1) Jenis: Pengasah tarik BURGVOGEL
model: 8202.000.00.0
Ukuran: 16.5 x 6.5cm
Mata pengasah: Batu permata RUBY sintetik
Jenis pemegang: plastik ABS anti licin
Buatan: BURGVOGEL Cutlery GmbH, Solingen, JERMAN (dikenali juga sebagai Karl Bahns GmbH Stahlwarenfabrik)

Keterangan: Alat pengasah pisau jenis tarik menggunakan tangan ini adalah keluaran dari jenama BURGVOGEL, salah satu pembuat pisau terkemuka dari Solingen Jerman sejak tahun 1949 yang diasaskan oleh Karl Bahn Senior. Burgvogel bermaksud burung dari istana dalam bahasa Jerman. Kilang mereka merupakan pelopor penggunaan mesin memproses pisau semi automatik di Solingen pada tahun 1949, sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" sejak lebih 400 tahun silam !

Pengasah pisau jenis ini sesuai untuk mereka yang takut serta tidak yakin untuk menggunakan pengasah jenis batang besi, ia ringan dan mudah dibawa kemana-mana (boleh dimasukkan ke dalam poket), sesuai untuk mengasah pisau bersaiz kecil / besar sama ada pisau dapur / pisau lapah / pisau sembelih / pisau lasak dari sebarang jenama. Pengasah jenis ini mempunyai roda mata asah diperbuat dari BATU PERMATA RUBY SINTETIK, permata RUBY mempunyai darjah kekerasan skala 9 iaitu sangat keras selepas BERLIAN (skala 10). Jadi ia merupakan bahan terbaik untuk mengasah. Permata Ruby biasanya digunakan dalam pembuatan perhiasan sama ada cincin, rantai, loket yang merupakan perhiasan MEWAH dan cukup menarik. Pisau yang mahu diasah cuma perlu diletak pada lurah dan ditarik satu hala atau 2 hala (sekadar 10 - 15 kali sahaja). Pengasah jenis ini melindungi jari/tangan anda dari kecederaan/luka semasa pisau sedang di asah berbanding pengasah batang.

Harga: RM 147.00

nullnullnull