklat cerah & hitam
jenis fabrik: 86% polyester, 14% elastane 4.2 oz. -- fabrik DWR (kalis air)
pengiktirafan: EN 13758-2 - UPF 50+ (kalis sinaran UVA/UVB sehingga 98%)

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: bangladesh

Keterangan: Seluar taktikal jenis ini adalah ASLI dari 5.11 dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Jenama ini dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik seluar ini diperbuat dari fabrik mudah regang tahan lasak, campuran antara polyester & elastane. Ia dibuat khusus untuk mereka yang sentiasa bergerak aktif yang mahukan fabrik yang ringan, lembut, tahan lasak & fabrik cepat kering dalam apa jua situasi mendatang. Semua zip pada seluar menggunakan jenama YKK manakala butang jenis tekan pada seluar cukup berkualiti. Ruang poket yang luas & mudah diregangkan membolehkan anda mengisi segala jenis barang keperluan di bahagian sisi & belakang anda.

KEISTIMEWAAN seluar ini terletak pada bahagian kakinya yang berzip dan boleh dibuka menjadi seluar pendek bila-bila masa mengikut keperluan/keselesaan si pemakai. Seluar ini juga telah diuji dan mendapat piawaian EN 13758-2 iaitu UPF skala 50+ dimana fabriknya dapat menahan pancaran berbahaya sinaran UVA/UVB yang menyebabkan risiko penyakit kulit. Jahitan pada bahagian kritikal seluar dibuat 3 kali agar cukup tahan. Ia boleh dipakai ketika tugas penyamaran, latihan menembak, operasi taktikal dan cukup selesa & bergaya sebagai pakaian harian atau di pakai untuk pelbagai acara atau untuk aktiviti luar. Seluar ini juga disyorkan untuk pendaki gunung, pemancing, pemburu, penunggang basikal lasak, pemandu trak 4x4 dan penggiat aktiviti luar lain malah cukup bergaya untuk ke pejabat atau digayakan di hari perayaan jua !

Harga: RM 483.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-seluar-kargo-decoy-convertible/

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Plastik kalis air LOKSAK
model: -
Ukuran: 30.48cm x 30.48cm
jenis bahan: polyethylene gred perubatan
pengiktirafan: NSF (National Sanitary Foundation), FDA
Kalis air: 60 meter
muatan: 5.44 liter
Jumlah ruang: 1
Buatan: LOKSAK Inc. Florida, USA

Keterangan: Ini merupakan beg plastik PREMIUM kedap udara dan kalis air 100% (sehingga kedalaman air 60 meter !) keluaran LOKSAK USA, entiti yang diasaskan sejak 1998. Produk mereka diuji & diperakui oleh badan SSI dan Unit Penyelam Tentera Laut Amerika dan digunakan oleh penyelam skuba teknikal, tentera laut, agensi keselamatan di seluruh dunia.

Ia diperbuat dari bahan plastik polyethylene tebal dan liat yang tidak mudah koyak / berlubang dari piawaian sektor perubatan. Ia boleh diguna untuk menyimpan telefon, jam, pakaian, dokumen, makanan, alatan elektronik atau barang lain untuk mengelak dari basah, debu, udara, kotoran. Ia sangat DISYORKAN buat anggota keselamatan, pengembara, penyelam skuba, pendaki gunung, pemancing, penunggang basikal, penghantar barangan dan sesuai digunakan untuk sebarang jenis aktiviti luar.

Harga: RM 86.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/loksak-plastik-kalis-air-30x30-usa/

nullnullnull
Category: 5.11 - kasut
Posted by: jimbit
1) Jenis: kasut All Terrain Trainer 5.11
Model: 12429
saiz: US 8, 9, 9.5, 10 R - untuk kaki kurus
warna: hitam, hitam/merah, coklat

material: nylon tahan lasak, kulit sintetik, alas dalam jenis Ortholite (penyerap hentak/penstabil kaki terbaik !)
buatan: bangladesh

Keterangan: Kasut All Terrain Trainer 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia merupakan model yang cukup POPULAR di kalangan penggiat sukan lasak / pelari rentas desa. Fabrik luaran kasut ini adalah jenis nylon bersulam yang tahan lasak dan cukup RINGAN. Keseluruhan fabrik pada kasut adalah jenis tahan pada lelasan yang membuatkan struktur kasut kekal utuh walau dipakai dalam pelbagai situasi.

Alas dalaman kasut menggunakan teknologi Ortholite yang mana cukup selesa dan memberi keanjalan pada kaki lebih 40%. Ia sangat disyorkan untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar -- pelari jarak jauh, pengembara, pelatih gimnasium, berbasikal waima ketika keluar membeli belah. Tapak kasut ini adalah TIDAK LICIN pada permukaan basah dan berminyak, memberi perlindungan terbaik pada kaki anda setiap masa walau dipakai sehari suntuk sehingga 24 jam !! Kasut 5.11 All Terrain ---- bukan kasut kebiasaan !

Harga: RM 745.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-kasut-all-terrain/

nullnullnull
Category: ICEL - pisau dapur
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau dapur ICEL
model: 231.3201.15
panjang: 15 cm atau 5.90 inci (panjang bilah)
jenis keluli: besi X50CrMoV15 tahan karat
pemegang: kayu pohon Jatoba Brazil
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Keterangan: Pisau dapur bersaiz 15cm bilah dari hulu kayu ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Pemegangnya diperbuat dari kayu eksotik pohon JATOBA iaitu sejenis kayu yang mahal & mempunyai urat kayu kasar dengan sifatnya yang keras, tahan lasak dan padat. Warna kayu yang kemerahan dengan diapit bersama paku TEMBAGA memberikan pisau ini keistimewaan tersendiri. Pohon Jatoba merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di hutan hujan Amazon di Brazil, selatan Mexico, Amerika Tengah & Amerika Selatan. Kebiasaannya kayu pohon Jatoba digunakan dalam pembuatan perabot mewah, lantai, piano, komponen alatan muzik dan menjadi pilihan pengeluar seperti Gibson, Ibanez & TAMA.

Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong, menghiris, mencincang, merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia cukup TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Pisau mampu milik dari siri RARE yang jarang terdapat di rantau ini, TERBAIK untuk surirumah, chef profesional, pelajar bidang perhotelan dan peminat pisau di serata pelusuk Nusantara. Segera milikinya wahai kalian semua yang jauh dan dekat !

Harga: RM 128.00 - sebilah

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/icel-pisau-dapur-15cm-kayu-jatoba-portugal/

nullnullnull


1) Jenis: Pisau dapur "TEMPA" ICEL
model: 271.7403.12 (siri MAITRE)
panjang: 12 cm atau 4.72 inci (panjang bilah)
material: besi TEMPA X50CrMoV15 tahan karat

pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Keterangan: Pisau bersaiz kecil bilah 4.72 inci dari siri Maitre FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau dapur ICEL dengan bilah jenis "FULL TANG". Pisau bersaiz kecil ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong, menghiris bawang, kentang, cili, sayur kecil atau mengupas kulit buah. Bilah pisau siri "FORGED" melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh.

Ia sangat tajam dan merupakan pisau hiris serbaguna untuk kerja dapur. Pisau jenis ini banyak digunakan di hotel, rancangan masakan di TV atau dapur restoran ternama serata dunia. Anda mencari siri pisau dari jenis TERBAIK ICEL ? inilah dia permata hati kanda !!

Harga: RM 147.00 - sebilah

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/icel-pisau-kecil-tempa-4-inci-portugal/

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: kotak nelayan berukir antik
panjang: 41cm
lebar: 16cm
tinggi: 16cm

jenis kayu: tiada maklumat
asal: Malaysia

Keterangan: Kotak Nelayan merupakan alatan yang digunakan oleh nelayan di Semenanjung Malaysia & wilayah Pattani sejak ratusan tahun dahulu. Digunakan untuk menyimpan mata kail, tali tangsi, duit, rokok, tembakau, umpan, timah pemberat. Ia juga berfungsi sebagai alas tempat duduk di dalam perahu dan juga sebagai penyelamat jika perahu karam, sebagai tempat untuk berpaut. Ia mempunyai laci pada kiri dan kanan untuk menyimpan barangan. Ukiran kotak nelayan jenis tebuk timbul menggunakan tangan yang penuh dan sarat pada sisi dan atasnya cukup halus dan berseni dengan motif flora dan tumbuhan.

Kotak nelayan antik berukir indah yang telah berusia lebih 100 tahun ini merupakan hasil kerjatangan teliti tukangnya yang telah lama pergi, jarang dijumpai dan merupakan koleksi kotak nelayan seumpamanya yang masih wujud pada zaman moden hari ini. Diperbuat dari sejenis kayu keras yang ringan & utuh, sangat disyorkan untuk peminat seni kraftangan Nusantara, pengumpul barangan antik, bahan koleksi di restoran & muzium. Seni dari Nusantara yang tak lapuk dek panas dan hujan, lambang kehalusan seni generasi lama yang menjadi sejarah untuk tatapan generasi akan datang.

Harga: RM 2869.00


Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/kotak-nelayan-ukiran-tangan-antik/

nullnullnull
Category: ANTIK - rehal kayu
Posted by: jimbit
1) Jenis: rehal kayu berukir antik
panjang: 44.5cm
lebar: 24cm
tinggi: 13cm (setelah dibuka)

jenis kayu: tiada maklumat
asal: Malaysia

Keterangan: Rehal merupakan alatan yang digunakan oleh masyarakat di Nusantara & di serata dunia sejak ratusan tahun dahulu. Digunakan untuk meletak kitab Al-Quran atau buku ketika membacanya sebagai memuliakannya & agar kelihatan lebih jelas dan selesa ketika membaca. Ukiran rehal jenis tebuk timbul menggunakan tangan yang penuh dan sarat pada sekeliling rehal ini sangat halus dan berseni dengan motif flora dan tumbuhan dengan ukiran tulisan khat jawi ILMU PELITA HIDUP.

Rehal antik berukir indah yang telah disimpan selama beberapa generasi ini merupakan hasil kerjatangan teliti tukangnya yang telah lama kembali pada Pencipta, ia sangat jarang dijumpai dan merupakan koleksi rehal seumpamanya yang masih wujud pada zaman moden hari ini. Diperbuat dari sejenis kayu keras yang kukuh, sangat disyorkan untuk peminat seni kraftangan Nusantara, pengumpul barangan antik, bahan koleksi di restoran & muzium. Seni dari Nusantara yang tak lapuk dek panas dan hujan, lambang kehalusan seni generasi lama yang menjadi sejarah.

Harga: RM 2908.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/rehal-kayu-ukiran-tangan-antik/

nullnullnull

Category: Pisau dapur jepun
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur "Gyuto" FUJII HAMONO
panjang: 17.5 cm atau 6.88 inci (bilah)
logam bilah: besi Yasugi
kekerasan bilah: 60 Rockwell
pemegang: kayu Mahogany Jepun
Buatan: Fuji Cutlery Co. Ltd, Sakai-ku, JEPUN

Keterangan: Pisau dapur dari jenis "GYUTO" ini dibuat di wilayah yang pada asalnya melahirkan ramai tukang pembuat pedang samurai dan katana sejak beratus tahun lampau sehingga ia dihapuskan pada 1870an oleh Empayar Meiji selaras dengan dasar pemodenan Jepun. FUJII HAMONO terkenal dengan produk berkualiti mereka terutamanya pisau dapur yang dibuat dalam skala kecil Industri Kecil Sederhana di wilayah Sakai.

Pisau dengan tulisan kanji Jepun bersama ukiran manusia pada bilahnya memberitahu secara simbolik tentang kedatangan awal penjajah Eropah ke Jepun. Pisau ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM laksana pisau cukur, khusus dan terbaik untuk kerja memotong / menghiris bawang, sayur, daging, buah dan sebagainya. Dibuat untuk kegunaan mereka di dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel / restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau yang mendambakan pisau dari tukang pandai besi konvensional Jepun. Jadikan ia khazanah AGUNG anda sehingga ke penghujung nyawa !!

Harga: RM 389.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/fujii-hamono-pisau-dapur-gyuto-sakai-jepun/

nullnullnull

Posted by: jimbit
Jenis: ketam kayu RECORD
model: 735
struktur logam: besi tumpat tetuang
logam bilah ketam: besi karbon
panjang ketam: 26cm
condong bilah: 45 darjah
Buatan: C & J Hampton Limited, Sheffield, ENGLAND


Keterangan: Ini merupakan ketam kayu untuk kayu jenis lembut (fibreboard) dan kayu keras keluaran LAMA 1960an dari jenama RECORD. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1909 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan Kota Pisau. Industri alatan industri di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan alatan industri. Jenama RECORD merupakan pelopor dalam pembuatan ketam kayu tangan sejak lebih 100 tahun lampau dan menjadi pilihan tukang kayu dari serata dunia.

Ketam kayu ini masih dalam keadaan baru & baik, struktur alat ini cukup utuh dan padu dari besi jenis tetuang, bersama kotak asalnya yang telah sedikit reput dimamah usia dan buku panduan berserta aksesori alatan. Pemegangnya diperbuat dari kayu keras BEECH Eropah. Merupakan model ketam kayu dari kualiti TERBAIK yang telah PUPUS dan cukup RARE pada hari ini. Disyorkan untuk dimiliki oleh peminat alatan buatan Sheffield, England sebagai khazanah peribadi anda hingga ke hujung usia.

Harga: RM 614.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/record-ketam-kayu-lama-sheffield-england/

nullnullnull