1) Jenis: rehal kayu berukir antik
panjang: 44.5cm
lebar: 24cm
tinggi: 13cm (setelah dibuka)

jenis kayu: tiada maklumat
asal: Malaysia

Keterangan: Rehal merupakan alatan yang digunakan oleh masyarakat di Nusantara & di serata dunia sejak ratusan tahun dahulu. Digunakan untuk meletak kitab Al-Quran atau buku ketika membacanya sebagai memuliakannya & agar kelihatan lebih jelas dan selesa ketika membaca. Ukiran rehal jenis tebuk timbul menggunakan tangan yang penuh dan sarat pada sekeliling rehal ini sangat halus dan berseni dengan motif flora dan tumbuhan dengan ukiran tulisan khat jawi ILMU PELITA HIDUP.

Rehal antik berukir indah yang telah disimpan selama beberapa generasi ini merupakan hasil kerjatangan teliti tukangnya yang telah lama kembali pada Pencipta, ia sangat jarang dijumpai dan merupakan koleksi rehal seumpamanya yang masih wujud pada zaman moden hari ini. Diperbuat dari sejenis kayu keras yang kukuh, sangat disyorkan untuk peminat seni kraftangan Nusantara, pengumpul barangan antik, bahan koleksi di restoran & muzium. Seni dari Nusantara yang tak lapuk dek panas dan hujan, lambang kehalusan seni generasi lama yang menjadi sejarah.

Harga: RM 2908.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/rehal-kayu-ukiran-tangan-antik/

nullnullnull