/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for May 2021
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau tempa BURGVOGEL
model: 6860.991.15.0
panjang: 15 cm atau 5.90 inci (panjang bilah)
berat: 163 gram
Kekerasan besi: 56 Rockwell
material bilah: besi tempa tahan karat Krom Molybdenum X50CrMoV15
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
Buatan: BURGVOGEL Cutlery GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau siri FORGED / besi jenis ditempa bersaiz 15cm ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik jenis FULL TANG keluaran dari jenama BURGVOGEL, salah satu pembuat pisau terkemuka dari Solingen Jerman sejak tahun 1949 yang diasaskan oleh Karl Bahn Senior. Burgvogel bermaksud burung dari istana dalam bahasa Jerman. Kilang mereka merupakan pelopor penggunaan mesin memproses pisau semi automatik di Solingen pada tahun 1949, sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" sejak lebih 400 tahun silam ! Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN.

Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan teliti dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur dan merupakan model pisau yang diakui ketajamannya yang menjadi rebutan penyembelih di serata dunia sejak berabad lalu. Mata pisau ini disepuh bersama adunan minyak khas dan dikeraskan bersama ais, ia cukup tajam dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam. Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya malah cukup TERBAIK untuk tugas menyembelih !! Marilah bersama Burgvogel, rasai keampuhan dan kemurnian pisau dengan cap burung istana ini wahai peminat pisau Nusantara sekalian !

Harga: RM 222.00 - sebilah

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau tetak BURGVOGEL
model: 4510.401.18.0
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
berat: 355 gram
Kekerasan besi: 56 Rockwell

tebal bilah: 3 milimeter
material bilah: besi tahan karat Krom Molybdenum X50CrMo
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
Buatan: BURGVOGEL Cutlery GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau tetak ini adalah keluaran dari jenama BURGVOGEL, salah satu pembuat pisau terkemuka dari Solingen Jerman sejak tahun 1949 yang diasaskan oleh Karl Bahn Senior. Burgvogel bermaksud burung dari istana dalam bahasa Jerman. Kilang mereka merupakan yang mula-mula sekali menggunakan mesin memproses pisau semi automatik di Solingen pada tahun 1949, sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" sejak lebih 400 tahun silam ! Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN.

Mata pisau ini disepuh bersama adunan minyak khas dan dikeraskan bersama ais, ia cukup tajam (dengan bilah hampir bentuk V) dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam. Pisau ini khusus untuk kerja menetak tulang kecil/mencincang/memotong ikan, ayam, itik / tulang SEDERHANA KERAS, memotong sayuran keras. Pisau tetak ini sangat berguna untuk sebarang kerja di pusat sembelihan ayam / peniaga ikan, peniaga makanan, dapur rumah dan restoran, juga buat anda yang tercari-cari pisau tetak keluaran asli bumi Solingen Jerman. Marilah bersama Burgvogel, rasai keampuhan dan kemurnian pisau dengan cap burung istana ini wahai peminat pisau Nusantara sekalian !

Harga: RM 208.00 - sebilah

nullnullnullnull

Category: Topeng gas CBRNE
Posted by: jimbit
1) Jenis: Topeng gas CBRN MP-5
saiz penapis: 40 milimeter NATO
jenis penapis/canister: CF F3
warna: hitam
berat: 705 gram
jenis bahan: getah sintetik (butyl) & polimer
Buatan: MASKPOL S.A., Konieczki, Poland

Keterangan: Ini adalah topeng gas taktikal gred tentera CBRN (chemical, biology, radioactive, nuclear), keluaran ASLI dari Maskpol S.A., merupakan pengeluar peralatan tentera sejak 1968. Ia merupakan model keluaran LAMA yang sama seperti dibekalkan kepada Angkatan Tentera Bersenjata dan Pasukan Polis Republik Poland dan Pasukan Bersenjata Ukraine (ZSU). Topeng gas ini didatangkan dengan penapis yang boleh menapis udara yang dicemari bahan toksik, radioaktif dan semburan bakteria dan semestinya menapis udara dengan kuman Covid19 !

Topeng gas ini dibuat khusus untuk kegunaan anggota tentera/polis di medan perang, latihan ketika CBRNE dan rusuhan semasa penggunaan gas pemedih mata. Topeng gas ini melindungi deria mata, pernafasan, mulut si pemakai. Ia diperbuat dari getah sintetik Butyl yang agak lembut dan selesa semasa dipakai. Topeng gas ini didatangkan bersama penapis / canister jenis CF F3 bersaiz NATO 40 milimeter stok lama yang masih belum dibuka dan juga beg hijau untuk menyimpannya. Terbaik untuk dimiliki oleh peminat barang taktikal dan merupakan barangan RARE yang jarang ada di pasaran, sebagai persiapan malapetaka besar satu hari kelak. Bersiap siagalah kalian menuju kekalutan akhir zaman !

Harga: RM 444.00 - sebiji

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: tali pinggang taktikal OPERATOR 5.11
model: 59405
saiz: S (pinggang 28-30), M (pinggang 32-34), L (pinggang 36-38), XL (pinggang 40-42), 2XL (pinggang 44-46), 3XL (pinggang 48-50), 4XL (pinggang 52-54)
warna: hijau TDU, coklat tua, hitam

Lebar: 1.75 inci
material kepala talipinggang: besi tahan karat (boleh menahan beban sehingga 3 TAN !)
material fabrik: Nylon tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: china

Keterangan: Tali pinggang taktikal gred tentera 5.11 ini adalah ASLI, dipanggil OPERATOR dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik tali pinggang ini adalah tebal dan sangat tahan lasak serta kuat. Struktur kepala besinya dapat menahan kekuatan regangan sehingga 3 TAN ! Ia sungguh kuat sehingga boleh diguna untuk menarik kenderaan !! Talipinggang ini juga boleh digunakan sebagai tali pengikat membawa barangan / manusia dan sebagai "harness kecemasan" di pelbagai situasi.

Ia dibuat khusus dan untuk dipakai ketika operasi oleh anggota keselamatan / penguatkuasa / pengawal peribadi dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar mendaki gunung, sukan payung terjun, berkhemah, pemandu, pengembara atau mereka yang mahukan tali pinggang yang tahan lasak dan produk taktikal.

Harga: RM 139.00 - RM 313.00 (bergantung pada saiz & warna)

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Penggali tanah SOG
model: F08-N
Ukuran: 18.1 inci (bila dibuka)
lebar bilah penyodok: 11.2cm
Berat: 711 gram

Material: Besi tahan karat
Warna: hitam
Keluaran: SOG Specialty Knives, Lynnwood, USA
Buatan: china

Keterangan: Penggali / penyodok tanah boleh lipat ini dikeluarkan oleh SOG USA. Di dalam perkhidmatan tentera ia dipanggil E-Tool dan dibekalkan secara rasmi kepada unit angkatan tentera US sejak tahun 1970an lagi. Alat ini berguna di medan perang dan latihan untuk menggali kubu, kubur dan sebagai alatan pertahanan diri. Pada bilah penyodok mempunyai gigi yang berguna untuk menggergaji kayu. Alat ini didatangkan bersama sarung bilah dari nylon, ia boleh dilipat dan kelihatan kecil dan boleh dimasukkan ke dalam beg untuk dibawa bersama.

Barangan SOG merupakan antara jenama yang TERBAIK untuk peralatan gred tentera dan sesuai disimpan untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA/FRU/Paskal), sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; pemancing, pendaki gunung, berkhemah, pengembara, pemandu jip 4x4, pemandu lori atau boleh disimpan dirumah / di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus sebagai koleksi.

Harga: RM 175.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Dompet "Tracker" celoreng 5.11
model: 56405
warna: celoreng hijau, celoreng kryptek, celoreng hitam
Jumlah ruang: 7
Jenis fabrik: 420D Nylon tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: 5.11 Inc. Irvine, USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Ini adalah dompet dipanggil TRACKER keluaran ASLI dari 5.11 dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. 5.11 membekalkan pakaian seragam kepada anggota FBI (agensi risikan USA), Unit Penguatkuasa dan Polis Amerika dan di serata dunia termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). Fabriknya dari warna celoreng membuatkan si pemiliknya tampak bergaya, fabriknya cukup tebal serta tahan lasak, membolehkan ia tahan bertahun-tahun dipakai tanpa rasa ragu. Jahitan dan buatan keseluruhan dompet ini dibuat dengan rapi dengan kawalan kualiti yang ketat dari pihak 5.11 Inc.
Dompet ini juga mempunyai beberapa ruang kecil jadi ia boleh digunakan untuk mengisi wang tunai, kad kredit, nota kecil dan apa sahaja barangan kecil peribadi anda. Buat mereka yang tercari-cari dompet dari fabrik TERBAIK keluaran dari jenama taktikal disegani dunia ----- 5.11 sematkan ia di hati sanubarimu selamanya !!

Harga: RM 239.00 - sebuah

nullnullnullnullnull
Category: HERSCHEL - beg
Posted by: jimbit
1) Jenis: Dompet celoreng biru Herschel
model: Roy
Ukuran: 11 x 9 cm
warna: celoreng biru

Jumlah ruang: 9
Jenis fabrik: 600D Polyester tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: Herschel Supply Co., Vancouver, Kanada
Buatan: china

Keterangan: Ini adalah dompet keluaran ASLI dari Herschel Supply Company yang berpusat di Vancouver, Kanada. Entiti ini diasaskan oleh Lyndon dan Jamie Cormack pada tahun 2009. Nama Herschel diambil sempena sebuah perkampungan terpencil Saskatchewan Kanada yang merupakan tempat asal pengasasnya. Produk utama jenama ini adalah pelbagai jenis beg yang menjadi pilihan ramai kerana kualiti fabriknya yang tahan lasak dan mempunyai warna yang menarik hati. Jenama Herschel pada hari ini telah menjadi buruan & ikutan ramai peminat beg & "streetwear" dan dipakai di seluruh dunia termasuk golongan penyanyi & pelakon ternama antaranya Hilary Duff, Natalie Portman, Megan Fox, Emma Roberts dan ramai lagi.

Fabriknya dari warna celoreng berwarna biru membuatkan si pemiliknya tampak maskulin dan gagah, fabriknya cukup tebal serta tahan lasak, membolehkan ia tahan bertahun-tahun dipakai tanpa rasa ragu. Keistimewaan dompet ini, ia mempunyai lapisan anti RFID yang menghalang data pada kad kredit/debit anda dari "dicuri". Jahitan dan buatan keseluruhan dompet ini dibuat dengan rapi dengan kawalan kualiti yang ketat dari pihak Herschel Supply Company yang tidak berkompromi soal berkenaan. Dompet ini juga mempunyai beberapa ruang kecil jadi ia boleh digunakan untuk mengisi wang tunai, kad kredit, nota kecil dan apa sahaja barangan kecil peribadi anda. Disyorkan buat peminat barangan celoreng / peminat taktikal di seluruh pelusuk Nusantara !

Harga: RM 158.00

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi "Roger That" PATAGONIA
model: 38132
saiz: -
warna: kombinasi warna hijau, kelabu & putih
material fabrik: kapas organik 7.5 oz.
Keluaran: Patagonia, Inc. California, USA
Buatan: china

Keterangan: Topi ini adalah dari jenama PATAGONIA, ia adalah ASLI, keluaran Patagonia, Inc., Ventura. Pengeluar pakaian & peralatan aktiviti luar terkenal USA yang diasaskan oleh Yvon Chouinard pada 1973, yang juga seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung ketika zaman remaja beliau. Patagonia Inc. merupakan antara konglomerat yang banyak menyumbang kepada program pemuliharaan alam sekitar sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Topi ini adalah dari potongan "Mid Crown" dengan logo PATAGONIA pada topi disulam kemas, kombinasi warna pada topi dan logo ini cukup menyerlahkan gaya buat si pemakai. Keseluruhan fabrik topi ini menggunakan fabrik kapas organik Texas jenis 7.5 oz. yang tahan lasak, mesra alam dan TERBAIK kualitinya. Warna pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama PATAGONIA, jadikan koleksi anda hari ini !!

Harga: RM 235.00

nullnullnullnull
Category: HERSCHEL - beg
Posted by: jimbit
2) Jenis: Dompet celoreng hijau Herschel
model: Hans XL
Ukuran: 11.4 x 9.8 cm
warna: celoreng hijau
Jumlah ruang: 19
Jenis fabrik: Polyester tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: Herschel Supply Co., Vancouver, Kanada
Buatan: china

Keterangan: Ini adalah dompet keluaran ASLI dari Herschel Supply Company yang berpusat di Vancouver, Kanada. Entiti ini diasaskan oleh Lyndon dan Jamie Cormack pada tahun 2009. Nama Herschel diambil sempena sebuah perkampungan terpencil Saskatchewan Kanada yang merupakan tempat asal pengasasnya. Produk utama jenama ini adalah pelbagai jenis beg yang menjadi pilihan ramai kerana kualiti fabriknya yang tahan lasak dan mempunyai warna yang menarik hati. Jenama Herschel pada hari ini telah menjadi buruan & ikutan ramai peminat beg & streetwear dan dipakai di seluruh dunia termasuk golongan penyanyi & pelakon ternama antaranya Hilary Duff, Natalie Portman, Megan Fox, Emma Roberts dan ramai lagi.

Fabriknya dari warna celoreng berwarna hijau dan hitam membuatkan si pemakai tampak maskulin dan gagah, fabriknya cukup tebal serta tahan lasak, membolehkan ia tahan bertahun-tahun dipakai tanpa rasa ragu. Keistimewaan dompet ini, ia mempunyai lapisan anti RFID yang menghalang data pada kad kredit/debit anda dari "dicuri". Jahitan dan buatan keseluruhan dompet ini dibuat dengan rapi dengan kawalan kualiti yang ketat dari pihak Herschel Supply Company yang tidak berkompromi soal berkenaan. Dompet ini mempunyai ruang kecil yang agak banyak jadi ia boleh digunakan untuk mengisi wang tunai, kad kredit, duit syiling, nota kecil dan apa sahaja barangan kecil peribadi anda. Disyorkan buat peminat barangan celoreng / peminat taktikal di seluruh pelusuk Nusantara !

Harga: RM 233.00

nullnullnullnull
Category: 5.11 - stokin
Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung kaki/stokin celoreng 5.11
Model: 10041AY
tinggi : 7 inci
warna: kombinasi warna hijau, hitam & oren
material: 69% polyester, 31% serat elastane

Keterangan: Sarung kaki / stokin 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan model keluaran TERBARU dengan corak warna warni bermotif celoreng dari 5.11 USA. Ia merupakan stokin paling SELESA dan TERBAIK dicipta khusus untuk anda yang mahukan stokin yang sederhana tebal, sejuk, tahan lasak, tidak BERBAU walau dipakai dalam jangkamasa PANJANG ! Stokin anti kuman ini didatangkan dengan fabrik bahagian bawah yang tebal dan mengekalkan kaki anda kering setiap masa dengan fabrik teknologi khusus dari 5.11. Stokin ini selesa dipakai bersama kasut kawad, kasut but, kasut kulit, kasut jogging, kasut mendaki gunung. Disyorkan untuk dipakai ketika aktiviti riadah, semasa operasi anggota keselamatan malah ke pejabat. Disyorkan buat mereka yang mahukan sarung kaki berwarna ceria dari teknologi fabrik terbaik masa kini !

Harga: RM 115.00 - sepasang

nullnullnull