/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for July 2017
Posted by: jimbit

1) Jenis: sarung pisau lapah/sembelih ICEL
model: 942.4240.04
Ukuran: 22 cm (panjang) x 45.8 milimeter (lebar slot) x 9.4cm (keluasan atas)
warna: putih
material: Plastik polypropylene
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL


Keterangan: Sarung pisau atau dipanggil "SCABBARD" ini adalah produk berkualiti keluaran ICEL dari Portugal. Sarung ini dibuat untuk memuatkan 4 bilah pisau kecil lapah/sembelih. Ia boleh diletak pada pinggang melalui talipinggang yang anda pakai. Bahagian bawah sarung pisau ini mempunyai ruang yang membolehkan darah / cecair mengalir keluar tanpa memenuhkan ruang dalaman sarung.
Sarung pisau ini cukup disyorkan untuk mereka yang bekerja di pusat sembelihan / ladang ternakan yang mahukan pisau anda sentiasa di pinggang dan pantas untuk dikeluarkan bila-bila masa sahaja. Miliki ia hari ini juga !!

Harga: RM 128.00

sarung pisau scabbard icelsarung pisau scabbard icelsarung pisau scabbard icel
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau sembelihan lurus F.DICK
model: 8234830-03
panjang: 30 cm atau 12 inci (panjang bilah)
material: besi X55CrMo14 tahan karat

warna pemegang: MERAH
pemegang: plastik Poliamida anti licin
Pengiktirafan: NSF (sesuai untuk persekitaran HACCP)
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Kegunaan: Pisau sembelih lurus bersaiz 12 inci jenis ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik JERMAN. Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja PENYEMBELIHAN haiwan
seperti; lembu, kerbau, kambing, seladang, kijang, rusa, unta, kuda dan haiwan besar lain
. Boleh juga digunakan untuk memotong/menghiris ketulan daging. Bilahnya sangat tajam serta tahan lama dari segi ketajaman mata selepas di asah. Kualiti pisau ini jauh mengatasi pisau / parang sembelihan biasa di pasaran. Ini adalah model F.DICK hulu MERAH yang RARE dan jarang terdapat di pasaran rantau ini, buat peminat besi kualiti Jerman, jadikan ia sebagai koleksi wajib anda !

Harga: RM 180.00

pisau sembelih f.dickpisau sembelih f.dickpisau sembelih f.dick
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lapah daging SWIBO-Victorinox
model: 5.8407.16
panjang: 16 cm atau 6.29 inci (panjang bilah)
material: besi tahan karat (High carbon steel)
pemegang: Plastik anti licin
Buatan: Delemont, Switzerland

Kegunaan: Ini ialah pisau lapah daging bilah lebar keluaran WENGER dari siri SWIBO. Wenger dahulunya merupakan pesaing terdekat Victorinox tetapi sejak tahun 2005 ia telah di ambil alih oleh Victorinox.
Pisau ini khusus untuk kerja melapah / menghiris daging haiwan ternakan seperti; lembu, kerbau, kambing, kijang, rusa dan haiwan lain. Bilah pisau SWIBO lebih menyerlah dan berkilauan, ia sangat tajam serta tahan lama dari segi ketajaman mata. Pisau jenama ini menjadi pilihan untuk digunakan secara meluas di pusat penyembelihan dan hotel terkemuka di seluruh dunia. WENGER...Swibo....di hati selamanya....

Harga: RM 96.00 - SEBILAH

pisau lapah daging tebal Swibopisau lapah daging tebal Swibopisau lapah daging tebal Swibo



1) Jenis: pisau lapah daging tirus SWIBO-Victorinox
model: 5.8408.16
panjang: 16 cm atau 6.29 inci (panjang bilah)
material: besi tahan karat (High carbon steel)
pemegang: Plastik anti licin
Buatan: Delemont, Switzerland

Kegunaan: Ini ialah pisau lapah daging tirus keluaran WENGER dari siri SWIBO. Wenger dahulunya merupakan pesaing terdekat Victorinox tetapi sejak tahun 2005 ia telah di ambil alih oleh Victorinox. Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja melapah daging haiwan seperti; lembu, kerbau, kambing, kijang, rusa dan haiwan lain. Ia terbaik untuk menghiris daging di celah ruang sempit dan berliku / memotong bahagian sendi & rusuk. Bilah pisau SWIBO lebih menyerlah dan berkilauan, ia sangat tajam serta tahan lama dari segi ketajaman mata. Pemegangnya yang berwarna KUNING pekat memudahkan anda untuk mengecam dan mengenalpasti walau dimana jua diletak. Pisau jenama ini menjadi pilihan untuk digunakan secara meluas di pusat penyembelihan dan hotel terkemuka di seluruh dunia. Anda mahukan pisau kualiti Switzerland ? Ayuh kalian, dapatkan SWIBO-Victorinox sekarang juga !!

Harga: RM 88.00 - SEBILAH

pisau lapah daging tirus SWIBO-Victorinoxpisau lapah daging tirus SWIBO-Victorinoxpisau lapah daging tirus SWIBO-Victorinox

Category: General
Posted by: jimbit

Renungi video kisah hidup & perjuangan bekas anggota komando VAT69 PDRM, juga merupakan pereka logo VAT69 !!
Pertahankan tanahair kita....cintai Malaysia !!

https://www.youtube.com/watch?v=oipsGZtaVq4

vat69 pdrm


Posted by: jimbit
Untuk makluman semua, kami baru sahaja menerima ketibaan pisau dari tanah Inggeris ke bumi Malaysia dari jenama lagenda yang berusia lebih 400 TAHUN !! Jenama GRANTON dibuat di kilang mereka di "kota pisau" Sheffield, England. Mereka merupakan pencipta bilah jalur atau dipanggil "granton" yang kemudiannya di tiru oleh semua jenama pisau dari serata dunia. Nantikan kemunculan iklan kami kelak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

pisau lagenda GRANTON Englandpisau lagenda GRANTON Englandpisau lagenda GRANTON England
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau lapah "mutiara" F.DICK
model: 8144515B (model WorldChefs)
panjang: 15 cm (panjang bilah)
pemegang: polikarbonat bersalut MUTIARA !
material: besi tempa X50CRMoV15 bersalut bahan anti lekat
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN


Keterangan: Pisau lapah istimewa siri "World Chefs" jenis ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Siri ini mendapat sentuhan dan dibangunkan dengan kerjasama Persatuan Chef Sedunia (WACS) yang ditubuhkan pada 1928 di Paris dan mempunyai lebih 100 persatuan chef dari seluruh dunia berserta ahli melebihi 8 juta orang terdiri dari chef profesional dari serata pelusuk dunia !!
Pisau dari siri "WORLD CHEFS" merupakan barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau F.DICK dengan bilah jenis FULL TANG. Bilah pisau ini melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis DITEMPA berbanding pisau model biasa yang dipotong laser.
Bilah dan hulu model ini cukup ISTIMEWA; bilahnya bersalut sejenis bahan khas berwarna hitam (selamat untuk makanan) yang bertindak sebagai ejen anti lekat manakala hulunya bersalut MUTIARA yang membuatkan pisau ini tampak elegan dan mewah. Ia berada di dalam kelasnya tersendiri. Pisau ini TERBAIK untuk tugas melapah/memotong daging di celah sendi dan rusuk atau menyiang ikan.
Pisau ini didatangkan dengan buku panduan berserta kotak pembungkusan yang menarik.
Ini adalah koleksi pisau RARE dan jarang didapati di pasaran. Dapatkan segera buat mereka yang dambakan ciptaan pisau khusus untuk peminat.
Kelebihan pisau siri "WORLD CHEFS" ini ialah:
- bilah bersalut bahan khas yang anti lekat
- besi pisau dari jenis tempa iaitu besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan pertukangan tangan yang teliti oleh tukang yang terbaik.
- pemegang pisau disaluti MUTIARA yang kemas dan tampak mewah dan tersendiri.

Harga: RM 374.00 (STOK HABIS !!)

pisau lapah hulu mutiara world chefs f.dickpisau lapah hulu mutiara world chefs f.dickpisau lapah hulu mutiara world chefs f.dick
Posted by: jimbit
2) Jenis: kapak tulang/daging Icel
model: 392.400P.15
berat: 1.359 kilogram
material: besi X50CrMoV15 tahan karat
panjang mata: 5.78 inci
tebal mata kapak: 0.9 sentimeter
panjang keseluruhan: 32 sentimeter
warna pemegang: putih
pemegang: plastik anti licin
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Kegunaan: Kapak jenis ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Kapak ini dibuat khusus untuk mereka yang terlibat di sektor rumah sembelihan, ladang ternakan, penjual daging untuk mencincang daging / tulang yang keras dan besar. Kapak ini cukup tajam dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam, ia merupakan kapak kualiti Eropah dan cukup TERBAIK untuk anda yang masih tercari-cari kapak untuk menetak tulang keras. Anda perlu cuba ia hari ini !!

Harga: RM 369.00 - SEBILAH

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/1-jenis-kapak-tulang-daging-icel/

nullnullnull

Posted by: jimbit
1) Jenis: Set pisau dapur F.DICK - siri Pro Dynamic
model: 8510000
material beg gulung: plastik
Muatan: 6 poket
material: besi X55CrMo14 tahan karat
kekerasan bilah: 56 Rockwell
material pemegang pisau: plastik Polypropylene

warna pemegang: HITAM
Warna beg: kuning
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: SET pisau dapur berserta beg plastik ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman semenjak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Pisau siri Pro Dynamic ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik JERMAN. Set ini adalah KHUSUS untuk pekerja & pelajar di dalam industri sajian, perhotelan, kulinari, restoran dan surirumah. Pisau F.DICK ini sangat TAJAM dan TERBAIK. Ia juga sesuai untuk pengumpul koleksi pisau. Ini merupakan set dan model "RARE" yang jarang ada di pasaran rantau ini !!
Antara kandungan set ini ialah:
1. Pisau dapur/chef F.DICK 8.5 inci
2. Pisau roti bergigi F.DICK 10 inci
3. Pisau dapur F.DICK 6.5 inci
4. Pisau lapah daging F.DICK 5 inci
5. Pisau kecil F.DICK 4.5 inci
6. Pengasah besi F.DICK 12 inci gred sederhana

Harga: RM 712.00 (TIADA STOK !)

set pisau dapur f.dickset pisau dapur f.dickset pisau dapur f.dick


1) Jenis: pisau dapur santoku F.DICK Red Spirit
model: 8174218
panjang: 7 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik polypropylene
warna pemegang: MERAH
kekerasan bilah: 56 Rockwell
material: besi X55CrMo14 tahan karat
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN


Keterangan: Pisau dapur jenis "Santoku" siri RED SPIRIT ini digelar sumber inspirasi "roh merah" dan sumber kekuatan untuk anda sebagai peminat/pengumpul pisau dari siri TERBAIK buatan Jerman. Pisau siri "RED SPIRIT" ini mendapat anugerah rekabentuk Jerman 2016 dan merupakan antara keluaran TERBAIK F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.
Pisau siri RED SPIRIT ini dihasilkan sebagai menghargai seni pertukangan Asia yang dikira penuh dengan nilai seni dan artistik yang penuh misteri. MERAH melambangkan hawa nafsu, cinta dan semangat yang membara dan kerana oleh itulah terhasilnya siri RED SPIRIT ini. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur dan KHAS untuk PEMINAT/PENGUMPUL pisau terbaik serata dunia.
Kelebihan pisau siri RED SPIRIT ini ialah:
- kualiti pisau PREMIUM dari pengeluar pisau disegani dunia
- besi pisau ditempa, besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan pertukangan tangan yang teliti oleh tukang yang terbaik.
- pemegang pisau plastik polimer yang cukup selesa dan tampak mewah dan jitu
- pemegang pisau yang utuh dan sangat selesa untuk mereka yang mempunyai tapak tangan bersaiz besar
- Pisau siri ini cukup seimbang, besi terbaik dan melalui proses pembuatan yang teliti

Harga: RM 377.00 (TIADA STOK !)

pisau dapur santoku f.dickpisau dapur santoku f.dickpisau dapur santoku f.dick



1) Jenis: pisau dapur/chef F.DICK Pro Dynamic
model: 8544716
panjang: 6 1/2 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik anti licin
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
Pengiktirafan: NSF (sesuai untuk persekitaran HACCP)
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Kegunaan: Pisau dapur/chef jenis ini adalah dari siri "Pro Dynamic" keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Pisau dapur/chef ini terbaik untuk mereka yang mementingkan ketajaman serta kualiti. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia cukup tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur rumah/restoran/hotel dan terbaik untuk mereka di bidang industri makanan & sajian.

Harga: (STOK HABIS !!)

pisau-dapur-6-inci-f.dickpisau-dapur-6-inci-f.dickpisau-dapur-6-inci-f.dick

Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lapah daging Victorinox
model: 5.660x.15/5.661x.15
Warna: MERAH, HIJAU, BIRU, KUNING
panjang: 15 cm atau 6 inci (panjang bilah)

material bilah: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: Fibrox (plastik anti licin)
Pengiktirafan: NSF (sesuai untuk persekitaran HACCP)
Buatan: Victorinox AG, SWITZERLAND

Kegunaan: Anda mencari kelainan ? ceriakan tugas melapah daging anda dengan pisau VICTORINOX pelbagai warna ini !! Pisau ini dikeluarkan oleh Victorinox AG Switzerland dan merupakan pisau lapah terbaik yang sangat TAJAM dan berkualiti tinggi berbanding pisau kebiasaan. Ia cukup berguna untuk melapah/memotong daging, memisahkan daging dari tulangnya dengan hujung yang cukup tajam. Pisau jenama Victorinox menjadi pilihan untuk digunakan di dapur hotel dan pusat sembelihan haiwan di serata dunia, mengapa anda tidak mahu menjadi sebahagian dari mereka yang menggunakannya ?? Pemegangnya adalah kesat dan kalis minyak/lemak/air/darah, jadi ia tidak licin / terlepas dari genggaman anda. Sesuai untuk kegunaan kerja korban di Aidiladha kelak. Jika anda masih tercari-cari pisau lapah terbaik dan berkualiti tinggi, dapatkan Victorinox sekarang !!

Harga: RM 94.00 - seunit

pisau lapah berwarna victorinoxpisau lapah berwarna victorinoxpisau lapah berwarna victorinox