/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for June 2017
Category: HUSQVARNA - kapak
Posted by: jimbit
kapak untuk kayu buatan Sweden, keluaran dari perusahaan Husqvarna Group, Sweden. Kapak terbaik untuk pencari hasil hutan dan peminat koleksi kapak RARE !!

https://www.youtube.com/watch?v=o_aAzdBTPTE

kapak kayu Husqvarna
Posted by: jimbit
1) Jenis: Set ASAS pisau VICTORINOX
model: 5.4903
material beg: plastik polypropylene keras
material pemegang pisau: plastik Fibrox
Ukuran beg: 46.99 CM (panjang) X 30.48CM (tinggi) X 13.97CM (kedalaman)
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Keterangan: Ini adalah SET pisau asas. Beg khas pisau Victorinox ini didatangkan LENGKAP dengan pisau dan peralatan dapur Victorinox lain. Ia sesuai untuk mereka yang terlibat dengan industri sajian & makanan / perhotelan / pelajar yang mengikuti kursus perhotelan / kulinari atau mereka yang mahukan set pisau dengan harga mampu milik.

kandungan beg ini ialah:
1. pisau dapur / chef lebar 28cm
2. pisau kek bergigi 26cm
3. spatula 23cm
4. pengasah 27cm
5. pisau ukiran
6. Pengupas
7. alat pengorek kentang
8. alat hiasan lemon
9. alat parut lemon
10. pisau kecil
11.pisau lapah lurus 15cm
12. pisau fillet 18cm
13. Forged carving fork 18cm
14. pisau dapur / chef 19cm
15. kain pengelap
16. tray slot pisau

HARGA: RM 1344.00
set pisau dapur victorinoxset pisau dapur victorinoxset pisau dapur victorinox

Posted by: jimbit
1) Jenis: Parang lentik VOODOO TACTICAL
model: 03-0073001000
Panjang: 14 inci (panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 20 inci
Berat: 752 gram

Material pemegang: -
Material: Besi AUS6 tahan karat
kekerasan bilah: 54 - 57 Rockwell
Warna: hitam
Pengeluar ASAL: Voodoo Tactical, Durham, North Carolina, USA
Buatan: china

Keterangan: Sejenis parang dengan bilah melentik keluaran ASLI dari Voodoo Tactical yang merupakan perusahaan dari North Carolina yang mengeluarkan pelbagai produk taktikal dengan harga mampu milik. Rekabentuknya merupakan inspirasi dari parang yang banyak diguna di Nusantara. Hulu parang jenis "D" dari bahan getah adalah anti licin dengan tali penyangkut pada hujungnya dan didatangkan dengan sarung Nylon. Bilahnya cukup tajam dari besi jenis AUS 6 yang tahan pada karat. Parang ini dibuat untuk kegunaan di hutan belukar untuk tugas menebas ranting / semak samun. Disyorkan untuk mereka yang gemar aktiviti luar; memburu, mendaki, berkhemah, memancing, pemikat burung, pencari hasil hutan atau boleh disimpan dirumah serta pengumpul parang "RARE" sebagai koleksi.

Harga: RM 193.00 - seunit (STOK HABIS !)

parang lentik Voodoo Tacticalparang lentik Voodoo Tacticalparang lentik Voodoo Tactical

Category: 5.11 - baju
Posted by: jimbit
1) Jenis: Baju leher bulat "Utili-T" 5.11
model: 40016
GSM: -
saiz: S, M, L, XL (Asia)
warna: biru gelap, hitam, coklat cerah
material fabrik: 100% kapas ring-spun 4.5 oz
Buatan: Honduras
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Baju t-shirt leher bulat ini adalah ASLI, keluaran 5.11 pengeluar barangan taktikal terkenal di USA, fabrik yang diperbuat menggunakan kapas USA 100% jenis 4.5 oz "ring spun" yang lembut dan berkualiti tinggi. Baju ini adalah KOSONG, tiada cetakan pada bahagian depan/belakang. Ia dibuat khusus untuk anggota keselamatan/penguatkuasa yang sentiasa aktif semasa tugas operasi / harian sama ada di laut/udara/darat. Fabriknya adalah jenis menyahkan kelembapan, TERBAIK untuk anda yang tercari-cari baju yang sesuai dengan cuaca panas dan membahang, baju ini sesuai dengan rentak hidup anda. Jahitan tulang pada bahu tshirt adalah 2 kali, membuatkan ia tampak kemas dan rapi. Dapatkan ia hari ini juga !

Harga: RM 100.00 (sebungkus; 3 helai - sama warna & saiz)
baju tshirt taktikal 5.11baju tshirt taktikal 5.11baju tshirt taktikal 5.11



1) Jenis: Kemeja lengan panjang "TaclitePro" 5.11
model: 72175
saiz USA: S, M, L, XL
warna: biru gelap, hitam, kelabu gelap, hijau tundra, coklat, hijau TDU, kelabu cerah
material fabrik: 4 oz. Taclite poly/kapas ripstop (dilapisi teflon)

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Baju kemeja lengan panjang "Taclite Pro" 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada Polis/tentera US, Unit Penguatkuasa dan agensi keselamatan di serata dunia. Ia diperbuat dari fabrik yang tahan lasak, ringan dan cepat kering. Ia mempunyai ruang tersembunyi pada dada (untuk menyimpan buku nota kecil/pistol/lampu suluh), 2 lapisan fabrik pada bahagian siku, jahitan pada bahagian kritikal kemeja adalah 3 kali, ruang aliran udara pada bahagian belakang dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar. Kemeja ini sangat disyorkan untuk anggota badan beruniform seperti polis, tentera, bomba, imigresen, JPJ, SMART, APMM. 5.11 .....kualiti taktikal untuk anda !!

Harga: RM 229.00 - RM 368.00 sehelai (bergantung pada saiz & warna)

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/1-jenis-kemeja-lengan-panjang-taclitepro-5-11/

baju kemeja taktikal taclite pro 5.11baju kemeja taktikal taclite pro 5.11baju kemeja taktikal taclite pro 5.11
Posted by: jimbit
1) Jenis: Baju kemeja "Oxford"
model: 65-114-0
GSM: 135 (warna), 130 (putih)
saiz: S, M, XL - saiz USA
warna: putih, kelabu
material fabrik: 30% Polyester, 70% kapas

Buatan: bangladesh
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Kemeja lengan panjang ini adalah ASLI, dikeluarkan oleh FRUIT OF THE LOOM sejak tahun 1851 dan terkenal di USA dan Eropah dan serata dunia, Ia dibuat menggunakan kapas USA Belcoro yang berkualiti tinggi dengan campuran Polyester terbaik, kualiti baju ini setanding dengan jenama mewah tetapi dengan harga MURAH !! Baju ini terbaik untuk dipakai untuk ke tempat kerja / majlis rasmi / bersantai. Fabrik adalah agak tebal setanding dengan kualitinya. Baju ini tahan lasak dan tidak menggeleber dan tidak pudar warna walau dibasuh berkali-kali. Kami menyajikan produk TERBAIK untuk anda semua di luar sana !!

Harga: RM 70.00 - sehelai


Untuk rujukan saiz yang sesuai, sila rujuk:

http://malas.ded1.net/UKURAN/

baju kemeja oxford fruit of the loombaju kemeja oxford fruit of the loombaju kemeja oxford fruit of the loom
Posted by: jimbit

1) Jenis: Mentol lampu H1 HELLA
Model: 8GH002089-133
Kuasa mentol: 55 WATT
Warna lampu: Putih kekuningan (biasa)

Material: Kaca "quartz" kalis UV kualiti tinggi
Voltan: 12V
Jenis soket: H1
Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co.

Keterangan: Mentol ini adalah ASLI dikeluarkan oleh HELLA yang merupakan pelopor dalam industri automotif melebihi 100 tahun. Mentol ini adalah untuk lampu hadapan kenderaan anda khususnya Proton Waja dan Proton Exora atau mana-mana lampu yang menggunakan mentol jenis H1. Mentol HELLA adalah lebih terang, lebih berkualiti dan tahan lama berbanding mentol biasa / murahan di pasaran. Pemasangan mentol ini boleh dilakukan oleh memana kedai aksesori kenderaan bertauliah / berpengalaman. Disyorkan untuk individu yang mengutamakan mentol lampu kenderaan berkualiti tinggi sepanjang zaman !!

Untuk kereta: Proton Waja, Proton Exora dan kenderaan lain yang menggunakan mentol H1 (Sila rujuk buku panduan kenderaan anda)

Harga: RM 14.00 - sebiji

mentol lampu depan Proton Exora Hellamentol lampu depan Proton Exora Hellamentol lampu depan Proton Exora Hella

Posted by: jimbit
1) Jenis: Relay 5 Pin HELLA
Model: 4RA933791-09
Material: Plastik dan besi
Warna: hitam
Jumlah pin: 5
Ampere: 30A
Voltan: 12 Volt

Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co.

Keterangan: Ia adalah Relay 5 pin TERBAIK dan ASLI keluaran HELLA JERMAN. Relay adalah antara komponen penting untuk mengawal/menstabilkan arus elektrik di mana-mana bahagian pada kenderaan anda. Ia sangat berguna untuk komponen kenderaan yang disambung kepada bateri (lampu kabus, hon, tingkap automatik, lampu hadapan dan sebagainya). Relay juga membolehkan komponen kenderaan anda berfungsi dengan baik dan stabil. Relay biasanya diletakkan di dalam ruangan enjin di bahagian dalam kenderaan anda. Relay HELLA ini adalah TERBAIK dan BERKUALITI berbanding yang biasa di pasaran. Gunakan tanpa was-was produk HELLA !!
Untuk kenderaan: Kereta, motor, jip, lori dan pelbagai kenderaan

Harga: RM 14.00 (seunit)

relay kereta 5 pin hellarelay kereta 5 pin hellarelay kereta 5 pin hella
Posted by: jimbit
1) Jenis: wayar lampu Lighting Harness HELLA
Model: 8KA184314031
Bilangan relay: 3
Bilangan fius: 3
Material: plastik tahan panas dan seramik (soket untuk mentol)
Kuasa maksima mentol dibenarkan: 100/130 Watt

Penggunaaan kuasa: 12 Volt
Jenis soket: H4
Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co.


kegunaan: Wayar lampu / Lighting Harness ini adalah dari jenis PREMIUM keluaran ASLI dari HELLA. Ia merupakan wayar lampu dari gred terbaik, lebih tebal dan mengatasi wayar lampu yang biasa di pasaran. Soket lampu pada "harness" ini diperbuat dari SERAMIK tahan panas jadi ia mengelakkan soket menjadi terlalu panas dan cair lalu menyebabkan mentol terbakar. Wayar lampu / Lighting Harness dikhususkan untuk lampu hadapan kenderaan bagi menstabilkan cahaya lampu di samping mendapatkan cahaya yang terang secara konsisten. Ingatlah, penggunaan wayar lampu tiruan / bermutu rendah adalah BAHAYA, ia boleh menyebabkan litar pintas dan berkemungkinan penyebab kepada kebakaran pada kenderaan anda !! Dapatkan produk berkualiti HELLA hari ini !!

NOTA: Untuk model kenderaan dengan soket H4 sahaja, sila rujuk buku panduan kenderaan anda untuk jenis soket yang sesuai.

Harga: RM 146.00

wayar lampu wire harness hellawayar lampu wire harness hella
wayar lampu wire harness hella

Category: HELLA - spark plug
Posted by: jimbit
1) Jenis: Palam pencucuh / spark plug HELLA - IRIDIUM PRO
Model : 8EH 188 706-021 / IM8RC-11P
Torque: 20 - 30 Newton metre
Jarak punat elektrod: 0.6 milimeter
Jangka hayat: 100 ribu kilometer !

Takat lebur: 640 darjah
Material: iridium, aloi, tembaga, platinum, silikon dioksida seramik
Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co.

Keterangan: Palam pencucuh / spark plug ini adalah jenis terbaik (IRIDIUM), ia mempunyai jangka hayat lebih lama (sehingga 100 ribu kilometer !!) berbanding palam pencucuh biasa dan mempunyai percikan api kuat untuk pembakaran yang jitu. Palam pencucuh IRIDIUM HELLA ini sangat disyorkan untuk kuasa enjin besar & turbo serta kenderaan lumba. Punat elektrod 0.6mm mengurangkan penggunaan kuasa voltan dan ini membolehkan percikan api yang lebih fokus dan jitu. Ini seterusnya meningkatkan pembakaran palam pencucuh, tindak balas enjin lebih cepat, pecutan lebih pantas dan penggunaan bahan api yang lebih baik.
Di samping itu enjin kenderaan anda mudah dihidupkan tanpa mengira waktu dan cuaca. Sangat disyorkan untuk mereka yang tercari-cari palam pencucuh yang tahan lama dan terbaik dalam segala keadaan !!

Untuk kenderaan: Palam pencucuh ini sesuai untuk kereta Proton, Renault, Subaru Impreza, Suzuki, Toyota,Volvo, BMW, Chevrolet, Daihatsu, Citroen, Ford, Honda, Hyundai, Hyundai, Kia, Mazda, Mercedes Benz, Mitsubishi, Nissan, Perodua dan sebagainya.

NOTA: Untuk model kereta lain, sila beri maklumat untuk kami padankan model yang sesuai (model kereta, tahun pembuatan, kod enjin dan kuasa enjin).

Harga: RM 173.00 (1 set - 4 unit)

palam pencucuh iridium hellapalam pencucuh iridium hellapalam pencucuh iridium hella
Posted by: jimbit
1) Jenis: Parang hutan VOODOO TACTICAL
model: 03-0145001215
Panjang: 12.8 inci (panjang bilah)
Panjang keseluruhan:
Berat: -
Material pemegang: plastik Polypropylene
Material: Besi 3Cr13 tahan karat
kekerasan bilah: 54 - 56 Rockwell

Warna: hitam
Pengeluar ASAL: Voodoo Tactical, Durham, North Carolina, USA
Buatan: china

Keterangan: Merupakan parang hutan dengan logo Labah-labah pada hulunya, keluaran ASLI dari Voodoo Tactical yang merupakan perusahaan dari North Carolina yang mengeluarkan pelbagai produk taktikal dengan harga mampu milik. Hulu parang dari jenis "D" ini diperbuat dari plastik Polypropylene, tahan lasak dan kemas sewaktu digenggam. Bilahnya cukup tajam dari besi jenis 3Cr13. Parang ini sebenarnya khusus untuk kegunaan di hutan untuk tugas menebas ranting / semak samun. Ia terbaik untuk mereka yang gemar aktiviti luar; memburu/mendaki/berkhemah/memancing/pemikat burung/pencari hasil hutan atau boleh disimpan dirumah, disyorkan untuk pengumpul parang RARE dan koleksi.

Harga: RM 205.00 - seunit (STOK HABIS !)

parang hutan black widowparang hutan black widowparang hutan black widow

Posted by: jimbit
1) Jenis: Baju leher "V" VALUEWEIGHT
model: 61-066-0
GSM: 165 (warna), 160 (putih)
saiz: S, M, L
warna: merah, biru cerah, hitam, putih
material fabrik: 3% Polyester, 97% kapas

Buatan: Morocco
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Baju leher "V" ini adalah ASLI, dikeluarkan oleh FRUIT OF THE LOOM sejak tahun 1851 dan terkenal di USA dan Eropah dan serata dunia, Ia dibuat menggunakan kapas USA Belcoro yang berkualiti tinggi setanding dengan jenama mewah tetapi dengan harga MURAH !! Untuk anda yang mementingkan gaya, mutu, keunggulan dan "stylo" buat jejaka maskulim di luar sana. Baju ini terbaik untuk dipakai untuk ke tempat kerja / bersantai / untuk pencetak baju. Fabrik adalah nipis tetapi kualiti terbaik, sesuai dengan keadaan / cuaca panas di luar. Leher "V" tahan lasak dan tidak menggeleber dan tidak pudar warna walau dibasuh berkali-kali. Jangan tunggu lagi tuan-puan semua !!

Harga: RM 25.00 - sehelai

Untuk rujukan saiz bersesuaian (dalam sentimeter) sila rujuk: http://malas.ded1.net/UKURAN/


baju leher V Fruit of the Loombaju leher V Fruit of the Loombaju leher V Fruit of the Loom

Posted by: jimbit
1) Jenis: Baju leher bulat "SOFSPUN"
model: 61412
GSM: 165 (warna), 160 (putih)
saiz: S dan L sahaja
warna: hitam
material fabrik: 100% kapas

Buatan: Morocco
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Baju leher bulat model "SOFSPUN" ini adalah ASLI, dikeluarkan oleh FRUIT OF THE LOOM sejak tahun 1851 dan terkenal di USA dan Eropah dan serata dunia. Fabriknya adalah lebih lembut, jalinan fabrik lebih rapat jadi membolehkan cetakan yang dibuat ke atas baju ini lebih licin dan kemas. Baju "Sofspun" diperbuat menggunakan kapas USA BELCORO yang berkualiti tinggi setanding dengan jenama mahal lain tetapi dengan harga MURAH !!
Baju ini khusus buat pencetak baju yang mahu menggunakan produk berkualiti untuk pelanggan anda. Ia boleh dipakai untuk ke tempat kerja / bersantai / untuk aktiviti luar. Fabrik baju ini adalah nipis tetapi kualiti terbaik, sesuai dengan keadaan / cuaca panas di luar. Untuk anda yang tercari-cari baju yang sesuai dengan cuaca panas dan membahang ini, baju ini sesuai dengan kemahuan anda. bahagian leher baju tahan lasak dan tidak menggeleber dan tidak pudar warna walau dibasuh berkali-kali menggunakan tangan atau mesin basuh. Dapatkan SEGERA hari ini !!

Harga: RM 24.00

Untuk rujukan saiz bersesuaian (dalam sentimeter) sila rujuk: http://malas.ded1.net/UKURAN/

baju tshirt Sofspun fruit of the loombaju tshirt Sofspun fruit of the loombaju tshirt Sofspun fruit of the loom


Posted by: jimbit
0) Jenis: kasut All Star "black label" Converse
model: 149440C
STATUS: baru
saiz: 10 UK / 10 US

warna: putih dengan corak merah dan biru
material: kapas organik 12 oz., alas kaki "Ortholite"

Keterangan: Kasut ini adalah ASLI, keluaran dari Converse Rubber Shoe Company
Inc., merupakan pengeluar kasut lagenda ditubuhkan pada tahun 1908 di
Massachusetts, USA. Model ini dikeluarkan semula sempena memperingati
kegemilangan kasut Converse "black label" di era 1970an
yang menjadi rebutan
anak muda pada ketika itu di serata dunia !! Untuk makluman, kasut Converse
"Black label" merupakan versi PREMIUM yang dinaiktaraf dari segi kualiti dan
material yang digunakan. Keseluruhan kasut ini menggunakan fabrik yang lebih
tebal dan terbaik iaitu kapas organik 12 oz
. jadi ia lebih tahan lasak dan
tahan lebih lama.
Alas dalam bahagian kaki menggunakan teknologi "Ortholite"
yang lebih tebal, lebih selesa, menyerap hentak, menyahkan kelembapan dan
menyejukkan bahagian dalaman
. Komponen getah pada kasut menggunakan getah
lebih berkualiti & berkilat. Lubang pada tali menggunakan bahan nickel dan
talinya pula dari fabrik yang lebih tebal. Perbezaan ketara Converse ini
adalah label berwarna hitam pada belakang tumit kasut yang mempunyai 3 bintang
dengan tulisan "Converse All Star Chuck Taylor" iaitu sama seperti pada
keluaran Converse di tahun 1970an
lampau. Pada bahagian dalam lidah kasut juga
dicetak label nama pemilik kasut. Ini merupakan model keluaran TERHAD dan
RARE serta jarang didapati di pasaran
. Model ini dibuat khusus buat pemuja
kasut Converse / peminat kasut RARE untuk dijadikan koleksi hingga ke akhir
hayat !!

Harga: (STOK HABIS !)


kasut Converse 1970an black labelkasut Converse 1970an black labelkasut Converse 1970an black label

Category: 5.11 - stokin
Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung kaki/stokin "Transdry" 5.11
Model: 10014
tinggi : 8 inci
warna: hitam
material: 77% kapas "Ringspun", 13% polyester, 5% nylon, 3% tembaga, 2% spandex
Buatan: USA

Keterangan: Sarung kaki / stokin 5.11 ini adalah ASLI, dibuat oleh pekerja mahir Amerika dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia merupakan stokin yang dibuat untuk pemakaian di pelbagai situasi. Diperbuat menggunakan teknologi khusus "TransDRY" yang menghasilkan fabrik terbaik segala aspek. Ia cukup SELESA dan TERBAIK dicipta khusus untuk anda yang mahukan stokin yang tebal, menyahkan kelembapan, anti kuman, tidak BERBAU walau dipakai dalam jangkamasa PANJANG !!! Stokin ini selesa dipakai sama ada anda memakainya bersama kasut kawad, kasut but, kasut kulit, kasut jogging, kasut mendaki gunung. Disyorkan untuk dipakai ketika aktiviti riadah, semasa operasi anggota keselamatan malah ke pejabat. Anda mencari-cari stokin berkualiti buatan USA ?? ini khas untuk anda !!

Harga: RM 99.00 (sepasang)

stokin taktikal buatan USA 5.11stokin taktikal buatan USA 5.11stokin taktikal buatan USA 5.11

Category: BLACKHAWK - beg
Posted by: jimbit
1) Jenis: beg pinggang Blackhawk!
model: 60WF05BK
Ukuran: 8.25 x 5.5 x 1.75 inci
Muatan: -
Jumlah ruang: -
warna: hitam
material fabrik: Nylon Balistik 1000D
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam

Keterangan: Ini adalah beg pinggang untuk menyimpan pistol / holster. Beg ini adalah ASLI keluaran Blackhawk! USA, salah satu pengeluar terkemuka peralatan taktikal & ketenteraan yang diasaskan oleh Mike Noell (bekas tentera elit US Navy SEAL). Ia dibuat khusus untuk kegunaan anggota polis / tentera semasa tugas taktikal / peperangan / semasa tugas rutin / pemilik senjata api. Bagaimana pun, beg pinggang ini cukup praktikal untuk kegunaan sesiapa sahaja untuk mengisi barangan lain; telefon bimbit, pisau, cermin mata, pemetik api, alatan EDC, lampu suluh dan sebagainya. Ia diperbuat dari fabrik nylon 1000D yang cukup tahan lasak dan warnanya juga tidak mudah pudar manakala klip penyambung menggunakan jenama Duraflex yang diakui kualiti dan ketahanannya. Beg ini boleh dipakai pada bahagian hadapan badan / belakang / disilang mengikut keselesaan. Dapatkan produk Blackhawk! berkualiti SEGERA !!

Harga: RM 380.00

beg pinggang Blackhawk!beg pinggang Blackhawk!beg pinggang Blackhawk!