/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for August 2018
Posted by: jimbit
Video menunjukkan pisau SWIBO-victorinox digunakan ketika sembelihan lembu korban di hari raya Aidiladha 2018 di Kampung Losong Masjid, Terengganu. Pantas & Jitu ! Video sumbangan Encik Mohd Shahrir.

https://www.youtube.com/watch?v=j0b9yDlHK00

null
Posted by: jimbit
1) Jenis: Sarung tangan taktikal Tac AK2 5.11
model: 59341
saiz: S, M, L, XL
warna: hitam
material fabrik: KEVLAR, kulit kambing
Pengiktirafan: BS EN388:2003

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam/china

Keterangan: Sarung tangan taktikal 5.11 ini adalah ASLI, model Tac AK2 ini dihasilkan dengan kerjasama antara 5.11 USA dengan syarikat IRONCLAD yang merupakan antara pengeluar sarung tangan terkemuka untuk sektor industri dan sukan lasak dari USA. Sarung tangan 5.11 ini dibekalkan kepada tentera US / pihak berkuasa di serata dunia. Model sarung tangan ini adalah untuk pelbagai fungsi sama ada tugas semasa operasi taktikal, mengendalikan senjata api, aktiviti lasak, untuk kegunaan pihak berkuasa (Polis/Tentera/JPJ/JPA/Imigresen/APMM).

Sarung tangan ini menepati piawaian EN 388:2003; kalis hirisan, geseran, tusukan, koyakan
. Ia dilapisi bahan KEVLAR yang diketahui sebagai bahan TERBAIK untuk alatan kalis peluru / kalis api / komponen kenderaan lumba lasak. Sarung tangan ini melindungi sebahagian jari tangan & tapak tangan si pemakai dari objek tajam / haba panas, disamping itu ia memberikan cengkaman terbaik ketika menggenggam & pengendalian tali temali.

Harga: RM 224.00


Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/1-jenis-sarung-tangan-taktikal-tac-ak2-5-11/

Untuk rujukan saiz tapak tangan, sila klik http://malas.ded1.net/

sarung tangan taktikal 5.11sarung tangan taktikal 5.11sarung tangan taktikal 5.11sarung tangan taktikal 5.11
Posted by: jimbit
2) Jenis: Batu asah / Whet Stone
model: 7136000
Ukuran: 20 x 5 x 2.5 cm
kadar asah: kasar (360) dan asas (1000)
Grit: 360 dan 1000

Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Batu asah ini adalah dari gred terbaik yang mempunyai 2 jenis kadar asahan; kasar dan asahan asas. Batu asah ini dikeluarkan oleh F.DICK Jerman iaitu antara pembuat pisau terkemuka di Eropah. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis / jenama pisau, pedang, kapak, kukri, parang dan sebagainya. Batu ini didatangkan dengan tapak alas jenis getah dibawahnya. Asahan grit 1000 merupakan ASAS untuk mengasah, manakala grit 360 digunakan untuk "membentuk" semula / membaikpulih mata bilah yang telah sumbing atau bergerigi atau keadaan telah teruk. Untuk makluman, grit 360 adalah SANGAT KASAR dan asahan dengan grit ini akan mengikis besi pada pisau dengan banyak. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta sentiasa meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini akan mengeluarkan debu semasa anda mengasah. Jika anda masih tercari-cari batu asah PREMIUM dengan mencari kelainan dan RARE, mengapa tidak mencuba batu asah keluaran Jerman ini ??

Harga: RM 219.00


nullbatu asah jerman f.dickbatu asah jerman f.dick
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau lapah tempa "BELANG" F.DICK
model: 8194515 (model exclusive 1905)
panjang: 15 cm / 5.90 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
material: besi tempa X50CrMoV15
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN


Kegunaan: Pisau daging jenis ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. ini adalah pisau dari siri "Exclusive 1905" yang merupakan barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau F.DICK dengan bilah jenis "FULL TANG". Siri 1905 dihasilkan sempena memperingati tahun pengenalan "Bolster" pada pisau dapur F.DICK. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja melapah/memotong daging di celah sendi dan rusuk atau menyiang ikan. Bilah pisau ini melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis DITEMPA berbanding pisau model biasa yang dipotong laser, ia terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat tajam dan terbaik. Anda akan merasa suatu kelainan ketika memegang dan menggunakan pisau siri ini. Pisau ini didatangkan dengan buku panduan berserta kotak pembungkusan yang menarik.
Pisau siri ini banyak diguna di dapur hotel terkenal, rancangan masakan di TV atau dapur restoran ternama serata dunia. Ia TERBAIK untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata Nusantara. Ini adalah koleksi pisau RARE dan jarang didapati di pasaran. Dapatkan segera kerana ia mempunyai nilai tersendiri !!
Kelebihan pisau siri 1905 Exclusive ini ialah:
- kualiti pisau PREMIUM dari pengeluar pisau disegani dunia
- besi pisau dari jenis tempa iaitu besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan pertukangan tangan yang teliti oleh tukang yang terbaik.
- pemegang pisau plastik Polyoxymethylene berlapis logam (berbelak) yang cukup selesa dan tampak mewah dan jitu
- Pisau siri ini cukup seimbang, besi terbaik dan melalui proses pembuatan yang teliti

Harga: RM 374.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau lapah daging tempa F.HERDER
model: 8115-15,50
panjang: 15 cm atau 5.90 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
warna pemegang: hitam
material: besi tempa X50CRMoV15
kekerasan bilah: 56 - 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN


Keterangan: Pisau lapah daging siri FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik dengan bilah jenis "FULL TANG". Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan teliti dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh.
Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja melapah/memotong daging di celah sendi dan rusuk.
Dihasilkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" yang memulakan perusahaan sejak tahun 1623 dan telah diperkenalkan dan memasuki pasaran Nusantara (Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Kembalikan nostalgia silam dengan pisau lagenda ini !!

Harga: (TIADA STOK !)

nullnullnull

Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung pisau kulit Victorinox
model: 4.0898
warna: hitam
material: Kulit sintetik
Panjang maksima mata pisau yang muat: 19cm
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Keterangan: Sarung pisau ini adalah dari gred PREMIUM keluaran ASLI dari Victorinox Switzerland. Sarung ini dapat memuatkan 1 bilah pisau lapah/pisau dapur jenis bilah LURUS sehingga panjangnya 19cm. Ia boleh disangkut pada pinggang melalui talipinggang yang dipakai anda. Sarung pisau ini sangat berguna untuk mereka yang mahukan pisau anda sentiasa di pinggang dan pantas untuk dikeluarkan pabila diperlukan. Dapatkan ia hari ini buat mereka yang tercari-cari sarung pisau keluaran ASAL dari negara pembuat pisau sejak tahun 1884 !!

Harga: RM 88.00

sarung pisau Victorinoxsarung pisau Victorinoxsarung pisau Victorinoxsarung pisau Victorinox