/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for May 2020
Posted by: jimbit
1) Jenis: Sudip / spatula EPICUREAN X Victorinox
model: 7.6290
panjang: 29.5cm
Berat: 125 gram
warna: hitam & coklat
material: bahan serat kayu (Richlite)
tahan panas: sehingga 175 celcius
Buatan: EPICUREAN Inc, Wisconsin, USA

Keterangan: Sudip / spatula ini merupakan produk keluaran TERBARU 2020, dibuat oleh EPICUREAN USA dengan kerjasama Victorinox AG Switzerland dan dipasarkan dibawah produk Victorinox AG Switzerland. EPICUREAN menghasilkan pelbagai produk berkualiti tinggi alatan dapur, antara yang terkenal di serata dunia ialah papan alas pemotong, senduk dan sebagainya yang biasanya digunakan di rancangan masakan di media massa, dapur hotel & restoran mewah di serata dunia.
Sudip ini dibuat oleh pekerja mahir Amerika khusus buat mereka yang mahukan sudip / senduk TERBAIK untuk kegunaan di hotel, restoran, majlis santapan rasmi, rumah dan mereka yang berminat menjadikan alatan sebegini sebagai koleksi kesayangan anda atau sebagai hadiah buat mereka yang istimewa. Sudip ini adalah mesra alam, bebas BPA (Bisphenol A - sejenis kimia plastik berbahaya !). Terbaik digunakan untuk mengacau nasi, menggaul makanan, menggoreng ikan dan kerja berkaitan di dapur. Dapatkan sudip RARE yang jarang ada di pasaran rantau ini sebelum berputih mata !

NOTA: Sudip ini dijual sepasang (2 bilah)

Harga: RM 125.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Batu asah / Whetstone Grit 800
Ukuran: 21 x 6.5 x 3.2 sentimeter
kadar asah: membaik pulih / membentuk semula
Grit: 800
Buatan: TOJIRO Company Limited, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Keterangan: Ini adalah batu asah keluaran TERBAIK TOJIRO Jepun. Syarikat asal TOJIRO Company Limited ini diasaskan semenjak tahun 1955. Batu ini diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta sentiasa basahkan batu ini dengan aliran air. Asahan grit 800 digunakan untuk "membentuk" semula / membaikpulih mata bilah yang telah sumbing atau berlekuk atau keadaan di mana sedikit teruk. Untuk makluman, grit 800 adalah AGAK KASAR dan asahan dengan grit ini akan mengikis elemen keluli pada bilah pisau. Jika anda tercari-cari batu asah Jepun kasar yang berguna untuk "membaik pulih" serta membentuk semula mata pisau, dapatkan ia hari ini !!

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 15 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 217.00

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur GRANTON
model: 47658EG
panjang: 8.66 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polypropylene
warna pemegang: hijau
material: besi tahan karat 1.4034
Kekerasan bilah: 54 - 55 Rockwell
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Pisau dapur bersaiz 8.66 inci dengan hulu berbentuk Ergonomik dari jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! pernah mencapai kegemilangan sejak zaman kolonial, buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata. Jenama GRANTON merupakan pencipta bilah jalur atau dipanggil "granton" yang kemudiannya di tiru oleh semua jenama pisau dari serata dunia.
Pisau ini disarankan buat mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik SHEFFIELD, ENGLAND. Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja memotong, menghiris, merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Jenama pisau khas buat mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di seantero dunia. GRANTON merupakan jenama pisau yang "RARE" dan jarang didapati di pasaran rantau ini !! Usah kalian bertangguh dengannya !!

HARGA: RM 115.00 - SEBILAH

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Gunting serbaguna Victorinox
model: 8.0907.19
material: Besi tahan karat
material pemegang: plastik Polypropylene
Panjang keseluruhan: 19 sentimeter
Kekerasan mata: Rockwell 55
Warna pemegang: Hitam
Buatan: Jerman

Keterangan: Gunting ini adalah keluaran ASLI dari VICTORINOX AG Switzerland dan dibuat menggunakan besi terbaik di JERMAN. Ia sangat TAJAM untuk kegunaan di rumah, sekolah, kolej, pejabat, premis kedai. Kualiti dan ketajamannya cukup menakjubkan, jauh mengatasi gunting murahan di luar sana !! TERBAIK untuk menggunting kulit, kertas, kain, kotak, tali, benang, pita pelekat malah apa sahaja yang berkaitan. Ini merupakan antara gunting serbaguna TERBAIK dengan kualiti PREMIUM, gunting yang perlu dimiliki terutama surirumah, pelajar, tukang jahit, tukang kasut, penjual kain, pekerja pejabat malah peminat koleksi gunting PREMIUM. Ayuhlah....usah berlengah, dapatkan ia sekarang !

Harga: RM 84.00 - sebilah

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: baju tshirt Hard Rock Cafe KYOTO
lebar: 49cm
saiz: S
warna: putih
material fabrik: 100% kapas
Keluaran: Hard Rock Cafe Kyoto, Jepun
Buatan: india

Keterangan: Ini merupakan baju eksklusif edisi TERHAD tahun 2019 (ASLI) yang dikeluarkan KHAS dengan kerjasama Hard Rock Cafe Kyoto, Jepun (restoran berkonsep muzik). Baju ini dicetak dengan logo kecil Hard Rock Cafe KYOTO pada bahagian hadapan manakala pada belakangnya dicetak grafik besar terdiri dari elemen ikonik utama wilayah Kyoto iaitu Yasaka pagoda, hutan buluh Arashiyama, alat muzik Kokyu, fabrik Kimono.
Merupakan baju yang dikeluarkan dalam kuantiti terhad untuk peminat barangan jenama Hard Rock Cafe dan cukup disyorkan buat peminat barangan RARE sebagai koleksi anda. Barangan yang perlu untuk mereka yang menggemari produk eksklusif Hard Rock Cafe !

Harga: RM 208.00 (HABIS !)

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: kaca mata "Goggle" taktikal BLACKHAWK!
model: 8118 (Hellstorm)
warna bingkai: hitam
warna lensa cermin: putih jernih
material: urethane, polikarbonat
perlindungan: 99.9% kalis sinaran UVA, UVB dan sinaran Infrared
pengiktirafan: melepasi piawaian optik ANSI Z80.3, AS1067, EN1836
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: korea

Keterangan: kaca mata jenis "Goggle" ini adalah ASLI, dari model Hellstorm Special Operation yang merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran Blackhawk! USA, salah satu pengeluar terkemuka peralatan taktikal & ketenteraan yang diasaskan oleh Mike Noell (bekas tentera elit US Navy SEAL). Ia menjadi pilihan profesional dan dibekalkan kepada tentera / polis unit elit, anggota Unit Penguatkuasa, pelumba basikal/motor lasak, pemain sukan menembak paintball di serata dunia. Material bingkai diperbuat dari urethne lembut yang tahan pada cuaca sejuk melampau dan cermin lensa jenis polikarbonat TAHAN LASAK, kuat dan tidak mudah berkecai. Pada bingkai dalam dilapisi span halus yang selesa pabila diletak pada muka. Sistem pengudaraan yang baik pada atas & bawah bingkai membolehkan ia anti kabus / wap pada cermin. Kaca mata Goggle untuk pelbagai kegunaan yang melindungi mata anda setiap masa dalam segala pancaroba, model ini adalah KHUSUS untuk anda.

Harga: RM 398.00

nullnullnullnull