/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for April 2021
Category: 5.11 - Seluar
Posted by: jimbit
1) Jenis: Seluar kerja EDGE CHINO 5.11
model: 74481

saiz USA: 30, 32, 34, 36 (potongan SLIM FIT)
warna: hitam
material fabrik: 68% Polyester + 32% kapas FlexTac (dilapisi TEFLON)
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam


Keterangan: Seluar kerja dengan ciri taktikal dari model TERBARU yang digelar EDGE CHINO ini adalah ASLI dari 5.11 dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Merupakan seluar taktikal GENERASI BARU dengan 7 poket padanya. 5.11 membekalkan pakaian seragam kepada anggota FBI (agensi risikan USA), Unit Penguatkuasa dan Polis Amerika dan di serata dunia termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Fabrik seluar EDGE CHINO ini cukup SELESA, ringan, mudah REGANG dan cukup tahan lasak dari fabrik TEKNOLOGI BARU jenis campuran bahan kapas/polyester Flex-tac dengan potongan SLIM FIT. Di bahagian belakang seluar didatangkan dengan 4 poket yang boleh dimasukkan dompet duit / telefon bimbit / kelopak peluru. Bahagian penting seluar dijahit sebanyak 3 kali agar kukuh dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia boleh dipakai semasa tugas penyamaran, rutin dan TERBAIK dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau majlis rasmi. Disyorkan untuk mereka yang terlibat dengan berbagai aktiviti; pemuzik, penunggang motorsikal, pengembara, pemandu kenderaan berat. Buat mereka yang tercari-cari seluar untuk dipakai harian dari fabrik TERBAIK dan PALING SELESA keluaran dari jenama taktikal disegani dunia 5.11 ---- kualiti taktikal tanpa kompromi !

Harga: RM 411.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-seluar-kerja-taktikal-edge-chino/

NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: talipinggang taktikal Maverick 5.11
model: 59569
saiz: S (pinggang 28-30) , L (pinggang 36 - 38) , XL (pinggang 40 - 42)
warna: coklat, hitam
Lebar: 1.75 inci
material kepala talipinggang: besi 7075 aluminum aloi, tembaga
pengiktirafan: melepasi piawaian keselamatan ANSI Z359.1
kekuatan tegangan: sehingga 1800 kilogram !

material fabrik: Nylon tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Tali pinggang taktikal digelar "MAVERICK" gred tentera 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Merupakan kerjasama dengan AustriAlpin yang merupakan pengeluar terkemuka produk PREMIUM keselamatan PPE yang terkenal digunakan dalam industri, keselamatan, ketenteraan, sukan payung terjun, pendaki gunung. Produk AustriAlpin iaitu COBRA telah diuji dan diakui kualitinya, digunakan dalam sukan terjun ekstrim, program angkasa lepas NASA dan di dalam pelbagai filem Hollywood. Fabrik tali pinggang ini adalah tebal dan sangat tahan lasak serta kuat. Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi oleh anggota keselamatan/penguatkuasa/pengawal peribadi dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar mendaki gunung / penggiat sukan payung terjun atau mereka yang mahukan tali pinggang yang tahan lasak dan produk taktikal yang diakui kualiti tahap tertinggi !!

Harga: RM 377.00 - RM 571.00 seutas (bergantung pada saiz & warna)

talipinggang-maverick-cobra-5.11talipinggang-maverick-cobra-5.11talipinggang-maverick-cobra-5.11
Category: JANSPORT - beg
Posted by: jimbit
1) Jenis: beg galas Hatchet JANSPORT
model: JS0A47J452Y
Ukuran: 18 x 12 x 8 inci
Muatan: 28 liter
berat: 600 gram

warna: biru gelap + biru muda
Jumlah ruang:
material fabrik: 600D Polyester tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: Jansport Inc, Colorado, USA
Buatan: china

Keterangan: Ini adalah beg galas dipanggil HATCHET keluaran ASLI dari JANSPORT Inc. yang diasaskan di Seattle USA pada tahun 1967. Entiti ini diasaskan oleh Murray Pletz, Jan Lewis dan Norman. Nama JANSPORT diambil sempena nama Jan dan pertalian mereka dengan aktiviti sukan/rekreasi. Pada tahun 1972, pengasasnya mengadakan ekspedisi mendaki gunung Rainier di Washington dan kekal menjadi acara mendaki berkumpulan tahunan sehingga ke hari ini. Produk utama jenama ini adalah pelbagai jenis beg yang menjadi pilihan ramai kerana kualiti fabriknya yang tahan lasak dan mempunyai warna yang menarik hati.
Jansport merupakan antara pengeluar beg terbesar di dunia pada hari ini !

Fabrik beg dari warna biru menyerlahkan gaya di pemakai tatkala di kota dan di rimba raya, fabriknya dari jenis 600D Polyester adalah tahan lasak, membolehkan ia tahan bertahun-tahun dipakai tanpa rasa ragu. Manakala keseluruhan klip beg menggunakan jenama Duraflex yang cukup berkualiti yang cukup kukuh serta tidak mudah retak / patah seperti jenama kebiasaan lain. Jahitan dan buatan keseluruhan beg ini dibuat dengan rapi dengan kawalan kualiti yang ketat dari pihak Jansport Inc. yang tidak berkompromi soal berkenaan. Ia boleh digunakan untuk ke tempat kerja, mengembara, mendaki gunung, ke sekolah/kolej atau untuk aktiviti luar di rimba raya waima di hutan konkrit. Di dalamnya juga terdapat ruang untuk memasukkan komputer riba sehingga bersaiz 15 inci. JANSPORT - jenama lagenda dari mereka yang mengenal erti kualiti !

Harga: RM 215.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: kasut All Star "black label Celoreng" Converse
model: 165912C
STATUS: baru
saiz US: 7 dan 8
warna: celoreng
komponen bahan: kapas taktikal RIPSTOP, alas kaki "Ortholite"

Keterangan: Kasut EDISI ISTIMEWA dengan warna celoreng ini adalah ASLI, keluaran dari Converse Rubber Shoe Company Inc., merupakan pengeluar kasut lagenda ditubuhkan pada tahun 1908 di Massachusetts, USA. Model ini dikeluarkan semula sempena memperingati kegemilangan kasut Converse "black label" di era 1970an yang menjadi rebutan anak muda pada ketika itu di serata dunia !! Untuk makluman, kasut Converse "Black Label" merupakan versi PREMIUM yang dinaiktaraf dari segi kualiti dan bahan yang digunakan. Keseluruhan kasut ini menggunakan fabrik kapas RIPSTOP tahan lasak yang biasanya digunakan pada pakaian taktikal & tentera dimana ia lebih tebal dan terbaik jadi ia lebih tahan lasak dan tahan lebih lama.

Alas dalam bahagian kaki menggunakan teknologi "Ortholite" yang lebih tebal, lebih selesa, menyerap hentak, menyahkan kelembapan dan menyejukkan bahagian dalaman. Komponen getah pada kasut menggunakan getah lebih berkualiti & berkilat. Lubang pada tali menggunakan bahan logam nikel dan talinya pula dari fabrik yang lebih tebal. Perbezaan ketara Converse ini adalah label berwarna hitam pada belakang tumit kasut yang mempunyai 3 bintang dengan tulisan "Converse All Star Chuck Taylor" iaitu sama seperti pada keluaran Converse di tahun 1970an lampau. Pada bahagian dalam lidah kasut juga dicetak label nama pemilik kasut.
Ini merupakan model keluaran TERHAD dan RARE serta jarang didapati di pasaran. Model kasut ini hanya dikeluarkan sekali seumur hidup dan dibuat khusus buat peminat kasut Converse / peminat kasut RARE untuk dijadikan koleksi hingga ke penghujung usia !!

Harga: RM 255.00 - sepasang


nullnullnull
Category: 5.11 - topi
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi Trucker Stuntman 5.11
model: 89130
warna: hitam + merah
jenis fabrik: polyester & kapas
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Topi yang dipanggil STUNTMAN ini merupakan produk TERBARU keluaran ASLI dari 5.11 USA. Ia diperbuat dari fabrik terbaik kapas dan polyester untuk kegunaan harian anda sama ada ketika memandu, bekerja, beriadah, bersantai dalam apa jua keadaan, ia melindungi kepala anda dari panas / embun dan menyejukkan kepala juga, ini kerana sebahagian dari topi ini diperbuat dari fabrik polyester jenis berjaring jadi membolehkan pengaliran udara dari luar/dalam.
Pada bahagian hadapan topi dijahit lencana bertulis 5.11 bertemakan bendera Amerika. Topi ini menyerlahkan gaya buat si pemakai serta peminat barangan taktikal manakala warna pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama 5.11, dapatkan ia sebagai koleksi peribadi anda !!

Harga: RM 135.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-topi-stuntman-trucker/

nullnullnull
Category: 5.11 - baju
Posted by: jimbit
1) Jenis: Kemeja lengan pendek taktikal 5.11
model: 71152
saiz USA: S, L, XL, 3XL
warna: biru gelap, hitam, coklat tua, coklat cair, kelabu cerah
material fabrik: kapas tahan lasak 5.4 oz.

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: bangladesh

Keterangan: Baju kemeja lengan pendek taktikal dari fabrik kapas 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada Polis/tentera US, Unit Penguatkuasa dan agensi keselamatan di serata dunia. Ia diperbuat dari fabrik kapas yang agak tebal (5.4 oz) tahan lasak, ringan dan cepat kering. Ia mempunyai ruang poket tersembunyi pada dada (untuk menyimpan buku nota kecil/pistol/lampu suluh), jahitan pada bahagian kritikal kemeja adalah 3 kali, ruang aliran udara pada bahagian belakang, butangnya dari bahan melamin tidak mudah pecah / retak / terbakar.

Ia boleh dipakai ketika sebarang operasi taktikal dan cukup selesa sebagai pakaian harian atau untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Kemeja ini sangat disyorkan untuk anggota badan beruniform seperti polis, tentera, bomba, imigresen, JPJ, SMART, APMM dan semua anggota agensi penguatkuasa yang bertugas menjaga kedaulatan negara demi IBU PERTIWI !

Harga: RM 159.00

nullnullnull


1) Jenis: Kemeja lengan pendek TaclitePro 5.11
model: 71175
saiz USA: M, L, XL
warna: biru gelap, hitam, kelabu gelap, coklat cair
material fabrik: 4.4 oz. Taclite poly/kapas ripstop (dilapisi teflon)

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam/indonesia

Keterangan: Baju kemeja lengan pendek Taclite Pro 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada Polis/tentera US, Unit Penguatkuasa dan agensi keselamatan di serata dunia. Ia diperbuat dari fabrik yang tahan lasak, ringan dan cepat kering. Ia mempunyai poket tersembunyi pada dada (untuk menyimpan buku nota kecil/pistol/lampu suluh), jahitan pada bahagian kritikal kemeja adalah 3 kali, ruang aliran udara pada bahagian belakang dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia boleh dipakai ketika sebarang operasi taktikal oleh anggota keselamatan dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau dipakai ke pejabat atau untuk aktiviti luar; pendaki gunung, pengembara, pemandu jip 4x4, jurutera binaan, renjer hutan. Kemeja ini sangat disyorkan untuk anggota badan beruniform seperti polis, tentera, bomba, imigresen, JPJ, SMART, APMM. 5.11 -- kualiti taktikal sebenar untuk anda di kejauhan sana !!

Harga: RM 229.00 (sehelai)


nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Alat serbaguna Zilla CRKT
model: 9060
Ukuran: 16.5cm
Jenis besi: Besi tahan karat 3Cr13

Berat: 210 gram
Warna: kombinasi hitam & kelabu
Bilangan alatan: 6 jenis
Keluaran: Columbia River Knife & Tool Inc, Oregon, USA
Buatan: china

Keterangan: Alatan serbaguna CRKT unik dari model Zilla-Tool ini adalah ASLI dan merupakan sejenis playar/alat serbaguna yang cukup berguna, dikeluarkan oleh CRKT USA. Alat serbaguna ini didatangkan bersama sarung jenis Nylon berwarna hitam dan mempunyai butang punat di tengahnya untuk mengunci. Alat ini sangat disyorkan untuk dimiliki oleh mereka yang terlibat aktiviti luar; mendaki, berkhemah, berbasikal, penunggang motor, memancing, memburu atau mereka yang terlibat dalam kerja di bengkel atau pekerja penyelenggaraan / maintenance atau boleh disimpan dirumah atau di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi.

Ia mempunyai 6 jenis alatan/fungsi serbaguna:
- Playar
- Pemutar skru rata
- Pemutar skru Philip
- Pisau separuh bergigi (7 cm)
- Pemotong wayar/dawai kecil
- Klip penyangkut

Harga: RM 197.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: kapak tulang/daging "model G" Icel
model: 392.400G.15
berat: 1.51 kilogram (CUKUP BERAT !!)
material: besi tahan karat X50crMoV15
panjang mata: 6.5 inci
tebal mata kapak: 0.9 sentimeter
panjang keseluruhan: 32 sentimeter

warna pemegang: putih
pemegang: plastik anti licin
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Kegunaan: Kapak jenis ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Kapak ini dibuat khusus untuk mereka yang terlibat di sektor rumah sembelihan, ladang ternakan, penjual daging untuk MENCINCANG daging / tulang yang keras dan besar. Kapak ini cukup tajam serta BERAT !! (1.51 Kilogram) dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam, ia merupakan kapak kualiti Eropah dan cukup TERBAIK untuk anda yang masih tercari-cari kapak untuk menetak tulang keras. Mencari kapak tulang yang cukup BERAT ?? Nah ini dia !

Harga: RM 402.00 SEBILAH

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/1-jenis-kapak-tulang-daging-model-g-icel/

kapak cincang tulang ICELkapak cincang tulang ICELkapak cincang tulang ICEL
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah pisau Duplex ISTOR
model: duplex
panjang: 19 sentimeter
material mata asah: aloi karbida dan BERLIAN
berat: 200 gram
kadar asah: sederhana
Buatan: ISTOR AG, Frauenfeld, Switzerland

Keterangan: Pengasah unik ini di keluarkan oleh Istor AG dengan kerjasama antara FELCO SA yang merupakan pengeluar alatan berkebun lagenda Switzerland sejak tahun 1945. ISTOR AG pula merupakan antara pengeluar pengasah pisau yang masih bertahan di Switzerland, diasaskan oleh Josef A. Schefer sejak tahun 1964.
Saiznya yang sederhana, ringkas dan mudah dibawa membolehkan anda membawa ia ke mana sahaja dan berguna setiap waktu. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah sederhana dan sesuai untuk menajamkan pisau kecil, sabit, bilah mesin rumput, gunting, kapak, pisau lasak, pahat, cangkuk, pisau bilah bengkok dan alatan yang mempunyai sudut sempit.

Pengasah model ini mempunyai 2 jenis mata asah (BERLIAN dan ALOI KARBIDA). Mata asah berlian TERBAIK untuk mengasah / merawat mata pisau yang telah sumbing sedikit atau mengasah dengan lebih pantas. Pengasah ini mempunyai pelindung / penahan pada hujung mata asah, jadi ia dapat melindungi jari/tangan anda dari tercedera semasa mengasah pisau bersaiz besar. Pengasah ini hanya perlu dicondongkan mengikut kemahuan anda dan tarik dengan perlahan mata asah (gunakan sisi mata asah) pada benda yang ingin diasah. Miliki pengasah unik dari bumi Switzerland hari ini juga !

Harga: RM 133.00 - sebatang

nullnullnull