/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for September 2020
Posted by: jimbit
1) Jenis: Sarung gari 5.11
model: 58721
Ukuran: 10 x 12.06 cm
Jumlah ruang: 2
warna: hitam
material fabrik: Nylon balistik 1050D dan 500D kalis air & tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam

Keterangan: Sarung gari ini adalah ASLI dan merupakan produk keluaran 5.11 USA, dibuat khusus untuk menyimpan gari. Sarung ini telah diuji oleh unit tentera elit VTAC US, untuk dipakai pada pinggang / disangkut pada beg melalui sistem MOLLEE. Ia diperbuat dari fabrik nylon tahan lasak 1050D dan 500D yang tahan lasak dan terbaik kualitinya. Ia dibekalkan sebagai aksesori kepada anggota FBI (agensi risikan USA), Unit Penguatkuasa dan Polis Amerika dan di serata dunia. Ia dibuat KHUSUS untuk anggota keselamatan (polis, tentera) dan juga anggota penguatkuasa lain yang membawa gari semasa bertugas.

Harga: RM 124.00

nullnullnullnull
Category: ded1 - pelbagai
Posted by: jimbit
1) Jenis: pelitup muka "facemask" ded1 EMPIRE
Model: DF1
Material: 100% fabrik Lycra / Spandex
Ukuran: 22.7 cm (lebar) X 14.4 cm (tinggi)
Warna: celoreng digital hijau
Keistimewaan: Menghadkan pencemaran dari luar dari menembus masuk ke hidung dan mulut pemakai, cepat kering, tidak gatal untuk cuaca panas

Keterangan: Ini adalah pelitup muka "facemask" EKSKLUSIF keluaran TERHAD ded1 EMPIRE. Ia dibuat khusus untuk menghadkan pencemaran dari luar agar tidak menembusi hidung dan mulut anda yang boleh menyebabkan jangkitan / keradangan. Disyorkan untuk dimiliki dan dipakai oleh semua individu dewasa sebagai mematuhi peraturan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia ketika wabak kuman COVID-19.
Sangat disyorkan untuk penunggang motorsikal, pemandu kenderaan dan mereka yang terdedah kepada persekitaran yang berdebu dan berbau.
Fabrik pelitup muka ini diperbuat dari bahan Lycra / Spandex yang fleksibel dan mudah regang, bahagian dalam terdapat 2 lapisan berserta poket jadi anda dapat memasukkan lapisan ketiga dan seterusnya di bahagian dalam. Fabrik jenis ini tidak menyebabkan kegatalan pada kulit anda walau dipakai ketika cuaca panas terik atau dipakai bersama topi keledar / cermin mata. Pelitup muka eksklusif ini cepat kering, ringan dan cukup selesa walau dipakai kemana jua. Bahagian luar pelitup muka dicetak dengan corak celoreng digital hijau bersama logo ded1 EMPIRE dan jua perkataan #KITAJAGAKITA.

NOTA: Pelitup muka ini tidak mematuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jadi ia tidak disyorkan untuk dipakai di persekitaran hospital dan seumpamanya / mempunyai toksik tinggi !

Harga: RM 18.00

nullnullnullnull
Category: gunting JEPUN
Posted by: jimbit
1) Jenis: Gunting kain SHINSHU HOMARE
panjang: 25 cm atau 9.84 inci (keseluruhan)
material: besi khas tempa Jepun
Buatan: Shinshu Homare Kyoto, Jepun

Keterangan: Gunting kain ini dibuat di wilayah yang pada asalnya melahirkan ramai tukang pembuat pedang samurai dan katana sejak beratus tahun lampau sehingga ia dihapuskan pada 1870an oleh Empayar Meiji selaras dengan dasar pemodenan Jepun. SHINSHU HOMARE terkenal dengan produk berkualiti mereka terutamanya gunting kain. Mata gunting ini cukup TAJAM, Ia didatangkan dengan bungkusan yang menarik, bagus untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi, dibuat oleh tukang pandai besi konvensional Jepun.
Gunting ini adalah lebih ringan berbanding gunting buatan negara Eropah, selesa walau digunakan dalam jangka waktu lama, tidak menyakitkan jari dan tidak melenguhkan lengan dan terbaik untuk kerja-kerja memotong fabrik kain, kulit, serat sintetik dan SUNGGUH mudah diguna walau ketika proses menggunting yang berliku dan fabrik berlapis. Gunting yang disyorkan untuk tukang jahit, pereka fesyen serta mereka yang berhempas pulas menyiapkan tempahan pakaian pelanggan. Tukang jahit, surirumah, tukang kasut, pelajar bidang senireka tekstil, peminat pisau/gunting disyorkan memilikinya kerana ia adalah RARE dan merupakan gunting kain PREMIUM dengan harga mampu milik dan sangat jarang didapati di pasaran hari ini !!

Harga: RM 248.00 - sebilah

nullnullnullnull
Category: 5.11 - Seluar
Posted by: jimbit
1) Jenis: Seluar kargo taktikal 5.11
model: 74251
saiz USA: 28, 30, 32, 40, 42, 44
warna: hitam, coklat tua, coklat cair, hijau tundra
material fabrik: 8.8 oz. kapas tebal tahan lasak

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Kemboja

Keterangan: Seluar kargo taktikal 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia merupakan model seluar pertama yang digunakan secara rasmi oleh semua anggota Akademi FBI Amerika Syarikat satu ketika dahulu.
Fabrik seluar ini cukup tebal dengan kapas 8.8 oz. dan sangat tahan lasak. Poket belakang seluar ini adalah unik, ia dibuat dengan melintang dan seolah-olah dipotong, lengkap dengan pelekat velcro.

Pada bahagian sisi seluar didatangkan dengan sejenis tali yang dijahit bersama seluar, untuk kegunaan menggantung kunci / pas / apa sahaja. Ia mempunyai 7 poket, 2 lapisan fabrik pada bahagian lutut dan punggung, jahitan pada bahagian kritikal seluar sebanyak 3 kali. Ia boleh dipakai oleh anggota keselamatan semasa operasi taktikal dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Seluar ini juga disyorkan untuk pendaki gunung, pemancing, pemburu, mekanik, pemandu trak 4x4 dan penggiat aktiviti luar. Miliki dan rasai produk berkualiti dari 5.11 !!

Harga: RM 168.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-seluar-kargo-taktikal/

NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.

nullnullnull



1) Jenis: Seluar kargo "Covert" 5.11
model: 74290
saiz USA: 28, 36, 38, 40, 42, 44
warna: coklat tua, coklat cair, hijau tundra
jenis fabrik: 8.5 oz. kapas lembut tebal tahan lasak

Negara ASAL pengeluar: USA
buatan: china

Keterangan: Seluar kargo "COVERT" 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik seluar ini cukup tebal dan lembut bila disentuh, diperbuat dari kapas 8.5 oz. dan sangat tahan lasak.
Kelainan seluar ini, bahagian sisi seluar didatangkan dengan poket berzip yang agak tersembunyi dengan bahagian dalamnya terdapat kocek. Juga tambahan 1 lagi poket berzip pada bahagian sisi poket hadapan yang juga tersembunyi dimana keseluruhan poket seluar ini sebanyak 8 bahagian.

Untuk menguatkan struktur, jahitan pada bahagian kritikal seluar dibuat 3 kali. Ia boleh dipakai oleh anggota keselamatan semasa tugas risikan, operasi taktikal dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Seluar ini juga disyorkan untuk pendaki gunung, pemancing, pemburu, pemandu trak 4x4 dan penggiat aktiviti luar. Miliki dan rasai produk berkualiti dari 5.11 !!

Harga: RM 180.00

NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.

nullnullnullnull



1) Jenis: Seluar jean Defender Flex" 5.11
model: 74465
saiz USA: 28 - 40 (potongan slim fit)
warna: biru INDIGO, kelabu gelap
material fabrik: 10 oz. denim Lycra T400 Tough Max
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: kemboja

Keterangan: Seluar jeans untuk taktikal ini adalah ASLI dari 5.11 dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Jenama ini dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Keistimewaan jeans 5.11 ini, ia menggunakan fabrik denim TEKNOLOGI BARU jenis 10 oz. denim + Lycra T400 Max yang merupakan 2 kali lebih tahan lasak dan kukuh berbanding fabrik jeans biasa. Zip seluar menggunakan jenama YKK dan butang selak pada seluar cukup berkualiti. Seluar ini adalah potongan kurus jenis SLIM FIT & didatangkan dengan 7 poket termasuk 2 poket khas menyimpan peluru magazine senjata api. Warna biru indigo seluar bersama garisan "misai kucing" pada hadapannya membuatkan si pemakai tampak maskulin dan bergaya. Ia boleh dipakai ketika tugas penyamaran, operasi taktikal dan cukup selesa & bergaya sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Seluar ini juga disyorkan untuk penunggang motorsikal, pemburu, pemandu trak 4x4, pekerja di persekitaran lasak dan buat mereka yang tercari-cari seluar jeans untuk taktikal !

Harga: RM 492.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-seluar-jeans-taktikal-defender/

NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.

nullnullnullnull



1) Jenis: Seluar kargo "ICON" 5.11
model: 74521
saiz USA: 28 - 40
warna: hitam, coklat cerah, hijau kelam, coklat tua, kelabu, biru gelap
material fabrik: 6.8 oz. Flex-Tac ripstop (dilapisi TEFLON)
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: bangladesh

Keterangan: Seluar taktikal kargo dari model TERBARU yang digelar "ICON" ini adalah ASLI dari 5.11 dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Merupakan seluar kargo GENERASI BARU potongan "slim fit" dengan 10 poket padanya. Ia dibekalkan sebagai pakaian seragam kepada anggota FBI (agensi risikan USA), Unit Penguatkuasa dan Polis Amerika dan di serata dunia. Fabrik seluar "ICON" ini adalah ringan, mudah REGANG dan cukup tahan lasak dari fabrik TEKNOLOGI BARU jenis 6.8 oz Flex-tac Ripstop. Ia mempunyai ruang pada poket yang agak luas serta jahitan pada bahagian penting seluar sebanyak 3 kali agar kukuh dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia boleh dipakai semasa tugas rutin dan operasi dan TERBAIK dijadikan pakaian seragam oleh anggota keselamatan (polis, tentera) dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti lasak. Disyorkan untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; pendaki gunung/berkhemah/pemuzik, penunggang motorsikal, pengembara, peluncur skateboard, mekanik, pemandu kenderaan berat. Buat mereka yang tercari-cari seluar kargo dari fabrik TERBAIK dan PALING SELESA keluaran dari jenama taktikal disegani dunia 5.11 sematkan ia di hati sanubarimu selamanya !!

Harga: RM 493.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-seluar-kargo-taktikal-icon/

NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.

nullnullnullnull



1) Jenis: Seluar kargo "ABR PRO" 5.11
model: 74512
saiz USA: 28 - 44
warna: coklat tua, hitam, biru gelap, coklat cair, hijau kelam
material fabrik: 5.6 oz. FlexTac ripstop (dilapisi TEFLON)

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: bangladesh

Keterangan: Seluar taktikal kargo dari model TERBARU yang digelar "ABR PRO" ini adalah ASLI dari 5.11 dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Merupakan seluar kargo GENERASI BARU dengan 9 poket padanya. 5.11 membekalkan pakaian seragam kepada anggota FBI (agensi risikan USA), Unit Penguatkuasa dan Polis Amerika dan di serata dunia termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Fabrik seluar ABR PRO ini cukup SELESA, ringan, mudah REGANG dan cukup tahan lasak dari fabrik TEKNOLOGI BARU jenis 5.6 oz Flex-tac Ripstop. Ia didatangkan dengan besi penyangkut pada hadapannya serta mempunyai ruang pada poket yang agak luas serta jahitan pada bahagian penting seluar sebanyak 3 kali agar kukuh dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia boleh dipakai semasa tugas rutin dan operasi dan TERBAIK dijadikan pakaian seragam oleh anggota keselamatan (polis, tentera) dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti lasak. Disyorkan untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; pendaki gunung/berkhemah/pemuzik, penunggang motorsikal, pengembara, mekanik, pemandu kenderaan berat. Buat mereka yang tercari-cari seluar kargo dari fabrik TERBAIK dan PALING SELESA keluaran dari jenama taktikal disegani dunia 5.11 ---- kualiti taktikal buat semua insan di dunia !!

Harga: RM 379.00 - sehelai

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-seluar-kargo-taktikal-abr-pro/

NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.


nullnullnullnull

Category: NEW ERA - topi
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi New Era X SANTA CRUZ
model: 59FIFTY (12154768)
saiz: 7.5 (ukurlilit 59.6cm)
warna: hitam
material fabrik: benang bulu bebiri
keluaran: New Era Cap Company, Inc, Buffalo, New York, USA
buatan: china

Keterangan: Topi ini merupakan EDISI ISTIMEWA yang merupakan kerjasama antara SANTA CRUZ dan New Era dari model 59FIFTY dan ia adalah ASLI. Santa Cruz merupakan pengeluar alatan skateboard, snowboard, surf board tertua di dunia yang diasaskan sejak 1973 oleh Richard Novak, Doug Haut dan Jay Shuirman. Manakala syarikat New Era Cap Co. diasaskan oleh Ehrhardt Koch pada tahun 1920 di Buffalo, USA yang merupakan pengeluar topi rasmi untuk pasukan besbol (MLB), bola sepak (NFL) & bola keranjang (NBA) di seluruh Amerika Syarikat. Jenama New Era pada hari ini telah menjadi buruan & ikutan ramai peminat topi dan dipakai di seluruh dunia termasuk golongan penyanyi & pelakon ternama. Logo tangan pada hadapan topi yang merupakan logo utama SANTA CRUZ skateboard yang direka oleh Jim Phillips pada tahun 1985 disulam dengan kemas manakala pada bahagian tepi dengan logo NE berwarna biru kelihatan cukup bergaya. Keseluruhan fabrik topi ini menggunakan fabrik benang bulu bebiri yang tahan lasak dan TERBAIK kualitinya. Warna pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama SANTA CRUZ dan New Era kerana ia dikeluarkan sekali sahaja dalam unit terhad, jadikan topi EDISI ISTIMEWA ini sebagai koleksi anda sehingga ke akhir usia !

Harga: RM 215.00

nullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Seluar pendek THE NORTH FACE
model: NF0A49ADPLX
saiz USA: XS (pinggang 30)
Jumlah poket: 4
warna: coklat cerah
jenis fabrik: Nylon DWR
Keluaran: The North Face, Inc., Alameda, USA
Buatan: indonesia

Keterangan: Seluar pendek fabrik lembut-ringan ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran dari jenama THE NORTH FACE ia adalah ASLI keluaran The North Face Inc. Alameda. Entiti ini adalah pengeluar beg pakaian & peralatan aktiviti luar terbesar USA yang diasaskan oleh mendiang Douglas Tompkins dan Susie Tompkins pada 1966 yang aktif dengan aktiviti meluncur salji dan mendaki gunung. Logo dan nama The North Face diambil sempena kubah batuan granit di Taman Negara Yosemite California. Jenama ini banyak menaja ekspedisi mendaki gunung dan muka bumi yang sukar & berbahaya termasuk Everest K2 Kilimanjaro Antartika Lows Gully dan banyak lagi di serata dunia.

Fabrik dengan teknologi DWR (kalis air) pada seluar pendek ini lembut cukup ringan mudah kering dan berupaya menyahkan peluh & kelembapan pada anggota tubuh si pemakai. Ia didatangkan dengan 4 poket pada sisi kiri dan kanan seluar disamping talipinggang kekal pada hadapan untuk mengukuhkan bahagian pinggang seluar mengikut keselesaan anda. Ia merupakan seluar TERBAIK yang fabriknya membolehkan pengaliran udara lancar di dalam & luar agar si pemakai cukup selasa dan tidak panas, untuk kegunaan anda ketika di gimnasium larian bersenam mendaki gunung berkayak menunggang basikal.

Harga: RM 185.00

nullnullnull




1) Jenis: Stokin THE NORTH FACE
tinggi : 17cm
Kuantiti sebungkus: 3 pasang
warna: kelabu cerah, biru cerah, hijau kelam
Fabrik: 35% Coolmax, 35% kapas, 27% nylon, 3% polyurethane
Keluaran: The North Face, Inc., Alameda, USA

Keterangan: Stokin / sarung kaki ini adalah ASLI dan dibuat KHUSUS untuk pasaran Korea Selatan, merupakan barangan PREMIUM keluaran dari jenama THE NORTH FACE, ia adalah ASLI keluaran The North Face, Inc., Alameda. Entiti ini adalah pengeluar beg, pakaian & peralatan aktiviti luar terbesar USA yang diasaskan oleh mendiang Douglas Tompkins dan Susie Tompkins pada 1966, yang aktif dengan aktiviti meluncur salji dan mendaki gunung. Logo dan nama The North Face diambil sempena kubah batuan granit di Taman Negara Yosemite, California. Jenama ini banyak menaja ekspedisi mendaki gunung dan muka bumi yang sukar & berbahaya termasuk Everest, K2, Kilimanjaro, Antartika, Lows Gully dan banyak lagi di serata dunia.

Stokin dengan fabrik dengan teknologi COOLMAX pada stokin ini lembut, cukup ringan, cepat kering dan berupaya menyahkan peluh & kelembapan pada kaki si pemakai. Ia berbaloi dimiliki kerana didatangkan 3 pasang, merupakan stokin TERBAIK yang fabriknya membolehkan pengaliran udara lancar di dalam & luar agar kaki cukup selasa dan tidak panas, untuk kegunaan anda ketika di gimnasium, berlari, bersenam, mendaki gunung, menunggang basikal.

Harga: RM 105.00

nullnullnull



1) Jenis: topeng muka / balaclava THE NORTH FACE
Model: NF00A6Y3
Jenis fabrik: polyester, elastane
Ukuran: 36 cm panjang
Warna: hitam
Keistimewaan: Menyahkan kelembapan, cepat kering, tidak gatal untuk cuaca panas

Keterangan: Topeng muka / balaclava ini adalah dari jenama THE NORTH FACE, ia adalah ASLI keluaran The North Face, Inc., Alameda. Entiti ini adalah pengeluar beg, pakaian & peralatan aktiviti luar terbesar USA yang diasaskan oleh mendiang Douglas Tompkins dan Susie Tompkins pada 1966, yang aktif dengan aktiviti meluncur salji dan mendaki gunung. Logo dan nama The North Face diambil sempena kubah batuan granit di Taman Negara Yosemite, California. Jenama ini banyak menaja ekspedisi mendaki gunung dan muka bumi yang sukar & berbahaya termasuk Everest, K2, Kilimanjaro, Antartika, Low's Gully dan banyak lagi di serata dunia.

Topeng muka ini dibuat khusus untuk kegunaan pendaki gunung, pemancing, penunggang motorsikal, pemandu jentera berat, peluncur salji dan sesuai juga untuk anggota polis / tentera semasa tugas taktikal / peperangan untuk perlindungan terutama pada bahagian muka, kepala & leher. Istimewanya, topeng muka ini diperbuat dari bahan TERBAIK yang dapat menyahkan kelembapan, cepat kering manakala pemakainya tidak mengalami kegatalan pada kulit walau dipakai ketika cuaca panas terik atau dipakai bersama topi keledar / cermin mata.

Harga: RM 125.00

nullnullnull


1) Jenis: topi logo kapak "trucker" THE NORTH FACE
model: NF0A3FKM
saiz: -
warna: kombinasi warna coklat dan hitam
material fabrik: kapas dan polyester
Keluaran: The North Face, Inc., Alameda, USA

Buatan: china

Keterangan: Topi ini adalah dari jenama THE NORTH FACE, ia adalah ASLI keluaran The North Face, Inc., Alameda. Entiti ini adalah pengeluar beg, pakaian & peralatan aktiviti luar terbesar USA yang diasaskan oleh mendiang Douglas Tompkins dan Susie Tompkins pada 1966, yang aktif dengan aktiviti meluncur salji dan mendaki gunung. Logo dan nama The North Face diambil sempena kubah batuan granit di Taman Negara Yosemite, California. Jenama ini banyak menaja ekspedisi mendaki gunung dan muka bumi yang sukar & berbahaya termasuk Everest, K2, Kilimanjaro, Antartika, Low's Gully dan banyak lagi di serata dunia.
Logo kapak bersilang pada hadapan topi dijahit kemas, warna coklat dan hitam pada topi dan logo ini cukup menyerlahkan gaya buat si pemakai yang dahagakan cabaran sesuai dengan cogankata mereka Never Stop Exploring. Topi dari jenis "trucker" yang sebahagiannya berjaring membolehkan pengaliran udara segar dari luar/dalam. Warna pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama THE NORTH FACE, dapatkan ia sebagai koleksi peribadi anda !!

Harga: RM 174.00

nullnullnullnull


1) Jenis: beg silang Field THE NORTH FACE
model: NF0A3KZSTP5-0S
Muatan: 7 liter
Ukuran: 21 x 5.7 x 27.9 cm

Jumlah ruang: 3
warna: biru gelap
berat: 270 gram
material fabrik: polyester kitar semula
Keluaran: The North Face Inc. Alameda USA
Buatan: Vietnam

Keterangan: Ini adalah beg silang keluaran dari jenama THE NORTH FACE, ia adalah ASLI keluaran The North Face Inc. Alameda. Entiti ini adalah pengeluar beg, pakaian & peralatan aktiviti luar terbesar USA yang diasaskan oleh mendiang Douglas Tompkins dan Susie Tompkins pada 1966 yang aktif dengan aktiviti meluncur salji dan mendaki gunung. Logo dan nama The North Face diambil sempena kubah batuan granit di Taman Negara Yosemite California. Jenama ini banyak menaja ekspedisi mendaki gunung dan muka bumi yang sukar & berbahaya termasuk Everest, K2, Kilimanjaro, Antartika, Lows Gully dan banyak lagi di serata dunia.

Sebagai menyokong kempen selamatkan bumi Fabrik beg diperbuat dari bahan Polyester dari bahan kitar semula yang cukup tebal serta tahan lasak membolehkan ia tahan bertahun-tahun dipakai tanpa rasa ragu. Beg dijahit kemas yang menyerlahkan gaya buat si pemakai yang dahagakan cabaran sesuai dengan cogankata mereka Never Stop Exploring. Beg silang ini cukup praktikal untuk kegunaan sesiapa sahaja untuk mengisi barangan telefon bimbit, pisau, cermin mata, pemetik api, alatan EDC, lampu suluh dan sebagainya. Beg kecil ini boleh dipakai pada bahagian hadapan badan / belakang / disilang mengikut keselesaan si pemakai dalam apa jua situasi. Ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama THE NORTH FACE dapatkan ia sebagai koleksi peribadi anda !!

Harga: RM 187.00

nullnullnull