1) Jenis: Pemetik api ZIPPO X Tentera United States Marines
Warna: hijau tentera
Ukuran: 5.5 x 3.5 sentimeter
Buatan: Zippo Manufacturing Company, Pennsylvania, USA

Keterangan: Ini merupakan pemetik api edisi eksklusif KHAS (ASLI) yang dikeluarkan KHAS untuk Kor Marin Tentera Laut Amerika (United States Marines Corps). Perusahaan ZIPPO bermula sejak tahun 1932 dan diasaskan oleh George Grant Blaisdell yang berpusat di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Pemetik api Zippo pada awalnya cukup terkenal di kalangan tentera Amerika semasa perang dunia ke 2 dan seterusnya menjadi terkenal di seluruh dunia, ia menjadi simbol gaya dan status para peminat pemetik api sejak zaman berzaman.
Pemetik api ini dibuat dengan warna hijau tentera bersama tulisan "MARINES" dan logo United States Marines pada permukaannya. Kor marin merupakan unit perang amfibia dan infantri di bawah Angkatan Tentera Laut Amerika yang ditubuhkan pada tahun 1775. Sejak ditubuhkan dahulu, unit ini telah terlibat dengan pelbagai operasi taktikal dan peperangan antaranya perang Dunia 1, perang Dunia 2, perang Korea, perang Vietnam, perang Iraq, operasi di Afghanistan dan pelbagai lagi operasi sulit lain.
Pemetik api Zippo X USMC ini dikeluarkan pada tahun 2007 dan merupakan model yang TIDAK lagi dikeluarkan, sangat disyorkan buat peminat barangan ketenteraan & pengumpul pemetik api. Dapatkan segera sebelum hilang ditelan masa !

Harga: RM 180.00

nullnullnullnull