/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for August 2019
Category: General
Posted by: jimbit
ded1 EMPIRE menyumbangkan beberapa pisau SWIBO-Victorinox untuk Majlis Korban penyelaras DUN Temengor bersama penduduk dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gerik, Perak. Y.B. Hj Fadzil sebagai penyelaras menerima penyerahan tersebut dari kami ketika majlis berlangsung pada 11 Ogos 2019. Ini hanyalah sekadar sumbangan kecil kami pada masyarakat.

Untuk makluman, pisau SWIBO merupakan buatan terbaik WENGER SA, Delemont, Switzerland sejak tahun 1893 dengan mata bilah yang cukup tajam dan tahan lama !

nullnullnull
Category: Batu pengasah USA
Posted by: jimbit
1) Jenis: Batu asah 2 GRIT Lansky
model: LCB6FC
Ukuran: 15 x 5 cm
kadar asah: kasar (kelabu gelap) dan halus (kelabu cerah)
Grit: 120 (kelabu gelap) dan 600 (kelabu cerah)
Buatan: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA

Keterangan: Batu asah jenis dua bahagian GRIT permukaan ini adalah dari jenama LANSKY, pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap.
Batu asah ini mempunyai 2 jenis kadar asahan (120 & 600), jadi anda tidak perlu membawa banyak batu asah jika tugas anda memerlukan ke sana sini. Asahan grit 120 merupakan ASAS untuk mengasah, manakala grit 600 disyorkan untuk mendapatkan asahan yang lebih "licin" atau sebagai asahan peringkat akhir. Batu ini khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pahat, kapak, sabit, parang dan sebagainya dan semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Anda mencari batu asah "RARE" & mampu milik ? Lansky ini dibawa khas dari New York, USA !

Harga: RM 99.00 - SEBIJI

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau sembelih/daging "HEKTOR" F.DICK Red Spirit
model: 8172526K
panjang: 10 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik polypropylene anti licin
material: besi X55CrMo14 tahan karat
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Pisau daging/sembelih dengan bilah bengkok "JALUR" merupakan model TERBARU 2019 diberi nama "HEKTOR", dari siri RED SPIRIT ini digelar sumber inspirasi "roh merah" dan sumber kekuatan untuk anda sebagai peminat/pengumpul pisau dari siri TERBAIK buatan Jerman. Pisau siri "RED SPIRIT" ini mendapat anugerah rekabentuk Jerman 2016 dan merupakan antara keluaran TERBAIK F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.
Pisau siri RED SPIRIT ini dihasilkan sebagai menghargai seni pertukangan Asia yang penuh dengan nilai seni dan artistik yang penuh misteri. MERAH melambangkan hawa nafsu, cinta dan semangat yang membara dan kerana oleh itulah terhasilnya siri RED SPIRIT ini. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja menyembelih haiwan ternakan (lembu/kambing/rusa) dan menghiris ketulan daging bersaiz besar.
Ia sangat tajam dan merupakan pisau yang jarang didapati di pasaran & RARE ciptaan khusus dambaan para PEMINAT/PENGUMPUL pisau terbaik serata dunia.

Kelebihan pisau siri RED SPIRIT ini ialah:
- kualiti pisau PREMIUM dari pengeluar pisau disegani dunia
- besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan teliti oleh pekerja mahir Jerman
- pemegang pisau plastik polimer anti licin yang cukup selesa dan tampak mewah dan jitu
- pemegang pisau yang utuh dan sangat selesa untuk mereka yang mempunyai tapak tangan bersaiz besar
- Pisau siri ini cukup seimbang, besi terbaik dan melalui proses pembuatan yang teliti

Harga: RM 499.00 (HABIS !)

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Blok kayu pisau & alatan dapur Victorinox - 8 unit
model: 6.7173.8
material bilah setiap barangan: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: plastik Polypropylene
Ukuran: 38.1 x 22.6 x 12.3cm
material blok kayu: kayu Beech
berat: 2.7 kilogram
bilangan pisau: 8
Buatan: Victorinox AG, Switzerland


Keterangan: Set blok pisau dapur ini dikeluarkan oleh Victorinox Switzerland yang merupakan pengeluar pisau terunggul dari wilayah pergunungan Swiss Alps sejak tahun 1884 lampau. Set pisau ini disyorkan untuk pengumpul koleksi, sebagai hadiah insan tersayang dan juga untuk hantaran perkahwinan atau untuk kegunaan di rumah, restoran, hotel, industri sajian.

Set ini terdiri dari :
1. pisau dapur santoku jalur 17cm
2. pisau roti bergigi 21cm
3. pisau dapur 19cm
4. pisau daging steak 11cm
5. pisau Tomato
6. pisau kecil 10cm
7. pisau kecil 8cm
8. pisau kecil bergigi 8cm
9. Blok kayu pisau


Harga: RM 816.00

nullnullnullnull



2) Jenis: Blok kayu pisau & alatan dapur Victorinox - 9 unit
model: 5.1193.9
material bilah setiap barangan: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: Victorinox AG, Switzerland
Berat: 2.5 Kg

Keterangan: Set pisau ini sesuai untuk pengumpul koleksi, sebagai hadiah dan juga untuk hantaran
perkahwinan atau untuk kegunaan di rumah/restoran/hotel/catering.

Set ini terdiri dari :
1. pisau dapur 22cm
2. pisau dapur 15cm
3. pisau roti 21cm
4. Garpu daging / BBQ 13cm
5. besi pengasah
6. pisau Tomato
7. pisau kecil 1
8. pisau kecil 2
9. gunting dapur
10. Blok kayu pisau


Harga: RM 680.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lapah daging SWIBO-Victorinox
model: 5.840X.13
panjang: 13 cm atau 5.11 inci (panjang bilah)
material: besi tahan karat (Stainless Steel)
pemegang: Plastik anti licin
Buatan: Delemont, Switzerland

Kegunaan: Ini ialah pisau lapah daging keluaran WENGER dari siri SWIBO. Wenger dahulunya merupakan pesaing terdekat Victorinox tetapi sejak tahun 2005 ia telah di ambil alih oleh Victorinox. Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja melapah daging haiwan seperti; kambing, kijang, rusa dan haiwan
lain
. Bilah pisau SWIBO lebih menyerlah dan berkilauan, ia sangat tajam serta tahan lama dari segi ketajaman mata selepas di asah. Pemegangnya yang berwarna kuning memudahkan anda untuk mengecam dan mengenalpasti walau dimana jua diletak. Pisau jenama ini menjadi pilihan untuk digunakan secara meluas di pusat penyembelihan dan hotel terkemuka di seluruh dunia. Inginkan kelainan ?? cuba SWIBO hari ini !! Produk terbagus keluaran WENGER dengan cap dagang mereka KEPALA LEMBU !

Harga: RM 85.00 - SEBILAH

nullnullnullnull