/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for January 2021
Category: HERSCHEL - beg
Posted by: jimbit
1) Jenis: beg kantung HERSCHEL
model: sinclair large
Ukuran: 7.5 x 5 x 1.75 inci
muatan: 1.5 liter
Jumlah ruang: 3
warna: kelabu cerah
material fabrik: Polyester tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: Herschel Supply Co., Vancouver, Kanada
Buatan: china

Keterangan: Ini adalah beg kantung / silang keluaran ASLI dari Herschel Supply Company yang berpusat di Vancouver, Kanada. Entiti ini diasaskan oleh Lyndon dan Jamie Cormack pada tahun 2009. Nama Herschel diambil sempena sebuah perkampungan terpencil Saskatchewan Kanada yang merupakan tempat asal pengasasnya. Produk utama jenama ini adalah pelbagai jenis beg yang menjadi pilihan ramai kerana kualiti fabriknya yang tahan lasak dan mempunyai warna yang menarik hati. Jenama Herschel pada hari ini telah menjadi buruan & ikutan ramai peminat beg & "streetwear" dan dipakai di seluruh dunia termasuk golongan penyanyi & pelakon ternama antaranya Hilary Duff, Natalie Portman, Megan Fox, Emma Roberts dan ramai lagi.
Keseluruhan klip beg menggunakan jenama Duraflex yang diakui cukup berkualiti serta kukuh dan tidak mudah retak / patah seperti jenama kebiasaan lain. Jahitan dan buatan keseluruhan beg ini dibuat dengan rapi dengan kawalan kualiti yang ketat dari pihak Herschel Supply Company yang tidak berkompromi soal berkenaan. Ia kelihatan ringkas dan menarik untuk diletak pada pinggang / disangkut pada beg / disilang di badan. Ia cukup praktikal dan bergaya untuk menyimpan pelbagai alatan ketika bertugas / mengembara / beriadah; lampu suluh, pisau, telefon bimbit, powerbank, dompet, buku nota, alatan EDC dan sebagainya. Cukup disyorkan untuk mereka yang mahu mengisi alatan peribadi tanpa perlu membawa beg yang besar / mengisi ke dalam poket. Milikinya segera, anda mungkin memerlukan kelak !!

Harga: RM 125.00

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi COACH Trucker IRONMAN
model: 9951000131157
saiz: -
Warna: hitam berjalur
material fabrik: polyester
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: china

Keterangan: Ini adalah topi berjaring untuk Jurulatih bertauliah IRONMAN keluaran ASLI dari IRONMAN Triathlon. Merupakan kerjasama antara IRONMAN dan BOCO Gear (pengeluar peralatan sukan/rekreasi dari Colorado USA). IRONMAN merupakan acara sukan lasak yang dianjurkan oleh World Triathlon Corporation (WTC) yang bermula semenjak tahun 1978. Acara sukan triathlon ini diadakan di seluruh dunia termasuk Amerika, Afrika, Australia, New Zealand, Eropah, Asia termasuk di Malaysia (IRONMAN Langkawi) sendiri. Acara sukan ini dianggap sukan pelbagai kategori paling MENCABAR dari segi fizikal dan mental di dunia yang perlu dihabiskan dalam masa 1 hari !! Acara sukan IRONMAN melibatkan acara berenang, berbasikal, lari marathon dan perlu diselesaikan dalam masa 16 - 17 jam.

Pada bahagian hadapan tertera logo IRONMAN Certified Coach yang disulam dengan cukup kemas dan teliti bersama fabrik berjalur yang tampak bergaya. Pada sebahagian topi ini dengan fabrik jenis berjaring membolehkan pengaliran udara keluar/masuk pada bahagian kepala. Topi ini terbaik dipakai semasa memandu, bersukan untuk melindungi kepala anda dari panas / embun. Produk eksklusif yang diimpot khas dari ibu pejabat IRONMAN Tampa, Florida USA. Produk berkualiti tinggi yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat triathlon IRONMAN dan barangan RARE sebagai koleksi !!

Harga: STOK HABIS

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pemetik api ZIPPO X Tentera United States Marines
Warna: hijau tentera
Ukuran: 5.5 x 3.5 sentimeter
Buatan: Zippo Manufacturing Company, Pennsylvania, USA

Keterangan: Ini merupakan pemetik api edisi eksklusif KHAS (ASLI) yang dikeluarkan KHAS untuk Kor Marin Tentera Laut Amerika (United States Marines Corps). Perusahaan ZIPPO bermula sejak tahun 1932 dan diasaskan oleh George Grant Blaisdell yang berpusat di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Pemetik api Zippo pada awalnya cukup terkenal di kalangan tentera Amerika semasa perang dunia ke 2 dan seterusnya menjadi terkenal di seluruh dunia, ia menjadi simbol gaya dan status para peminat pemetik api sejak zaman berzaman.
Pemetik api ini dibuat dengan warna hijau tentera bersama tulisan "MARINES" dan logo United States Marines pada permukaannya. Kor marin merupakan unit perang amfibia dan infantri di bawah Angkatan Tentera Laut Amerika yang ditubuhkan pada tahun 1775. Sejak ditubuhkan dahulu, unit ini telah terlibat dengan pelbagai operasi taktikal dan peperangan antaranya perang Dunia 1, perang Dunia 2, perang Korea, perang Vietnam, perang Iraq, operasi di Afghanistan dan pelbagai lagi operasi sulit lain.
Pemetik api Zippo X USMC ini dikeluarkan pada tahun 2007 dan merupakan model yang TIDAK lagi dikeluarkan, sangat disyorkan buat peminat barangan ketenteraan & pengumpul pemetik api. Dapatkan segera sebelum hilang ditelan masa !

Harga: RM 180.00

nullnullnullnull
Category: HERSCHEL - beg
Posted by: jimbit
2) Jenis: beg pinggang celoreng Herschel
model: Eighteen
Ukuran: 7 x 11 x 3 inci
Muatan: 6 liter
warna: celoreng hijau

Jumlah ruang: 3
material fabrik: 20 oz. Polyester tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: Herschel Supply Co., Vancouver, Kanada
Buatan: Vietnam

Keterangan: Ini adalah beg pinggang keluaran ASLI dari Herschel Supply Company yang berpusat di Vancouver, Kanada. Entiti ini diasaskan oleh Lyndon dan Jamie Cormack pada tahun 2009. Nama Herschel diambil sempena sebuah perkampungan terpencil Saskatchewan Kanada yang merupakan tempat asal pengasasnya. Produk utama jenama ini adalah pelbagai jenis beg yang menjadi pilihan ramai kerana kualiti fabriknya yang tahan lasak dan mempunyai warna yang menarik hati. Jenama Herschel pada hari ini telah menjadi buruan & ikutan ramai peminat beg & streetwear dan dipakai di seluruh dunia termasuk golongan penyanyi & pelakon ternama antaranya Hilary Duff, Natalie Portman, Megan Fox, Emma Roberts dan ramai lagi.
Fabrik beg dari warna celoreng berwarna hijau membuatkan si pemakai tampak maskulin dan gagah, fabriknya cukup tebal serta tahan lasak, membolehkan ia tahan bertahun-tahun dipakai tanpa rasa ragu. Manakala keseluruhan klip beg cukup berkualiti yang cukup kukuh serta tidak mudah retak / patah seperti jenama kebiasaan lain. Jahitan dan buatan keseluruhan beg ini dibuat dengan rapi dengan kawalan kualiti yang ketat dari pihak Herschel Supply Company yang tidak berkompromi soal berkenaan.
Beg pinggang ini cukup praktikal untuk kegunaan sesiapa sahaja untuk mengisi barangan; telefon bimbit, pisau, cermin mata, pemetik api, alatan EDC, lampu suluh dan sebagainya. Beg kecil ini boleh dipakai pada bahagian hadapan badan / belakang / disilang mengikut keselesaan si pemakai dalam apa jua situasi.

Harga: RM 160.00 (HABIS !)

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: tali lanyard Victorinox
model: 4.1879.503
panjang tali: 90cm
Warna: ungu
Material fabrik: polyester
Material klip penyangkut: Besi krom tahan karat
Buatan: Victorinox AG, SWITZERLAND

Keterangan: Tali penggantung / lanyard ini merupakan keluaran ASLI dari VICTORINOX AG, jenama yang menjadi kebanggaan Switzerland yang berpangkalan di Ibach semenjak tahun 1884 yang diasaskan oleh Karl Elsener. Ia TERBAIK digunakan untuk menggantung pas kerja anda atau digantung pisau poket atau anak kunci dan sebagainya. Produk ini agak jarang didapati di pasaran tempatan dan ia wajib dimiliki oleh sesiapa sahaja terutama peminat Victorinox sejak zaman berzaman. Dibuat khusus untuk pengumpul barangan "RARE" sebagai koleksi peribadi anda sehingga ke akhir usia !

Harga: RM 23.00 - seutas

nullnullnull
Category: 5.11 - kasut
Posted by: jimbit
1) Jenis: kasut taktikal NORRIS 5.11
Model: 12411
saiz: US 10 / UK 9 - jenis kaki kurus
warna: hitam
material: Nylon, suede, getah sintetik, alas kaki dalaman "Ortholite", tapak "Vibram" Marbrani, lapisan Welmax
Pengiktirafan: ASTM F2413-11

Keterangan: Merupakan rekabentuk kasut taktikal generasi BARU yang cukup bergaya buat si pemakai, menyerupai seakan kasut skate Airwalk & VANS. Ia adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Kasut ini dibuat untuk individu semasa aktiviti lasak, dicipta untuk kegunaan di pelbagai situasi dan keadaan untuk memberikan keselesaan, keseimbangan dan kawalan TERBAIK untuk kaki dan badan si pemakai. Ketinggian kasut ini dari kebiasaan dapat melindungi kaki dan buku lali anda dari kecederaan / ancaman pada sekeliling. Tapak jenis "VIBRAM Marbrani" memberi cengkaman terbaik di permukaan basah serta kering. Alas kaki pada dalaman kasut jenis Ortholite dapat menyerap hentak gegaran dengan baik dan sangat selesa.

Keistimewaan kasut ini ialah tapaknya kalis paku/benda tajam (piawaian ASTM F2413-11) sehingga tekanan 1200 Newton. Salah 1 lapisan tapaknya merupakan bahan Welmax yang tidak mudah ditembusi oleh objek tajam waima paku bersaiz panjang.
Kasut ini TERBAIK untuk semua anggota penguatkuasa di Malaysia (Polis, Tentera, JPJ, APMM, Imigresen, Kastam). Ia juga sangat TERBAIK untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; pemandu trak 4x4, penunggang motorsikal, mountainbike, pengembara. Kasut generasi baru dari pengeluar produk taktikal terulung Amerika !!

Harga: RM 631.00

nullnullnull