3) Jenis: pisau lapah daging Icel
model: 283.3855.15
panjang: 15cm atau 6 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik anti licin MICROBAN (anti bakteria)
warna pemegang: kuning / hitam / merah
material: besi X50CrMoV15 tahan karat
Pengiktirafan: NSF (sesuai untuk persekitaran HACCP)
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Kegunaan: Pisau lapah bilah runcing dan sedikit melentik ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Mata pisau ini cukup tajam dengan pemegangnya dari bahan MICROBAN yang anti kuman tambahan pula ia selesa dan kemas bila digenggam serta tidak licin pada air / minyak. Pisau ini khusus untuk kerja melapah/memotong daging ternakan terutamanya yang digantung dan dapat berfungsi dengan berkesan di celah sendi serta ruang sempit. Ia merupakan pisau kualiti Eropah tetapi dengan harga yang mampu milik.

Harga: RM 78.00 - sebilah

nullnullnull

1) Jenis: Pisau lapah tirus "Douro" ICEL
model: 221.DR06.15
panjang: 15 cm atau 5.90 inci (panjang bilah)
material: besi X50CrMoV15 tahan karat
kekerasan bilah: 56 Rockwell
pemegang: polimer Micarta
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL


Keterangan: Pisau lapah daging / ikan dari siri "Douro" adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Siri ini sebenarnya mendapat inspirasi dan sebagai penghormatan kepada wilayah bernama Douro yang cantik, aman dan penuh dengan hasil kerjatangan serta terkenal dengan ladang anggurnya. Hulunya dilakari dengan corak unik beralun di atas polimer Micarta yang tahan lasak. Bilahnya cukup tajam dan diasah secara manual oleh pekerja mahir Portugal yang cukup berdedikasi.

Merupakan pisau khusus dan terbaik untuk kerja melapah/memotong daging di celah sendi dan rusuk atau menyiang ikan serta di sudut sempit karkas ternakan. Sangat DISYORKAN untuk dimiliki oleh pekerja di dapur hotel / catering / restoran / pelajar kolej bidang perhotelan dan kulinari. Untuk pengumpul pisau pula, mengapa tidak miliki pisau unik TERBAIK ini ??

Harga: RM 179.00


nullnullnull