1) Jenis: beg galas Arbor PATAGONIA
model: 47956
Ukuran: 33 cm X 54 cm X 20 cm
Muatan: 26 liter
Jumlah ruang: 3

berat: 618 gram
warna: biru bercorak "Elwha Ikat"
jenis fabrik: Polyester kitar semula 600D dengan DWR
Keluaran: Patagonia, Inc. California, USA

Buatan: Vietnam

Keterangan: Ini adalah beg galas digelar ARBOR dengan muatan 26 liter jenama PATAGONIA, ia adalah ASLI, keluaran Patagonia, Inc., Ventura. Pengeluar pakaian & peralatan aktiviti luar terkenal USA yang diasaskan oleh Yvon Chouinard pada 1973, yang juga seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung ketika zaman remaja beliau. Logo rasmi PATAGONIA diinspirasikan dari pergunungan Fitz Roy di Patagonia, Amerika Selatan. Patagonia Inc. merupakan antara konglomerat yang banyak menyumbang kepada program pemuliharaan alam sekitar sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini.

Fabrik beg diperbuat dari bahan polyester kitar semula 600D yang ringan serta tahan lasak, membolehkan ia tahan bertahun-tahun dipakai tanpa rasa ragu. Beg berwarna biru gelap dengan corak abstrak unik yang dipanggil Elwha Ikat & dijahit kemas yang menyerlahkan gaya buat si pemakai yang dahagakan cabaran. Ia dapat memuatkan pelbagai barangan anda termasuk komputer riba bersaiz 15 inci, boleh digunakan untuk ke tempat kerja, mengembara, mendaki gunung, ke sekolah atau kolej atau untuk aktiviti luar di rimba raya waima di hutan konkrit. Keseluruhan zip beg dari jenama YKK yang terbaik, manakala klip dan penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Dureflex dari kualiti terbaik serta tahan lasak yang tidak mudah retak atau patah. Jika anda tercari-cari beg galas tahan lasak, beg ARBOR Patagonia ini sesungguhnya mempunyai jiwa kembara !

Harga: RM 625.00

nullnullnullnull