/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for 2016
Posted by: jimbit
Barisan model produk yang baru tiba dari Solingen, Jerman untuk tatapan anda sekalian :) Buat mereka yang telah membuat tempahan awal, barangan anda akan di hantar bermula minggu hadapan !! terima kasih kerana menyokong kami. Jualan stok selebihnya akan diiklan dari masa ke semasa di laman web kami kelak. Harap maklum.

stok-nov-pisau-cap-spade-f.herderstok-nov-pisau-cap-spade-f.herder
Posted by: jimbit
Ketibaan stok pisau LAGENDA dari lapangan terbang Dusseldorf Jerman ke KLIA sebentar tadi di akhir Ramadhan 2016 sangat mengujakan kami......khusus buat peminat pisau di seluruh Nusantara !!

barisan-pisau-f.herder-cap-garpubarisan-pisau-f.herder-cap-garpu



Posted by: jimbit
Saksikan video pendek pengenalan pisau sembelih jenis "hidung lembu" buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH dari Solingen, Jerman. Terkenal dengan panggilan pisau cap garpu / cap spade / cap speed. Ketajaman melampau !

https://www.youtube.com/watch?v=Lng7Vkjaapw

pisau-sembelih-f.herder-cap-garpu-solingen



Posted by: jimbit
Ditayangkan disini video untuk tatapan anda, salah 1 model gunting kain lagenda keluaran Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN. Ia cukup tajam dan diperbuat dari besi yang tampak "solid" dan utuh. Sila klik gambar atau alamat laman web di bawah. Saksikan !!

https://www.youtube.com/watch?v=kyaPioH4CAI

20160407-gunting-kain-f_herder-cap-garpu00.jpg
Posted by: jimbit
Setelah melalui pelbagai halangan dan perjalanan jauh merentas darat & laut, akhirnya tiba jua ke bumi Malaysia pisau jenama lagenda F.HERDER atau dipanggil pisau cap garpu / cap daun terup. Di impot terus dari kampung halamannya di Solingen, Jerman. Pisau dari jenama terulung dan cukup tajam ini boleh digelar "Ibu segala pisau impot". Kami mahu anda merasai kejituan dan ketajaman besi dari "kota pisau" Solingen Jerman !!! NANTIKAN KEMUNCULAN IKLAN DI LAMAN WEB KAMI YA ......... ! ! ! !

pisau-cap-garpu-f.herder-solingenpisau-cap-garpu-f.herder-solingenpisau-cap-garpu-f.herder-solingen

Posted by: jimbit
Hatta berakhirlah sudah penantian kami sepurnama lamanya menanti ketibaan senaskah buku / katalog segala aneka jenis pisau dan barangan buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH. Kami berbesar hati untuk berkongsi gambar warkah yang diterima pada hari ini.... begitu jauh perjalanan warkah ini berkelana ke bumi Malaysia yang telah ditinggalkan berabad lamanya....

katalog-pisau-f.herderkatalog-pisau-f.herderkatalog-pisau-f.herder
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau dapur F.HERDER
model: 0095-18,00
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
pemegang: Kayu (tidak diketahui jenis)
material: ConstantSteel
Kekerasan: 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau dapur jenis ini merupakan keluaran dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN. Ini adalah model / bentuk yang mula diperkenalkan di Nusantara berabad lamanya. Ia dihasilkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen cukup terkenal berdekad lamanya dengan penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan pelbagai jenis senjata. Ia memulakan perusahaan sejak tahun 1623 dan telah diperkenalkan dan memasuki pasaran Nusantara (Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Ia diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup.
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Pisau ini TERBAIK untuk tugas menghiris bawang, sayur, buah, daging / menyembelih haiwan kecil; ayam/itik/burung/pelanduk/angsa/kambing/kibas. Kepada para peminat/pengumpul koleksi pisau di serata pelusuk alam, Ini adalah jenama pisau yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini. Ayuh dapatkan SEPANTAS MUNGKIN kerna waktu tidak menunggu anda walau sesaat !!

Harga:

pisau-dapur-cap-garpu-f.herder-solingenpisau-dapur-cap-garpu-f.herder-solingenpisau-dapur-cap-garpu-f.herder-solingen
Posted by: jimbit
Saksikan video pisau lagenda dari besi terbaik Jerman ini !!

https://www.youtube.com/watch?v=WaqBP9hmFIs

video-pisau-cap-garpu-f_herder