Tontoni video ulasan berkenaan pisau versi istimewa dari siri premier WorldChefs keluaran F.DICK Jerman. Siri pisau yang mempunyai hulu bersalut mutiara & dihasilkan dengan kerjasama Kesatuan Chef Sedunia (WACS) dan pernah memenangi anugerah Kuche 2011 !

https://www.youtube.com/watch?v=i8_bgZn1IY8

pisau hulu mutiara f.dick jerman


1) Jenis: pisau dapur/chef F.DICK
model: 8544721
panjang: 8.5 inci (panjang bilah)
warna pemegang: HITAM
pemegang: plastik polypropylene
material bilah: besi X55CrMo14 tahan karat
Pengiktirafan: NSF (sesuai untuk persekitaran HACCP)
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Pisau dapur/chef jenis ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Pisau dapur/chef dari siri “Pro Dynamic” ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong / menghiris / mencincang / merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur tambahan pula pisau dapur ini jarang didapati di pasaran dan agak RARE juga. F.DICK….lambang kualiti Jerman !!

Harga: RM 147.00



1) Jenis: Pisau dapur tempa F.DICK
model: 8904721 (model ActiveCut)
panjang: 21 cm atau 8.26 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyphenylene oksida (PPO)
material: besi tempa X30Cr13
kekerasan bilah: 54 Rockwell

Pengiktirafan: NSF (sesuai untuk persekitaran HACCP)
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Kegunaan: Pisau dapur / pisau chef ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Pisau ini adalah pisau dari siri "ActiveCut" yang merupakan barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau F.DICK dengan bilah jenis FULL TANG. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong / menghiris / merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya.
Bilah pisau ini melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besi X30Cr13 adalah jenis DITEMPA berbanding pisau model biasa yang dipotong laser, bilahnya lebih tebal, berat, seimbang dan utuh, sangat tajam dan terbaik. Anda akan merasa suatu kelainan ketika memegang dan menggunakan pisau siri ini. Pisau ini didatangkan dengan buku panduan berserta kotak pembungkusan yang menarik.
Pisau siri ini banyak diguna di dapur hotel terkenal, rancangan masakan di TV atau dapur restoran ternama serata dunia. Ia TERBAIK untuk mereka yang bergelar chef profesional, peminat/pengumpul koleksi pisau di serata pelusuk Nusantara. Ini adalah koleksi pisau RARE dan jarang didapati di pasaran.

Kelebihan pisau siri ActiveCut ini ialah:
- kualiti pisau PREMIUM dari pengeluar pisau disegani dunia
- besi pisau dari jenis tempa iaitu besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan pertukangan tangan yang teliti oleh tukang yang terbaik dari Jerman.
- pemegang pisau plastik Polyphenylene oksida yang ergonomik, cukup selesa, anti licin dan tampak mewah dan jitu
- Pisau siri ini cukup seimbang, besi terbaik dan melalui proses pembuatan yang teliti

Harga: RM 350.00 (TIADA STOK !)

pisau dapur activecut F.DICKpisau dapur activecut F.DICKpisau dapur activecut F.DICK



1) Jenis: pisau dapur "santoku" AsiaCut F.DICK
model: 8004216
panjang: 6 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu pohon ceri Jepun
material: besi X55CrMo14 tahan karat
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Kegunaan: Pisau dapur jenis bilah "Santoku" ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Pisau ini adalah dari siri "AsiaCut" yang merupakan barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau F.DICK. Siri "AsiaCut" mendapat inspirasi dan sebagai menghargai seni pembuatan pisau dari negara Jepun sejak berabad lampau. Pisau "Santoku" ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM laksana pisau cukur. Ia terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Disarankan untuk diguna oleh mereka dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau. Ia merupakan edisi KHAS yang tidak lagi dikeluarkan, usah berlengah lagi dan berputih mata !

Harga: RM 430.00

nullnullnullnull


1) Jenis: Pisau dapur "mutiara" F.DICK
model: 8145618B (model WorldChefs)
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
pemegang: polikarbonat bersalut MUTIARA !
material: besi tempa X50CRMoV15 bersalut bahan anti lekat

kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Pisau dapur unik dari model "World Chefs" keluaran F.DICK, pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Model pisau yang mendapat sentuhan dan dikeluarkan hasil kerjasama Persatuan Chef Sedunia (WACS) yang ditubuhkan pada 1928 di Paris dan mempunyai lebih 100 persatuan chef dari seluruh dunia berserta ahli melebihi 8 juta orang terdiri dari chef profesional dari serata pelusuk dunia !!
Pisau dari siri "WORLD CHEFS" merupakan barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau F.DICK dengan bilah jenis FULL TANG. Bilah pisau ini melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis DITEMPA berbanding pisau model biasa yang dipotong laser.
Bilah pisau serta hulu model ini begitu ISTIMEWA; bilahnya bersalut sejenis bahan khas berwarna hitam (selamat untuk makanan) yang berfungsi sebagai anti lekat, pemegangnya pula disalut MUTIARA yang menjadikan pisau ini tampak elegan dan mewah, berada di dalam kelasnya tersendiri. Pisau ini TERBAIK untuk tugas menghiris, merincik, memotong sayur, buah, makanan.
Pisau ini didatangkan dengan nota bersama kotak pembungkusan yang kemas.
Ini adalah koleksi pisau RARE dan jarang didapati di pasaran.

Kelebihan pisau siri "WORLD CHEFS" ini ialah:
- bilah bersalut lapisan khas yang anti lekat
- besi pisau dari jenis tempa iaitu besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan pertukangan tangan yang teliti oleh tukang yang terbaik dari Jerman.
- hulu pisau disaluti MUTIARA yang kemas dan tampak mewah dan tersendiri.

Harga: RM 507.00 (STOK HABIS!)


pisau dapur hulu mutiara f.dickpisau dapur hulu mutiara f.dickpisau dapur hulu mutiara f.dick