/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for September 2019
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau tempa Chef Grand Maitre Victorinox
model: 7.7403.25G
panjang: 25 cm atau 9.84 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
material: besi tempa X50CrMo V15
Buatan: VICTORINOX AG, Switzerland


Keterangan: Pisau bersaiz 25cm dari siri Grand Maitre FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau dapur Victorinox, ia adalah pisau FULL TANG. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Bilah pisau siri "FORGED" melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Pisau jenis ini banyak diguna di hotel, rancangan masakan di TV atau dapur restoran ternama serata dunia. Pisau model ini didatangkan didalam kotak yang kemas & menarik, sesuai sebagai hadiah buat si dia atau sebagai hantaran perkahwinan. Miliki segera pisau terbaik dari Victorinox sebelum hati menjadi gundah gulana lalu membawa diri di tepi kali.....

Harga: RM 418.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Blok kayu pisau & alatan dapur Victorinox - 8 unit
model: 6.7173.8
material bilah setiap barangan: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: plastik Polypropylene
Ukuran: 38.1 x 22.6 x 12.3cm
material blok kayu: kayu Beech
berat: 2.7 kilogram
bilangan pisau: 8
Buatan: Victorinox AG, Switzerland


Keterangan: Set blok pisau dapur ini dikeluarkan oleh Victorinox Switzerland yang merupakan pengeluar pisau terunggul dari wilayah pergunungan Swiss Alps sejak tahun 1884 lampau. Set pisau ini disyorkan untuk pengumpul koleksi, sebagai hadiah insan tersayang dan juga untuk hantaran perkahwinan atau untuk kegunaan di rumah, restoran, hotel, industri sajian.

Set ini terdiri dari :
1. pisau dapur santoku jalur 17cm
2. pisau roti bergigi 21cm
3. pisau dapur 19cm
4. pisau daging steak 11cm
5. pisau Tomato
6. pisau kecil 10cm
7. pisau kecil 8cm
8. pisau kecil bergigi 8cm
9. Blok kayu pisau


Harga: RM 816.00

nullnullnullnull


2) Jenis: Blok kayu pisau Victorinox - 5 unit
model: 5.1183.51
material bilah setiap barangan: besi tahan karat (High Carbon Steel)
material blok: Kayu Beech
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Keterangan: Set blok kayu berserta pisau ini diperbuat dari kayu Beech yang merupakan sejenis kayu yang kuat serta tahan lasak disamping permukaannya yang licin. Set ini TERBAIK buat pengumpul koleksi, hadiah dan juga untuk hantaran perkahwinan atau untuk kegunaan di rumah/restoran/hotel/industri sajian. Set ini terdiri dari:

1. pisau dapur 12cm Victorinox
2. pisau dapur 18cm Victorinox
3. pisau roti 18cm Victorinox
4. pisau Tomato Victorinox
5. pisau kecil Victorinox
6. Blok kayu pisau


Harga: RM 585.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/victorinox-set-blok-pisau-dapur-5-unit-switzerland/

nullnullnull
Category: General
Posted by: jimbit
Saksikan ketangkasan aksi Sylvester Stallone menggunakan pisau taktikal dari jenama POHL FORCE di dalam filem terbaru RAMBO 5: Last Blood di pawagam berhampiran hari ini ! Pohl Force GmbH merupakan syarikat Jerman, pengeluar pisau taktikal & untuk kegunaan ketenteraan di seluruh dunia !
#POHLFORCE
#RAMBO5
#pisauRAMBO

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau tempa Chef Grand Maitre Victorinox
model: 7.7400.20G
panjang: 20 cm atau 7.87 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu jati Rosewood
material: besi tempa X50CrMo V15
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Keterangan: Pisau siri Grand Maitre FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau dapur Victorinox, bilah jenis FULL TANG. Model pisau ini merupakan siri TERBARU yang diperkenalkan bermula tahun 2017 untuk mereka yang mengagumi pisau buatan Victorinox. Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Hulunya diperbuat dari kayu jati Rosewood yang diakui ketahanannya yang turut digunakan dalam pembuatan perabot mewah dan menjadi pilihan pembuat alat muzik; Ibanez, TAMA.
Pisau siri ini didatangkan dalam kotak yang menarik, cukup sesuai sebagai hadiah buat yang tersayang atau sebagai hantaran perkahwinan. Buat peminat pisau, chef dan surirumah ---- pisau TERBAIK ini merupakan titik kegembiraan hakiki buat anda !!

Harga: RM 445.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau daging/sembelih F.HERDER
model: 0388-18,00
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu Black Nut (kayu keras)
warna pemegang: coklat
material: besi tahan karat X46CR13
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau dengan bilah lurus bersaiz bilah 7 inci ini merupakan antara keluaran TERBARU dengan hulu kayu "Black Nut", dikeluarkan sebagai menghargai sokongan peminat pisau hulu kayu diserata ceruk rantau. Ia adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN. Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaan ini bermula semenjak tahun 1623 dan telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Ia berguna untuk menghiris/memotong/menyiang ketulan daging kambing/lembu/kerbau/rusa/ikan/udang/sotong atau bahan makanan lain malah TERBAIK juga untuk tugas menyembelih haiwan seperti rusa, kambing, kibas, kijang, biri-biri, ayam, itik, burung dan sebagainya. Pisau ini DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata dunia. Ini adalah jenama pisau yang "RARE" dan sangat jarang didapati di pasaran rantau ini. F.HERDER lambang keaslian pisau Solingen !!

Harga: RM 190.00 ** - SEBILAH

nullnullnullnull
Category: 5.11 - pisau
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau taktikal CFK7 5.11
model: 51101
Panjang keseluruhan: 33 cm
panjang bilah: 17.8 cm atau 7 inci
Kekerasan bilah: 58 - 60 Rockwell

tebal bilah: 6 milimeter
Berat: 586 gram
Material: Besi tahan karat SCM 435
Material sarung: Polimer mesra M.O.L.L.E
Jenis pemegang: FRN (Nylon + gentian kaca)
Warna: coklat
Buatan: taiwan
Pengeluar ASAL: 5.11 Tactical LLC, Irvine, California, USA

Keterangan: Ini merupakan pisau ASLI keluaran terkini 5.11 USA, antara pengeluar produk taktikal terkemuka. Ia dihasilkan dengan kerjasama antara konglomerat 5.11 dengan GTI (Gingrich Tactical Innovations) yang merupakan pereka bentuk pisau taktikal dari USA. Pisau ini tampak ganas dengan warna hitam pada bilahnya dengan bilahnya yang cukup tebal, buatannya cukup kemas dan teliti menjadikan ia cukup sesuai untuk kerja lasak yang penuh pancaroba. Pisau ini cukup berat dengan bilah jenis FULL TANG menjadikan ia cukup kukuh dan jitu ketika tugas menetak / melibas. Pemegang boleh ditanggalkan jika anda mahu disulam dengan tali "Paracord".
Ia TERBAIK untuk kegunaan aktiviti luar; mendaki gunung/memancing/berkhemah/berkayak/pemandu 4WD dan disyorkan untuk dimiliki oleh anggota tentera / polis yang terlibat dalam operasi taktikal dalam pelbagai situasi mendatang.

Harga: RM 700.00

nullnullnullnull