/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for November 2020
1) Jenis: Pisau poket / Alat serbaguna Rangergrip 178 Victorinox Swiss Army
model: 0.9663.MWC4
Panjang: 13cm
Berat: 169 gram
Material: Besi tahan karat dan plastik ABS
Warna: Kombinasi hijau dan hitam
Buatan: Delemont, Switzerland
Bilangan alatan: 12 jenis

Keterangan: Pisau poket / alat serbaguna berwarna hijau gelap dan hitam yang dipanggil Ranger Grip 178 ini merupakan keluaran ASLI dari WENGER, merupakan entiti di bawah Victorinox AG, Switzerland. Wenger dahulunya merupakan pesaing terdekat Victorinox tetapi semenjak tahun 2005 ia telah di ambil alih oleh Victorinox sepenuhnya. Merupakan sejenis alatan bersaiz besar dan mempunyai permukaan yang kasar bila digenggam dengan buatannya yang cukup kemas & mantap dengan warna yang ELEGAN. Istimewanya, butang kunci pada alatan ini dibuat pada logo Victorinox yang boleh dipicit. Ia cukup berguna/sesuai untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA), sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki gunung/berkhemah/memancing/pencari hasil hutan atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi.

Ia mempunyai 12 jenis alatan serbaguna:
1. Pisau besar mata gigi mudah-buka dengan ibu jari
2. gergaji kayu
3. pemutar skru 3mm
4. pemutar skru 5mm
5. pemutar skru Philip
6. pembuka tin
7. pengoyak jaket wayar
8. pembuka penutup botol
9. alat untuk membesarkan lubang / menjahit kulit
10. penyepit
11. pencungkil gigi
12. penggantung kunci

Harga: RM 332.00 *

nullnullnullnull
1) Jenis: Set pengasah & pisau poket
panjang: Pengasah (9.8 sentimeter), Pisau Poket (8.5 sentimeter)

material mata asah: aloi karbida
kadar asah: sederhana
Buatan: (pengasah) ISTOR AG, Frauenfeld, Switzerland & (Pisau poket) Victorinox AG, Ibach, Switzerland

Keterangan: Set ini merupakan EDISI KHAS yang dikeluarkan dengan kerjasama antara ISTOR dan VICTORINOX Switzerland yang merupakan konglomerat berprestij sebagai pengeluar pisau dan pengasah sejak berabad lampau. Pengasah batang ini di keluarkan oleh Istor AG yang merupakan antara pengeluar pengasah pisau yang masih bertahan di Switzerland, diasaskan oleh Josef A. Schefer sejak tahun 1964. Manakala pisau lipat ini merupakan keluaran Victorinox AG semenjak tahun 1884 yang diasaskan oleh Karl Elsener.
Ia cukup berguna untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA/FRU/Paskal),
dan kegunaan oleh individu yang terlibat aktiviti luar; mendaki gunung/berkhemah/mountain bike, pemancing atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan rare dan koleksi. Pengasah ini sesuai untuk menajamkan pisau kecil, gunting, pisau bilah bergigi, pahat, cangkuk, pisau bilah bengkok dan alatan yang mempunyai sudut sempit. Pengasah ini hanya perlu dicondongkan mengikut kemahuan anda dan tarik dengan perlahan mata asah (gunakan sisi mata asah) pada benda yang ingin diasah.

Pisau poket ini mempunyai 11 jenis alatan serbaguna:

1. pisau bilah besar
2. pembuka tin
3. pemutar skru 3 mm
4. pembuka penutup botol
5. pemutar skru 5 mm
6. alat untuk membesarkan lubang, pengetuk
7. pencungkil gigi
8. penyepit halus
9. pembuka gabus botol
10. penggantung kunci
11. penggosok kuku

Harga: RM 167.00

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: sandal Zcloud Chaco
model: J106783
STATUS: baru
saiz: 8 US / 7 UK
warna: hitam (tapak), ungu bercorak (tali)
material: getah sintetik polyurethane, polyester, getah "ChacoGrip"
pengiktirafan: APMA (American Podiatric Medical Association)
Keluaran: Wolverine World Wide Inc, Michigan, USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Sandal ini adalah ASLI, keluaran dari Wolverine World Wide Inc., Rockford, Michigan. Selipar sandal CHACO ini sebenarnya dicipta oleh Mark Paigen pada tahun 1989 yang merupakan seorang pemancing dan terlibat dengan aktiviti berkayak di sungai arus deras. Beliau mendapat idea untuk mencipta sandal yang mudah kering dan memberi sokongan / keselesaan yang terbaik pada tapak kaki ketika aktiviti luar semasa memancing & berkayak di sekitar Sungai Colorado ketika itu.
Sandal ini dicipta dengan tali polyester yang berwarna warni yang menarik, boleh dilaras mengikut kaki si pemakai bersama klip plastik padanya tanpa pelekat velcro pada kebiasaan sandal jenama lain. Tapak sandal ini adalah anti kuman (menyahkan bau busuk), ia menggunakan teknologi tersendiri "ChacoGrip" yang diperbuat dari getah sintetik khas yang mencengkam dengan jitu ketika permukaan basah dan kering. Tapaknya yang tebal dan tali pengikat yang tahan tekanan tinggi serta mendapat pengiktirafan APMA (American Podiatric Medical Association) membuatkan ia menjadi pilihan pendaki gunung, pemandu bot, pemancing dan penggiat aktiviti luar sejak berdekad lalu di seluruh dunia !

Harga: RM 365.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/chaco-selipar-sandal-lasak/

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lasak biru DAIWA
model: 04910002
Panjang: 9 CM atau 3.54 inci (panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 21cm atau 8.26 inci
Material: Besi tahan karat
Warna hulu: biru
Buatan: Globeride, Inc., Tokyo, Jepun

Keterangan: Pisau ini dibuat oleh Globeride Inc. Jepun yang merupakan pengeluar terulung alatan memancing dari jenama DAIWA. Perusahaan ini diasaskan pada 1958 yang berpusat di Higashikurume, Tokyo. Produk mereka yang terkenal di serata dunia ialah kekili pancing, joran, kayu golf, raket tenis & alatan berkaitan basikal. Pisau lasak ini dibuat khusus untuk pemancing / penggiat aktiviti luar --- berguna untuk menghiris umpan, menyiang ikan, hidupan air dan juga pisau untuk ikhtiar hidup di hutan belantara.
Hulu pisau ini mempunyai klip dan hulunya terbahagi 2 yang boleh dibuka dan dilipat agar ia menjadi pendek dan untuk menyimpan mata pisau dengan selamat. Pisau ini cukup kecil & sesuai disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; taktikal/memburu/mendaki/berkhemah/memancing atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi.

Harga: (HABIS !)

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Baju kolar Canterbury X Rugby World Cup 2019 Jepun
model: VWD-39112
material fabrik: Polyester
saiz: M
lebar: 52cm
warna: biru gelap
Keluaran: Canterbury of New Zealand Ltd

Keterangan: Ini adalah baju polo berkolar EKSKLUSIF dan merupakan cenderamata RASMI dengan kerjasama dari CANTERBURY yang hanya dikeluarkan sempena Kejohanan Piala Ragbi Dunia 2019 Jepun, dibuat khusus buat peminat sukan ragbi. Fabriknya diperbuat dari polyester yang mudah regang sepenuhnya. Ia cukup ringan dan tidak berkedut dan keistimewaan fabrik ini, ia menyahkan kelembapan malah cepat kering. Baju ini mempunyai logo CANTERBURY dan Rugby World Cup Japan 2019 pada bahagian hadapan yang disulam kemas. Manakala pada bahagian bahu, lengan dan sisi terdapat jaluran fabrik berwarna merah di jahit bersama agar tampak unik dan "stylo" !
Ia boleh dipakai semasa bekerja, bersukan, berbasikal, melakukan aktiviti luar. Ini merupakan baju RARE yang jarang ada di pasaran Malaysia dan merupakan stok yang tidak lagi dikeluarkan.

Produk eksklusif EDISI KHAS ini diimpot terus dari kedai rasmi RWC2019 Jepun. Cenderamata keluaran terhad yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat barangan "RARE" !! Jadilah mereka yang bertuah memiliki barangan yang hanya dikeluarkan sekali sahaja seumur hidup.

Harga: RM 497.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pemetik api ZIPPO X Hard Rock Cafe KYOTO
Warna: tembaga keemasan
Ukuran: 5.5 x 3.5 sentimeter
Buatan: Zippo Manufacturing Company, Pennsylvania, USA

Keterangan: Ini merupakan pemetik api edisi ekslusif KHAS (ASLI) yang dikeluarkan KHAS dengan kerjasama Hard Rock Cafe Kyoto, Jepun (restoran berkonsep muzik). Perusahaan ZIPPO bermula sejak tahun 1932 dan diasaskan oleh George Grant Blaisdell yang berpusat di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Pemetik api Zippo pada awalnya cukup terkenal di kalangan tentera Amerika semasa perang dunia ke 2 dan seterusnya menjadi terkenal di seluruh dunia, ia menjadi simbol gaya dan status para peminat pemetik api sejak zaman berzaman.

Pemetik api ini didatangkan dengan kotak comel bercetak Hard Rock Cafe bersama nota dalam tulisan Jepun, mempunyai pelekat hologram Hard Rock Cafe dan pada bahagian tepi diukir logo Hard Rock Cafe Kyoto. Pemetik api ini diperbuat dari bahan TEMBAGA yang berwarna keemasan nan berkilauan bersama logo gitar dan motif flora diukir halus pada permukaannya. Ia sangat disyorkan buat peminat / pengumpul pemetik api. Ini merupakan pemetik api edisi khas yang jarang ada di pasaran dan cukup "RARE". Dapatkan segera sebelum hilang ditelan masa !

Harga: RM 273.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Topi Canterbury x Rugby World Cup 2019 Jepun
model: VWD-09310
material fabrik: kapas 100%
saiz: -
warna: hitam
Keluaran: Canterbury of New Zealand Ltd

Keterangan: Ini adalah topi EKSKLUSIF dan merupakan cenderamata RASMI dengan kerjasama dari CANTERBURY yang hanya dikeluarkan sempena Kejohanan Piala Ragbi Dunia 2019 Jepun, dibuat khusus buat peminat sukan ragbi. Ia boleh dipakai semasa panas terik atau semasa embun untuk melindungi kepala anda. Topi ini dibuat kemas dengan logo rasmi Kejohanan Ragbi Piala Dunia Jepun 2019 bersama logo CANTERBURY dan tulisan 2019 yang kesemuanya disulam kemas dan rapi.

Produk eksklusif EDISI KHAS ini diimpot terus dari kedai rasmi RWC2019 Jepun. Cenderamata keluaran terhad yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat barangan "RARE" !! Jadilah mereka yang bertuah memiliki barangan yang hanya dikeluarkan sekali sahaja seumur hidup.

Harga: RM 270.00

nullnullnull