Jenis: ketam kayu RECORD
model: 735
struktur logam: besi tumpat tetuang
logam bilah ketam: besi karbon
panjang ketam: 26cm
condong bilah: 45 darjah
Buatan: C & J Hampton Limited, Sheffield, ENGLAND


Keterangan: Ini merupakan ketam kayu untuk kayu jenis lembut (fibreboard) dan kayu keras keluaran LAMA 1960an dari jenama RECORD. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1909 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan Kota Pisau. Industri alatan industri di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan alatan industri. Jenama RECORD merupakan pelopor dalam pembuatan ketam kayu tangan sejak lebih 100 tahun lampau dan menjadi pilihan tukang kayu dari serata dunia.

Ketam kayu ini masih dalam keadaan baru & baik, struktur alat ini cukup utuh dan padu dari besi jenis tetuang, bersama kotak asalnya yang telah sedikit reput dimamah usia dan buku panduan berserta aksesori alatan. Pemegangnya diperbuat dari kayu keras BEECH Eropah. Merupakan model ketam kayu dari kualiti TERBAIK yang telah PUPUS dan cukup RARE pada hari ini. Disyorkan untuk dimiliki oleh peminat alatan buatan Sheffield, England sebagai khazanah peribadi anda hingga ke hujung usia.

Harga: RM 614.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/record-ketam-kayu-lama-sheffield-england/

nullnullnull